10 Ogo 2014

[TERKINI] PKR Pecat Khalid Ibrahim -updated

PKR singkir Khalid dari parti

Majlis Pimpinan Pusat (MPP) PKR membuat keputusan menyingkirkan Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim dari parti ekoran tindakan menteri besar itu yang enggan meletak jawatan.

Anggota MPP, Datuk Tan Kee Kwong mengumumkan keputusan tersebut berkuatkuasa serta merta.

Beliau mengumumkan demikian dalam sidang media selepas selepas mesyuarat lebih dua jam di ibu pejabat parti itu.

“Beliau telah didapati mengingkari keputusan mesyuarat MPP yang bermesyuarat pada 21 Julai yang sebulat suara memilih presiden PKR, Datuk Seri Dr Wan Azizah Wan Ismail sebagai calon menteri besar Selangor yang baru.

"Beliau telah membuat kenyataan media pada 22 Julai yang menyatakan keengganan beliau meletak jawatan menteri besar dan sehingga hari ini beliau terus enggan melepaskan jawatan tersebut.

“Atas alasan ini sahaja pun, Lembaga Disiplin berpendapat beliau wajar dipecat," kenyataannya dipetik.

Tan yang juga pengerusi lembaga disiplin berkata, MPP juga mengambil kira perkembangan berikut:

• Khalid mengingkari keputusan Majlis Presiden Pakatan Rakyat agar menangguhkan proses dan perbincangan mengenai projek Langat 2, dan menagguhkan kenaikan elaun Speaker, Menteri Besar, Exco dan ADUN negeri Selangor

• Khalid gagal mematuhi keputusan Majlis Presiden Pakatan Rakyat yang dipersetujui sendiri oleh beliau untuk melibatkan Jawatankuasa Penstrukturan Air Selangor dalam isu penstrukturan aset air Selangor

• Khalid berkeras meneruskan projek lebuh raya Kidex walaupun PKR mengarahkan beliau mengkaji semula projek tersebut kerana ia bertentangan dengan matlamat dan manifesto Pakatan Rakyat

• Khalid gagal menjelaskan kepada Majlis Presiden Pakatan Rakyat mengenai isu pelupusan hutang beliau dengan Bank Islam bernilai hampir RM70 juta.

Kesemua anggota Majlis Pimpinan Pusat hadir ke mesyuarat tersebut kecuali Khalid.

Dalam sidang medianya selepas itu, Tan berkata Khalid masih lagi berpeluang untuk merayu keputusan MPP dalam tempoh 40 hari.

Tambahnya, keputusan MPP hari ini hanya melibatkan kedudukan Khalid dan tidak menjejaskan kedudukan Exco dan ADUN lain.

Menurut Tan, MPP turut mengambil kira +Lembaga disiplin parti itu pada hari Selasa lalu mengeluarkan notis tunjuk sebab kepada Khalid untuk menjelaskan mengenai tindakannya yang enggan berundur dari jawatan tersebut.

Khalid diminta untuk menghadiri pendengaran lembaga disiplin tersebut semalam untuk menjawab beberapa isu, termasuk elaun menteri besar dan langkah penstrukturan semula industri air di Selangor.

Dalam jawapannya, Khalid mendakwa surat tunjuk sebab itu “cacat” dan tidak menyatakan secara khusus tuduhan ke atasnya. -mk


35 Adun Bersama Anwar Ibrahim, Khalid Dipecat Dari PKR

Datin Seri Wan Azizah dan 35 Adun PKR, DAP dan Pas dijangka menghadap DYMM Tuanku Sultan Selangor esok bagi penggantian Menteri Besar Selangor.

Sebentar tadi Majlis Pimpinan Pusat (MPP) PKR membuat keputusan menyingkirkan Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim dari parti ekoran tindakan menteri besar itu yang enggan meletak jawatan.

Menurut sumber penyingkiran ini dipercayai dibuat setelah PKR berjaya mendapat sokongan 35 ADUN PR untuk melantik Wan Azizah Wan Ismail sebagai Menteri Besar yang baru.

Sementara itu Malaysiakini.com melaporkan pemecatan Khalid dari PKR diumumkan oleh anggota MPP, Datuk Tan Kee Kwong mengumumkan demikian dalam sidang media selepas selepas mesyuarat lebih dua jam di ibu pejabat parti itu.

Kesemua anggota Majlis Pimpinan Pusat hadir ke mesyuarat tersebut kecuali Khalid.

Lembaga disiplin parti itu pada hari Selasa lalu mengeluarkan notis tunjuk sebab kepada Khalid untuk menjelaskan mengenai tindakannya yang enggan berundur dari jawatan tersebut.

Keputusan agar Khalid berundur dari jawatan itu dibuat oleh Majlis Pimpinan Pusat pada 21 Julai.

Khalid juga diminta untuk menghadiri pendengaran lembaga disiplin tersebut semalam untuk menjawab beberapa isu, termasuk elaun menteri besar dan langkah penstrukturan semula industri air di Selangor. Dalam jawapannya, Khalid mendakwa surat tunjuk sebab itu “cacat” dan tidak menyatakan secara khusus tuduhan ke atasnya.

Lembaga tersebut semalam bagaimanapun meneruskan mesyuaratnya tanpa kehadiran Khalid, manakala hasilnya akan diputuskan oleh Majlis Pimpinan Pusat PKR hari ini.
-wargamarhaen



PKR ambil langkah betul singkir Khalid, kata DAP

DAP mengalu-alukan keputusan mengejut PKR hari ini menyingkirkan Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim dari parti itu kerana peluang secukupnya sudah diberikan kepada menteri besar Selangor itu.

PKR hari ini memecat Khalid kerana mengingkari keputusan parti yang mahu melantik Datuk Seri Dr Wan Azizah Wan Ismail sebagai menteri besar Selangor yang baru.

"Saya berasakan ia satu langkah yang betul. Khalid sudah diberikan peluang untuk mempertahankan dirinya menerusi proses yang berkaitan.

"PKR mempunyai hak untuk mendisplinkan ahlinya," kata timbalan pengerusi DAP Selangor dan ahli Parlimen Puchong Gobind Singh Deo dalam satu kenyataan hari ini.

Sementara itu, ahli parlimen PAS Shah Alam Khalid Samad pula berkata PKR mempunyai hak untuk memecat ahlinya dan sewajarnya hal ehwal masalah dalaman parti itu tidak perlu dicampuri.

"PKR mempunyai hak untuk hak memecat ahlinya, itu hal dalaman mereka," kata ahli jawatankuasa (AJK) PAS pusat itu kepada The Malaysian Insider.

Beliau juga menghormati keputusan PKR itu.

"Saya hormati keputusan mereka, itu keputusan dalaman parti mereka."

Khalid juga berkata PKR sebelum ini tidak masuk campur dalam urusan PAS, memberi contoh pemecatan bekas Ahli Dewan Undangan Negeri (Adun), Datuk Dr Hasan Ali.

"Dulu masa kita ada masalah pecat Hasan Ali, PKR tidak masuk campur pun," katanya.

Khalid memberi bayangan kemungkinan pilihan raya negeri Selangor mungkin diadakan sekiranya kepimpinan PAS masih menyokong Khalid.

"Saya nampak lebih ke arah itu (pilihan raya).”

Mengenai pendirian PAS, Khalid berkata perlu menunggu keputusan daripada mesyuarat parti.

"Itu perlu tunggu mesyuarat," kata Khalid, apabila ditanya mengenai pendirian PAS dengan perkembangan terkini tersebut.

-TMI











IKLAN BERBAYAR

Jangan Biarkan Pasangan Anda Menderita,
Atasi Masalah Prostat & Kelemahan Zakar Dengan MEN CAPSULE.
KLIK SINI
LIKE kami di SINI





Dapatkan produk kesihatan untuk menambahkan kekuatan lelaki
dengan produk kami. Sila klik SINI



55 ulasan:

Tanpa Nama berkata...

Berita sedih untuk rakyat Selangor.. Ternyata cakap2 geng umno mengenai pkr gila kuasa terbukti kini..

Tanpa Nama berkata...

MB selepas ni PAS bukan PKR...

Tanpa Nama berkata...

Menangislah Iskandar Samad, din ayam, din vellfire and the gang.. Khalid ahli pkr wala' pada pemimpin pas. Cerdik tak bertempat!!

Tanpa Nama berkata...

PKR umpama 'membunuh diri' dgn membuat keputusan ini. Riwayat PKR Selangor akan terkubur pada pilihanraya yg akan datang..

Tanpa Nama berkata...

PKR akan bertanding bersendirian.....Salah siapa.....Harapan rakyat hancur...

Tanpa Nama berkata...

PKR akan bertambah kuat apabila tiada pengkhianat dan tiada penderhaka.

Jika Pilihanraya negeri diadakan, DAP dan PKR kekal, yg melopong nanti ialah PAS kerana akan kehilangan banyak undi bukan-Melayu.

Tanpa Nama berkata...

Jgn lupa kebanyakan kerusi di selangor ni majoriti pengundi melayu. Dap dan pkr akan hilang undi melayu jika mereka x bekerjasama dgn pas. Pas mgkn hilang kerusi begitu juga dgn pkr dan dap. Yang untung umno. Sikap terburu2 pkr merugikan pr selangor.

Tanpa Nama berkata...

anon 8.08 menulis:

Jgn lupa kebanyakan kerusi di selangor ni majoriti pengundi melayu. Dap dan pkr akan hilang undi melayu jika mereka x bekerjasama dgn pas. Pas mgkn hilang kerusi begitu juga dgn pkr dan dap. Yang untung umno. Sikap terburu2 pkr merugikan pr selangor.

Sebenarnya yg terburu-buru ialah PAS. Gi campurtangan masalah dlmn parti orang lain apa pasal? Padan muka kumpulan UG Pas.

Tanpa Nama berkata...

Jika pilihanraya negeri diadakan, DAP dan PKR kekal, yang melopong nanti ialah PAS kerana akan kehilangan undi bukan Melayu.
SETUJU. 100% SETUJU.
Dalam PRU13 dan PRU14, PAS menang banyak kerusi kerana Anwar Ibrahim.
Kalau tak percaya, adakan semula pilihanraya negeri Selangor, silap-silap PAS bungkus.
Ini bererti Khalid Ibrahim, tidak berguna lagi kepada PKR dan juga UMNO/BN.
Dulu aku suka dengan dia ni, tapi entah kenapa kini aku meluat habis.

Tanpa Nama berkata...

Apa-apa pun Allah punya kuasa.

Tanpa Nama berkata...

Kita lihat dengan keputusan tersebut PR dilihat matang berpolitik dan semakin kuat , tidak menuggu lama , mana-mana YB yang salah-guna harta kerajaan negeri , kita pecat saja . Kita nak lihat PR mentadbir kerajaan negeri dengan telus , jujur , ikhlas dan menepati hasrat parti dan rakyat . Kita tidak mahu PR dilihat seperti BN . Cakap tak serupa bikin .....

Tanpa Nama berkata...

Apa yang khalid ibrahim hendak sorok sorok ????

Mesti ada hal tak nak bagi rakyat tau punyea....

Tanpa Nama berkata...

Yg x suka anwar ibrahim ialah umno bn dan geng umno dlm pas.

Jika pilihanraya diadakan calon2 pas paling byk kehilangan kerusi. Iskandar jgn hrp nk jadi mb. Begitu jg yb2 pas dr klngn ug. Beliau akan kehilangan pengundi bukan melayu. Yg melayu undi umno memang kekal. Pergilah mengadu dan cari tghh semula lps ni...

Tanpa Nama berkata...

Beza antara pristiwa khalid dan anwar.Anwar berani berdepan dgn mesyuarat umno semasa dipecat dulu dan juga berani membela dirinya walaupun tahu akan dipecat dari UMNO.Khalid paham sendirilah.Memang dia tokok koporat berjaya tapi pengecut dan hanya beesembunyi di belakang segelintir ahli pas dan UMNO.Shame to u Khalid

Putra IJ80 berkata...

Elok lh tue mne mne pemimpin yg di anggap salah laku patut di singkir ia mengingatkan saya PAS yg ketika itu ada dua tiga org AP tetiba. Salah saorang MP i PAS ni pegi berjoget..perbuatan yg x selari dgn PAS yg mmperjuangkan Islam. Beliau kemudian di Pecat..walhal wktu tue PAS dh lh susah nk menang pecat pula MP nya sndiri..tpi kerana kebenaran PAS bangkit dan menang...

Tanpa Nama berkata...

Pecat je khalid tu kalau x umno menyusup dlm pkr dan memporak perandakan parti PR

Tanpa Nama berkata...

Sekiranya PR tidak lg memerintah Selangor, kesalahan terbesar adalah disebabkan oleh presiden PAS dan geng UG. Sibuk campuri urusan parti orang lain. Macamlah PAS tu dah sempurna dan kuat sangat. Menang besar PRU tahun 1999 tumpang isu Anwar. PRU 2013 tumpang isu bukan melayu total tolak BN. Menang bukan atas kekuatan sendiri. Lepas sombong tak bertempat ( geng UG ). Kalau berlaku pru atau prk lps ni dan PAS diketuai olh hj hadi dan penasihatnya geng UG lingkuplah PAS.
( Ahli Pas seumur hidup @ Keratong )

Tanpa Nama berkata...

keputusan siasah dihormati; penyelesaian kehadapan wajar berhemah; jaga adab tertib bangsa; rakan atau seteru siasah bukanlah bermaksud nista selamanya; jernihkan yang keruh.

Tanpa Nama berkata...

TGHH dan ulamak2 PAS itu hanya manusia biasa yg tak lari silap dan dosa.

Mereka juga mudah terpedaya dgn kuasa dan nafsu. Tak caya tanya TGHH isterinya berapa org? Jgn wala memkhinzir buta. Itu namanya bodoh tak bertempat.

Tanpa Nama berkata...

Khalid patut letak jawatan pd awal lagi kalo dia ada jiwa yg besar dan intergriti.

Tanpa Nama berkata...

Dah x jadi MB projek yg dia beri pd kuncu umno tu batal lah.....tak lama lagi kena lah saman dari bank islam....tuntut hutang

Tanpa Nama berkata...

Sekarang kalau Khalid masuk PAS atau UMNO, maka terjadi UMNO+PAS = 28.

Macam mana? PAS memang dah jadi "hero" terutama ulama pas yang "tidak" akan buat silap.

Tanpa Nama berkata...

Meloponglah puak UG dlm PAS.Din Ayam akan kehilangan mata pencarian,Tantawi Vellfire akan diheret kemahkamah oleh Ketua Menteri P.P,Hadi Awang sedialah wang RM 2 juta akibat mulut celupar dan Majlis Syura Ulamak PAS sudah belajar lain kali jangan cuba capur urusan orang lain.Apo nak dikato?

Tanpa Nama berkata...

Khalid + PAS + UMNO = 28 ADUN Melayu. DAP + PKR = hanya 10 orang ADUN melayu. Macam mana?! Dah boleh fikir cerita kemudian.

Tanpa Nama berkata...

Geng UG perosak PAS... tulah pasal menyibuk sgt isu dalaman pkr...alang2 menyeluk pekasam...terlepas selangor kat bn pun x apalah asalkan
geng ug dan pembelot pkr dpt dinyahkan pada pru negeri akan datang...

Tanpa Nama berkata...

Jangan lupa pertugas pas yg banyak Bantu utk pkr .dap.jangan nak belagak lah....bila menang lupa diri .

Tanpa Nama berkata...

Ketua Pemuda PAS Pusat kena ambil tindakan kpd Ketua Pemuda PAS Wilayah Persekutuan,Selangor dan Trengganu kerana telah campur tangan dlm urusan parti orang lain.Di3 buah negeri ni pemudanya amat kuat dengan pengaruh UG.Puak UG ni sah sebagai anai-anai merosakkan PAS.

Tanpa Nama berkata...

Ahli pas seumur hidup.@keratong.disana hari 2 dengar kuliah agama tak.cakap semacam aja.lebih diam 2 aja

hawariyyun berkata...

itu masalah dalaman pkr. rakyat selangor takde masalah dgn TSKI malah kami berbgga dn ketelusan dan ketegasan beliau.pkr patut utamakan rakyat bukan layan sstgh pemimpin pkr yg tak sabar.

Tanpa Nama berkata...

kenapa semua nak gaduh-gaduh dan bising-bising...jangan memekaklah sdr semua...apa masalahnya kalau tski kena pecat dari pkr...itu hak mutlak pkr so pas ke, umno ke, dap ke diam2 sudah, lagipun bukannya pkr pecat khalid dari kerusi mb. tski boleh kekal jd mb kalau majoriti adun setuju walaupun dia x ada parti, apa masalahnya? tak payah nak kutuk dsai ke, tski ke, hj hadi ke...buat tambah dosa korang aje...semua terjadi adalah qada' dan qadar Allah, x ada masalah. kalau adun pkr dan dap x boleh jd exco, tski lantiklah exco dari pas dan umno (jika umno sudi)...takpun susah sgt bubarkan dun. piliharaya baru x tahu lagi parti mana yg menang atau kalah, tapi saya yakin dan pasti TSKI tak akan menang dan x akan jadi mb lagi...x caya kita sama2 tengok

Hazri berkata...

tindaksn yang wajar dan mesti diambil oleh PKR agat isu ini tidak berpanjangan dan pentadbiran negeri dapat diperkasakan untuk melaksanakan serta meneliti kembali segala projek-projek negeri yang tertangguh dan sedang berjalan demi memenuhi manifesto yang telah dijanjikan kepada rakyat dalam PRU13.

Tanpa Nama berkata...

ug akan lantik tski jd mb ganu pasal dia walla pada presideng dan bijok tadbir...minyok kan banyok kat ganu..tahniah geng ug dapat meranapkan satu lagi negeri selepas kedah, kelantan tunggu pru 14

Tanpa Nama berkata...

terima kasih kepada ULAMA PAS yang Cerdik dan Mulia....

Tanpa Nama berkata...

Ulama Pas mana blh perintah negeri.Tgk Trengganu dan kedah.senang2 je terlepas.Mmg tak pandai tadbir negeri.Jaga mesjid dgn surau blhla!

Tanpa Nama berkata...

No komen mengenai hal ini. Yang pastinya tugas PR Selangor mesti kembalikan keyakinan rakyat Selangor kepada PR dan PR kena bersedia dengan perkara ini yang for sure akan jadi secret weapaon UMNO mr. Bean pada PRU akan datang.

Bukan lagi for sure memang confirm pun.

Tanpa Nama berkata...

Bkn x sabar bro...masalahnya dah banyak keputusan yg khalid buat membelakangkan parti...peluang dah diberi banyak kali tp masih degil...nilah padahnya. ..


in response to itu masalah dalaman pkr. rakyat selangor takde masalah dgn TSKI malah kami berbgga dn ketelusan dan ketegasan beliau.pkr patut utamakan rakyat bukan layan sstgh pemimpin pkr yg tak sabar., by hawariyyun.

Tanpa Nama berkata...

Ambe setuju sgt kata deme tu...kalu pas x cantas geng ug ni cepat2.. pru 14 kekgi mapuh kerah lah pas...kalu nasihat hala ke molek dok aper...ni geng ug nasihat hala ke mapuh.. berat 66 pas lening...bakpe jadi gitu semer....

in response to ug akan lantik tski jd mb ganu pasal dia walla pada presideng dan bijok tadbir...minyok kan banyok kat ganu..tahniah geng ug dapat meranapkan satu lagi negeri selepas kedah, kelantan tunggu pru 14, by Anonymous.

Tanpa Nama berkata...

Bukan hendak buka AIB tapi inilah hakikat.. Semoga Allah sentiasa merahmati YB Tan Sri Khalid Ibrahim..

6 sebab mengapa PKR perlu kekalkan TSKI sbg MB Selangor.

1) Hal melibatkan PKR sendiri, yg patut DSAI ingat jasanya wahai Datuk Seri! TSKI telah berjaya menyelamatkan premis HQ PKR dari dilelong oleh pihak bank, yg mana PKR telah menandatangani perjanjian sewaan bangunan 5 tingkat Ibu Pejabat PKR di Petaling Jaya dgn bayaran sewaan bulanan sebanyak RM 20,000 sebulan. Namun begitu, tunggakan yg mencecah setinggi RM 600,000 setakat Jun 2011, pihak Affin Bank bertindak untuk melelong bangunan itu. Maka dtglah seorang hamba Allah yg juga ahli seumur hidup PKR memberi SUMBANGAN PERIBADI bg menyelamatkan HQ PKR itu dari dilelong sbyk RM 4,600,000.00 dan membolehkan PKR mebeli dan memiliki bangunan itu. Hamba Allah itu adalah TSKI!!!

2) Masalah yg dihadapi oleh PKR ini adalah tidak reti urus tadbir kewangan parti sehingga sekali lg bangunan HQ PKR hendak dilelong. Kali ini melibatkan HQ PKR Selangor sendiri, negeri yg DSAI nak cuba nasib jd MB tu...bangunan itu telah disita akibat gagal membayar sewaan bulanan sehingga tertunggak berbulan lamanya. Tanpa ramai manusia tahu sama ada org PKR malah jauh sekali YB Hanifa Mydin nak tahu...sekali lg muncul manusia yg org gelar dgn gelaran 'gagap' itu utk membantu dgn kos SENDIRI hasil dari titik peluhnya mencari rezeki utk keluarga tp yg dibantunya adalah utk parti kesayangannya walaupun partinya nk jatuhkanya! Adakah YB Khalid Samad tahu??? Tentu tahu tp diamkan shj.

3) TSKI juga dlm diam dan tanpa diketahui umum malah ahli PKR sendiri jauh sekali Rafizi Ramli nak ambil kisah...beliaulah yg membantu membayar saman, kos guaman serta makan minum para demonstran serta pimpinan PR yg ditahan pihak berkuasa!

4) Dalam menghadapi PRU ke-12 dan ke-13 serta PRK Sabah, Sarawak serta Semenanjung yg ditandingi PKR sejak 2008, tanpa kita ketahui kebanyakan duit poket utk gerak kerja PKR dlm siri pilihanraya tersebut yg hampir mencecah RM 6 juta dtgnya adalah dari insan yg bernama KHALID IBRAHIM bkn Anwar Ibrahim! Beliau guna wangnya sendiri bg menampung perbelanjaan pilihanraya utk parti yg sdg membunuh karakternya sbg MB yg cemerlang dek kerana nafsu gelora seorang mahkluk Allah utk berkuasa!

5) Tanpa PKR memberitahu kpd ahli mahupun umum tentang kos perbelanjaan bg mengadakan Mesyuarat Agong serta Kongres PKR sejak 2006 hingga 2013, kita tidak akan tahu bahawa SUMBANGAN PERIBADI TSKI shj utk program itu adalah sbyk RM 1.5 juta bro!!! Termasuk juga kos bg mengadakan Konvensyen PR peringkat nasional dan Selangor. Adakah YB Tony Pua tahu hal ini?? Belum tentu tahukan...

6) Dan terakhirnya, sumbangan peribadi beliau yg amat bermakna dan menjadi kegilaan serta kebanggan PKR dan PR tentu kita tidak lupa iaitu BAS serta TRELER Jelajah Rakyat! Sejumlah RM 600 ribu telah disumbangkan beliau bg tujuan pengubahsuaian dan kemudahan dan tidak termasuk kos selenggara kenderaan itu. Persoalan: Di manakah kenderaan "transformers" itu sekarang??

Beliau pernah berkata " Jangan ambil kira pemberian sy kerana PKR beri lebih byk daripada itu, bkn harta tetapi peluang utk sy menjalankan tugas, cita-cita supaya Malaysia dipimpin oleh org yg amanah dan bertanggungjawab!
Kalau diambil kira, itu tidak berapa ikhlas. Habislah pahala sy. Biar Allah yg tentukan ganjaran. Sebab itu sy minta sumbangan sy itu tidak diambil kira. Itu kira hangus shj". Katanya dlm membuat pengumuman bertanding jwtn Timb. Presiden PKR.

Walaupun beliau sering dilabel sbg "kedekut" tp dgn sedikit nukilan sy di ats dpt membuka mata dan minda rakyat Selangor utk tahu apa yg perlu dikedekutkan dan apa yg perlu diberi infaq.
Kerana belum tentu semua MB atau pemimpin sanggup berhabis jutaan ringgit utk partinya jika dia tahu partinya sendiri tikam belakangnya!!!

Tetapi itulah Tan Sri Khalid Ibrahim.

Moga Selangor terus maju, makmur, aman dlm naungan Allah s.w.t.

Lt(B) Kamaruzaman Ahmad Nor
Saujana Rawang, Selangor.

11 Syawal 1435 h / 07 Ogos 2014

Mordecai Kucai berkata...

Bermula Bab pahit PKR apabila Khalid Ibrahim menuntut keadilan Dari Pendaftar Pertubuhan dimana beliau akan diadili menggunakan perlembagaan PKR.

Alasan alasan kebudakan PKR pula bertentangan dengan peruntukan perlembagaan negara dimana hak wakil rakyat adalah persendirian bukan parti. Tiada politik kepartian salam perlembagaan.

Khalid dengan ini akan kerjakan PKR cukup2. Dalam ucapan sempena solat hajat beliau telah membakar jambatan dengan DAP. Tiada jalan kembali Lagi.


Tanpa Nama berkata...

Sdra Lt (B) Ahamd Nor

Kebaikan apa pu nTSKI telah lakukan, biarlah Allah membalasnya. Bukan untuk dijejerkan sana sini untuk meraih simpati.

Kedua, Kebaikan2nya akan menjadi debu berterbangan apabila beliau tidak menghormati parti. Sama seperti jika seorang anak yang banyak berjasa tiba-tiba menderhakai kedua ibu-bapanya. Ia tetap dianggap anak derhaka.

Ketiga, perjuangan TSKI selama akan menjadi sia-sia jika beliau terus-terusan bertindak menentang kepimpinan parti.

Keempat, jawatan MB bukan pusaka perbadi. Beliau wajar meletak jawatan secara terhormat untuk beliau dihormati. Kedegilan untuk terus memegang jawatan MB akan menunjukkan bahawa seolah-olah beliau ada agenda peribadi bukan parti.

sekian terima kasih

Tanpa Nama berkata...

Peluang dan ruang bela diri tlh diberi kpd TSKI tetapi bongkaknya membesar apabila mendpt sokongan PAS. Dia tidak hadir mesyuarat dan tidak menjwb surat sebaliknya menjwb di media BN dan di pentas PAS,itu pun bkn menjawab dakwaan tetapi mencela teknikal.

Tanpa Nama berkata...

bagus macamana pun seorang pemimpin kalau tak berdisplin dan menentang kepimpinan parti wajar disingkir..

Tanpa Nama berkata...

Hair ni rombongan dari PKR,PAS dan DAP akan menghadap DYMM Sultan Selangor.Diharap Tuanku membuat keputusan yg adil,saksama dan melihat masa depan Negeri Selangor.Disyorkan:
(1) MB Selangor yg baru wajar lelaki dan dari kalangan anak Selangor.Sekiranya Wan Azizah dipersetujui jadi MB apa akan jadi andainya suaminya (DSAI) dipenjarakan kelak.Selangor akan punya MB yg suaminya merengkok dlm penjara.(2) Kami rakyat Selangor tak rela orang luar jadi MB Selangor,belum pernah berlaku lagi.Diharap Tuanku menggunakan kebijaksanaan dlm menyelesaikan masaalah ini sebagaimana yg selalu didoakan oleh rakyat setiap hari Jumaat.

Tanpa Nama berkata...

Simple ja. Tski org korporat. Dia puas kalau setelah tutup akaun, duit banyak.

Hal ehwal rakyat di luar, lintang pukang. Jalan tak selenggara, sampah, air, penguatkuasaan pbt yang longgar. Iklan haram dah nak menenggelamkan pekan2, dll.

Tanpa Nama berkata...

Khalid main blkg dgn umno...itu lu kata berita sedih utk rakyat selangor. ...lagi gembira adalah...simpan trojan horse dlm parti buat apa.. .

in response to Berita sedih untuk rakyat Selangor.. Ternyata cakap2 geng umno mengenai pkr gila kuasa terbukti kini.. , by Anonymous.

Tanpa Nama berkata...

Rakyat selangor yg cerdik tak bangga langsung dgn mb yg mula main blkg dgn umngok... eloklah kena pecat cepat drp makin membarah...puuiii...

Tanpa Nama berkata...

Tak terfikirkah anda semua kenapa umngok takut sgt Anwar atau Azizah jadi mb selangor?
Kalau Anwar/ Azizah jadi mb umngok akan merana sebab segala manifesto yg tertangguh oleh sebab dolak dalik Khalid selama ni akan dilaksanakan segera...agen2 umngok yg membelit Khalid selama ni akan dicantas...aku yakin Selangor akan lebih baik jika Anwar/ Azizah ambil alih...

abuamir berkata...

Kepada puak UG tu baik keluar PAS masuk umno terus macam anai2 merosakan PR. Kalau khalid bubar DUN Selangor memang sah dialah pengkhianat PR sebenar. Siapa sokong dia bubar sekarang? dia MB bebas tanpa sokongan PR.

Sesiapa pun ahli atau pemimpin engkar arahan parti patut disingkirkan dari PR. Semoga PR terus maju utk kesejahteraan rakyat.

Tanpa Nama berkata...

Pening aku fikir PKR ni. Camni la mintak2 TSKI masuk Pas mcm Mike Tyson. OK je solar slalu x de apa nk buat dh amal ibadah je Memang kaya DRI dulu. Harap2 dpt DOA Dan nasehat TGNA masa g Kelantan. Aku pun no baca blog AlQassam la jihat beb

Tanpa Nama berkata...

Di mana keadilan Parti Keadilan Rakyat? Anwar dulu dipecat kini Anwar memecat. Mengaps TS Khalid disingkir? Mengapa Anwar menyingkir beliau? Anwar memenuhi kehendak siapa? Apa yg akan berlaku lagi? Apakah kesudahan cerita gembira dua sahabat Anwar dan TS Khalid?

Tanpa Nama berkata...

nampak sangat pkr adalah parti yg menghalang pengaruh islam dalam pemerintahan. kewujudannya adalah dirancang sebagai meneruskan sistem yang dikehendaki barat untuk malaysia bekas tanah jajahanya.

Tanpa Nama berkata...

Pemimpin boleh silih berganti, yang baik diganti dengan yang lebih baik, kenapa Pas tak belajar dari sejarah, jangan-jangan Pas dah jadi UMNO?

Tanpa Nama berkata...

Pemimpin Pas dah jadi cerita arnab dengan kura-kura, bila nak sampai garisan penamat bincang siapa nak lintas dulu.....

Tanpa Nama berkata...

Yang penting dan dibanggakan media Utusan dan TV3 masuk berita pemimpin PAS, bangganya pemimpin Pas?

Tanpa Nama berkata...

Anon 8.26 pm.Ulamak-ulamak besar(tua dan muda) dalam PAS mana tau sejarah.Kalau tau sejarah takkan perintah Trengganu dan Kedah cuma satu penggal aje.Depa ingat depa hebat sebenarnya bodoh sombong.