10 Ogo 2014

[VIDEO] Ceramah PKR Jelaskan Kenapa Khalid Ibrahim Dipecat


Ceramah PKR hentam Khalid malam tadi

Beberapa jam selepas memecat Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim pimpinan tertinggi PKR muncul di ibu negeri Selangor bertemu rakyat dan buat pertama kalinya, tidak mengkritik kerajaan BN.

Seramai 400 hadirin di Seksyen 19 Shah Alam yang kebanyakannya penyokong PKR sebaliknya mendengar ucapan pemimpin kanan parti menceritakan "masalah-masalah" menteri besar sejak 2008 yang kini perlu digantikan.

Kebanyakan mereka memberi reaksi terkejut dan bersetuju apabila mendengar satu persatu kesalahan Khalid sepanjang pentadbiran negeri dari masalah jalan berlubang dan sampah sehingga dakwaan beliau bekerjasama dengan tokoh yang rapat dengan Umno untuk menyelesaikan masalah peribadinya.

MP Ampang Zuraida Kamaruddin memanaskan malam dengan menyatakan kegagalan Khalid menyelesaikan masalah jalan raya dan air di kawasan beliau.

Beliau yang turut dijangka mempertahankan jawatan ketua wanita PKR pada pemilihan parti ini menyindir Khalid kerana bersikap sombong dan membelakangkan parti dalam pelbagai isu.

"Kita bukan pilih "acong" atau "ane" mana jadi presiden. Ini Presiden parti pun beliau (Khalid) tidak mahu layan," kata beliau diikuti dengan gelak tawa dan sokongan daripada hadirin yang hadir.

Zuraida berkata Khalid bertindak sombong apabila menyatakan beliau menjadi menteri besar kerana rakyat dan kini melupakan parti.

Beliau mengesyorkan agar Khalid menubuhkan parti baru jika ingin terus menjadi menteri besar.

"Saya MP Ampang kalau parti tak letak saya di Ampang adakah saya jadi YB di Ampang?

"Kalau tak nak ikut parti, baik dia buat parti sendiri jadi menteri besar sendiri.


"Tapi, boleh menangkah?" kata beliau dibalas dengan laungan "Tidak!" oleh hadirin.

Sementara itu Setiausaha Agung PKR Datuk Saifuddin Nasution Ismail dan pengarah strategi parti Rafizi Ramli mengulang kepada hadirin mengapa Khalid patut diturunkan dengan masalah hutang Bank Islam beliau.

Bagaimanapun hadirin sedikit kecewa kerana Ketua Umum Datuk Seri Anwar Ibrahim yang diberitahu sepatutnya datang tidak muncul.

Saifuddin ketika ditemui wartawan selepas ceramah menyatakan Anwar sedang menemui "seseorang yang amat penting."

Tumpuan ceramah itu Wan Azizah merupakan satu-satunya pemimpin yang tidak mengulas langsung mengenai Khalid.

Bakal menteri besar Selangor itu sebaliknya menceritakan kisah sedih hidup beliau selepas Anwar ditangkap dan dipenjarakan pada ketika permulaan Reformasi PKR.

"Saya tak mahu panjangkan isu menteri besar, biarlah Datuk Saifuddin dan saudara Rafizi menjelaskannya.

"Saya datang jumpa tuan puan malam ini nak berkongsi kehidupan saya. Bagaimana deritanya saya dan anak-anak hidup tanpa suami," katanya. -mk


Justifikasi pemecatan Khalid dalam ceramah PKR di Shah Alam

Sekiranya sebelum ini pentas ceramah PKR dan Pakatan Rakyat (PR) menjadikan Umno dan Barisan Nasional (BN) sebagai sasaran, malam ini pentas ceramah penerangan memperlihatkan parti itu mengecam bekas menteri besarnya sendiri.

Ketua Wanita PKR Zuraida Kamaruddin dalam ceramahnya berkata, PKR terpaksa menceritakan kebaikan Menteri Besar Selangor Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim ketika kempen Pilihan Raya Umum ke-13 (PRU13) sedangkan hakikatnya parti itu "menelan pahitnya" disebabkan segala tindakan Khalid.

Zuraida berkata, tindakan memecat Khalid dibuat ekoran keangkuhan menteri besar itu dan kedegilan beliau menguruskan negeri tanpa mengambil kira pandangan parti yang diwakilinya.

"Walaupun kita telan pahit berucap inilah menteri besar yang baik, itu ini, tapi hati kita telan pahit. "Bagaimana angkuhnya, degilnya menteri besar kita dan terpaksa buat tindakan demikian," katanya dalam ceramah di Seksyen 19, Shah Alam.

Ahli Parlimen Ampang itu berkata, Khalid dipilih sebagai menteri besar Selangor apabila anggota parti dan ahli berkempen untuk memastikan kemenangannya dalam pilihan raya umum.

"Kalau tak nak ikut parti, buat parti baru, jadi menteri besar sendiri. Parti mana dia wakil, Bebas? Satu sahaja wakil dia, bolehkah jadi menteri besar?" soal Zuraida lagi.

"Masuk pilihan raya, tengok, boleh menang tidak?" kata Zuraida.

Beliau berkata, kedegilan Khalid yang enggan berundur sebagai menteri besar untuk digantikan dengan Datuk Seri Dr Wan Azizah Wan Ismail juga memperlihat sikap Khalid yang sebenar.

"Tapi kalau inilah caranya, kita perlu menyokong (pecat Khalid)," katanya.

Antara pemimpin PKR yang dilihat memberikan penjelasan berhubung pemecatan Khalid hari ini termasuklah Presiden PKR Datuk Seri Dr Wan Azizah Ismail, Setiausaha Agung PKR Datuk Saifuddin Nasution Ismail, dan Pengarah Strategi PKR Rafizi Ramli.

Saifuddin dalam ceramahnya berkata, sikap keras kepala Khalid ditunjukkan apabila beliau seringkali gagal hadir dalam mesyuarat biro politik sehinggakan parti memberi kelonggaran kepada wakil pejabat menteri besar Selangor menyertainya demi memastikan isu di Selangor dapat disampaikan kepada Khalid.

"‎Khalid sering tidak datang mesyuarat biro politik. Ada kelonggaran kita berikan, anggota exco Selangor kita panggil, pegawai pejabat Khalid juga boleh duduk dalam mesyuarat, supaya isu Selangor dapat disampaikan kepada Khalid.

"Ternyata tidak ada perubahan," kata Saifuddin.

Saifuddin berkata PKR tidak akan mengambil tindakan drastik terhadap Khalid sekiranya tiada isu yang serius untuk parti komponen PR itu memutuskan sedemikian, lebih-lebih lagi Khalid yang juga Ahli Dewan Undangan Negeri Pelabuhan Klang itu merupakan sahabat karib kepada Ketua Pembangkang Datuk Seri Anwar Ibrahim.

"Khalid dianggap sebagai sahabat dalam keluarga Anwar. PKR tidak akan buat sesuatu berasaskan sebab yang ringan," kata Saifuddin.

Isu besar yang dimaksudkan Saifuddin adalah melibatkan kenaikan caj yuran lesen perniagaan di Selangor, kenaikan kadar elaun anggota Kabinet Selangor dan cadangan penstrukturan semula industri air yang menyasikan Khalid bersetuju untuk meneruskan pembinaan Loji Rawatan Air Langat 2 yang ditentang PKR selepas mengambil alih Selangor selepas Pilihan Raya 2008.

"Kita mahu polisi dilaksanakan tidak membebankan rakyat, kerana kita akan berdepan kepada rakyat," katanya.

Beliau berkata, keputusan PKR memecat keahlian Khalid juga menjadikan mereka negeri pertama dalam sejarah Malaysia yang mempunyai menteri besar yang tidak mewakili mana-mana parti.

"Ini sejarah Selangor, menteri besar kita Adun bebas," katanya.

Rafizi dalam ceramahnya berkata, PAS sebelum ini merupakan parti yang sering merungut berkenaan sikap Khalid, dan sering mencadangkan agar beliau ditukarkan.

"Paling banyak membuat aduan tentang Khalid kepada kami adalah pimpinan PAS. Paling banyak minta tukar menteri besar adalah PAS," katanya.

PAS bagaimanapun dilihat menyokong Khalid, dan perkara itu akan diputuskan dalam mesyuaratnya yang dijadualkan 17 Ogos depan.

"PKR faham kerana cara Khalid itu, kadang kala beliau tidak berbincang untuk membuat keputusan," kata Rafizi.

Tambahnya lagi, PKR akan terus menyokong dan mempertahankan Khalid sekiranya ahli Parlimen Bandar Tun Razak itu bersikap jujur.

"Kalau Khalid jujur kita akan pertahankan, sebab itu 6 tahun kita pertahankan beliau," katanya.

"Lima, enam tahun kita pertahankan kerana kita percaya beliau jujur,"
tambah Rafizi.

Sementara itu, calon menteri besar dan isteri Anwar, Dr Wan Azizah dalam ceramahnya berkata, pertukaran jawatan bukanlah agenda yang penting, sebaliknya keupayaan parti menggalas amanah rakyat.

"Penukaran jawatan pada saya tidak penting, yang penting amanah dipegang, dan perbincangan sama, pasukan bersama.

"Jadi saya tidak suka untuk kata 'tidak elok'. Manusia ada kebaikan, kelemahan, kekurangan.

"Kerana rakyatlah yang penting, kerana kita berjuang bermati-matian," katanya.

PKR mengadakan beberapa siri ceramah sejak awal minggu lalu bagi menjelaskan tindakan mereka untuk menggantikan Khalid dengan Dr Wan Azizah bagi meneruskan Langkah Kajang.

Khalid dipecat keahlian serta-merta petang semalam apabila Majlis Pimpinan Pusat (MPP) PKR memutuskan perkara itu.

Pemecatannya bermakna PKR dan PR hilang satu kerusi di DUN dan Parlimen.

DAP dijadualkan bermesyuarat esok sementara PAS dijangka mengadakan pertemuan pada 17 Ogos untuk membincangkan penyingkiran menteri besar Selangor itu tetapi dengan perkembangan terbaru, perjumpaan itu mungkin tidak lagi relevan.

Pengerusi Lembaga Disiplin PKR Datuk Dr Tan Kee Kwong berkata Khalid ingkar keputusan MPP yang sepakat bersetuju pada 21 Julai melantik Presiden PKR Datuk Seri Dr Wan Azizah Wan Ismail sebagai menteri besar Selangor.

Khalid dalam kenyataan balasnya menerima keputusan yang dianggapnya tidak sah itu, dan akan menghadap Sultan Selangor Sultan Sharafuddin Idris Shah berhubung tindakan itu.
-TMI



Ke mana hutang RM70juta Khalid?

SHAH ALAM - Tiada penjelasan penuh diberikan Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim mengenai hutangnya yang tertunggak sebanyak RM70juta.

Setiausaha Agung PKR, Datuk Saifudin Nasution Ismail melalui ceramahnya semalam berkata, PKR tidak mungkin mengambil keputusan untuk melakukan pemecatan terhadap beliau sekiranya beliau memberikan penjelasan lengkap berhubung perlupusan hutangnya dengan Bank Islam.

"Bila ada isu atau perkara yang dibentang, kita akan bahas, tentang dan bincang habis-habisan sebelum keputusan dicapai.

"PKR tidak mungkin akan ambil tindakan berdasarkan sebab-sebab ringan.

"Khalid pernah berhutang sebanyak RM217juta untuk membeli lima peratus saham Guthrie pada tahun 1994.

"Hujung tahun lalu, kami mendapati wujud penyelesaian luar mahkamah berhubung kes tersebut dilaporkan kepada kami dan Februari 2014, mahkamah telah membuat keputusan bahawa hutang beliau sudah selesai di luar mahkamah," katanya.

Beliau berkata, keputusan bank untuk menghapuskira hutang Abdul Khalid yang berjumlah RM70juta menimbulkan tanda tanya pelbagai pihak.

PKR turut meminta Abdul Khalid untuk tampil menjelaskan situasi sebenar berhubung kes hapus kira hutang tersebut.

Namun kegagalan Abdul Khalid memberi penjelasan penuh mengenai baki hutangnya yang berjumlah RM70juta menimbulkan banyak dakwaan.

"Hutang yang begitu besar, bank cuma boleh hapus kira jika beberapa situasi berlaku. Yang pertama, ada pihak ketiga terlibat. Yang kedua, ada arahan dari Putrajaya yang mengarahkan bank untuk hapus kira hutang tersebut.

"Senang sahaja, jika ada pihak ketiga, namakan sahaja pihak tersebut untuk pengetahuan kami," jelasnya lagi.

Beliau berkata, Abdul Khalid banyak menimbulkan keraguan dalam beberapa isu utama yang melibatkan rakyat khususnya di Selangor.

Antara keraguan dan persoalan yang ditimbulkan semasa pemerintahan beliau ke atas Selangor ialah ptojek pembinaan Lebuhraya Kidex, pemberian dan kenaikan elaun Exco dan Adun, serta kenaikan takrif kegunaan air.

"Perbincangan mengenai prestasi pemimpin sentiasa, dititikberatkan. Masih banyak perkara yang perlu diperhalusi.

"Khalid banyak ingkar arahan parti bila berkaitan dengan isu smasa. Dia naikkan elaun bagi exco dan Adun Selangor, dia tandatangan perjanjian Langat 2 dengan terburu-buru dan naikkan takrif air dalam jangka masa 3 tahun.

"Semuanya langkah yang dia ambil, parti tidak mendapat penjelasan penuh dari dia," katanya lagi.
-SH



Tidak jujur punca Khalid ditolak

SHAH ALAM - Ketelusan Tan Sri Khalid Ibrahim dalam pemerintahan dan politik mungkin masih boleh menyelamatkan karier politiknya, ujar Pengarah Strategi PKR, Rafizi Ramli.

Beliau berkata, jika Abdul Khalid memilih langkah menerangkan secara terbuka mengenai isu-isu yang dibangkitkan ke atas beliau selama ini, mungkin pihak PKR masih boleh merundingkan segala masalah yang dihadapi demi mencari penyelesaian yang lebih baik.

"Pemecatannya dilakukan dengan serta-merta kerana bimbang integriti parti akan terjejas disebabkan kepincangan pemerintahan dia (Abdul Khalid). Cara dia (Abdul Khalid) kadang-kadang kurang disenangi, dia susah untuk berjumpa, kadang-kadang susah untuk dibawa berbincang. Tapi setiap kali berlaku perselisihan memang kita akui kesilapan dan perbetulkan semua bersama-sama dia.

"Sekiranya berlaku jujur dalam soal penjelasan hutangnya sebanyak RM70juta, mungkin beliau tidak akan dibuang jawatan," katanya dalam ceramah Penerangan Isu Semasa Negeri Selangor, malam tadi.

Rafizi mendakwa, Abdul Khalid tidak pernah menafikan beliau berhutang dengan Bank Islam dan pernah mengaku beberapa kali beliau sememangnya bertanggungjawab untuk membayar hutang-hutang yang diambil di bawah pembiayaan Bank Islam.

"Bank Islam mempunyai hujah yang kukuh untuk memenangi kes di mahkamah yang akan memaksa Abdul Khalid membayar baki hutangnya. Abdul Khalid cuba menimbulkan keraguan bahawa pembiayaan al-bai bithaman ajil yang disediakan oleh Bank Islam tidak memenuhi syariah sepenuhnya.

"Atas hujah itu, Abdul Khalid cuba mendapatkan arahan mahkamah untuk membatalkan perjanjian pinjaman yang ditandatangani sebelum itu dengan Bank Islam.

"Jika hujah Abdul Khalid diterima bermakna semua pinjaman yang dibuat di bawah kaedah perbankan Islam yang diambil oleh semua rakyat di negara ini, maka pinjaman rakyat Malaysia juga perlu diisytiharkan tidak sah dan terbatal. Ini termasuk pinjaman rumah dan pelbagai pinjaman lain yang banyak dibuat oleh rakyat kebanyakan di bawah kaedah perbankan Islam," katanya

Menurutnya, keputusan Bank Islam yang memutuskan untuk tidak meneruskan kes di mahkamah walaupun dengan alasan kukuh untuk menentang Abdul Khalid menimbulkan banyak tanda tanya dan disifatkan jarang berlaku kepada rakyat biasa.

Katanya lagi, walaupun diasak pelbagai kontroversi dan spekulasi, pimpinan parti termasuk Datuk Seri Anwar Ibrahim terpaksa meminta Abdul Khalid supaya berlaku telus dan menjelaskan kepada pimpinan parti dan PR mengenai penyelesaian hutangnya dengan Bank Islam.

"Anwar terpaksa berbuat demikian, ia demi menghentikan spekulasi yang bermain dari semua pihak," jelasnya.
-SH















IKLAN BERBAYAR

Jangan Biarkan Pasangan Anda Menderita,
Atasi Masalah Prostat & Kelemahan Zakar Dengan MEN CAPSULE.
KLIK SINI
LIKE kami di SINI





Dapatkan produk kesihatan untuk menambahkan kekuatan lelaki
dengan produk kami. Sila klik SINI



23 ulasan:

Tanpa Nama berkata...

Meludah kelangit!!!

Tanpa Nama berkata...

Nak tukar MB tukar sajalah.
Najib tukar Mat Said tak ada ribut taufan macam ni.

Melantik Wan Azizah sebagai calon kajang dan memilih beliau jadi MB membuktikan PKR sudah kehabisan pemimpin berwibawa.

Tanpa Nama berkata...

Apa -apa pun lu pr kena siap sedialah utk terima serangan dari melayu umno mr.bean yg memang confirm 1 juta percent akn guna isu ini sebagai weapon pd pru akn dtg. Bersiap sedia shjlah.

Tanpa Nama berkata...

Najib x susah nak tukar.Keluar fail, SPRM,UTK semua sedia berkhidmat utk lenturkan ahli umno yg tegar,kalo susah sgt bagi je wang bab melayu ni lemah dgn benda camni.Tak gitu.

Tanpa Nama berkata...

PKR buat le undi sulit dari adunnya siapa yang mahu Khalid atau Azizah. Buat statement kata itu kata ini...kalau ada berani buatlah undi.

Tanpa Nama berkata...

Kenyataan dari Rafizi : PAS paling banyak dan paling kerap meluahkan tak puashati terhadap Khalid Ibrahim.Satu kenyataan yg anih dan mengejutkan .Kalau ia benar,mengapa President PAS dan Pemuda PAS Selangor tetap dan terus mempertahankan Khalid Ibrahim sebagai MB Selangor? Sungguh lunar biasa!

Tanpa Nama berkata...

Tak perlu londeh hal org d khalayak mcm dia tak da sumbangan langsung sfgkan dia dulu ahli puaknya apa ni dala.an dah le

Tanpa Nama berkata...

TSKI dah kalah di peringkat grassroot.. kalah rebut jwtn Ketua Cabang dan kalah lagi rebut Timbalan Presiden. Ertinya majoriti warga PKR telah menolak TSKI

Nk apa lagi? Yg sokong beliau kini UMNO dan UMNOriyun dalam PAS....

Tanpa Nama berkata...

Ulamak PAS dimemali mati terbunuh, ulamak Pas sekarang menyerang kerjasama dalam Pakatan kerana gila kuasa dan Vellfire

Tanpa Nama berkata...

Besok khalid ibrahim menghadap sultan Selangor supaya bubar DUN pastu buat pilihanraya baru baru betul baru tau siapa yang boleh jadi MB Selangor...

Tanpa Nama berkata...

Bekas Timbalan Presiden Pas pun kena pecat, biasalah Mahathir dah ganti berapa orang TPM, Pemipin silih berganti macam terengganu

Tanpa Nama berkata...

Disini kita boleh nampak siapa Khalid dan apa peranan UMNO dan pemimpin UG dalam Pas?

Tanpa Nama berkata...

Tindakan yang cukup bijak dan terbaik, tak macam Pas terlalu sayang UG sampai haru-biru selangor

tausuo berkata...

Rujuk komen 3.33, Kalu benar sprti dikata bahwa Pas yg paling banyak luAh tidak puas hati akan TSKI, maka sindrom 'disconnect' mungkin benar2 telah berjangkit ke jema'ah INI Dan amat Malang sekali. Kereputan Dari DLM mesti ditangani dengan muhasabah dan tajdid yg menyeluruh seiring dgn du'a kpd yg ESA.

Tanpa Nama berkata...

Kerana ulama pas tidak boleh terima Wanita sebagai mb

Tanpa Nama berkata...

Because of ULAMA PAS, now I can see UMNO are good people.

Thanks to PAS, and ULAMA PAS.

(dua kali undi PAS - but NEVER AGAIN)

Tanpa Nama berkata...

kalau bubar ADUN, mari kita kira:

1. Berapa kerusi UMNO bagi PAS tanding tanpa tanding bersama? (Jawatan Tepat: 0)

2. Berapa kerusi PAS boleh memang jika lawan satu-satu dengan PKR, atau lawan tiga penjuru dengan UMNO and PKR? (Jawatan Tepat: 5 atau kurang)

Taniah kepada ULM PAS kerana terlalu cerdik dan terlalu mulia. Memang hebat ULM pas!

Syabas dan Taniah

PS: Oleh kerana corak cerdik mulia percakapan dan pemikiran ULM PAS, orang cina dah tak berabi dekat PAS.

KERENA RASA DITIPUT ("PAS For ALL"!?) , TAKUT DAN diHINA pula selepas mengundi PAS di PRU2013.

Tetapi orang ULM PAS yang mula tinggi memang tak pernah nak cina dekat mereka. maka Biar cina pergi, tak apa pun.

Syabas dan Tahniah lagi kepada PAS dan ULM PAS!

Unknown berkata...

Antara Komen yg paling bodoh yg pernah aku baca.

Tanpa Nama berkata...

Kau yang terpandai seperti ulama pas.
in response to kalau bubar ADUN, mari kita kira: 1. Berapa kerusi UMNO bagi PAS tanding tanpa tanding bersama? (Jawatan Tepat: 0) 2. Berapa kerusi PAS boleh memang jika lawan satu-satu dengan PKR, atau lawan tiga penjuru dengan UMNO and PKR? (Jawatan Tepat: 5 atau kurang) Taniah kepada ULM PAS kerana terlalu cerdik dan terlalu mulia. Memang hebat ULM pas! Syabas dan Taniah PS: Oleh kerana corak cerdik mulia percakapan dan pemikiran ULM PAS, orang cina dah tak berabi dekat PAS. KERENA RASA DITIPUT ("PAS For ALL"!?) , TAKUT DAN diHINA pula selepas mengundi PAS di PRU2013. Tetapi orang ULM PAS yang mula tinggi memang tak pernah nak cina dekat mereka. maka Biar cina pergi, tak apa pun. Syabas dan Tahniah lagi kepada PAS dan ULM PAS!, by Anonymous.

Tanpa Nama berkata...

Kpd tuan hasim jusoh, taniah kerana tuan yang terpandai seperti ulama pas.

Tanpa Nama berkata...

UMNO sekat Anwar jadi calon MB Di Kajang, baling batu sembunyi tangan...

Tanpa Nama berkata...

Apakah Pakatan Pas dan UMNO? UMNO halang Anwar bertanding, Pas halang Wan Azizah MB?

Tanpa Nama berkata...

Habis madu sepah di buang.