30 Ogo 2014

Mat Taib Peringatkan PAS: Jangan Syok Sendiri!

PAS jangan syok sendiri, 10 kerusi DUN hilang jika tinggalkan Pakatan, kata Mat Taib

Tan Sri Muhammad Muhd Taib hari ini mengingatkan PAS tidak mengambil jalan mudah meninggalkan Pakatan Rakyat (PR) kerana sekiranya berbuat demikian, parti Islam itu akan mengalami kekalahan yang lebih besar di Selangor.

Bekas menteri besar Selangor itu berkata PAS perlu diperingatkan selama ini pengundi Cina juga turut memberikan sokongan mereka apabila parti Islam itu berada bersama dalam PR.

"PAS akan kalah banyak kerana mungkin orang Cina tidak mahu mengundi PAS. Jangan kita 'sentimen Allahu Akbar' sahaja. Kita kena praktikal dengan keadaan pengundi.

"Jika kita silap percaturan, PR akan menang dan PAS yang tidak dapat undi. Jika ada pilihan raya di Selangor, saya ingat kurang-kurang PAS akan kalah 10 (kerusi)," katanya dalam Wacana Merdeka di Universiti Selangor di Shah Alam hari ini.

PAS sebelum ini mengambil pendirian yang berlainan dengan PR apabila memilih untuk memberi lebih nama calon menteri besar kepada Sultan Selangor bagi menggantikan Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim.

Ketua Pembangkang Datuk Seri Anwar Ibrahim pada Khamis secara terbuka meminta PAS menyatakan sama ada mereka menentang keputusan PR menamakan isterinya, Datuk Seri Dr Wan Azizah Wan Ismail, sebagai satu-satunya calon menteri besar Selangor kerana beliau seorang wanita.

Muhammad berkata berdasarkan pengalaman 10 tahun sebagai menteri besar Selangor, trend pengundian negeri ini dapat difahami dan PAS akan lebih selamat jika bersama PR.

Katanya, apa jua keputusan yang diambil PAS, kelebihan pengundi Cina ketika bersama PR perlu diberi perhatian ketika ia memberikan satu sumbangan besar.


"Ini pengalaman saya 10 tahun jadi MB. Saya tahu trend. Kita jangan syok sendiri.

"Saya fikir jika PAS ada pendirian baru, PAS akan kalah banyak. Pengundi Cina akan tarik diri, tidak undi calon PAS. Saya sudah tengok trend pengundi di Selangor, PAS menang bukan dengan majoriti besar sangat.

"Kalau PAS ada pendirian berubah, kononnya PAS boleh berdiri dengan sendiri, dan katalah hendak berkawan dengan Umno, saya fikir Datuk Nik Abdul Aziz (Nik Mat) banyak kali kata 'jangan percaya'. Ia akan berbalik cerita lama," katanya.

Beliau berkata Umno akan sentiasa mencari peluang bagi mengukuhkan sokongan rakyat terhadap parti Melayu itu walau dengan apa cara sekalipun.

Katanya, PAS sendiri pernah mempunyai pengalaman bekerjasama dengan Umno yang menyaksikan perhubungan itu tidak bertahan lama.

"Umno berkehendakkan PAS apabila ada sedikit menunjukkan kelemahan. Pada pandangan saya, PAS elok terus dalam PR. Umno biarkan dengan MCA dan MIC.

"Jika ada pandangan Umno dan PAS boleh mentadbir (bersama), itu cuma sementara. Apabila Umno dan Barisan Nasional dapat kuasa balik, katakan di Selangor, mereka akan menguis PAS keluar balik selepas berkuasa.

"Kita kena tahu kekuatan kita. Jangan kata kita sudah menang kita boleh ubah strategi akhirnya termakan dengan mainan politik Umno," katanya kepada kira-kira 100 hadirin di universiti itu. –TMI.









IKLAN BERBAYAR

Jangan Biarkan Pasangan Anda Menderita,
Atasi Masalah Prostat & Kelemahan Zakar Dengan MEN CAPSULE.
KLIK SINI
LIKE kami di SINI





23 ulasan:

Tanpa Nama berkata...

amat setuju dgn tan sri..

Tanpa Nama berkata...

Betul la tu tan Sri.heran betul tgk TGHA.
Jgn sabotaj kwn la.saat2 skrg just follow suara majority pakatan.
Ingt serban tu.jika brlaku sbliknya yakni TGHA teruskn agenda & brtntangan dgn pndapat majority.pakatan just gentlement bgtau tiada lgi krjasama dgn pas...biar pas brpecah dan keluar dr pmimpin yg brmuka muka ini.wualahulam.

Tanpa Nama berkata...

Ada 2 kerana Pas menang banyak kerusi di Selangor.
1. Kerana pengaruh Anwar.
2. Kerana undi Cina.
Sedarlah diri wahai Pas.

Nash Ar-Rawy berkata...

PAKATAN MUST COMPLY WITH ITS REAFFIRMATION OF WITHHOLD ROYALTY, BUMI RIGHTS, ISLAM N BM ;SO MUST COMPLY 3 NAMES 4 CM! AS DIRECTED BY AL SULTAN! IF ANWAR DOES NOT RESPECT AL SULTAN N D STATE CONSTITUTION ! HOW 2 ASPECT D NON- MALAYS 2 DO SO ! DON B ARROGANT N OBSTINATE! FORGO SELF-CENTERED MINDED POLITICS ; PAKATAN FIRST ! NOT INDIVIDUAL ! REMEMBER D MASSES IS WATCHING U !! EVEN PAS GIVES 3 NAMES ! BUT NOT FR. PAS BUT PKR! AS WE HAD AGREED B4 CM FROM PKR! SO ANWAR MUST RESPECT AL SULTAN N THINGS IS SETTLED 4 GOOD 4 D SAKE OF D RAKYAT ! AL SULTAN HAD GIVEN D CHANCE 2 SUBMIT 3 NAMES! WHAT'S WRONG WITH THAT ! AFTER ALL STILL FROM PKR! B OPEN-MINDED NOT 4 SELF-INTERESTS! By: Nash Ar-Rawy/30.8.14www.nasharrawy.blogspot.com

http://lnkd.in/bWkxAhY … UMNO SNEAKERS IN PAS OR UMNO ADDICTS WILL MAKE PAS LOSE IF LEAVES PR IN GE 14! OUST THEM OUT NOW! ; A CANCER IN PAS ; STUMBLING BLOCK OF PAS SUCCESS 2 CAPTURE PUTRAJAYA WITH PAKATAN !! NO PARTY COULD PERSIST ALONE IN MALAYSIA ! THIS IS D WAQI' ( REALITY ) DON GIVE FREE VICTORY 2 UMNO ! B SMART! PROPHET SAID, : A MUKMIN SHOULD NOT B BEATEN TWICEBY D SAME SNAKE IN D SAME HOLE !! B ISLAMIST NOT RACIST! ISLAM SAVES RACE! RACE WON SAVES RACE " MELAYU TIPU MELAYU!" MELAYU BUNUH MELAYU ! BUT ISLAM SAVES ALL ; " MERDEKA ALL " PAS A BLESSETH 2 ALL " THRU' ISLAM NOT RACIST! http://lnkd.in/bwvV6si

http://lnkd.in/bMuWNpH UMNO IS A ONE MALAY RACIST PARTY NOT ISLAM; PAS IS ISLAMIST ! RACISM DON SAVE RACE" MELAYU TIPU MELAYU ( BUMI SHARE RM 52b SWINDLED!)" MELAYU BUNUH MELAYU!( MEMALI) BUT ISLAM SAVES ALL THRU' ISLAM SOVEREIGNTY NOT MALAY SOVEREIGNTY! AS ARAB NATIONALISM KILLED OTTOMAN EMPIRE IN1924 ! B ISLAMIST NOT RACIST ! RACIST MUST LEAVE PAS N JOIN UMNO ! DON B SNEAKERS N UMNO ADDICTS IN PAS !! By: Nash Arrawy/30.8.14 lesshttp://lnkd.in/9kNHcr

Tanpa Nama berkata...

Pas jangan takut, umno akan bagi kerusi percuma kerana kemurnian ulama pas yang bijak. Biar undi cina pergi, siapa perlu undi cina!? Perlu cukai cina, bukan undi.

Tanpa Nama berkata...

Contohnya di DUN bangi, pas vs umno vs pkr, undi cina tetap bagi ulama pas mulia kerana telah membuat contoh yang baik.

Tanpa Nama berkata...

Pas sebenarnya tak mau kuasa Mrk hanya mahu berdakwah. Bergabung dgn umno bermakna Pas akan dapat mentarbiah umno & akhirnya negara Islam yg Pas perjuangkan akan jadi realiti dgn bantuan umno.

Tanpa Nama berkata...

meamang betul

bat8 berkata...

Jika kita lihat tindakan TGHH dan gengnya dalam isu MB Selangor ini kita naik pelik. Kita pun nampak tindakan-tindakan tersebut tak masuk akal dan nampak sangat sabotaj kerana dengan pengetahuan cetek kita tindakan-tindakan ters3but bukan Islamik. Apatah lagi TGHH tidak memberi hujah-hujah akal atau syarie yang kita boleh faham.

Tindakan-tindakan ini seolah-olah sengaja dibuat supaya PAS ditendang keluar dari Pakatan. Mengapa PAS tetap menegaskan akan bersama-sama Pakatan tetapi tindakan-tindakannya seperti mahu ditendang keluar.

Setelah beberapa minggu memerhati perkembangan yang berlaku , baru sekarang semua tindakan-tindakan TGHH mula menampakkan tujuan sebenarnya.

Memang TGHH dan geng UG mahu PAS ditendang keluar dari Pakatan. Mereka tidak boleh membawa PAS keluar dari Pakatan kerana keputusan Muktamar PAS di Ipoh tahun 2008 dimana 2 perkara dasar ditetapkan: pertama, PAS menolak sebarang kerjasama dengan UMNO dalam apa jua bentuk. Kedua, membuat keputusan yang PAS akan terus bersama dengan Pakatan Rakyat.

Sebab keputusan muktamar tersebut masih menjadi dasar PAS sehingga hari ini, puak UG perlu meminta satu muktamar khas PAS jika mereka mahu mengubah keputusan muktamar Ipoh dan meminta muktamar khas ters3but meluluskan keputusan baru mengantikan keputusan muktamar Ipoh untuk bekerjasama dengan UMNO.

Persoalannya beranikah TGHH dan puak UG ini memanggil muktamar khas ini?

Saya rasa mereka tak berani k3rana akar umbi PAS majoriti menolak idea UG ini. Beranilah mereka m3nghadapi muktamar 2014 bulan september ini dan pemilihan PAS tahun depan jika mereka cuba memanggil muktamar khas ini? Silap-silap dalam pemilihan tahun depan, pemberontakan tahun 1982 dulu mungkin berulang.

Jadi s3bab itulah kita melihat berbagai sabotaj dilakukan ol3h puak UG ini sejak Muktamar Ipoh tahun 2008 untuk memecahbelah Pakatan dan meruntuhkan Pakatan. Siri sabotaj yang kita lihat sekarang adalah supaya PAS ditendang keluar dari Pakatan Rakyat.

Apabila PAS ditendang keluar dari Pakatan, k3putusan muktamar Ipoh yang masih berkuatkuasa sekarang akan gugur secara otomatik.Jadi puak UG mempunyai kerja yang lebih mudah sedikit bagi mendapat mandat baru untuk bekerjasama dengan UMNO.Lagipun PAS sudahpun bekerjasama dengan UMNO melalui kerajaan negeri Kelantan dengan kerajaan pers3kutuan secara tak rasmi atau gelap.

Tanpa Nama berkata...

bukan salah PAS, Hadi bersama UG nak jahanamkan PAS dan Pakatan Rakyat

Tanpa Nama berkata...

PAS sudah termakan tipu daya UMNO. Agaknya sudah ramai agen Task Force 2010 dalam kepimpinan PAS. Tidak lama lagi Kolonel Mat akan dinaikkan pangkat ke Brig Jen Mat kerana berjaya melemahkan dan memperdaya PAS. NTR pernah berkata, untuk memerangi orang Islam di Malaysia tidak perlu menggunakan senjata seperti di Iraq, cukup dengan peti undi. Dalam kes MB Selangor, tidak perlu menunggu peti undi, cukup dengan memainkan sentimen Melayu dan menakut-nakutkan pemimpin PAS, PAS akan tewas dengan mudah sebelum PRU14 lagi.

Tanpa Nama berkata...

President PAS pernah berkata: PAS masuk pilihanraya bukan untuk menang banyak kerusi.Tak hairanlah ostad-ostad berkempen keulu-kehilir nak bawa PAS keluar dari Pakatan Rakyat.Depa tak ambil kira risikonya kerana sudah sombong dan bongkak.Pandangan Tan Seri Mohammad Taib,tu betul dan tepat. Pokoknya,ostad-ostad muda tu ada faham atau tidak

Tanpa Nama berkata...

PAS patutnya jadi parti yg paling kedepan dalam politik Malaysia berdasarkan ideologi dan sumber yg PAS ada.. tapi PAS sangat lemah dalam kepimpinan...

Atas kelemahan tersebut PAS jadi parti terpinggir...

Saya cadangkan supaya yang nak jadi pemimpin didalam PAS diuji dulu dari segi kebolehan memimpin bukan sekadar faqih dalam berhukum...

Orang yg fakeh hukum tapi tak ada kebolehan memimpin akan jadi gopoh dalam menghukum dan memimpin...

Yg dah jadi pemimpin mesti sentiasa dikursuskan bagaimana nak jadi pemimpin.. saya rasa PAS tak pernah buat perkara ini kepada pemimpin pemimpin dia dan mungkin tak pernah ada dalam agenda kepimpinan dia..

PAS mesti mengelakkan pemimpin bodoh macam Tantawi yg kuat membohong dan menyeleweng dari segi pemikiran

Tanpa Nama berkata...

Maka berkokok kokok lah para macai macai sekalian memberi pandangan-pandangan yang macam orang mabok daun ketum.

Tanpa Nama berkata...

Nash Ar-Rawi.

Sila baca sekali lagi perlembagaan Negeri Selangor. Kuasa sultan dan tugas tugas ahli dun yang dipilih, bagaimana dan cara nak pilih MB ada termaktub didalamnya.

Tanpa Nama berkata...

Sesetengah pemimpin PAS ini sudah terlalu ego dan tak sedar diri. Selalu mendabik dada kononnya jentera party kuat dan ikhlas. Kamu sedar tak jentera party PAS memang berkerja dgn ikhlas tanpa upah yang banyak kerana mereka ni lihat kewangan PAS tak banyak. Tapi skrg kami dah tengok sendiri bagaimana sikap MP/ADUN PAS dah sudah mampu hidup mewah. Dulu mereka ni belum lagi jadi YB. Tapi bila dah ada jawatan sikit boleh tahan juga gaya hidupnya. Ada yg belum sampai sepenggal menjadi YB dah mampu pakai kereta-kereta mewah dua, tiga buah pulak tu. Cuba kira berapa downpayment dan monthly installment sebuah Vellfire dgn kemampuan seorang MP/ADUN. Kami jentera ini berkerja siang malam, ada yang panjat pokok dan tiang letrik utk pasang bendera dsb tidak dilindungi insuran weh. Tapi skrg kami dah celik tak guna kami bersekang mata, memerah keringat secara sukarela sedangkan beberapa pemimpin yg sudah ada sedikit sumber kewangan dah beransur-ansur mabuk. Jgn ingat kami tidak memerhati semua perkara tu wahai YB PAS.

Tanpa Nama berkata...

Prlembagaan ciptaan makluk.tdk bolei tksub Sgt kalau kuasa rakyat d tolak.jika tk dpt hasrat politik point nya kuasa sultan dsb.ingat kuasa Allah ykni keadilan lebih didahulukn.Tgk shj majority.yg mmbangunkn kekayaan golongan mana , perahan tenaga mana.sama jgk smpai mnyembur ayak liur para pmimpin jerit Merdekaaaa .rakyat x nk gntung bndera pun ...apa boleh buat.nk tgkap? Bkn psal politik ..sbb dh trlalu bnci dgn glongan2 brtopeng kunonnya utk negara , utk rakyat tpi rasuah .sabotaj rakyat.kaya mlpau .kebal undang2.sya tk kata mana2 parti.tpi umum dlm kategori di at as.brkaitan Mb slgor just follow majority adun slgor.jgn menongkah arus walau apa akta skali pun.SBB mrk mewakili rakyat.byk undang2 Pn jika mcm smgat kibar bndera sang saka no point.apa2 Pn just pndangan sngai rkyat Mlsia sejati.merdeka ( iman , Hutang , rasuah).

Tanpa Nama berkata...

Anon 9.26am.
Dlm PAS sekarang pemimpin jenisTontowi nilah yg kehadapan dan laku serta jadi idola ostad-ostad muda .Akibatnya Pemuda PAS (bukan semua)sudah hilang arah perjuangan kerana dipengaruhi oleh idols mereka.

bat8 berkata...

Tak payah berbohong ataih darat le. Umno bukan nak tolong PAS tetapi nak menjahanamkan PAS. Nak mentarbiahkan UMNO? Yang kita nampak s3karang UMNO dah mentarbiyah sesetengah ostad PAS. Conton paling jelas tantawi. Kalau UMNO nak tolong pe4juangan PAS iaitu melaksanakan hukum hudud, UMNO takkan tolak perlaksanaan hukum hudud di Terengganu. Enakmen hudud Terengganu sudah tersedia diluluskan oleh DUN sama dengan keadaan enakm3n hudud Kelantan. Mengapa UMNO sokong perlaksanaan hudud di Kelantan tetapi m3nolak perlaksanaan di Terengganu. Kalau nak sokong perjuangan PAS, UMNO juga perlu melaksanakan enakmen hudud Terengganu bersekali dan bersama-sama dengan perlaksanaan hudud di Kelantan. Ini baru kata niat ikhlas UMNO nak membantu pe4juangan PAS. Tak payah nak tunjuk bodoh le cai UMNO!

in response to Pas sebenarnya tak mau kuasa Mrk hanya mahu berdakwah. Bergabung dgn umno bermakna Pas akan dapat mentarbiah umno & akhirnya negara Islam yg Pas perjuangkan akan jadi realiti dgn bantuan umno., by Anonymous

Tanpa Nama berkata...

Lepas ni..kami bumiputera di swak tidak akan undi pas di kwsn yg mereka tandingi seperti pru sudah. Tidak ada lagi.

Tanpa Nama berkata...

Masalahnya pemimpinx PAS yang syok sendiri ni tak tahu apa yang dia tak tahu. Apabila sudah kalah barulah tahu. Ketika itu sudah terlambat.

Tanpa Nama berkata...

Apa heran PAS dah biasa hilang kerusi dan juga hilang nyawa yang penting pertahankan akidah ISLAM . TAKBIR ALLAHUAKBAR

Tanpa Nama berkata...

Tubuh parti baru. Parti Islam Progresif atau Progressive Islamic Party (PIP). Gulungan yang syok sendiri bolih teruskan dengan PAS dan keluar dari Pakatan. Kumpulan yang progresif yang nampak jauh kedepan bolih menjadi ahli PIP. PIP bolih teruskan perjuangan dengan PR dan teruskan agenda PR bersama dengan PKR dan DAP. VIPx muda PAS yang ada sekarang bolih menjadi kumpulan pemimpin parti baru PIP.