18 Ogo 2014

Khalid Sokong Wan Azizah Sebagai MB?


Kemelut Menteri Besar di Selangor bakal menyaksikan kejutan di luar jangkaan apabila Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim mungkin membuat 'pusingan U' dengan membenarkan Presiden Parti Keadilan Rakyat (PKR) Datuk Seri Dr Wan Azizah Wan Ismail untuk mengambil alih jawatannya.

Ini kerana Menteri Besar itu enggan memberi laluan kepada Timbalan Presiden, Azmin Ali untuk menggantikannya, kata sumber terdekat kepada Khalid.

"Saya percaya Khalid sanggup mengalah kepada Wan Azizah dan akan mengatur beliau (Wan Azizah) menghadap Sultan," kata sumber itu yang juga ahli PKR.

Sultan Selangor, Sultan Sharafuddin Idris Shah menolak permintaan Wan Azizah untuk menghadap baginda pada awal bulan ini.

Menurut sumber, Khalid mungkin tidak akan memohon untuk membubarkan Dewan Undangan Negeri (DUN) bagi melancarkan proses peralihan kuasa diantara beliau dan Wan Azizah, isteri kepada penasihat PKR, Datuk Seri Anwar Ibrahim.

Khalid yang enggan meletak jawatan bagi memberi laluan kepada Wan Azizah dipecat oleh parti pada minggu lalu.

PAS pada Ahad sebulat suara memutuskan untuk tidak menyokong Khalid sebagai menteri besar tetapi meminta nama Azmin dicalonkan bersama dengan Wan Azizah bagi jawatan tersebut.

Azmin mengisytiharkan bahawa beliau menghormati keputusan parti untuk hanya mengemukakan nama Wan Azizah.

Bekas setiausaha politik Khalid, Faekah Husin berkata Wan Azizah mahupun Azmin tidak mendapat sokongan majoriti untuk dilantik sebagai Menteri Besar.

"Adalah baik untuk mengadakan forum bagi mengetepikan kebaikan dan keburukan daripada mempunyai salah seorang daripada mereka sebagai Menteri Besar," katanya.

Ketua Kluster Politik, Keselamatan dan Hal Ehwal Antarabangsa, Majlis Profesor Negara (MPN), Prof Datuk Dr Mohamed Mustafa Ishak berkata, beliau yakin Khalid akan 'berjuang hingga ke penghujungnya'.

"Jika beliau masih gagal menghalang Azmin untuk mengambil alih jawatan itu, Khalid boleh memohon perkenan Sultan untuk membubarkan DUN," katanya. -mstar

ULASAN GB

Kalau benar berlaku demikian barulah gentleman.

Ini dah jelas 43 ADUN sudah tolak, silap gaya, 12 ADUN BN pun sama tolak... jika undi tak percaya dijalankan...

Kalau bubar DUN ketara sangat pula mementingkan diri sendiri, pun belun tentu menang jika bertanding di atas tiket BEBAS...









IKLAN BERBAYAR

Jangan Biarkan Pasangan Anda Menderita,
Atasi Masalah Prostat & Kelemahan Zakar Dengan MEN CAPSULE.
KLIK SINI
LIKE kami di SINI





Dapatkan produk kesihatan untuk menambahkan kekuatan lelaki
dengan produk kami. Sila klik SINI



5 ulasan:

Tanpa Nama berkata...

Peristiwa yang berlaku ini menimbulkan pengkhianat dalam Pakatan dan orang yamg tak ikhlas dalam perjuangan

Tanpa Nama berkata...

Tak po le, manusia kan dijadikan sifatnya terburu2 ..

Yang penting ABU.
Kalau rakyat konfius, maknanya ramai lum cerdik & terbuka.

ABU, ABU, ABU

Tanpa Nama berkata...

Kemana arus tski mebawa dirinya selepas ini apatahlagi jika cadangan prn selangor diterima oleh sultan ...ataukah sultan menasihati tski agar menebalkan mukanya untuk u trn back kepada pkr?

Tanpa Nama berkata...

Jangan bersedih & jangan malu.
Apa lah sangat malu pada manusia.
Bukan buat kerja2 mungkar seperti terbukti terlibat dalam pesta bogel atau seumpamanya.

Setakat tak nak lepaskan jawatan, kerana masa tu agak kurang pertimbangan.

Yang penting, tak sekali2 berpatah balik kepada UMNO. Sama2 berjuang untuk kesejahteraan rakyat sebagaiman janji dulu dalam PR.

Malah akan memantapkan lagi perjuangan, di samping kot2 ade yang sikit2 cacat cela yang masih boleh dimaafkan, harap2 muhasabah. ALLAH sayang padamu, sebab tu diduganya. Orang besar, terkenal, dugaan nya besar dan terkenal juga le.

Tanpa Nama berkata...

Bekas Setpol TSKI, Cik Faekah Husin adalah seorang yang begitu pelek sekali. Beberapa tindakan beliau amat mengguris dan ada ketikanya memburukkan lagi suasana, dan yang menanggung bahananya ialah TKSI. Kemana kesudahan beliau, amat menarik untuk diamati. I guess she'll be the biggest loser, or yet to be seen.