27 Ogo 2014

Kemelut Baru: Satu Nama Atau Banyak Nama? -updated


PKR dan DAP teguh hanya Wan Azizah pengganti Khalid

PETALING JAYA: Parti Keadilan Rakyat (PKR) dan DAP hanya akan mencalonkan satu nama sahaja iaitu Presiden PKR, Datuk Seri Dr Wan Azizah Wan Ismail bagi menggantikan Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim sebagai Menteri Besar Selangor.

Menurut kenyataan bersama kedua-dua parti itu malam tadi, tindakan itu diambil sejajar dengan konvensyen pencalonan menteri besar pada 2013 dan mengambil kira titah sultan Selangor.

Kenyataan itu dikeluarkan oleh Setiausaha Agung PKR Datuk Saifuddin Nasution Ismail dan Setiausaha Publisiti DAP Tony Pua.

“PKR dan DAP merafak sembah menjunjung kasih dan rasa syukur dengan titah Tuanku Sultan Selangor mengenai pelantikan Datuk Menteri Besar yang baru seperti kenyataan rasmi Pejabat Tuanku Sultan Selangor yang ditandatangani Datuk Mohamad Munir Bani hari ini (semalam).

“Titah Tuanku Sultan Selangor itu adalah sejajar dengan konvensi (convention) yang telah diamalkan secara berterusan dalam pelantikan Datuk Menteri Besar sebelum ini,” katanya dalam satu kenyataan bersama.

Jelas Saifuddin dan Pua, PKR dan DAP menjunjung titah Tuanku Sultan Selangor itu dan akan mempersembahkan pencalonan Wan Azizah untuk dipertimbangkan Tuanku Sultan Selangor memandangkan Wan Azizah sudah mendapat sokongan majoriti sekurang-kurangnya 30 orang Ahli Dewan Negeri (termasuk Datuk Seri Dr Wan Azizah Wan Ismail sendiri).

“PKR dan DAP merakamkan doa dan menjunjung kasih atas budi bicara ke bawah Tuanku Sultan Selangor,” katanya.

Sementara itu, Ketua Pemuda PAS Malaysia, Suhaizan Kaiat menyatakan sekiranya PKR dan DAP meneruskan hasrat untuk menghantar hanya satu nama, maka krisis perebutan jawatan Menteri Besar akan berlarutan.

“Rakyat akan bertambah meluat… Ia masa terbaik untuk Pakatan Rakyat (PR) kembali duduk semeja untuk mencapai persefahaman yang mungkin gagal dicapai sebelum ini,” katanya dalam status Facebooknya. -FMT


Pakar: Sultan tiada kuasa minta banyak nama

Pakar perlembagaan Abdul Aziz Bari berkata tindakan sultan Selangor meminta lebih banyak nama untuk calon menteri besar adalah tidak mengikut perlembagaan kerana seorang calon yang mendapat sokongan majoriti sudahpun ditemui.

Katanya, mengikut sistem berparlimen, kerajaan bertanggungjawab kepada DUN dan bukannya kepada istana.

Jelasnya lagi, peranan istana hanyalah untuk melantik sesiapa sahaja yang mendapat sokongan majoriti Dewan.

“Majoriti adalah satu-satunya kriteria (pelantikan), maka sultan tiada kuasa untuk meminta lebih banyak nama memandangkan sudah ada majoriti,”
katanya kepada Malaysiakini.

Istana Selangor semalam mengeluar kenyataan bahawa baginda menangguhkan peletakan jawatan Menteri Besar Tan Sri Khalid Ibrahim sehingga seorang menteri besar baru dilantik.

Sultan Selangor turut meminta agar setiap parti dalam Pakatan Rakyat – PKR, DAP dan PAS – masing-masing menamakan dua calon sebagai pengganti jawatan tersebut.
-mk



Krisis MB: Minta lebih nama tidak ikut Perlembagaan, kata peguam

Sultan Selangor akan dilihat seperti bertindak di luar Undang-Undang Tubuh Kerajaan Negeri Selangor kerana meminta lebih nama calon menteri besar apabila sudah jelas majoriti Ahli Dewan Undangan Negeri (Adun) menyokong Datuk Seri Dr Wan Azizah Wan Ismail menjawat jawatan itu, kata peguam Perlembagaan.

Mereka berkata, Artikel 53 (2) (a) Undang-undang Tubuh Selangor memberikan panduan kepada pihak berkuasa negeri dan undang-undang bertulis berdasarkan konvensi.

Katanya, pemimpin Pakatan Rakyat (PR) dan Adun bertindak berdasarkan undang-undang jika mereka hanya memilih Dr Wan Azizah sebagai calon mereka.

Prof Madya Dr Azmi Sharom daripada Fakulti Undang-Undang Universiti Malaya berkata, Undang-undang Tubuh menyatakan pemerintah perlu melantik Adun yang memperolehi keyakinan majoriti Adun. "Sultan perlu berpandu kepada undang-undang negeri," katanya.

Azmi berkata, undang-undang bertulis perlu diutamakan dan di Selangor terdapat dokumen untuk dijadikan panduan.

"Jika Dewan Undangan Negeri (DUN) jelas menunjukkan keyakinan kepada satu orang, dia adalah calon yang perlu dilantik,"
katanya.

Beliau berkata demikian sebagai mengulas kenyataan Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim semalam PR perlu mengemukakan lebih daripada dua calon menggantikannya untuk dihantar ke istana.

PR mengemukakan nama Dr Wan Azizah ke istana walaupun PAS, salah satu parti komponen menolak untuk menyokong pencalonan itu.

Sehingga kini Dr Wan Azizah masih menunggu untuk diperkenan mengadap Sultan.

Adun Kajang itu mendapat sokongan 29 daripada 56 wakil rakyat dalam DUN untuk mengambil jawatan tertinggi di negeri terkaya di negara ini.

Peguam Syahredzan Johan berkata Sultan Selangor mempunyai budi bicara tetapi hanya terhad kepada situasi di mana ia tidak jelas pihak yang memiliki kepercayaan serta keyakinan majoriti.

"Dalam kes ini jelas salah seorang ahli Dewan mendapat sokongan majoriti, maka orang itu hendaklah dilantik," katanya.

Katanya, ini bermakna, Dr Wan Azizah sepatutnya adalah menteri besar yang sah kerana disokong 29 Adun yang lain.

Beliau berkata, melalui konvensyen, Sultan hanya melantik ketua kerajaan daripada gabungan yang memenangi kerusi terbanyak.

"Ia adalah PR di Selangor," katanya.

Pada 14 Ogos, Dr Wan Azizah menunjukkan bukti 30 wakil rakyat menyokongnya untuk menggantikan Khalid.

DUN Selangor terdiri daripada 56 ahli - DAP (15), PAS (15) PKR (13) Barisan Nasional (12) dan Khalid bebas.

Dua wakil rakyat PAS secara terbuka menyuarakan sokongan mereka kepada Dr Wan Azizah untuk dilantik sebagai menteri besar.

Profesor Gurdial Singh Nijar daripada Fakulti Undang-undang Universiti Malaya berkata kemelut MB Selangor selesai dengan peletakan jawatan Khalid.

Beliau berkata, kenyataan istana itu menjelaskan setiap parti komponen dalam PR perlu mengemukakan lebih 2 calon untuk pertimbangan berdasarkan amalan konvensional yang sedia ada.

Katanya, perlembagaan Selangor mencerminkan peruntukan yang serupa dalam Perlembagaan Persekutuan.

Gurdial berkata, Perlembagaan Persekutuan berdasarkan kepada model Westminster United Kingdom dan ia mungkin petunjuk untuk mencerminkan amalan di UK dalam pemilihan perdana menteri apabila penyandang meletak jawatan.

"Pada hakikatnya hak Ratu ditadbir oleh konvensyen perlembagaan berasaskan keperluan politik baginda hendaklah melantik perdana menteri itu seorang lelaki atau perempuan yang boleh membentuk kerajaan yang menerima keyakinan Dewan.

"Biasanya konvensyen ini jelas menunjukkan pemimpin parti, yang mempunyai sokongan majoriti di dalam Dewan, mempunyai hak yang tidak dapat dinafikan untuk dilantik," katanya.

Gurdial berkata, dalam kes di mana setiap pihak yang mempunyai cara mereka sendiri untuk memilih pengganti, tidak ada ruang untuk Ratu melaksanakan budi bicara.

"Peraturan utama adalah untuk tidak melibatkan raja dalam kontroversi atau rundingan politik," katanya. –
-TMI



PAS akan hantar lebih dari satu nama

PAS akan mempersembahkan tidak kurang dari dua nama kepada Sultan Selangor Sultan Sharafuddin Idris Shah sebagai calon menteri besar yang baru.

Setiausaha Agung PAS Datuk Mustafa Ali berkata, ia sebagai menghormati dan menjunjung titah baginda melalui kenyataannya semalam, lapor Harakahdaily.

"PAS menghormati titah Tuanku dan kita akan menghantar tidak kurang dari dua nama," beliau dipetik sebagai berkata kepada akhbar web PAS itu.

Bagaimanapun menurut Mustafa lagi, PAS masih menunggu surat pemakluman rasmi daripada istana dan sebarang keputusan berhubung perkara itu akan dimuktamadkan selepas itu.

"Surat tersebut biasanya ada dinyatakan deadline (tarikh akhir). Kita akan respons selepas mendapat surat tersebut.

"Saya tak fikir perlu mesyuarat (jawatankuasa Pusat) yang baru. Kita sudah ada gambaran daripada mesyuarat sebelum ini.

"Apapun perbincangan tak rasmi kita akan buat untuk mendapatkan pandangan," katanya lagi seperti dilaporkan akhbar itu.

Berbeza dengan PKR & DAP

PAS sebelum ini mencadangkan Timbalan Presiden PKR Azmin Ali di samping presidennya Datuk Seri Wan Azizah Ismail tetapi Pakatan akhirnya memutuskan menerima Azizah sahaja.

Langkah PAS untuk mencadangkan tidak kurang daripada dua nama itu berbeza dengan pendirian dua lagi rakannya dalam Pakatan – PKR dan DAP – yang hanya mencalonkan Azizah.

Menurut kenyataan bersama PKR dan DAP semalam, tindakan itu diambil sejajar dengan konvensyen pencalonan menteri besar pada 2013 dan mengambil kira titah sultan Selangor.

Menurut mereka, istana tahun lalu meminta lebih daripada satu nama tetapi mereka hanya menamakan Khalid dan akhirnya diperkenan sultan.

Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim bagaimanapun berkata perkara itu tidak “tepat kerana” dan Pakatan tidak hanya mencalonkan satu nama, iaitu dirinya semata-mata, sebagai menteri besar Selangor kepada istana selepas pilihan raya umum tahun lalu.
-mk


ULASAN GB

Bergelut lagi nampaknya.

Sepatutnya kena jengah dulu Undang-undang Tubuh Negeri Selangor.


Fasal 53(2)(a) memperuntukkan bahawa Sultan perlulah melantik seorang ahli Dewan yang pada hematnya telah mendapat sokongan majoriti Ahli Dewan.

Menurut pandangan seorang peguam, apa saja budibicara Tuanku Sultan untuk melantik seorang Menteri Besar tidak boleh melanggar Fasal 53(2)(a) kerana seseorang Menteri Besar mesti mendapat sokongan majoriti Ahli Dewan.

Cuma sekarang ini PR berpecah. PKR & DAP hantar 1 nama, PAS hantar banyak nama. Dalam keadaaan apa pun, "nama" itu perlulah mendapat sokongan majoriti ahli Dewan. Yang jelas sekarang ini, yang dah dapat sokongan majoriti ahli dewan ialah 1 nama saja iaitu.... (anda tahu sendiri).







IKLAN BERBAYAR

Jangan Biarkan Pasangan Anda Menderita,
Atasi Masalah Prostat & Kelemahan Zakar Dengan MEN CAPSULE.
KLIK SINI
LIKE kami di SINI





Dapatkan produk kesihatan untuk menambahkan kekuatan lelaki
dengan produk kami. Sila klik SINI



21 ulasan:

IbnAbdHalim berkata...

Kenapa tak guna perlembagaan? Ngapa Pas main silap mata? Kalau ikut hukum demokrasi kemelut dah selesai.

Tanpa Nama berkata...

Awat antaq nama yg sultan tak berkenan...Jangan paksa sultan terima yg sultan tak berkenan...Kalau hantar nama yg sultan berkenan pasti masalah ini tak timbul...Pakatan Rakyat jika benar utamakan rakyat sepatutnya tidak timbul soal pertukaran MB selain dari Agenda pemimpin yg rakus utk kepentingan agenda kaum yg kosongkan kerusi Kajang tempoh hari...fikir2 dan renung2kan wahai manusia yg berakal...

BaDiN berkata...

Apasal Penaung Negeri tidak mahu terima seorang YB yg sudah sah mendapat sokongan majoriti.Adakah sultan malu negerinya diperintah seorang MB wanita dan secara tak langsung akan menjadi Penasihat Sultan.Kalau mahu rakyat taat dan patuh kpd perlembagaan negeri sultan juga harus berbuat demikian.wanita @ lelaki jika pentadbirannya cemerlang maka sultan serta rakyat harus terima kenyataan zaman sudah berubah tanpa memilih jantina utk bergelar MB.Yg paling menerima kesannya adalah PAS sebab tidak selari dgn rakan2 PR yg lain.PAS mesti mengikut majoriti rakan Jamaah agar PAS tidak hilang pengaruh di mata pengundi dari kalangan rakan komponen PR.Adakah PAS malu untuk berkhidmat di bawah seorang MB wanita.PAS harus bertanggungjawab jika sultan mahu PRN diadakan sekiranya kemelut ini berlanjutan.Sebagai jalan pintas untuk selesaikan kemelut ini sultan punya kuasa untuk mendapatkan nasihat dari TSKI sebagai MB untuk bubarkan DUN.

Tanpa Nama berkata...

mungkin pada hemat sultan 30 helai PERAKUAN BERSUMPAH yang tertakluk pada akta tu tiada nilai dan ditolak.

kita boleh ramal dr tindak tanduk istana spt berikut:

1. Khalid mohon pecat exco pkr dan dap, dlm masa 2 jam boleh keluar surat perkenan.
2. istana boleh jemput hadi utk perbincangan.
3. tapi anwar mohon perkenan kak wan jumpa kena reject atas alasan teknikal.

fikir sendirilah.

selama ini aku ingat hanya org yg suka tinggal solat akan sokong orang yang tinggal solat. tapi aku silap. rupanya ada juga orang yang tak tinggal solat sokong orang yang suka tinggal solat.

hahahahaha.... lucu lah...

Tanpa Nama berkata...

Bubur je...dewan...nanti di katakan macai umno pulak??? Kes negeri perak tu......?

Tanpa Nama berkata...

Sultsn selangor tak reti undang2 tubuh kerajaan selangor nampaknya yaa...apakah suktan ada kekabalan dalam hal ini

Tanpa Nama berkata...

Jika prn selangor barlaku pr harus istiharkan untuk talak tiga kepada pas yaa.

sb dehlawi berkata...

hantarlah banyak namapun, akhirnya yg dapat sokongan majoriti adun akn dilantik mb. pas cuba menimbulkan isu lain pulak. aku hairan apa masalahnya jika wan azizah mb. ika dia timbul masalah pecatla. ini biasa dlm poltik

Tanpa Nama berkata...

SULTAN MUNGKIN MENDAPAT NASIHAT TIDAK BETUL DARI PEGAWAI2 ISTANA.

TETAPI YANG PELIKNYA JIKA SULTAN SUDAH TIDAK IKUT UNDANG-UNDANG KERANA "NEGLIGENCE" MENGAPA PAS PUN NAK IKUT SAMA?

BUKANKAH PAS ADA PARA PEGUAMNYA? TAK BAB SEBEGINI PENTING PUN PAS TAK AMBIL KIRA SUDUT PERUNDANGAN?

Malaysiabaru berkata...

Zaman pemerintahan islam dulu pun ada juga khalifah bahlol yg tak reti baca perlembagaan... apatah lagi zaman moden serba canggih... perlembagaan di putar menurut tafsiran budi bacara...

Tanpa Nama berkata...

PAS hantar je la 13 nama adun korang...senang crita...tak payah nak kepoh-kepoh nak hantar banyak nama...nak lagi senang soh je sorang letak jawatan pas tu soh hadi tanding...kalo menang soh jadik mb...pru14 pas jatuh kat bn...

malu ke kalo pompuan jadik mb lagi baik dari dia yang pegang sepenggal je?

Amuraria berkata...

apa punya kolom ? ABU !

Hazri berkata...

PAS sudah menjadi parti bangang sekarang ni...

Tanpa Nama berkata...

Tak pernah pulak dengar kalau YDPA nak lantik PM...perlu kemukakan beberapa nama...rasanya dah cukup sekadar tunjuk bukti dah dapat majoriti...pening2...

air gunung berkata...

Haper la haprak sgt.kalo sultan lantik sape2 jd mb wat per susah2 ngabih duit masa tenaga dll utk election.lantik trus jerlah.yg pelik org politik yg berpuluh tahun politik pon sembab dlm hal neh.hadoiii.kang ader yg kuar ayat quran hadith lagi.lagi kacau bilau.

Tanpa Nama berkata...

Sbb serban tmp simpan pulus bkn ikut sunah..

in response to Kenapa tak guna perlembagaan? Ngapa Pas main silap mata? Kalau ikut hukum demokrasi kemelut dah selesai., by IbnAbdHalim.

Tanpa Nama berkata...

GB,

boleh tolong tanya hadi tak kenapa pas bukak dewan muslimat pas? kenapa pas bagi calon wanita bertanding pilihanraya? dia kata, perempuan tak boleh jadik pemimpin kan?

Tanpa Nama berkata...

nampaknya x ke mana ler wakil2 rakyat pas yg berjantina wanita. usah berangan.. even kalo pas memerintah m'sia pon, lupakan hasrat boley angkat jd ceo..

Tanpa Nama berkata...

Satu nama saja dikemukakan.
Ertinya, Pkr ada perinsip.
Sungguhpun mereka tau berisiko.
Bukan macam Pas berdolak dalik.
Tikam kawan dari belakang.
Nama saja parti Islam.
Lepas ni Pas akan hancur...

Tanpa Nama berkata...

Kalau bab menguntungkan umngok...cepat jea yea... kalau bab pakatan pulak ...itulah...inilah...kona kiri...konar kanan...u turn...straight...no entry...bla bla bla...

Tanpa Nama berkata...

PAS boleh hantar seorang muslimat untuk menjadi seorang calon MB iaitu Ummi Nurul Izzah dan DAP boleh lah hantar 2 org calon iaitu Huan Jee Ja dan Ah Ji Jah