19 Jul 2014

[VIDEO] Ada Remaja Hafiz Al-Quran 30 Juz Di Dalam Penjara Machang

Video klip Muhammad mengalunkan ayat al-Quran di dalam selnya menjadi viral di laman sosial. Video klip Muhammad mengalunkan ayat al-Quran di dalam selnya menjadi viral di laman sosial.

Imam Penjara' Jadi Rebutan

KOTA BHARU – Remaja yang mengalunkan hafalan surah al-Quran di sebalik tirai besi sejak awal Ramadhan lalu kini menjadi perhatian ramai pihak termasuk untuk menjadikannya sebagai anak angkat.

Remaja lelaki tersebut yang dikenali sebagai Muhammad Jamaluddin, 16, ditahan akhir Jun dan dihantar ke Penjara Machang selepas Mahkamah Majistret Kota Bharu menjatuhkan hukuman penjara enam bulan kerana kesalahan tinggal di negara ini melebihi tempoh sah.

Sejak viral rakaman berdurasi 2 minit 29 saat itu mula tersebar di laman-laman sosial terutamanya Youtube dan Facebook, pelbagai respons positif diterima dari masyarakat seluruh negara.

Malah, menurut sumber, kerajaan negeri juga tidak akan melepaskan peluang bagi memastikan remaja yang diibaratkan mutiara berharga itu tidak pulang ke negara asalnya dan membina kehidupan di sini.

Melalui viral yang dikongsi di laman sosial Facebook dan Youtube, seorang individu sanggup bersusah payah mengesan Muhammad dan mahu menjadikan beliau sebagai anak angkat.

Antara lain beliau telah mendapatkan maklumat Muhamamd melalui polis Kota Bharu dan jabatan imigresen dan mencari prosedur mengeluarkan remaja itu dipenjara dengan membayar denda.

Difahamkan, Muhammad juga turut dikunjungi oleh Ketua Setiausaha Kementerian Dalam Negeri, Datuk Mohamad Khalid Shariff dan Ketua Pengarah Imigresen, Datuk Aloyah Mamat bagi mengetahui sendiri perkembangan Imam muda dari penjara itu.

Menurut sumber, rakaman tersebut dilakukan ketika dalam proses pemilihan imam untuk penjara di mana beliau ditahan, malah kini Muhammad dijadikan Imam untuk solat fardu dan terawih di penjara berkenaan.

Banyak pihak yang tidak menyangka Muhammad sebenarnya menjadi perhatian golongan atasan yang kini masing-masing cuba untuk membantu remaja itu menyelesaikan beberapa proses dengan mahkamah dan Jabatan Imigresen.

Tujuan utama adalah untuk memastikan permata berharga seperti Muhammad tidak disia-siakan sekali gus boleh dijadikan ikutan kepada golongan muda di Malaysia.

Dalam masa yang sama, Ibu Muhammad didakwa berasal dari Thailand manakala bapanya pula berasal daripada Kemboja dan bukanlah berketurunan Rohingya sebagaimana yang dilaporkan di Youtube dan sebagainya.

Terdahulu, Ketua Polis Daerah Kota Bharu, Asisten Komisioner Azham Othman telah mengesahkan Muhammad ditangkap penduduk kampung di Taman Uda Murni, Pengkalan Chepa pada 18 Jun lalu kerana didakwa mencuri.

“Bagaimana pun beliau dilepaskan kerana tiada bukti kukuh dan ditahan kembali pada keesokan hari kerana tiada dokumen perjalanan yang sah,” katanya.

Menteri Dalam Negeri, Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi turut menyatakan hasrat untuk menjadikan anak muda tersebut sebagai anak angkatnya.

Ahmad Zahid berkata, proses kini dilakukan untuk mendapatkan dokumen asal bagi membolehkan prosedur pengambilan anak angkat.

“Ada dakwaan mengatakan dokumennya telah dicuri. Jika benar, pastinya ada maklumat asal ibunya warganegara Thailand dan bapanya dari Kemboja,” katanya.

Ahmad Zahid berkata, sekiranya dokumentasi remaja itu berjaya, beliau bercadang menjadikan MuhamMad pembantu imam di maahad tahfiz miliknya di Melaka.

Beliau sebelum ini menyatakan hasratnya untuk mengambil Muhammad sebagai anak angkat susulan video mengalunkan bacaan al-Quran ketika berada dalam lokap polis menjadi viral di laman sosial.











IKLAN BERBAYAR






Jangan Biarkan Pasangan Anda Menderita,
Atasi Masalah Prostat & Kelemahan Zakar Dengan MEN CAPSULE.
KLIK SINI
LIKE kami di SINI




8 ulasan:

Tanpa Nama berkata...

Ya allah merdunya... Ya allah bantu lh hmba mu itu..

Tanpa Nama berkata...

Ciri2 pejuang Al qassam...

azizi iman berkata...

masya allah merdunya...rugi di penjara

maae berkata...

Bantu anak ini greenboc...

Tanpa Nama berkata...

mmg merdu. tp bagaimana agaknya kemerduan suara nabi daud a.s ketika membaca kitab zabur? masya Allah.

Tanpa Nama berkata...

Sedih kan...

Anak Melayu tak banyak pandai hafal mengaji Quran...,

Moga2 beliau balik ke pangkal jalan dan di jagai...

Tanpa Nama berkata...

Kalau nak bantu sangat, berikan tahap kewarganegaraan kpd dia. Utk kes ni lu kasih warganegara tak apa tapi utk kes umno kasih warganegara kpd pti time pru dari bangla dan filipina yg tu kami tak boleh lepas tangan begitu shj.

Tanpa Nama berkata...

kepada yang komen negetif .... apakah hikmah disebalik penahanan beliau... tanpa dokumen dan kewarganegaraan... ramai yang mahu mengambil beliau sebagai anak angkat termasuklah menteri... begitu besar hikmah ALLAh disebalik UJIAN trhdp budak tu... fikirkanlah, sekiranya beliau tdk ditangkap, pakah ada harapan belaiu diberi perhatian??? begitulah ALLAH membantu dan memuliakan siapa yang dikehendakiNYA..