19 Jul 2014

Diantara Perkataan & Gurauan Mangsa MH17 Yang Menjadi Kenyataan...


Doa Pramugara MH17

Pemergian salah seorang pramugara yang terlibat dalam nahas MH17 hari ini benar-benar memberi kesan kepada salah seorang bekas pekerja di Astro Radio, Wafiey Haskia. Pramugara MAS, Shaikh Mohd Noor bin Mahmood yang dipanggil Abang Mat Noor oleh bekas jurutera audio ARSB merupakan rakan yang telah dianggap seperti saudara kandung sendiri olehnya. Shaikh yang merupakan anak kepada rakan karib arwah bapanya merupakan seorang mentor buat dirinya dari kecil hingga kini.

“Bila saya balik dari sekolah, orang pertama yang saya cari adalah dia. Setiap kali dia balik dari kelas silat, dia akan suruh saya tumbuk perut dia kuat-kuat. Alasannya, dia kebal dan jika saya selalu tumbuk perutnya, saya juga akan jadi kuat dan kebal! Tapi akhirnya saya tahu itu adalah helahnya semata-mata kerana mahukan saya picit badannya yang letih,” cerita Wafiey mengenai memori indahnya bersama pramugara yang cukup berdedikasi ini.

“Ya Allah, menangis bila cerita ni pada you. He's very protective, I dulu time budak, jangan ada orang usik I. Dia akan selalu ada. I see a lot of my dad in him. Hati dia baik sangat, tolong orang tak kira siapa, time or even akan susahkan dia sendiri…dia tetap akan tolong,” ujar Wafiey mengenai keperibadian murni Shaikh.

“Arwah ada cakap masa insiden MH370, he wished he was on that flight, so that the whole Malaysia akan doakan dia, now his wish granted. Innalillah…,” kata Wafiey sedih apabila teringatkan kata-kata pramugara itu.

Wafiey turut memberitahu dia berasa cukup risau dan tertekan dengan insiden ini kerana isterinya juga merupakan seorang pramugari. Walaubagaimanapun, menurut bapa kepada seorang anak ini, walaupun sedih dengan kejadian yang menimpa, dia tetap redha dengan ketentuan Allah. Apa pun yang menyebabkan nahas MH17 ini berlaku, pasti ada hikmahnya. -sinar.fm

KES 2

MH17: Gurauan penumpang warga Belanda, Cor Pan jadi realiti


KUALA LUMPUR: Muat naik laman sosial Facebook oleh salah seorang yang dipercayai penumpang pesawat Penerbangan Malaysia (MAS) MH17 meraih perkongsian yang banyak di laman sosial apabila beliau berjenaka mengenai pesawat terbabit bersama gambar kapal terbang tersebut.

Penumpang yang menggunakan nama Cor Pan di Facebook itu memuat naik gambar pesawat terbabit sebelum ia berlepas dari Amsterdam.

Bagaikan dapat mengagak tragedi ini, Cor Pan memuat naik pesawat Boeing 777 itu dengan kapsyen "Jika pesawat ini hilang, inilah rupanya”.

Gambar tersebut dikongsi lebih 12,000 kali dan ruangan komen terus dihujani dengan pertanyaan serta doa daripada para pengguna lain.

Melalui perbualannya di laman Facebook, Cor Pan merancang untuk bercuti di Bali, Indonesia sebelum meneruskan percutian di Gili Trawangan, Lombok juga di Indonesia.

Pengguna media sosial turut membuka laman khas mengenang Cor Pan setelah perkongsian gambar dan cerita mengenai Cor Pan menjadi viral di media sosial. -astroawani

ULASAN GB

Di dalam blog ini, GB sering menyampaikan pesanan Rasulullah saw yang bermaksud "setiap perkataan itu adalah doa" (Kullu kalam addu'a).

Apabila anda menyatakan demikian maka yang demikian jugalah hal yang anda bakal perolehi. Di dalam ilmu psikologi, minda bawah sedar menerima sesuatu perkataan itu sebagai "benar" dan sebagai satu "arahan" untuk dilaksanakan.







IKLAN BERBAYAR






Jangan Biarkan Pasangan Anda Menderita,
Atasi Masalah Prostat & Kelemahan Zakar Dengan MEN CAPSULE.
KLIK SINI
LIKE kami di SINI




Tiada ulasan: