18 Jul 2014

[VIDEO] Lalu Di Zon Perang: Pesawat Malaysia Dituduh Bawa Pengintip


Agensi keselamatan Ukraine, SBU, hari ini, mendedahkan dua rakaman perbualan telefon yang didakwa menjadi bukti bahawa pesawat MH17 ditembak jatuh oleh anggota puak pemisah Rusia.

The Kyiv Post, yang menyiarkan perbualan telefon yang didedahkan oleh SBU itu, melaporkan bahawa perbualan telefon pertama, dibuat 20 minit selepas MH17 terhempas, di antara komander Donetsk People's Republic, Igor Bezler dan Kolonel Angkatan Tentera Rusia, Vasili Geranin.

Berikut perbualan telefon tersebut:

Igor Bezler: Kami baru menembak jatuh sebuah pesawat. Kumpulan Minera. Ia jatuh di luar Yenakievo (Donetsk Oblast).

Vasili Geranin: Juruterbang. Di mana juruterbang-juruterbang?

Igor Bezler: Telah pergi untuk mencari dan mengambil gambar pesawat. Ia berasap.

Vasili Geranin: Berapa minit lalu?

Igor Bezler: Lebih kurang 30 minit lalu


Perbualan telefon kedua pula membabitkan anggota pemberontak bernama Major dan Greek.

Semasa perbualan telefon itu, Major berkata pesawat itu ditembak jatuh oleh satu kumpulan dari pusat pemeriksaan Chernukhino.

Major juga memberitahu Greek bahawa pesawat itu berkecai di udara dan ia adalah 100% pesawat komersial.

Major turut berkata serpihan pesawat tersebut jatuh ke dalam laman (sebuah rumah).

Apabila Greek bertanya sekiranya adakah dia berjumpa sebarang dokumen, Major berkata hanya dokumen seorang pelajar Indonesia dari Universiti Thompson dijumpai.

Major: Mengenai pesawat ditembak jatuh di kawasan-Snizhne Torez. Ia adalah pesawat komersial. Jatuh berhampiran Grabove. Terdapat banyak mayat-mayat wanita dan kanak-kanak. Penduduk sedang melihat semua ini.

Siaran televisyen berkata ia sebuah pesawat pengangkut AN-26, tetapi ada perkataan Malaysia Airlines atas pesawat itu. Apa yang ia lakukan di wilayah Ukraine?

Soalannya dibalas oleh seorang komander militan.

“Ini bermakna pesawat itu membawa kumpulan pengintip. Mereka tidak seharusnya terbang. Perang sedang berlangsung.











IKLAN BERBAYAR






Jangan Biarkan Pasangan Anda Menderita,
Atasi Masalah Prostat & Kelemahan Zakar Dengan MEN CAPSULE.
KLIK SINI
LIKE kami di SINI




3 ulasan:

Tanpa Nama berkata...

Semua ini cover up untuk MH370. Gail lubang untuk kambus lubang.

Tanpa Nama berkata...

Part 2

Serangan tentera Ukraine menyebabkan sekitar 100ribu rakyat menjadi pelarian memasuki sempadan Russia. Sekitar 300 rakyat biasa yang dikepung terkorban dalam serangan udara dan artileri berat ke kawasan penduduk di bandar Slavyansk. Beribu yang cedera dibom berminggu2.

Puak pemisah yang terkepung dalam wilayah Slavyansk merayu bantuan Russia tetapi tidak tercapai. Akhirnya puak pemisah berundur dari Slavyansk ke Donetsk dengan merempuh kepungan dan sebahagian tenteranya musnah.

Tentera Ukraine berjaya memenangi beberapa bandar di Slavyansk selepas penguduran tektikal puak pemisah. Presiden baru yang berpusat dibarat Ukraine giat promosi kemenangan cemerlangnya kerana IMF akan membuat bayaran hanya jikalau Ukraine dapat rampas kembali wilayah yang telah berpisah.

Russia dan beberapa Negara Eropah meminta presiden Ukraine berunding cari damai dengan pemisah dan mengadakan gecatan senjata tetapi tidak dihiraukan.

Tentera Ukraine mara ke Luhansk dan Donetsk. Presiden beri jaminan tidak akan mengebom kawasan penduduk di bandaraya Donetsk (sekitar 1 juta) seperti di Slavyansk. Apabila tentera Ukraine memasuki pinggir bandar Luhansk, berlaku satu serangan roket yang mengakibatkan hampir kesemua peralatan dan tentera dalam 1 briged Ukraine musnah hancur.

Presiden berikrar akan balas dendam bunuh 100 orang pemisah atas sorang askar yang mati. Dalam masa yang sama, dipercayai Russia telah menghantar sebahagian besar tentera berpengalaman perang Ossetia dan Chechnya memasuki wilayah Ukraine.

Tentera Ukraine yang mengepong Donetsk dan Luhansk diserang berbagai sudut. Pesawat pengangkut Ukraine AN-26 yang dihantar membawa bantuan perang ditembak jatuh selang 2 hari lepas. Pesawat2 gempur SU25 juga ditembak jatuh. Angka kematian tentera Ukraine dalam beberapa kawasan timur dikatakan ribu. Ukraine dalam keadaan terdesak terpaksa mengundurkan tentera dari Lugansk.

CIA tengah cari akal taktiknya tidak menjadi. Hinggalah tiba2 muncul pesawat bodo dari Malaysia yang terbang betul2 atas medan peperangan yang tengah teramat ganas kemarin. Dalam masa 2 minggu banyak pesawat ditembak jatuh diwilayah timur Ukraine. Tak munasabah Malaysia dan MAS tak tau.

Lapangan terbang di wilayah Slavyansk, Donetsk dan Lugansk telah rosak teruk dalam rebutan peperangan. Menara kawalan tidak berfungsi di wilayah timur Ukraine. Kenapa MAS terbang masuk dalam kawasan peperangan Donetsk dan Lugansk? Dalam zon peperangan yang tengah genting, kalau ada pesawat tidak dikenali terbang atas kepala, samada ditembak jatuh atau menerima bom jatuh dari langit.

1. Adakah ini cara JPM nak belanja bajetnya yang melimpah banyak?

2. Adakah MAS terlampau tenat pinjam duit dari Obama dan kena ikut telunjuk CIA? (propaganda CIA akan membanjiri semua muka depan media dunia menyalahkan Russia sekerasnya selepas hantar pesawat berani mati Malaysia betul2 ke atas medan perang)

Tanpa Nama berkata...

Part 1

Selama ini Malaysia tak pernah berlaku sebegitu berleluasa rasuah dalam hampir kesemua keseluruhan badan pengurusan dan penguatkuasaan kerajaan terutama Polis. Kerajaan terdahulu adakan slogan Telus dan Amanah, kerajaan terkini adakan slogan Rahsiakan Rahsia Kerajaan. Apa yang banyak sangat Rahsia kalau bukan rasuah, siapa yang ancam Malaysia. Bocor dikira haram, makan ditanggung halal.

Kita dipimpin oleh pemimpin yang amat kuat rasuah, mengalakkan rasuah dan terang2 suka komisen.

Pemimpin yang ada skandal pompuan. Bini yang berbelanja besar dan jurubahasa mongolia dibunuh.

Pemimpin yang brutal. Terang2 terlibat secara tak langsung dengan mengebom pompuan hingga berkecai.

Rakyat tidak mendapat bukti atas segala rasuah dan rahsia tetapi tak semestinya tiada. Mossad mungkin ada bukti atau DGSE atau CIA. Seperti juga taktik Mamak Kutty, simpan dokumen rahsia keburukan rasuah setiap menteri kabinetnya.

Semasa bentang Bajet ada juga sedikit hairan kenapa bajet JPM dinaikan begitu tinggi. Apa jabatan itu ada. Mungkin bajet belanja yang rahsia2. Nescaya bajet yang akan dihabiskan atas tujuan tidak memanfaatkan rakyat.

MH370 mungkin jadi mangsa dlam arahan CIA. Bolehlah JPM belanja berkurun2 cari bangkai pesawat.

MH17 pun mungkin kerja CIA memilih Malaysia kerana punyai pemimpin yang baik hati.

Kenapa MH17 dilencongkan 300 batu dari laluan asal melalui wilayah yang sedang panas berperang? Baca kronologi ringkas Ukraine:

CIA telah belanja 5 billion wujudkan satu kumpulan anti-kerajaan menjatuhkan pemimpin Ukraine yang sah dipilih dari pilihanraya. Tujuan utk menghapuskan kekuatan tentera Russia yang menyewa pangkalan di Ukraine.
(Amerika berjaya menghancurkan Iraq dan Libya. Negara yang suatu masa dikatakan terkuat dalam ketenteraan mampu mengugat Israel. Tetapi masih tidak berjaya menjatuhkan kerajaan Syria yang sah kerana sokongan kuat oleh Russia. Syria ingin dihancurkan untuk menjadi sebuah negara wilayahnya diperintah oleh puak-puak bersenjata bersenketa seperti di Iraq dan Libya. Supaya ia tidak menjadi 1 negara bersatu kuat mampu menyerang Israel)

Selepas CIA berjaya menjatuhkan kerajaan Ukraine, mereka melantik boneka yang terus mengeluarkan arahan mengharamkan pengunaan bahasa Russia dan semua siaran TV bahasa Russia.

Tindakan itu membawa padah apabila sebahagian besar golongan etnik Russia bangkit tidak mengitiraf pemimpin baru yang dilantik dari rampasan kuasa. Russia mengambil peluang mengadakan pilihan raya merampas wilayah Crimea sebelum pangkalan laut dibina mereka jatuh ke tangan Amerika/NATO.

CIA telah menghantar bantuan dan menerbangkan ketuanya ke Ukraine untuk misi ketenteraan. Russia mengerakkan 40ribu tentera ke sempadan dan memohon undian parlimen kelulusan melancarkan serangan bila2 masa sekiranya 10 juta rakyat keturunan Russia di Ukraine berada dalam bahaya.

Menyedari kesilapan bukan semua negara NATO bersetuju dengan pemimpin yang tidak diiktiraf, Ukraine adakan pilihan raya. Seorang billionaire terpilih sebagai presiden. Russia menyokong pemimpin baru yang sah dan menarik balik tentera dari sempadan serta kelulusan menyerang.

Tetapi dalam ucapan presiden baru yang nak memikat US dan NATO, dia ibaratkan puak pemisah bagaikan lanun Somalia dan berikrar akan mengembalikan wilayah2 yang menuntut kemerdekaan iaitu Crimea, Slavyansk, Donetsk dan Lugansk secara ketenteraan.

Tentera Ukraine dengan bantuan kewangan dari Soros telah menyerang bahagian timur Ukraine wilayah Slavyansk dan mengepung Donetsk dan Luhansk.