16 Jun 2014

Husam: Rakyat Masih Musykil Apa Sebenar Isi Kargo MH370?

Rakyat masih tertanya-tanya, apa sebenarnya yang dibawa oleh kargo MH370, penerbangan yang telah hilang sejak 100 hari yang lalu, demikian dinyatakan oleh Naib Presiden PAS, Datuk Paduka Husam Musa di dalam satu ceramahnya di Sungai Rambai Melaka malam tadi.

"Kenyataan awal menyatakan penerbangan itu membawa bertan-tan buah manggis ternyata tidak masuk akal kerana bukan musim manggis, kemudian dinyatakan bateri lithium sedangkan China adalah pengeluar utama bateri sedemikian, bagaimana mungkin ianya mengimport bateri lithium dari Malaysia?", soal Husam.

Beliau tdak menolak teori bahawa kehilangan MH370 adalah satu konspirasi. Dan yang paling aneh, tragedi itu mendedahkan banyak kelemahan dari aspek keselamatan negara. Kapal selam Scorpene yang dibeli ratusan juta ringgit tidak dapat digunakan di dalam operasi SAR (Search & Rescue) kerana ia dikatakan tidak sesuai untuk melakukan kerja-kerja SAR.

Secara berseloroh beliau menyatakan radar dan setelit yang Malaysia ada pun sudah sama tarafnya dengan teropong buloh Raja Bomoh.

MH370 hilang pada 8 Mac dengan 239 penumpang termasuk 12 anak kapal selepas berlepas dari Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur (KLIA) dalam perjalanan ke Beijing, China.

Sejak tempoh itu, usaha misi pencarian melibatkan 26 negara digerakkan untuk mengesan pesawat berkenaan, namun sehingga kini setelah 100 hari kehilangannya, masih belum membuahkan hasil.

Di dalam ceramahnya, ADUN Salor itu juga turut mengulas kenyataan Bekas Ketua Pegawai Eksekutif Tenaga Nasional Berhad, Tan Sri Ani Arope yang mendedahkan TNB dipaksa menandatangani perjanjian berat sebelah, sejak hampir 20 tahun lalu.

Ani, yang menyifatkan EPU sebagai ‘Economic Plundering Unit’ (Unit Penyamun Ekonomi), memaksa TNB membeli tenaga elektrik daripada Pengeluar Tenaga bebas (IPP) dengan harga yang mahal sehingga tarif elektrik terpaksa dinaikkan dan rakyat menjadi mangsa.

Penjana Tenaga Bebas (IPP) mula wujud apabila seluruh negara bergelap pada 1993 ekoran berlakunya "total blackout" pada tahun tersebut yang menurut Ani blackout itu adalah sengaja dirancang bertujuan mewujudkan IPP di negara ini.

Sebelum itu, Pesuuruhjaya PAS Negeri Melaka, Tn Haji Adly Zahari di dalam ucapannya telah mempersoalkan tindakan Majlis Bandaraya Melaka Bersejarah yang menyewakan tapak Bazar Ramadhan sehingga RM9,000. Dan terdapat pula pemberian kuota untuk beberapa kumpulan tertentu sehinggakan sewa itu menjadi tidak seragam, ada yang RM10,000, RM13,000 malah ada yang mencecah TM17,000.

Persoalannya berapa seorang peniaga mahu jual sehari untuk mereka membayar sewa sebanyak itu, tanya beliau.

Apa yang nyata, yang menjadi mangsa akhirnya ialah rakyat dimana mereka terpaksa membeli barangan dengan harga yang mahal atau mndapat barangan dengan kualiti yang lebih rendah kerana untuk menampung sewaan peniaga yang membebankan itu.

Pesuruhjaya PAS Melaka itu turut mempersoalkan persidangan dewan undangan negeri Melaka yang tidak menjawab beberapa soalan yang dibangkitkan oleh ADUN-ADUN Pakatan Rakyat negeri Melaka dan hanya memilih soalan-soalan tertentu untuk dijawab disamping membiarkan soalan-soalan lain seperti isu wang zakat yang dipinjam oleh kerajaan negeri Melaka dan isu tabung wang derma Palestine tanpa sebarang jawapan.

Turut berceramah di program berkenaan ialah ADUN Duyong yang juga Pengerusi DAP Melaka, YB Goh Leong San dan Ketua Dewan Muslimat PAS Pusat, YB Siti Zailah Mohd Yusoff yang juga Ahli Parlimen Pasir Panjang. Ketua Dewan Muslimat PAS Melaka Pn Hj Kintan Man turut hadir di program tersebut.

Pada majlis ceramah berkenaan, Datuk Paduka Husam dan Hj Adly Zahari telah turut sama melancarkan gimik "Nasi Beriyani Amal" untuk kutipan tabung pilihanraya MTD Sungai Rambai.



Kupon-kupon dijual dengan harga RM10 setiap satu dan bungkusan nasi beriyani ini akan diagihkan pada 20 September 2014 nanti.

Orangramai dari seluruh negara juga boleh turut sama memberikan sumbangan dan jika nasi beriyani itu tidak diambil ia akan disedekahkan nanti kepada pelajar-pelajar tahfiz serta golongan yang memerlukan.

Tempahan dan sumbangan boleh dilakukan ke akaun Maybank 154053517451 di atas nama PAS MTD Sungai Rambai dan berikan butir-butir sumbangan kepada Sdra Mamad Khamis 013-6315893









IKLAN BERBAYAR

"Wahai wanita, percantikkan dirimu sebelum
suamimu terpikat dengan wanita lain..."



2 ulasan:

Tanpa Nama berkata...

Tahniah datuk husam atas keberanian datuk. Jarang jarang ada pemimpin yg berjiwa rakyat.

Tanpa Nama berkata...

Tiada kah idea dan projek yg dibuat oleh kerajaan pusat yg asyik menyusahkan hidup rakyat dan mengkayakan kroni sahaja...ingat lah BN hidup dunia hanya permainan semata2 dan "mainan" kamu ke atas rakyat pasti ada balasannya di Akhirat nanti...cukuplah syurga dunia bagi kamu jika neraka Allah kamu persendakan...pasti neraka itu akan persendakan kamu di Akhirat...