13 Jun 2014

[EDISI TERLAMPAU] Sewa Bazar Ramadhan MBMB RM11,400


Sewa bazar Ramadan naik kerana penambahbaikan

MELAKA - Kenaikan kadar sewa tapak Bazar Ramadan Megadi di Jalan Hang Tuah di sini sehingga belasan ribu ringgit disebabkan penambahbaikan yang dilakukan oleh Majlis Bandaraya Melaka Bersejarah (MBMB).

Datuk Bandarnya Datuk Zainal Abu Bakar berkata kadar sewa itu meliputi kos penyediaan kemudahan seperti elektrik, air, kawalan keselamatan jalan raya dan kos menceria serta memperindah kawasan.

Bercakap dalam sidang media di sini hari ini, Zainal turut menafikan kadar sewa tapak terbesar iaitu 20x20 kaki persegi mencecah RM13,400 tetapi hanya RM11,400 termasuk deposit RM2,000.

"Kadar sewa bagi khemah bersaiz 20x10 (kaki persegi) pula hanya RM6,800 termasuk RM1,500 deposit, manakala khemah bersaiz 10x10 pula hanya RM2,300 termasuk RM1,000 deposit," katanya.

Beliau mengulas dakwaan Pertubuhan Ikatan Usahawan Kecil dan Sederhana Malaysia (Ikhlas) bahawa MBMB meletakkan kadar sewa tapak bazar Ramadan yang dianggap keterlaluan dan membebankan sehingga mencecah RM13,400.

Presidennya Mohd Ridzuan Abdullah dilapor berkata tindakan MBMB menaikkan sewa sehingga sekali ganda itu akan memberi kesan kepada pengguna apabila peniaga terpaksa menaikkan harga barang jualan.

Mengulas lanjut, Zainal berkata kadar sewa sebelum ini ialah kira-kira RM7,000 dan merupakan kadar promosi MBMB sebagai percubaan memindahkan tapak bazar berkenaan di Jalan Hang Tuah.

"Harga promosi pada tahun lepas mendapat sambutan menggalakkan dan berdasarkan maklum balas ada peniaga yang memperoleh keuntungan RM7,000 dalam masa empat hari berniaga," katanya.

Katanya berkata tahun ini sebanyak 235 lot tapak ditawarkan kepada peniaga berbanding 224 pada tahun lepas. - Bernama


Sewa tapak bazar Ramadan RM13,400 keterlaluan

MELAKA - Pertubuhan Ikatan Usahawan Kecil dan Sederhana Malaysia (Ikhlas) menggesa kerajaan negeri Melaka mengkaji semula kadar sewa tapak bazar Ramadan di Jalan Hang Tuah di sini yang dianggap keterlaluan dan membebankan peniaga hingga RM13,400.

Presidennya, Mohd Ridzuan Abdullah berkata, tindakan Majlis Bandaraya Melaka Bersejarah (MBMB) menaikkan kadar sewa hampir sekali ganda itu secara tidak langsung akan memberi kesan kepada pengguna apabila peniaga terpaksa menaikkan harga barang jualan.

Beliau berkata, kadar sewa di situ pada Ramadan tahun lepas hanya sekitar RM7,000 berbanding RM11,400 hingga RM13,400 seunit bagi tahun ini.

"Ikhlas amat kesal dengan perkara ini. MBMB bukan Syarikat Berkaitan Kerajaan (GLC) jadi mengapa kadar bayaran sewa tapak perlu dinaikkan sehingga begitu tinggi?.

"Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak begitu prihatin terhadap nasib para peniaga dengan mewujudkan skim mikro bazar Ramadan melalui penyediaan dana RM45 juta tapi ini yang sebaliknya berlaku di Melaka," katanya pada sidang akhbar untuk memprotes harga sewa tapak bazar Ramadan di Jalan Hang Tuah itu di sini hari ini.

Mohd Ridzuan berkata, kerajaan negeri Melaka seharusnya mencontohi Negeri Sembilan yang mengenakan bayaran sewa serendah RM0.43 sehari bagi seunit tapak bazar.

Ikhlas mendakwa terdapat sebahagian daripada 50 tapak bazar itu yang dikatakan dijual dengan harga RM7,000 kepada pihak ketiga melibatkan peniaga asing.

Persatuan itu memberi tempoh seminggu kepada kerajaan negeri atau MBMB untuk menyelesaikan isu it
-SH


ULASAN GB

Sewa bazar ramadhan ialah RM11,400 bukan RM13,400 kata Datuk Bandar Majlis Bandaraya Melaka Bersejarah (MBMB).

Namun ia TETAP tinggi dan melampau.

Apa pun alasan yang dikemukakan oleh MBMB, ianya amat tidak logik kerana yang mebjadi mangsa akhirnya ialah rakyat terbanyak yang terpaksa membeli barangan dengan harga yang tinggi kerana para peniaga akan terpaksa meningkatkan harga jualan semata-mata untuk membayar sewa bazar berkenaan.

Satu hal yang mendukacitakan ialah oendedahan bahawa sebenarnya kenaikan kos sewa berkenaan adalah akibat "permainan" sesetengah pihak yang mana terdapat kuota yang diperuntukkan di dalam pembahagian bazar ramadhan berkenaan. Sistem "undian: hanyalah topeng untuk mengelabukan mata para peniaga kerana lot-lot berkenaan sudah diagih-agihkan mengikut kuota. Datuk Bandar perlu menjelaskan hal tersebut samada ia benar atau tidak.










IKLAN BERBAYAR

"Wahai wanita, percantikkan dirimu sebelum
suamimu terpikat dengan wanita lain..."



5 ulasan:

Unknown berkata...

Dengan Nama Allah SWT
Apa yang bising bising ni ngggh!
Dengan Nama Allah SWT
Para peniaga jika nak berniaga kenalah patuh ketepatan harga sewaan MBMB, jika peniaga rasa rezeki mereka kat tangan pihak MBMB kenalah akur tetapi jika para peniaga rasa rezeki di dalam kekuasan Allah SWT cari lah tempat lain yang harga sewaan lebih murah . Dan pihak pembeli kenalah bantu para peniaga untuk boikot tapak sewaan MBMB. Cara boikot sahaja yang boleh ajar pihak MBMB supaya jangan bongkak dan sombong dek kerana mereka fikir mereka ada kuasa. Biasalah kalau tanya ADUN atau AP atau menteri BnUMNO , mereka akan kata kalau rasa MAHAL SEWAAN TAPAK MBMB pergilah berniaga kat tepi longkang atau tepi sungai Melaka.

Tanpa Nama berkata...

Baiklah ambik kesempatan beramal dibulan mulia dan penuh keberkatan ini....tahun depan belum tentu kita boleh bertemu dengannya lagi...

Tanpa Nama berkata...

Wow ada main kuota lagi di kalangan diaorang. Tak apalah nanti tapak bazaar ramadhan yang lu pau akan jadi saksi kepada lu nanti masa di akhirat kelak serta rugilah diaorang kerana orang lain sepatutnya dapat pengampunanan dan rahmat dari Allah SWT Sempena bulan Ramadhan tapi diaorang akan dapat bala kecelakaan dari Allah SWT sempena bulan Ramadhan dan puasa diaorang hanya dapat lapar dan dahaga sahaja.

jebat derhaka berkata...

nie pe cite kuota2 nie..mbmb nk bg org niaga ke nk bg vip niaga..

oii musibat2 xcukup2 ke hrta yg ade...aku org melaka apply pon susah nk dpt tapak..lakanat nyer mbmb...

Tanpa Nama berkata...

Kalau semua peniaga dapat untung RM7,000 dalam masa empat hari oklah. Mungkin 2,3 orang saja yang dapat untung sebanyak itu. Gunalah akal dan munasabah untuk meletak kadar sewa tersebut.

Yang pasti harga makanan/minuman dalam Ramadan ini akan naik mendadak.