Kereta dilarikan selepas tukar tayar
PUCHONG – Malang bertimpa-timpa! Itu yang berlaku kepada seorang peniaga apabila kereta miliknya dilarikan dua lelaki selepas dia selesai menukar salah satu tayar kenderaan yang bocor sebelum itu.
Mangsa, Shafie Salleh, 48, berkata, dia tidak menyangka kejadian malang itu berlaku sejurus dia berhempas pulas seorang diri menukar tayar keretanya yang kempis ketika dalam perjalanan dari Padang Jawa ke Puchong Perdana.
Dalam kejadian kira-kira jam 2 pagi semalam, Shafie mendakwa sebelum itu melalui Plaza Tol Puchong Barat sebelum menyedari sesuatu tidak kena pada tayar Myvi yang dipandu.
Sebaik selesai menukar tayar dan mahu menutup but kereta, dia didatangi dua lelaki bersenjatakan parang menaiki sebuah motosikal.
Seorang daripada suspek terus mendekatinya seolah-olah mahu menetak lehernya menyebabkan Shafie melarikan diri ke arah pondok tol.
Melihat tindakan spontan Shafie, suspek terus masuk ke bahagian pemandu kereta dan terus melarikan diri.
“Bila nampak parang, saya terus lari untuk selamatkan diri. Akibatnya kereta Myvi warna putih dengan nombor pendaftaran WVX 137 itu dilarikan penyamun terbabit,” katanya.
Shafie yang juga ahli Kepolisan Masyarakat (CP) berkata, dia menanggung kerugian RM40,000 akibat insiden tersebut.
Satu laporan polis kemudian dibuat di Balai Polis Bukit Puchong sejurus selepas kejadian. -SH
ereta m ULASAN GB Berwaspadalah, apatahlagi berseorang diri dan lebih buruk jika kejadian yang menimpa itu kaum hawa.
Telah banyak kejadian di mana paku-paku ditaburkan di jalanraya untuk membocorkan tayar mangsa, kemudian kereta mangsa akan diekori dengan motorsikal...
Sebaik-baiknya jika kejadian itu berlaku kepada anda, jangan cepat-cepa turun, tetapi buat panggilan kecemasan kepada ahli keluarga atau rakan rapat yang berdekatan untuk membantu.
IKLAN BERBAYAR
Jangan Biarkan Pasangan Anda Menderita,
Atasi Kelemahan Zakar Dengan MEN CAPSULE.
KLIK SINI
LIKE kami di SINI

6 ulasan:
bila hentikan kereta kerana nak pam angin atau sbgnya, matikan enjin dan simpan kunci. kkdg tgh pam angin kereta org larikan.
takutnya duk kat malaysia
parang dah jadi ancaman
maunya tak seram bila parang da letak kat leher
cilakak betul penjenayah tu
2 pagi memang sunyi...
p.s. anak2 ku kadangkala terpaksa travel pepagi..mohon Allah pelihara dan lindungi anak2 ku dan semua pengguna jalanraya yang berhati baik dan mulia..
Pernah tayar pancit waktu malam di tempat sunyi ... alhamdulillah ade hamba Allah berhenti tolong temankan.
Dia kata, tempat2 sunyi begini seringkali penyangak amik kesempatan. (Tapi dlm hati berdebar2 juga, kot2 dia ni jujur ke tak, tak putus2 ku berdoa & menyerahkan urusan pada yg Maha Kuasa)
Alhamdulillah, dia temankan sampai sudah tayar diganti. Semuga Allah balas kebaikannya.
KEMUNGKINAN INILAH BALA/MALAPETAKA YG TERPAKSA DITANGUNG RAKYAT MAHAREN APABILA PIHAK BERWAJIB DIPERKUDA/DIPERGUNA SEMAHUNYA DEMI KELANGSUNGAN HAYAT POLITIK DAN BUKANNYA UNTUK MENJAMIN KESELAMATAN DAN KESEJAHTERAAN RAKYAT
Sendikit curi kereta. Modus operandi begini biasanya budak Ind**. Bukan banyak upahnya sekitar 6k kena kongsi pula.
Saya pernah buat aduan plois berkaitan kes jenayah berkaitan. Anggota polis pun ada no tel penjenayah itu. TAPI...... Tak selesai juga kes. Siapa yang belum kena boleh cakap Malaysia selamat, tapi sebenarnya..... Kongsi gelap semakin banyak merekrut ahli. Di tempat tinggal kami, pil khayal di jual secara mudah di rumah jiran. Bila direpot, jiran itu akan mengamuk juga dengan parang krn dia kongsi gelap besar. Polis akan merungut dengan ungkapan "ingat kami tak ada kerja lain, nak jaga kawasan kamu aje:..
Catat Ulasan