12 Mei 2014

[BERGAMBAR] PRK Bukit Gelugor: DAP Ditentang 3 Calon Lain


PRK Bukit Gelugor: Empat Sah Bertanding

GEORGETOWN: Empat calon, termasuk dua Bebas disahkan bertanding merebut kerusi Parlimen Bukit Gelugor pada Pilihan Raya Kecil (PRK) yang akan berlangsung 25 Mei ini. Pengumuman yang dibuat Pengawai Pengurus Pilihan Raya, Kapten (B) Anuar Yahya itu sekali gus menyelesaikan semua persoalan berkaitan calon apabila ia bakal menyaksikan pertandingan empat penjuru apabila DAP akan dicabar calon Parti Cinta Malaysia (PCM) serta dua calon Bebas.

Calon yang menyerahkan borang adalah Ramkarpal Singh, 38 yang bertanding atas tiket DAP bagi mempertahankan kerusi bapanya, mendiang Karpal Singh; calon PCM yang juga Naib Presiden parti itu, Datuk Huan Cheng Guan, 53 dan dua calon Bebas iaitu Mohamed Nabi Bux Mohd Nabi Abd Sathar, 63 serta peguam, Abu Backer Sidek Mohamad Zan, 46.

Mohamed Nabi Bux akan menggunakan simbol bunga, manakala Abu Backer Sidek simbol kuda.

Barisan Nasional (BN) tidak meletakkan calon pada pilihan raya kecil itu selepas MCA memutuskan untuk tidak bertanding.

Pengumuman itu dibuat pada 10.15 pagi ini selepas proses penamaan calon tamat di pusat penamaan calon di Dewan Sri Pinang di sini.

Proses penamaan calon kerusi P51 yang dijalankan di Dewan Sri Pinang di sini, berjalan lancar sejak pukul 9 pagi dan ditutup sejam kemudian.

PRK Bukit Gelugor diadakan berikutan kematian Karpal, 74, yang juga penyandang kerusi itu dalam kemalangan jalan raya membabitkan kenderaan MPV yang dinaikinya dan sebuah lori di Lebuhraya Utara-Selatan berhampiran Gua Tempurung di Perak pada 17 April lalu.

Pasukan polis mengawal ketat di sekitar kawasan Dewan Sri Pinang di sini, lokasi di mana proses penamaan calon berlangsung.

Penyokong pelbagai parti hadir bagi memberi sokongan kepada calon yang bertanding mula memenuhi kawasan berhampiran dewan berkenaan seawal jam 8 pagi.

Pengerusi Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) Tan Sri Abdul Aziz Mohd Yusof tiba di pusat penamaan calon kira-kira pukul 8.15 pagi untuk melakukan pemantauan.

Daftar Pemilih Induk (DPI) mengandungi 82,431 pemilih berdaftar yang terdiri daripada 82,255 pengundi biasa, 148 pengundi awal dan 28 pengundi tidak hadir luar negara.

Sebanyak 21 pusat mengundi akan dibuka bagi tujuan pengundian tersebut dan 1,095 petugas pilihan raya akan dilantik untuk pengendalian proses pilihan raya ini. -mstar

Saya bangga jadi calon -Ramkarpal


PULAU PINANG: "Saya bangga jadi calon menggantikan ayah saya dan seandainya memperolehi kemenangan apa yang diinginkan olehnya akan dilaksanakan secepat mungkin," tegas calon DAP bagi PRK Parlimen Bukit Gelugor, Ramkarpal ketika ditemui pada majlis perasmian markas induk PAS di Dewan Jawatankuasa dan Keselamatan (JKKK), Sungai Gelugor malam tadi.

Beliau juga bangga kerana kesudian Presiden PAS Datuk Seri Tuan Guru Abdul Hadi Awang hadir memberikan kata-kata semangat supaya meneruskan perjuangan yang terokai ayahnya.

Tambahan lagi, ujarnya Tuan Guru Abdul Hadi mengarahkan semua jentera PAS untuk bersama-sama menjalankan tugas di semua lokasi dalam kawasan Parlimen Bukit Gelugor mengikut jadual yang ditetapkan.

Hadir sama ialah Timbalan Presiden PAS yang juga Pesuruhjaya PAS negeri, Mohamad Sabu.

PRK Parlimen Bukit Gelugor diadakan berikutan kematian Karpal Singh dalam kemalangan jalan raya berhampiran Gua Tempurung, Ipoh pada 17 April lepas.

Suruhanjaya Pilihan Raya menetapkan hari mengundi pada 21 Mei manakala penamaan calon pada 12 Mei.

Pada PRU13 lalu, mendiang Karpal Singh yang mendapat 55,839 undi memenangi kerusi itu dengan majoriti 42,706 undi menewaskan calon BN Teh Beng Yeam, yang memungut 13,597 undi.
-HD




Kredit gambar: wargamarhain



IKLAN BERBAYAR

Jangan Biarkan Pasangan Anda Menderita,
Atasi Kelemahan Zakar Dengan MEN CAPSULE.
KLIK SINI
LIKE kami di SINI


6 ulasan:

Tanpa Nama berkata...

he..he.. mana BN??????
Lega pengerusi SPR, senang keje!

BaDiN berkata...

Inilah PRK paling sunyi dan aman di dunia bila Parti BN tersungkur sebelum bertempur.Tiada lagi Janji Manis Mu dan macam2 projek hendak ditaburkan.Tiada Esok Bagimu BN di Penang.

Tanpa Nama berkata...

Dalam sejarah politik negara ini, parti kerajaan (Perikatan/BN) belum pernah tidak meletakkan calon dalam pilihanraya umum/kecil. BN/MCA tak mahu bertanding atas alasan 'menentang Hudud'. Sebenarnya BN/MCA dah jangka akan kalah teruk. Alasan yg diberi kebudak-budakan, tidak rasional langsung, amatlah memalukan...

Tanpa Nama berkata...

BN SUDAH JATUH MISKIN NAK TIPU MH370

Tanpa Nama berkata...

Tiga Abdul, akan bungkus.
Ramkarpal akan lanyak mereka
hingga sampai deposit hilang
terutama sekali si Nabi Bux tu.
Kah... kah... kah...

Tanpa Nama berkata...

MCA sibuk nak tntang hudud.... hingga tak ada masa nak bertanding...
Dah nampak ke... umno.. agenda utama MCA tu.. dia tentang islam..