2 Apr 2014

[PANAS] Besar Sangatkah Pangkatnya Sampai Halau Media?


Ketua pengarah DCA halau media semasa berucap pada persidangan IATA

Ketua Pengarah Jabatan Penerbangan Awam (DCA), Datuk Azharuddin Abdul Rahman, mengejutkan para peserta Persidangan Ops Pertubuhan Pengangkutan Udara Antarabangsa (IATA) di Kuala Lumpur hari ini apabila beliau menghentikan ucapannya separuh jalan dan meminta media untuk meninggalkan dewan persidangan itu.

Azharuddin, yang memberi penjelasan mengenai kehilangan pesawat Malaysia Airlines MH370 dan usaha pihak berkuasa dalam mengesan pesawat itu, secara tiba-tiba berhenti berucap kira-kira selepas seminit berucap.

"Saya minta maaf, adakah ada media di sini? Saya tidak tahu yang media ada di sini. Saya minta maaf, bolehkah media diminta meninggalkan tempat ini?" katanya di hotel Sheraton Imperial dipetik daripada portal Mstar Online.

Keadaan menjadi senyap di dalam dewan itu apabila Azharuddin yang kelihatan tertekan, enggan untuk meneruskan ucapan sehingga media beredar.

Beliau turut enggan menjawab sebarang soalan daripada media sebaik sahaja meninggalkan persidangan selepas itu.

Peserta persidangan, Tom Ballantyne kemudian memberitahu The Star beliau tidak mengetahui alasan Azharuddin meminta media meninggalkan bilik berkenaan.

Beliau berkata, ketua pengarah DCA itu hanya bercakap mengenai beberapa langkah yang dilakukan oleh para penyiasat dalam usaha mencari dan menyelamat yang sedang berjalan, kini memasuki minggu keempat.

"Ia tidak sepatutnya tidak berlaku. Beliau tidak mengatakan apa-apa yang tidak dilaporkan sejak beberapa minggu lepas. Pegawainya turut memberitahu lebih awal bahawa media akan berada di sini, jadi saya tidak tahu kenapa beliau tiba-tiba berhenti (berucap)," katanya seperti dilapor Mstar Online.

MH370 yang membawa 239 penumpang dan anak kapal hilang dalam penerbangannya dari Kuala Lumpur ke Beijing pada 8 Mac lalu. -TMI

ULASAN GB

Hal ini tidak sepatutnya berlaku. Ia terlalu mengecewa dan mengaibkan negara apabila seseorang yang kini menjadi tumpuan untuk satu isu yang besar secara tiba-tiba menghalau pihak media dari mengikuti ucapannya.

Ia memberi persepsi buruk terhadap negara, terutama terhadap kemampuan dan kompetensi pegawai-pegawai tertinggi di dalam mana-mana badan berkanun mengendalikan isu yang bukan saja melibatkan kepentingan dan maruah negara, malahan nyawa manusia juga.

Paradoks. Apabila tidak dibuatkan liputan nanti salahkan media kerana tidak merujuk mereka, apabila mereka hadir untuk membuat liputan dan ingin mewawancara untuk mendapat penjelasan lanjutnya, mereka dihalau keluar pula.

Ini bukan kali pertama. PM sendiri pernah tidak mahu memberi ruang kepada media untuk bersoal-jawab dengannya semasa pengumuman MH370 dikatakan "berakhir di Lautan Hindi". Apa jadi selepasnya? Pelbagai tafsiran sehingga media massa arus perdana perdana yang menyokong mereka pun mentafsirkan "MH370 terhempas" dan "tiada penumpang selamat". Apakah Najib sengaja membiarkan tafsiran-tafsiran itu berlaku dan kemudian menempelak rakyat kerana membuat tafsiran sedemikian sedangkan pihak media awal-awal sudah dihalang untuk mendapat penjelasan lanjut dari beliau sendiri? Atau apakah kerana sememangnya beliau sendiri tidak yakin dengan pengumumannya dan takut untuk menerima soalan dari pihak media yang beliau tahu beliau tiada kemampuan untuk menjawabnya?


Kita berharap ia tidak menjadi "budaya" dan "standard" bagi para menteri dan para penjawat awam yang lain. Jika ia adalah satu majlis yang tertutup maka hendaklah diberitahu terlebih awal dan pihak media dan rakyat perlu diberikan ruang dan masa tetap yang lain untuk menemui mereka.

Hukum kebenaran dan keadilan akan berjalan. Bagaimana nanti jika Ketua Pengarah DCA itu "akan dihalau dari jawatannya">

18 ulasan:

Tanpa Nama berkata...

Apakah budaya halau menghalau sudah diterapkan dalam budaya negara? Takkan nak biar rakyat diam dan angguk saja pada semua keadaan walaupun secara zahirnya ada yang tak betul??? Harap lebih matang sikit dimasa hadapan...rakyat dah makin menyampah ni....

Tanpa Nama berkata...

Sekali lagi, negara luar nampak kebodohan tenaga kerja tertinggi negara.

Tanpa Nama berkata...

Inilah hasilnya apabila jawatan penting kerajaan diberikan kepada keluarga terdekat beb dan mendapat jawatan secara backdoor. Lu tak mahu jawap, tak tahan tekanan media antarabangsa, ada baik lu resign dan kasih orang lain lebih layak dan tinggi ilmu dalam bidang komunikasi. Beb lu buat malu negara dengan sikap mu yang macam mr. Bean, Even Mr. Rowan Atkinson pelakon mr. Bean tak akn buat benda bodoh di dunia realiti beb.

Tanpa Nama berkata...

Media arus perdana menyalahkan media asing sbg mempunyai agenda busuk terhadap Malaysia. Tiada keterbukaan bak dicucuk hidung media arus perdana dgn mudah melabelkan media luar sbg jahat. Media alternatif juga dilabel penghasut. Negara semakin jauh dari demokrasi dan hak bersuara, semakin dekat kpd dasar tertutup dan semakin ketara kasta golongan berkuasa v. kasta yg tidak punya kuasa.

Tanpa Nama berkata...

Sekali lagi, negara luar nampak kebodohan tenaga kerja tertinggi negara.
//////////////////////////////
dah memang bodoh pun bukan sekali lagi banyak kali dan beribu-ribu lemon kali ha ha ha he he he

Tulus berkata...

malu la pengarah dca kat bomoh mat zin.

bomoh tu sgt suka media dan publisiti. lagi ramai media lagi dia suka. satu dunia dia dh terkenal. sat lagi obama kena sampuk pun akan panggil dia ubatkan.

bomoh lebih telus walaupun kena belasah kaw kaw

ajimie69 berkata...

Bodoh sombong...

Tanpa Nama berkata...

Jadi betul la rakyat sangka...mereka ni mempunyai rahsia besar yg disel8ndungi dari pengetahuan rakyat. So jgn salahkan rakyat bila rakyat ber perasangka

Tanpa Nama berkata...

sbnrnye azharuddin ni dh malu nk bersoal jawab dgn media terutama dr media antarabangsa. sejak hari pertama lg gua peratikan mamat ni punye english berterabur. ckp omputih x lancar, at last media tanya lain, lain pulak yg dijwb. mungkin dia x berapa paham apa yg ditanya.

Tanpa Nama berkata...

Tekanan macam begini lu sudah tak boleh tahan. I tak tahu lu macam mana nak hadapi tekanan dari Allah S.W.T. yang tidak terbilang tekanan darinya bahkan if u fail tekanan dari Allah S.W.T. silap hari Nerakalah tempatnya beb. Wallahualam.

Tanpa Nama berkata...

mat gagap.......
kah...kah....kah.....

langsuyar berkata...

tugas wartawan ambik berita.......tugas akhbar utk siar berita.

rakyat tunggu berita dari apa yg berlaku

undang2 ada...klu berita tu fitnah,......saman media tu.

halaw wartawan kerja tak senonoh...tak kira masa tu kita sedang tensen ataw tidak.

kerja kita besar...gaji besar.....kita jadi org besar......jawab soklan wartawan tu kerja org besar yg dah dibayar gaji besar.

jawatan bergaji besar semua org nak......yg layak nak...yg perasan layak pun nak jugak.

so ...klu rasa kita tak tertanggung beban ....lepaskannnnnn saja.

rakyat perlu berita benar...berita benar buatkan rakyat waras dan bijak.

ada kalanya kebenaran itu pedih.....nak buat camna....telan saja laaaaaa.

Tanpa Nama berkata...

When asked by a journalist whether the passenger with the stolen passport on MH 370 looked Asian in appearance Azharudin beamed and answered nonchalantly. " You
know Botelli" repeated twice the name Botelli
to a blanked response from the press. When the press stood silent Azharudin smiled and remarked " you know the footballer who
played for AC Milan " thinking he had outplayed the question with an intelligent
answer. When some voices were heard
correcting him with " Balotelli, Mario Balotelli" his facial expression changed instantly. He must have hated the journalist for correcting him on a live telecast over the whole world. Last time I recall Mesia had an erection over AlJazeera interview.

zena arab berkata...

Mereka ni merbahayakan negara.

Tanpa Nama berkata...

Dia ni halau media sebab dia rasa dia dah sama tinggi dgn hishamuddin dan najib, almaklum sidang media pun dok sama2 berdiri sebelah menyebelah. Mentaliti pun sama, anggap media mcm musuh, jadi jawapan diberi selalu defensif, sinis, punya nada authoritative. Sidang media AMSA Australia berlangsung dlm nada cukup profesional, agaknya sebab tiada aura negatif aura anti wartawan yg dibawa masuk ke dlm bilik sidang media itu.

Tanpa Nama berkata...

Pnyakit para menteri KANGKUNG di malaysia telah berjangkit..sya MINTA media keluar, bkn HALAU. Giliran rkyat akn di jangkiti pada PRU14 nnti.

Tanpa Nama berkata...

Meminta media keluar dan enggan meneruskan ucapan sehingga media keluar - halau berhemah...bersangka buruk terhadap media, sedangkan media merupakan jambatan ketelusan informasi kpd umum.

gengster melayu alaf baru. berkata...

Nasib baik dia tak halau para media untuk blik ngara masing2..
Kahkah....mentri bodoh dan dungu..pigi mampus smasa kecik lagi bgus .tak mnyusahkan rkyt untuk bri gaji hsil cukai rkyt..