Tidak kurang daripada 10,000 orang membanjiri stadium kajang pada malam tadi sempena majlis pelancaran Reformasi 2.0.
Pada jam 11.40 malam, Anwar Ibrahim telah naik ke pentas diiringi dengan tepukan gemuruh hadirin, membuktikan beliau masih merupakan satu kuasa yang disegani, lapor malaysiakini.
Anwar telah membidas BN kerana memberi taklimat kepada media asing termasuk tabloid UK Daily Mail yang menyiarkan berita yang mengaitkan beliau dengan krisis kehilangan pesawat MH370.
Berucap kepada hadirin di Stadium Kajang, Anwar berkata beliau tahu siapa yang diberi taklimat kepada Daily Mail dan media UK.
Menurutnya, apabila artikel itu disiarkan, semua blog Umno dan cybertroopers mula menyerangnya.
Anwar menamatkan ucapannya 20 minit itu, dengan berkata beliau tetap mempertahankan 'Kajang Move' kerana ia akan membuka jalan untuk Pakatan mengambil alih Putrajaya tidak kira apa yang berlaku kepadanya.
Anwar pertahan Kapten Zaharie, pertikai siapa bagi maklumat ke Daily Mail
Ketua Pembangkang, Datuk Seri Anwar Ibrahim mempertahankan juruterbang MH370 yang hilang Kapten Zaharie Ahmad Shah dan mempersoalkan siapa yang memberikan maklumat kepada akhbar Daily Mail, London sehingga mereka boleh menuduh beliau mempunyai kaitan dengan juruterbang pesawat itu.
Dalam ucapannya di majlis pelancaran Reformasi 2.0 di Stadium Kajang malam tadi, Anwar berkata, ini semua adalah perbuatan pihak tertentu untuk memburukkan beliau.
"Siapa yang beri maklumat kepada Daily Mail mendakwa dia penyokong Anwar yang fanatik? Kemudian semua media Umno dan BN pertikai hubungan Anwar dengan Zaharie. Saya hendak beritahu jangan zalim kepada Zaharie dan keluarga. Dia hanya juruterbang professional.
“Kamu cuai, kamu tidak tahu menjaga radar. Kamu tidak tahu menjaga keselamatan negara. Kamu tidak boleh jawab hilang pesawat, kamu hendak salahkan juruterbang tanpa sedikit pun bukti. Saya katakan tanpa alasan dan bukti, kita pertahankan maruah dan profesionalisme juruterbang Zaharie,” katanya.
Beliau dan rakan-rakannya dalam Pakatan Rakyat sebelum ini kesal kerana permohonan mereka agar kerajaan memberikan penjelasan di Parlimen mengenainya ditolak.
"Bagi penjelasan kat Parlimen tak nak. Kemudian heboh (Kapten) Zaharie (Ahmad Shah) kenal Anwar. Zaharie adik beradik dengan menantu Anwar. Siapa adik beradik saya salah. Siapa sokong saya berdosa. Ini apa punya politik?” katanya.
Anwar berkata, Kapten Zaharie, juruterbang MH370 itu tidak boleh dipersalahkan dalam misteri kehilangan peesawat itu selagi belum didapati bersalah.
Katanya, sokongan sepenuhnya perlu diberikan kepada keluarga juruterbang dan kerajaan perlu segera menghentikan spekulasi melibatkan juruterbang itu.
Anwar berkata demikian ketika mengulas mengenai misteri kehilangan pesawat Malaysia Airlines (MAS) MH370 yang kini masuk minggu ketiga.
Beliau berkata, Menteri Pertahanan, Datuk Seri Hishammuddin Hussein perlu meletakkan jawatannya sekiranya gagal memberi penjelasan bagaimana radar Malaysia gagal mengesan hala tuju pesawat itu.
Katanya, kegagalan Malaysia mengesan hala tuju pesawat berkenaan melambangkan krisis keselamatan yang serius dalam negara meskipun dibekalkan dengan radar tercanggih milik Tentera Udara Diraja Malaysia (TUDM).
"Kenapa radar tidak berfungsi dan perlu dijawab oleh menteri pertahanan. Jika beliau gagal memberikan jawapan maka perlu meletakkan jawatan. Isu ini membabitkan keselamatan negara. Pesawat melintasi empat negeri di Malaysia namun tidak dapat dikesan radar. Ini bahaya kerana kecuaian," katanya.
Sementara itu, Anwar juga menyelar kerajaan persekutuan Umno Barisan Nasional (BN) sengaja menggunakan badan kehakiman bagi menghalangnya bertanding sebagai calon Ahli Dewan Undangan Negeri (Adun) Kajang.
Ketua pembangkang itu berkata, segala aset dan kekuatan yang digunakan kerajaan bagi menghalang perjalanannya dalam kerjaya politik tidak akan dapat mengaburi mata kasar rakyat.
"Saya sebut Langkah Kajang, mahkamah awalkan (perbicaraan). Daripada nak jadi Adun Kajang, dia nak hantar pergi Penjara Kajang. Celaka. Dia ingat rakyat bodoh. Mahkamah adalah tunggak yang dijamin Perlembagaan. Namun tunggak itu satu demi satu kian rapuh.
"Saya tunjuk di muka menteri. Kamu ingat kamu zalim, kamu peralatkan hakim, kamu salah laku. Kami akan diam? Saya nak beritahu, rakyat akan bangkit lawan kamu habis-habisan. Rakyat boleh menolak jika diizinkan Allah,” katanya ketika berucap di Himpunan Reformasi 2.0 di Stadium Kajang, malam tadi.
Awal bulan ini, Mahkamah Rayuan memutuskan Anwar didapati bersalah meliwat bekas pembantunya Mohd Saiful Bukhari Azlan pada 2008.
Mahkamah Rayuan menetapkan hukuman lima tahun penjara bagi Anwar namun membenarkan penangguhan hukuman dengan wang jaminan RM10,000 yang harus diserahkan pada minggu berikutnya.
Dengan hukuman ini, kerjaya politik Anwar hampir berakhir setelah beliau tidak boleh memegang sebarang jawatan politik dan menyertai sebarang pilihan raya termasuk menjadi calon Pilihan Raya Kecil (PRK) Kajang yang akan diadakan Ahad ini.
Anwar berkata, selepas ini akan lebih ramai pemimpin pembangkang dihadapkan ke mahkamah namun ia tidak akan mampu melunturkan semangat rakyat.
Katanya, perlakuan kerajaan Umno dan BN itu tidak diubah seperti samseng yang akan menambahkan lagi rasa tidak selesa yang seterusnya membakar keinginan rakyat untuk menggulingkan kerajaan.
"Jumaat saya dihukum. Isninnya pula Karpal Singh dan sekarang beratur yang lain seperti (Ahli Parlimen Seremban) Anthony Loke, (Ahli Parlimen Pandan) Rafizi Ramli dan (Ahli Parlimen Batu) Chua Tian Chang. Puluhan lagi. Negeri apa ini? Saudara hendak biar samseng itu terus berkuasa?
"Apakah undang-undang itu boleh dijadikan alat perkakas untuk dipermainkan? Kamu boleh fitnah sebanyak mungkin, kamu boleh guna jentera sebanyak mungkin. Guna wang dan beli orang sebanyak mungkin. Rakyat tetap bangkit dan gulingkan kamu daripada tampok pemerintahan,” katanya.
Ketua umum PKR itu berkata, pengundurannya daripada bertanding dalam PRK Kajang menjadikan Pakatan Rakyat (PR) tampil dengan calon yang lebih berkredibiliti.
Katanya, segala yang ditakdirkan tidak sesekali mematahkan semangat perjuangan dalam arena politik meskipun tohmahan dan fitnah terus dilemparkan.
"Sekarang dia nak halang saya bertanding di Kajang. Dia dah lantik (Datuk Seri Dr Wan) Azizah seorang yang lebih layak untuk bertanding di Kajang. Saya pasrah kalau ditakdirkan saya derita lagi. Saya sedia tetapi saya tidak undur setapak pun daripada perjuangan ini.
“Jangan ugut saya. Saya tahu saya bukan muda tetapi saya tidak boleh menerima fitnah ini berterusan. Saya sedikit pun tidak menyesal dan salahkan Kajang. Baru hendak langkah Kajang sudah kena lima tahun penjara,” katanya dalam himpunan yang turut dihadiri Ketua Menteri Pulau Pinang, Lim Guan Eng. -TMI
JANA PENDAPATAN TAMBAHAN DENGAN MUDAH Jom kawan-kawan...Jana income dengan hanya bermodalkan RM100 Tuan/Puan, drpd kita berfb @ berwechat @ whtsapp tak dapat hasil.. apa kata sambil-sambil tu kita buat income? Saya nak kongsi 1 program tempatan yang boleh buat income sampingan. Tiada tipu muslihat, Tak perlu cari org.. tak perlu beli atau jual barang. Syarat kelayakan: Anda ada fb @ whtsapp @ wechat dan tau guna komputer sikit2. Apa saja termasuk twitter dan laman sosial lain. Anda hanya perlu open link dibawah dan register sebagai member. Lepas tu anda akan dapat link anda sendiri. Apa lagi, anda copy link anda sendiri dan copy ayat-ayat saya ni dan paste kat fb, twitter dan sebagainya. Modal anda dapat semula pada hari pertama lagi bila ada org yg buka link anda dan daftar. Mudahkan? Duit anda akan dimasukkan terus ke bank anda. Hari pertama saja saya sudah peroleh RM350. Memang berbaloi. Klik link di bawah ini. KLIK SINI |
3 ulasan:
Bila kebenaran datang, insya Allah kebathilan akan lenyap.
Jom cipta income pasif, layari:
http://projekpendapatanpasif.com/r/289834
Puak2 BN mengaitkan Anwar dengan krisis kehilangan pesawat MH370. Kan itu memang kerja mereka? ikut SOP.
Kerajaan Pengecut lagi dayus sanggup melakukan apa shj demi kuasa,Demokrasi senget sebelah menjadi amalan untuk Rejim Laknatullah merampas kuasa rakyat supaya tampuk pemerintahan sentiasa berpihak kepadanya.Takut kpd bayang2 akibat drpd terlalu banyak dosa yg dibuat atas nama demokrasi acuan Umno/BN.Pihak yg tidak sebulu dgnnya akan dipancung,dilokapkan,dihapuskan,dinyahkan awal2 sebelum kerusi empuk yg diduduki dimiliki PR dlm Pru 14 @ selepasnya.Anwar selamat jika tidak gelojoh dlm usahanya untuk menumbangkan BN,beliau amat selesa dalam perancangannya semasa berada dalam kerajaan 16 tahun lepas,mungkin sekarang BN sdh jadi pembangkang jika kesabarannya menguasai jiwa.PAS,DAP sdh merasai betapa peritnya melawan UBN sejak Pru/Prk diadakan.Bahana melawan UBN inilah akibatnya tapi kami tak akan berputus asa utk selamanya walau pun selepas BN jadi pembangkang di peringkat persekutuan.
Catat Ulasan