28 Mac 2014

Konsert Masih Diteruskan Sempena Formula 1 Disaat Negara Bersedih Insiden MH370

Konsert Calvin Harris tetap berjalan seperti biasa, kata SIC

Konsert artis terkemuka Calvin Harris tetap akan diadakan pada Ahad ini selepas perlumbaan Grand Prix Formula One (F1) Petronas Malaysia 2014, kata Ketua Pegawai Eksekutif Litar Antarabangsa Sepang (SIC), Datuk Razlan Razali.

Razlan berkata perkara itu dimaklumkan kepada Pejabat Perdana Menteri dan Kementerian Belia dan Sukan pada Rabu untuk konsert itu diteruskan.

Menteri Belia dan Sukan Khairy Jamaluddin Abu Bakar sebelum ini memaklumkan konsert sampingan yang diadakan bagi memeriahkan perlumbaan Grand Prix Formula One 2014 di perkarangan Kuala Lumpur City Centre (KLCC) dibatalkan.

Pembatalan itu dibuat bagi menghormati insiden kehilangan pesawat Malaysia Airlines MH370.

"Kami sensitif dengan insiden MH370 tetapi kami terpaksa meneruskan konsert berkenaan kerana ia termasuk dalam pakej pembelian tiket perlumbaan F1, kebanyakan pembeli tiket merupakan pelancong asing.

"Kebanyakan mereka datang untuk menyaksikan perlumbaan F1 dan Calvin Harris... jadi kami tidak boleh membatalkan konsert tersebut kerana ia menjejaskan kedatangan pelancong asing (peminat F1) ke negara ini,"
katanya hari ini.

Razlan menjelaskan konsert di perkarangan KLCC merupakan konsert percuma dan terbuka kepada orang ramai iaitu berbeza dengan konsert selepas perlumbaan F1 yang akan diadakan di Helipad, Sepang.

Sementara itu Razlan berkata sebelum perlumbaan pada Ahad ini, semua pelumba F1 akan bertafakur seminit bagi menghormati insiden MH370.

Katanya para pelumba juga akan menampalkan pelekat #rememberingMH370 ataupun #prayforMH370 pada topi keledar masing-masing.

"Dengan berbuat demikian, pelumba F1 memahami perasaan rakyat Malaysia yang masih bersedih dengan insiden MH370, mereka dengan rendah diri melakukannya, mereka menjadikan sukan sebagai alat untuk menyatukan masyarakat di seluruh dunia," kata Razlan.

Sementara itu Razlan berkata beliau menyasarkan penjualan tiket bagi perlumbaan F1 tahun ini sebanyak 65,000 sahaja iaitu lebih rendah daripada tahun sebelumnya.

"Pada penganjuran sebelum ini, kita letak sasaran 90,000, tiket terjual lebih 80,000. Tetapi kali ini, jumlah tiket yang terjual belum lagi mencapai 60,000. Kebiasaannya hampir 600 tiket terjual di saat akhir setiap hari tetapi kali ini hanya 100 sehingga 200 tiket sahaja sehari.

"Insiden MH370 bukan faktor utama penjualan tiket perlahan tetapi sebab peraturan baru F1 iaitu penggunaan enjin dengan deruman bunyi yang perlahan tidak seperti tahun sebelum ini memberi kesan kepada peminat untuk menyaksikan perlumbaan F1," katanya. – Bernama,

ULASAN GB

Inilah masalahnya bilamana di kalangan umat Islam sendiri seperti Ketua Pegawai Eksekutif Litar Antarabangsa Sepang (SIC), Datuk Razlan Razali tidak meyakini bahawa Allah itu Pemberi Rezeki (Ar-Razzak).

Baginya jika konsert dibatalkan ia akan menjejaskan kedatangan pelancongan asing - seolah-olah pelancong asing yang memberi rezeki kepada negara selama ini.

Setelah negara melalui stesyen TV dan radio kerajaan diperdengarkan dengan ayat-ayat suci Al-Quran dan mengurangkan program-program hiburan, yang seorang ini pula jenis keras hati dan berkepala batu.

Sudahlah acara simbahan champagne kepada pemenang-pemenang diteruskan walapun pemimpin negara ini mengaku negara ini sebuah negara Islam, sekarang konsert mahu diteruskan juga.

Malaysia perlu belajar dari Bahrain dimana di negara tersebut tiada semburan champagne sebaliknya digantikan dengan air minuman berperisa ros tetapi acara podium tetap meriah... dan pelumba serta pelancong yang bukan Islam menghormatinya.

Petikan dari wikipedia: Although alcoholic beverages are legal in Bahrain, the drivers do not spray the traditional champagne on the podium. Instead, they spray a non-alcoholic rosewater drink known as Waard.

Kita ingin mengingatkan Datuk Razlan bahawa Litar Sepang pernah menyaksikan kecelakaan besar menimpa MotoGP Malaysia pada tahun 2011. Pada lap kedua penunggang pasukan San Carlo Honda Gresini, Marco Simoncelli terjatuh dan kepalanya dilanggar oleh dua pelumba lain Colin Edwards serta Valentino Rossi. Penunggang Honda itu dilaporkan meninggal dunia.

Tak belajar lagikah dari tragedi itu?

3 ulasan:

Tanpa Nama berkata...

"memahami perasaan rakyat Malaysia yang masih bersedih dengan insiden MH370" amende kalau konsert tetap diteruskan...?Kenapa tunduk kpd kafir..? Tak ada pendirian ke? Apakata kalau anggota keluarga dia yg mampus, lepas tu ada org buat konsert depat rumah atau kubur dia...apa dia nak jawab? Belajar2 insaf ler sama....

Tanpa Nama berkata...

http://uppercaise.wordpress.com/2011/03/09/motors-music-money-and-all-in-the-family-at-sepang/

Gi check balik..duit masuk company adik beradik mestilah kena ON..

Tanpa Nama berkata...

Mr.KJ adakah duit dari pembeli tiket lebih penting daripada nyawa penumpang mh 370? Lu punya kenyataan seolah - olah duit tu lebih penting dari nyawa mh 370. Memang patut kadar rasuah di malaysia paling tinggi di dunia sebab duit dahulu diutamakan rakyat mampus diabaikan.