25 Mac 2014

[EDISI GILA] Siapa Pernah Buat Kenyataan Ini: Juruterbang Mungkin Bunuh Diri?


MH370 mungkin terhempas di Lautan Hindi dalam misi bunuh diri, lapor akhbar

Pesawat Malaysia Airlines MH370 mungkin terhempas di selatan Lautan Hindi dalam misi membunuh diri, lapor akhbar Britian Daily Telegraph, memetik sumber yang enggan dikenali sebagai berkata, hari ini.

Akhbar itu menyatakan pasukan penyiasat kehilangan MH370 percaya tiada kerosakan atau kebakaran yang mampu menyebabkan penerbangan luar biasa pesawat itu.

“Sistem komunikasi pesawat yang ditutup juga tidak menyebabkan MH370 berubah haluan dan terbang secara senyap selama tujuh jam ke lautan itu,” kata akhbar harian itu.

Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak malam tadi mengumumkan lauan terakhir MH370 ialah di tengah-tengah Lautan Hindi, mengikut data satelit terbaharu diperolehi.

Seorang sumber rasmi memberitahu The Telegraph penyiasat percaya “ini adalah tindakan sengaja oleh seseorang dalam pesawat yang mempunyai pengetahuan terperinci untuk melakukan apa yang berlaku. Tiada yang mengembangkan butir itu menjadi motif.”

Ditanya mengenai kemungkinan pesawat itu mengalami kerosakan atau kebakaran dalam pesawat, sumber memberitahu The Telegraph:”Ia tidak saling berkait… (Penyiasat) meneliti proses yang diperlukan untuk menerbangkan pesawat itu di mana ia terbang selama lapan jam. Mereka mendapati ia dikendalikan dengan cara yang rasional.”

Walaupun tanpa penemuan bangkai yang dapat disahkan, Najib berkata malam tadi, data terbaharu menunjukkan MH370 mengakhiri penerbangan lapan jamnya pada 8 Mac dalam lautan, di kawasan terpencil perairan Lautan Hindi.

Data itu diberikan oleh syarikat satelit Inmarsat milik Britain dan Biro Siasatan Kemalangan Udara United Kingdom.

“Ia adalah kawasan terpencil, jauh daripada daratan yang membolehkan pendaratan,” kata Najib.

Di hotel di Beijing, ada ahli keluarga yang pengsan kerana terlalu marah dan sedih mendengar berita yang paling menakutkan mereka dan nasib buruk menimpa pesawat itu.

Ada yang menerima pesanan teks daripada Malaysia Airlines.

Mereka kemudian mengecam dan mengkritik Malaysia Airlines dan Putrajaya, melabelkan kedua-duanya sebagai “pembunuh sebenar” penumpang MH370.

Tetapi sebahagiannya masih menaruh harapan, bergantung kepada kegagalan berterusan dalam mencari pesawat itu.

“Tiada bangkai yang disahkan, maka tiada penutup yang sebenar,” kata Sarah Bajc, iaitu pasangan kepada Philip Wood, warga Amerika yang berada dalam pesawat itu.

Laporan Telegraph berkata, pesawat itu masih diselubungi misteri dan salah maklumat.

MH370 yang membawa 227 penumpang dan 12 anak kapal berlepas daripada Lapangan Terbang Antarabangsa KL pada pukul 12.41 tengah malam pada 8 Mac menuju Beijing, hilang daripada skrin radar sejam kemudian.

Pesawat sepatutnya tiba Beijing pada pukul 6.30 pagi hari yang sama.

Perdana menteri dijangka memberikan sidang akhbar pada jam 12.30 tengah hari ini untuk memberikan maklumat terbaharu berhubung MH370. -TMI

Polis Teliti Kemungkinan Juruterbang Bunuh Diri - Hishammuddin


SEPANG: Polis sedang menyiasat kemungkinan juruterbang membunuh diri sebagai punca kehilangan pesawat Malaysia Airlines (MAS) MH370, kata pemangku Menteri Pengangkutan, Datuk Seri Hishammuddin Hussein.

Bercakap pada sidang media di Hotel Sama-Sama di sini Isnin, Hishammuddin berkata, polis sedang menyiasat kemungkinan itu.

"Ya, kami sedang menelitinya (kemungkinan juruterbang membunuh diri)," kata Hishammuddin.

Namun, ketika ditanya, Hishammuddin enggan menyatakan jika terdapat mana-mana daripada 239 penumpang dan anak kapal di dalam pesawat tersebut mempunyai masalah peribadi.

"Tidak, saya tidak boleh komen buat masa ini," kata Hishammuddin.

Turut didedahkan bahawa Sistem Komunikasi dan Laporan Pesawat (ACARS) telah dimatikan secara sengaja selepas melalui Kota Baru dan transponder dimatikan dekat Igari.

Ketua Pegawai Eksekutif Malaysia Airlines (MAS), Ahmad Jauhari Yahya, berkata penghantaran terakhir dari ACARS adalah pada pukul 1.07 pagi, 8 Mac lalu tetapi tidak diketahui bila ia dimatikan.

Ia tidak dihantar 30 minit kemudian seperti diprogramkan.

Siasatan awal juga menunjukkan pembantu juruterbang yang bercakap buat kali terakhir dengan pusat kawalan trafik udara.

Komunikasi terakhir pembantu juruterbang itu adalah kira-kira pukul 1.19 pagi.

MAS turut berkata, ujian pskiometrik adalah prosedur standard untuk juruterbang dan anak kapal serta akan meneliti untuk memperkukuhkan prosedur pengambilan kakitangannya.
- mstar (17 Mac 2014)


ULASAN GB

Selepas siasatan polis menunjukkan tiada bukti untuk mengaitkan juruterbang itu merampas pesawat dan tiada sandaran lansung untuk menuduhnya sebagai penyokong fanatik Anwar dan PKR seperti yang diwarwarkan sebelum ini, maka diubah haluan menyatakan juruterbang itu berkemungkinan membunuh diri....

Astaghfirullah....

Marilah kita sama-sama berdoa kepada Tuhan agar kebenaran dan keadilan itu didedahkan. Hanya DIA yang Maha Tahu dan Maha Berkuasa ke atas segala-galanya.

اللهم ارنا الحق حقا وارزقنا اتباعه وارنا الباطل باطلا وارزقنا اجتنابه

Allahumma arinal haqqa, haqqan, warzuqnattiba’ah, wa arinal bathila bathilan, warzuqnajtinabah

Ya Allah, tunjukkanlah yang kebenaran itu sebagai kebenaran, dan kurniakanlah kami kekuatan untuk mengikutinya (memperjuangkannya), dan tunjukkanlah yangg batil itu sebagai batil dan kurniakanlah kami kekuatan untuk menjauhinya (menghapuskannya).





IKLAN BERBAYAR


JANA PENDAPATAN TAMBAHAN DENGAN MUDAH

Jom kawan-kawan...Jana income dengan hanya bermodalkan RM100 Tuan/Puan, drpd kita berfb @ berwechat @ whtsapp tak dapat hasil.. apa kata sambil-sambil tu kita buat income? Saya nak kongsi 1 program tempatan yang boleh buat income sampingan.

Tiada tipu muslihat, Tak perlu cari org.. tak perlu beli atau jual barang. Syarat kelayakan: Anda ada fb @ whtsapp @ wechat dan tau guna komputer sikit2. Apa saja termasuk twitter dan laman sosial lain. Anda hanya perlu open link dibawah dan register sebagai member. Lepas tu anda akan dapat link anda sendiri. Apa lagi, anda copy link anda sendiri dan copy ayat-ayat saya ni dan paste kat fb, twitter dan sebagainya. Modal anda dapat semula pada hari pertama lagi bila ada org yg buka link anda dan daftar. Mudahkan? Duit anda akan dimasukkan terus ke bank anda. Hari pertama saja saya sudah peroleh RM350. Memang berbaloi. Klik link di bawah ini.


KLIK SINI


28 ulasan:

BaDiN berkata...

Nampaknya dgn jelas media luar membuat analisanya daripada sidang media Menteri yg diadakan setiap hari.Analisa negatif ini berpunca daripada usaha kerajaan cuba menafikan apa yg belum sahih DAN cuba menutup lubang lubang kelemahan Kerajaan yg menyelia MAS.Adakah kerugian MAS yg menyebabkan trajedi ini terjadi?APAKAH LANGKAH2 PENJIMATAN MAKA SOAL KESELAMATAN PENYELIAAN PESAWAT DAN REKOD BAIK MAS MAKA MEMUNGKINKAN BANYAK ALAT ALAT KESELAMATAN YANG LEBIH CANGGIH TAK MAMPU DISEDIAKAN/DIPASANG.
PERANCANGAN ALLAH TIADA SIAPA YANG TAHU,SETIAP KEJADIAN ADA HIKMAHNYA.HANYA YANG MAHA KUASA SHJ YANG TAHU.

Amuraria berkata...

harap ketua polis negara pun jangan jadi bangang macam kangkung mudah menuduh atas syak wasangka sahaja ! siapa kita pandai buat andaian sebelum cerita benar terserlah ? jangan buat kerja dajal menuduh sesuka hati,mengandai atau memfitnah konon kapten fanatik pembangkang ! ABU !

Tanpa Nama berkata...

Gila ka....
Jgn nak jatuhkan maruah keluarga yg twrlibat kalau blm tentu buktinya..
Siul betul Si Hishamuddin ni...m

Tanpa Nama berkata...

kalau nak bunuh diri tak perlu ada korban nyawa yg bgitu ramai,kenapa di lautan hindi?di laut cina selatan pun bolehkan?,perbuatan membunuh diri di sebabkan apa?juruterbang ada masaalah rmhtnga?Along?semua tu tak mungkinkan?lagi pun juruterbang dan pembantunya bukahkah seorng islam?.

Tanpa Nama berkata...

Kalau bunuh diri kerana kecewa dengan Najib tentu sasarannya Putrajaya..

Tanpa Nama berkata...

Betol. Kalau Pilot nak bunuh diri kerana kecewa DSAI di penjara sasaran adalah penjara Sg Buloh atau Kajang atau Putra Jaya buat apa dia bunuh diri kat Lautan Hindi. Camana pula dgn kor pilot tak kan dia juga sama sama nak bunuh diri sekurang kurangnya kor pilot beri nasihat dan pandangan supaya tidak bertindak diluar jangkaan. Dua dua pilot orang Melayu dan beragama islam. Kita tggu lah hasil siasatan sepenuhnya apabila kota hitam diketemukan. Jgn sembunyikan hasil siasatan dedahkan kepada umum. Kita mahu pihak penyiasat antarabangsa yg dedahkan hasil siasatan bukan PM Malaysia. Malaysia ini faham je lah selalu edit berita.

Tanpa Nama berkata...

PERANGAI KERAJAAN MALAYSIA MELETAK KESALAHAN KEPADA ORANG LAIN... ITULAH MALAYSIA

Tanpa Nama berkata...

bunuh diri..? apa istimewanya nak bunuh diri sampai pergi kat lautan hindi tu...!!ada apa kat lautan hindi tu sampai pi sana nak bunuh diri..? ada sapa-sapa boleh bagi tahu...? tak masuk akal....

Tanpa Nama berkata...

Huhuhu..sape yg bg statement kt pilot bunuh diri tu lah yg bunuh diri sbnarnye..bnde nih tak kan berhenti di sini sja..kt tungu jer fasa seterus nyer

Tanpa Nama berkata...

Nampaknya skrip dah nak bermula untuk menutup akan kelemahan yg ada sekarang. Kita tak belajar ke dari peristiwa sulu?

Kita mengambil jalan mudah dengan alasan benda tu bukan suatu ancaman tapi bila dah melibatkan nyawa kita mulalah cari kambing hitam semata mata nak tutup akan kelemahan sendiri.

Kalau setakat kecewa atau nak bunuh diri rasanya klcc tu dah lama kena sondol.

Tanpa Nama berkata...

Daily Telegraph mempunyai data2 Penerbangan..???
mana ko dapat data tu wahai Daily Telegraph?
Dgn perangai dan Kerahsiaan Negara Kuasa Besar,sgt mudah utk kami menjangkakan apa yg berlaku..
Ulasan mereka spt mereka hadir di Lokasi Kejadian dan bagaimana mereka pasti dgn Laporan dari sumber yg tidak mahu dikenali itu?
Wahai Org Putih..
Kebijaksanaan ada hadnya ttp kebodohan tiada Hadnya..
Org awam yg membantu mencari pesawat ini dgn perisian2 Satelit vertual dtgnya dari seluruh dunia dan mereka mengirimkan clue2 berharga kpd kami ketika Korang Media Barat tgh kelam kabut menyiapkan Laporan Versi Cover up ala2 Hikayat Shekespere korang tuh..
Kebanyakan mereka yg membantu kami mengesan bahawa Pesawat MH 370 dihampiri dari belakang oleh sebuah pesawat lain..
dari situ kami Rakyat2 Malaysia yg x suka menelan bulat2 laporan Media Mind Control Program korang tu mengesyaki bahawa satu Operasi Rahsia telah digerakkan pd waktu malam utk mengekori sebaik sahaja Pesawat Negara kami berlepas utk mengambil Alih Kawalan induk Pilot2 kami..
Teori kami sgt mudah iaitu dgn mengulas dan mentafsir kepandaian kamu mereka cipta cerita keatas pilot2 negara kami dgn Laporan dari sumber kamu itu..
Pd waktu Transponder Pesawat dimatikan,pd kami ketika itulah Pesawat yg mengekori Pesawat kami itu mengambil alih kawalan Pesawat kami dgn Pesawat kamu yg berfungsi spt Pusat Kawalan pesawat Drone kamu..
Menara kawalan dipanggil sebagai menara Kawalan bkn krn menara itu,ttp krn alatan yg digunakan dlm menara itu yg menjadikannya mendapat nama Menara Kawalan..
dan Alatan2 kawalan itu boleh shj berada di mana2 tempat samada dlm bangunan atau Benda2 bergerak..
Dari situ kami mengesyaki bahawa satu sebuah Pesawat misteri yg lengkap dgn peralatan kawalan Pesawat drone telah mengambil alih kawalan keatas Pesawat MH 370 dan kini ia digerakkan seperti sebuah pesawat Drone mengikut kehendak pihak yg mengawalnya..
Pilot2 kami telah kehilangan command keatas Pesawat mereka sendiri dan bertungkus lumus utk mengawal Pesawat itu dgn segala pengalaman yg ada pd mereka..

Kami dpt mengesan perkara ini krn kamu dgn cuai mengatakan bahawa,"Transponder pesawat dimatikan dgn sengaja" utk mengkambing hitamkan Pilot2 terbaik kami,sedangkan kamulah yg sengaja mematikan Transponder pesawat kami dgn Device canggih yg terdapat pd pesawat kamu yg mengekori kami itu utk mengambil alih kawalan pesawat Negara kami dan menerbangkannya mengikut kehendak kamu..
Sbb itu Pesawat itu tidak melintasi mana2 daratan krn kamu keberatan utk dikesan oleh Satelit2 Negara lain lalu kamu menghalakannya ke Lautan Hindi yg terpencil supaya keberadaan kamu di mana2 ruang udara rasmi dari diketahui masyarakat antarabangsa..
Dan kami mengesyaki bahawa Pesawat itu telah pun di daratkan disebuah lokasi Rahsia..
Mengapa kamu arahkan media kami dan pihak China mengatakan bahawa pesawat kami terhempas dan tiada yg terselamat sedangkan objek yg ditemui belum lg disahkan???
Kami mengerti bahawa China terpaksa berbuat demikian utk melindungi kepentingan ketenteraannya dgn memberitakan kematian palsu para penumpang dan anak Kapal kami ttp Malaysia terpaksa menurut jika pihak China sudah memaklumkan demikian kpd Keluarga Penumpangnya..
Maaf Rakyat Negaraku..
Kami tidak akan menelan bulat2 laporan media sehingga pesawat ini benar2 ditemui dgn jasad2 mangsanya..
Allahuakhbar...

Tanpa Nama berkata...

mcm skrip mamak mahathir munafik jer....nak pindahkan kesalahan ke bahu org lain.......mmg celaka sipembaling batu sembunyi tangan nie.....buktinyer di Malaysia ramai yg dibunuh utk pemimpin parti syaitan dikenali dpt meneruskan kuasa....cthnye tuya.....

Tanpa Nama berkata...

Dah tak larat kena soalan dpd rakyat dan org luar maka nak tutup buku dikatakan terjun di lautan hindi....
Apa punya haprak laaaaaaa jln cerita ni

Tanpa Nama berkata...

kejadian ini nampaknya lebih hebat dramanya dan kadang kala memualkan. adakah sudah kita mengenalpasti latar belakang setiap mangsa? adakah kesemua keluarga mangsa ada keluarga yang menanti. yang penting adakah mangsa ada hubungan yang menarik perhatian pihak luar....seperti perisik...atau sebagainya...dan kenapa najib cuba menyemunyikan sesuatu....adakah ia melibatkan keselamatan negara...dan apakah kesannya pada rakyat. sudah tentu ada muslihat di sebalik semua ini. kenapa apa yang dikeluarkan oleh pihak pihak berwajib ada percanggahan. dan kenapa perlu ada seseorang untuk dikambing hitamkan. ini bukan kes sepol. bukan kes altantuya bukan kes sulu..ini kes keselamatan negara. rayat perlu didahulukan. rakyat perlu diselamatkan....sampaikan maklumat yang telus.

Tanpa Nama berkata...

sebahagian dari penumpang hilang adalah jurutera senjata yang turut terlibat dalam projek menjadikan kapal terbang bebas daripada dikesan radar, apakah tujuan mereka berada di malaysia? dan kenapakah juruterbang yang begitu mahir dipanggil pada hari itu? kenapa? sememangnya ini telah dirancang? adakah pemimpin malaysia terlibat dalam hal ini? jawab beb? jangan gadai nyawa kami....

Tanpa Nama berkata...

nine eleven the remake.....kapal dipandu oleh org lain.....utk menyalahkan org lain......

Tanpa Nama berkata...

INILAH YG DIKATAKAN FITNAH DAJJAL... BLM ADA BUKTI... DAH TUDUH ITU INI... SY YAKIN MESTI ADA RAHSIA BOEING DAN KERJAAN AMERIKA TENTANG PESAWAT BUATAN MEREKA SENDIRI...

5sal berkata...

Saya 'kurang 'percaya.Adakah betoikah MH370 'terhempas', sebab 'terhempas' dengan 'rampas' sebab hujung ada 'pas' Nak senang cerita menteri hissham ngann menteri perdana buat keputusan yang senang 'terhempas'tak yah jawab banyak2 soalan dari wartawan.Tak ada guna mesia ada measat.Duk harap setelit neraga asing yang pantau.Kalau betoi tunjuk la bukti.Dalam kes liwat puak ni boleh lak wat bukti.Macamana dengan kudrat ALLAH swt.ALLAH tunjukkan bukan terhempas,tapi dirampas?Apa menteri hissham ngan menteri perdana nak jawab?Kapal perang pun nak pergi tempat bangkai kapal terbang terhempas tu tetiba lautan hindi bergelora.Ada setelit yang rakam objek tapi tak tunjuk pun bukti tu.Setakat cakap2 ja sapa pon boleh cakap.Ada objek.Naluri saya masih berkata pilot,anak2kapal dan penumpang masih hidup,disatu tempat yang drahsiakan.dan ALLAHswt pun tak nak tunjuk lagi pada kita semua.

Tanpa Nama berkata...

Kargo barang yg diistiharkan manggis 4 tan? Takkan sebijik pun tak timbul! Tetiba pulak kayu palet yg tidak diistiharkan muncul dan disahkan. Misti ada something wrong.

Tanpa Nama berkata...

tahun demi tahun MAS mengalami kerugian, tak selesai masalah rugi, turun bala MH 370 pula terhempas, pemimpin tidak juga insaf atas kemungkaran yang mereka lakukan, musibah ini mungkin kerana dosa pemimpin yang terlalu zalim. tak mahu muhasabah diri,tak mahu bertaubat. tak tahu lah siapa pula nak dijadikan kambing hitam untuk disembelih selepas ini.

Tanpa Nama berkata...

bila jadi begini, aku teringat kes memali - dkaitkan dengan ajaran sesat, menyimpan penjenayah, gerombolan komunis, kes letupan C4- nama altantuya hilang dari komputer imegresyen, kes al maunah di sauk, kes anwar ibrahim menumbuk dirinya sendiri, penutupan hasil siasatan kes carrian & george tan di hong kong dan banyak lagi yang boleh kita rujuk. seharusnya orang melayu yang menyokong umno perlu berfikir panjang bagi menginsafi apa yang dilakukan oleh pemimpin kamu betapa keparatnya orang yang kamu pilih untuk diberi kuasa.

Tanpa Nama berkata...

AKU XPERCAYA APA YG DEPA CAKAP..BODOH KE APA DOK TUDUH ORANG SESUKA HATI...AGAKNYA SI NAJIB NI BUAT TUDUHAN MELULU DAN MENGATAKAN YANG PILOT ZAHARIE NI YANG CUBA TUK BUNUH DIRI..NAJIB CKP MACAM NI SEBAB DIA NAK ORANG MALAYSIA SELEPAS INI AKAN SOKONG BN...PI JALANLAH ....KO BUAT KENYATAAN MACAM NI, AKAN MENYEBABKAN WARGA NEGARA CINA AKAN BENCI PADA MALAYSIA..KO XPIKIR KE HANG NAJIB OII...APE NASIB RAKYAT MALAYSIA YANG BEKERJA DAN BELAJAR DI CHINA...LAGI DEPA BENCI DAN MENYAMPAH KAT ORANG MALAYSIA..ITU PUN XLEH PIKIR KE..KELABU ASAP BETUI LA...

Tanpa Nama berkata...

TAK PUN KORANG SEMUA YANG PI CARI MH370 KAT LAUT HINDI TU ...APA MACAM HANG NAJIB...ADA BERANI KER..SESUKA HATI NAK TUDUH ORANG TIDAK TENTU PASAL

Tanpa Nama berkata...

Makna ada rampasan ....sapa yang kemudikan kapalterbang tu kalo tiada rampasan....ada ke teknologi boleh control kapal terbang besar...kapal terbang kecil boleh la...jangan bagi teori yang mengarut..

Roza berkata...

Sepatutnya kita berbangga orang Islam berjaya jadi pilot. Mengapa pula kita mudah buat tuduhan yg tak pasti? Tahukah kita mungkin ia bertarung dan bergelut dengan maut unt.menyelamatkan semua nyawa.Tuduhan yang tak masuk akal.

Roza berkata...

Mungkin betul MH370 tu ada di Lautan
Hindi. Macam2 cara orang boleh lakukan. Memang betul banyak negara menghulurkan bantuan.Tapi tak kan nak menelan bulat2 analisis yg dikemukakan.

Tanpa Nama berkata...

Ada juga spesis Anon 10:41pm yg bodoh ckp hanya kapal terbang kecik yg kt padang tu jer yg boleh diremote control kan..
Aku yg mengarut ke ko yg x penah bukak buku psl Kemampuan mengawal Pesawat dari jarak jauh ni..???
Bc la pendedahan bekas Tentera US Airforce dlm buku "The Art of Deceptions" psl kemampuan teknologi Militer US utk mengawal pesawat boeng dari jarak jauh,mangkuk..
dh lbh 10 tahun dh dorang buat benda ni mase 9/11 tu..
Projek 9/11 tu dorang rancang dari tahun 1962 lg dan sasaran mereka pd waktu tu adalah Cuba ttp dorang tangguh selama 40 tahun Projek ni krn kemampuan mobalisasi tentera dorang belum boleh digerakkan ke peringkat Global lg..Bc la inisiatif Operation Northwood klu ko nk tau..mangkuk ayun betul..
Tu la jummud sgt dgn kapal terbang mainan lg..
Dh membuang masa aku nk sekolahkan ko blk..
Spesis kurang membaca ke ko ni..
Hadoiiiii...

Tanpa Nama berkata...

Dia ni gila ke apa.... kena daun ketom kot..
pilot tu bukan sakit mental atau gila atau dalam tekanan apa pun...
sedang cuti disuruh bertugas pun dia tak kesah...
apa bukti kau kata dia bunuh diri...
nak kelentong org melisia boleh la...
tapi ini dunia....dunia.... woooi.. world.....