Hanya kotak hitam dapat beri jawapan misteri MH370
KUALA LUMPUR - Misteri kehilangan penerbangan MH370 milik Malaysia Airlines sejak 16 hari lepas, terjawab malam tadi menerusi pengumuman Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak bahawa penerbangan itu berakhir di selatan Lautan Hindi.
Berdasarkan rumusan itu hanya kotak hitam pesawat Boeing 777-200ER berkenaan yang dapat menjawab misteri kehilangannya sejak awal pagi 8 Mac lepas.
Perdana Menteri pada Isnin malam berkata berdasarkan taklimat Cawangan Siasatan Kemalangan Udara United Kingdom (AAIB) dan analisis lanjut data oleh Inmarsat, kesimpulan dibuat bahawa MH370 terbang di koridor selatan dan kedudukan terakhirnya di tengah-tengah Lautan Hindi, barat Perth.
"Kawasan ini merupakan lokasi terpencil, jauh dari sebarang tempat pendaratan. Oleh itu dengan perasaan amat sedih dan terharu saya ingin memaklumkan bahawa menurut data terkini, penerbangan MH370 berakhir di selatan Lautan Hindi," kata Najib
Pesawat itu yang membawa 227 penumpang dan 12 anak kapal dalam penerbangan ke Beijing apabila dilapor hilang daripada radar kira-kira 1.30 pagi 8 Mac, setelah berlepas dari Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur.
Sejak hari pertama kehilangannya, lebih 12 negara membantu Malaysia dalam misi mencari dan menyelamat pesawat tersebut.
Pada Isnin, pesawat Australia dan China masing-masing mengesan beberapa objek yang terapung di selatan Lautan Hindi, namun belum diambil.
Pihak berkuasa Malaysia akan mengadakan sidang media esok untuk menjelaskan butiran lanjut mengenai perkembangan terbaharu itu. - Bernama
Tujuh `ping' tentu haluan MH370
LONDON: Inmarsat dimiliki sebuah syarikat di Britain menggunakan fenomena gelombang yang ditemui pada abad ke-19 bagi melakukan analisis ke atas tujuh `ping' yang dicerap satelitnya daripada MH370 bagi menentukan lokasi terakhir pesawat itu.
Penemuan itu kemudiannya membuatkan Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak, mengumumkan kedudukan terakhir penerbangan MH370 yang dikesan di tengah Lautan Hindi, di barat Perth.
Kesemua `ping' yang dicerap itu dihantar secara automatik setiap sejam selepas sistem komunikasi pesawat tidak lagi berfungsi, yang menunjukkan ia masih lagi terbang beberapa jam selepas hilang daripada radar dalam penerbangannya dari Kuala Lumpur ke Beijing.
Dalam tempoh isyarat yang dipancarkan ke satelit dan sudut pendakian pesawat, Inmarsat dapat memberikan dua kemungkinan lengkok penerbangan iaitu sama ada ke utara atau selatan.
Menurut jurucakap syarikat itu, saintis Inmarsat kemudian melakukan siasatan terhadap kesemua `ping' berkenaan menggunakan teknik kesan `Doppler', yang akan menjelaskan bagaimana gelombang mengubah frekuensi terhadap `pemerhati' iaitu satelit.
Menurutnya, Badan Siasatan Nahas Udara Britain turut terbabit melakukan analisis terhadap kesemua `ping' berkenaan.
Katanya, contoh kesan `Doppler' paling hampir adalah siren kereta peronda polis yang berubah apabila ia menghampiri atau memintas `pemerhati'
Ketua Komunikasi Korporat Inmarsat pula berkata, Jonathan Sinnatt berkata: “Kami kemudian mengambil data yang diperoleh daripada pesawat dan melakukan `plot' ke atas dua lengkok itu dan hasilnya kami mendapati pesawat itu terbang ke arah selatan.”
Katanya, syarikat itu kemudian melakukan perbandingan antara penerbangan teori pesawat dengan data yang diterima daripada Boeing 777s yang pernah menggunakan laluan sama dan hasilnya memang padan.
Keputusan itu kemudiannya diserahkan kepada satu syarikat satelit lain untuk diperiksa sebelum diberikan kepada penyiasat
Raungan keluarga di China sambut pengumuman Najib
Hanya kedengaran raungan kedukaan daripada keluarga penumpang MH370 yang ditempatkan di Hotel Lido di Beijing sejurus berakhirnya pengumuman Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak mengenai perkembangan terkini berhubung pesawat itu malam tadi.
Beberapa anggota keluarga pengsan dan terpaksa diusung keluar oleh anggota paramedik selain berlaku pergelutan apabila sesetengah waris yang kesedihan cuba menghalang jurufoto daripada merakam gambar mereka.
"Berhenti ambil gambar. Hentikan sekarang," jerit seorang lelaki kepada kumpulan warga media terbabit dan cuba menolak mereka sebelum dihalang oleh pengawal keselamatan.
Hampir 100 pengamal media berkumpul di hotel itu bagi menunggu pengumuman Najib.
Difahamkan anggota keluarga terbabit diberi taklimat oleh pegawai Malaysia Airlines (MAS) sebelum mendengar pengumuman perdana menteri.
Dalam pengumumannya, Najib berkata penerbangan MH370 berakhir di selatan Lautan Hindi.
Penerbangan MH370 Kuala Lumpur-Beijing yang hilang sejak 8 Mac lalu, membawa 227 penumpang dengan 154 daripadanya merupakan warga China. - Bernama
ULASAN GB
Sebarang malapetaka yang menimpa ke atas pesawat yang akan menjadi buruan dan perhatian ialah "kotak hitam" kerana ia mengandungi rakaman maklumat berharga mengenai apa yang sebenarnya berlaku pada pesawat.
Jika sudah diumumkan pesawat itu terhempas di Lautan Hindi - apatah lagi seperti sengaja diumumkan - di sebuah tempat yang dikatakan terpencil dan sunyi - apakah mungkin kotak hitam itu bakal ditemui?
Kita tak terdaya untuk melakukan apa-apa, melainkan tunggu saja - dan yakinlah rencana Allah sentiasa lebih hebat dari rencana sesiapa pun.
Marilah kita sama-sama berdoa kepada Tuhan agar kebenaran dan keadilan itu didedahkan. Hanya DIA yang Maha Tahu dan Maha Berkuasa ke atas segala-galanya.
اللهم ارنا الحق حقا وارزقنا اتباعه وارنا الباطل باطلا وارزقنا اجتنابه
Allahumma arinal haqqa, haqqan, warzuqnattiba’ah, wa arinal bathila bathilan, warzuqnajtinabah
Ya Allah, tunjukkanlah yang kebenaran itu sebagai kebenaran, dan kurniakanlah kami kekuatan untuk mengikutinya (memperjuangkannya), dan tunjukkanlah yangg batil itu sebagai batil dan kurniakanlah kami kekuatan untuk menjauhinya (menghapuskannya).
JANA PENDAPATAN TAMBAHAN DENGAN MUDAH Jom kawan-kawan...Jana income dengan hanya bermodalkan RM100 Tuan/Puan, drpd kita berfb @ berwechat @ whtsapp tak dapat hasil.. apa kata sambil-sambil tu kita buat income? Saya nak kongsi 1 program tempatan yang boleh buat income sampingan. Tiada tipu muslihat, Tak perlu cari org.. tak perlu beli atau jual barang. Syarat kelayakan: Anda ada fb @ whtsapp @ wechat dan tau guna komputer sikit2. Apa saja termasuk twitter dan laman sosial lain. Anda hanya perlu open link dibawah dan register sebagai member. Lepas tu anda akan dapat link anda sendiri. Apa lagi, anda copy link anda sendiri dan copy ayat-ayat saya ni dan paste kat fb, twitter dan sebagainya. Modal anda dapat semula pada hari pertama lagi bila ada org yg buka link anda dan daftar. Mudahkan? Duit anda akan dimasukkan terus ke bank anda. Hari pertama saja saya sudah peroleh RM350. Memang berbaloi. Klik link di bawah ini. KLIK SINI |
5 ulasan:
Jika lakunan/sandiwara semua boleh
Sudah menjadi KARUT/MUHONG ..mengatakan "Penerbangan itu Membunuh Diri"
http://addindeen.blogspot.com/2014/03/punca-sebenar-mh370-terbang-ke-selatan.html#more
Lagi ini macam kita dikelentong
http://bicaraworld.blogspot.com/2014/03/perampas-mh370-tidur-lena-buang-muatan.html
ni terang ...USA Perancang ...tak kasi China mengatasi mereka ...mereka bunuh Pakar-Pakar China
http://www.lusuka.com/2014/03/mas-mh-370-case-closed-hijacked-by-awacs.html
Nak tutup kelemahan pasport palsu dan muatan lithium ion...
Catat Ulasan