16 Mac 2014

[BONGKAR] Anak Towkeh MYDIN Penganjur Festival FFMA Yang Sebab 6 Kematian (?)


Pemuda PAS Kecam Konsert Liar

Dewan Pemuda PAS Melaka mengecam penganjuran konsert luar Festival Future music Asia yang menyebabkan 6 penontonnya meninggal dunia.

Ketuanya Jauhar Md Dawi berkata di sebalik kisah duka dan ujian yang sedang dihadapi rakyat malaysia khususnya umat Islam tentang isu MH 370 , kemarau dan ketiadaan air , kita menyaksikan tragedi kebobrokan moral yang berlaku akibat ketiadaan pemantauan yang tegas oleh pihak berkuasa terhadap Festival future Music baru-baru ini.

"Pemuda PAS Melaka amat berduka cita dengan perkara yang berlaku dalam Festival Future music di stadium Bukit Jalil pada 13 -15 mac 2014 , di mana berlaku kematian seramai enam orang dan empat orang lagi dalam keadaan kritikal."

"Penganjur seolah-olah mendapat lesen besar dalam penganjuran festival ini kerana secara terang-terang mempromosi bahawa akan ada parti liar "Malaysia biggest and wildest party". " ujarnya.

Beliau mempersoalkan adakah pihak penganjur iaitu syarikat Live Scape sdn. bhd mengikut piawaian hiburan dalam negara ini atau mereka yang meluluskan festival ini tidak memantau sepanjang perjalanan festival ini berlaku.

"Bagi kami peristiwa ini amat memalukan negara kerana pada masa yang sama kita sedang bersedih tentang kehilangan pesawat MH370. "

"Lebih malang lagi kematian ini melibatkan anak-anak muda yang beragama islam. Di mana letaknya peranab pihak penguatkuasa dan pihak kementerian dalam isu yang besar ini." tambahnya.

Menurutnya Dewan Pemuda Pas Melaka merasakan pihak kementerian yang bertanggungjawab iaitu Kementerian Belia dan Sukan dan Kementerian Pelancongan perlu memberi penjelasan tentang punca mengapa konsert liar ini dibenarkan.

"Jelas sekali menteri berkenaan dan pihak berkuasa gagal menjalankan tugas mereka dan sesiapa yang berkenaan mesti meletakkan jawatan sekiranya jawapan itu tidak menyakinkan kerana ia sudah melibatkan nyawa dan maruah negara."tambahnya.

Beliau menegaskan bahawa Dewan Pemuda Pas Melaka memandang berat isu ini kerana ia adalah pertama kali berlaku di malaysia yang merupakan negara majoriti umat Islam dan ia melibatkan kematian anak muda yang beragama Islam akibat penggunaan dadah yang berlaku dalam konsert itu.

"Sudahlah negera kita dicemuh dan dipersendakan oleh akhbar-akhbar antarabangsa akibat memanggil Bomoh 1Malaysia untuk mencari pesawat MH 370 di KLIA , ditambah pula dengan kes ini yang memaparkan imej yang buruk terhadap negara akibat penganjuran konsert yang jelas bertentangan dengan Agama dan tatasusila Rakyat Malaysia." tegas beliau. -mutaligat


Siapa Lulus Permit Untuk Konsert Maksiat? - Kerajaan Perlu Jawab !!!

Ini ialah pengetahuan umum sebenarnya. Kalau nak buat apa2 ;

1. Konsert
2. Program yang berskala besar
3. Event

Di kawasan awam ataupun kawasan yang diwartakan perlu mendapat kebenaran dari pihak berkuasa tempatan, kita perlu mendapatkan permit kelulusan terlebih dahulu dari mereka sebelum menganjurkan majlis tersebut.
Setelah mendapat permit baru la apa2 program yang direncakan akan berjalan tanpa serbuan dari pihak berkuasa kerana program tersebut telah mendapat kelulusan dari kerajaan untuk dijayakan.

Siapakah penganjur konsert tersebut?

Syarikat Live Scape Sdn Bhd

Siapakah pemilik syarikat Live Scape ini?

Apabila kita google nama Iqbal Ameer muncul.

Siapa Iqbal Ameer ini?

Ini link yang serba sedikit boleh menjadi rujukan anda ==> http://my.linkedin.com/pub/iqbal-ameer/23/504/a38

Dalam link yang sama ada diberitahu Iqbal Ameer ini juga terlibat dalam bisnes berkaitan arak dan alkohol.

Iqbal Ameer ini juga sebenarnya bukan calang2 orang. Rupanya dia anak kepada pemilik rangkaian perniagaan MYDIN.


Dan syarikat Live Scape ini juga bukan syarikat baru. Syarikat ini memang terkenal dengan penganjuran pelbagai jenis konsert bertaraf antarabangsa.

Pada tahun lepas salah satu konsert bertaraf antarabangsa di batalkan di Malaysia. Ia melibatkan Live Scape selaku penganjur. Lihat beritanya mengenainya disini ==>

http://mynewshub.my/2013/10/26/livescape-rugi-rm1-juta-konsert-kesha-batal/

Gambar Iqbal Ameer seperti yang tersebar ;

Apakah konsert yang cuba dianjurkan?

Konsert Festival Future Music.

Apakah disebalik penganjuran konsert tersebut?

Konsert tersebut kononnya dikatakan berperanan untuk membantu mempromosikan Malaysia sebagai hub music antarabangsa sekaligus menaikkan nama MALAYSIA sebagai salah satu tempat pelancongan bagi masyarakat eropah.

Tetapi apa yang berlaku?

Pada hari pertama konsert tersebut berlangsung sudah berlakunya insiden yang kurang enak. Iaitu 3 individu yang menghadiri konsert tersebut dikesan positif dadah dan telah ditahan. Polis telah membuat siasatan lanjut berhubung kejadian tersebut.

Pada hari kedua, sekali lagi polis terpaksa bergegas ke lokasi apabila 5 maut manakala 4 yang lain berada dalam keadaan kritikal akibat kegagalan bernafas angkara pengambilanan dadah dan alkohol secara berlebihan.

Ini melibatkan 3 buah negara iaitu penonton dari Malaysia, Singapura dan juga Indonesia.

Insiden ini sebenarnya mencemarkan nama baik negara dikala kita semua menghadapi permasalah2 seperti ;

1. Kemarau sehingga catuan air dibuat.

2. Jerebu dengan pembakaran hutan demi hutan yang menyebabkan IPU berada pada paras yang tidak selamat.

3. Insiden MH370

4. Masalah kegawatan ekonomi dan kenaikan kadar inflasi dengan kadar penganguran yang semakin tinggi..

Jelas, konsert ini walaupun mahu mempromosikan Malaysia sebagai hub hiburan tetapi keterlaluan dalam penganjurannya.

Bayangkan.

Tak mungkin la penonton2 yang bawa dadah dan alkohol secara haram tak boleh dikesan oleh pihak penganjur. Kalau dadah logik juga. Tetapi kalau arak bagaimana?

Sudah semestinya arak ada disediakan dalam konsert tersebut.

Apa tak cukup PANAS lagi bumi Malaysia ini sampai nak tambah PANAS? Dah tak cukup lagi MASALAH2 yang sedang dihadapi untuk tambah MASALAH baru lagi? Dah terer sangat ke nak selesaikan semua MASALAH2 yang ada?

Kerajaan perlu ;

1. Dedahkan kenapa permit diberikan kepada penganjur konsert ini.

2. Dedahkan apakah syarat2 yang menyebabkan kerajaan bersetuju beri permit.

3. Siasat bagaimana dadah dan alkohol boleh berada di dalam konsert.

4. Siasat mengapa sesetengah dari mereka boleh overdose.

Dan seterusnya dedahkan kepada masyarat mengenai hasil siasatan dan tolong dakwa mana2 pihak yang cuai sehingga mengakibatkan kematian. Meskipun mereka cuai kerana mengambil dadah dan alkohol secara berlebihan, pihak yang sediakan 'service' itu juga perlu diheret sama ke muka pengadilan sebab menyediakan service yang tidak sepatutnya kepada para pengunjung.

Untuk rekod, ia perkara yang sangat memalukan untuk tahu salah seorang penganjurnya ialah seseorang yang menganuti agama Islam.

Terima kasih.
-sozcyili



Foto2 Suasana Konsert Di Bukit Jalil Yang Meragut Enam Nyawa

Semalam kecoh apabila enam remaja mati ketika konsert berlangsung di Bukit Jalil.Empat lagi dimasukkan ke hospital dan keadaan mereka dilaporkan kritikal DISINI.Di sini aku paparkan foto2 suasana konsert tersebut.

Untuk tidak mengaibkan mana2 pihak aku sengaja mengaburkan muka mereka,kerana tujuan aku hanya sekadar ingin berkongsi suasana konsert tersebut saksikan :














 Sumber Foto DISINI


Apa pandangan korang selepas menyaksikan foto2 diatas ? Ada yang berpendapat konsert ini tidak patut diadakan ketika negara berada dalam suasana kesedihan ekoran kehilangan pesawat MH 370.

Tapi bagi aku konsert sebegini sepatutnya diharamkan terus buat selama lamanya.Banyak keburukannya.Selain pergaulan bebas antara lelaki dan perempuan suasana sebegini juga mengundang kepada penyalahgunaan dadah dan alkohol.

Dan bernasib baik kerana isu ini dilihat tenggelam ekoran negara lebih tertumpu kepada isu kehilangan pesawat MH370 yang lebih diberi perhatian.

Jika tidak sudah tentu isu penyalahgunaan dadah  hingga membawa kematian ini menjadi isu besar dan diperdebatkan seluruh golongan masyarakat di seluruh negara.

Sudah sampai masanya kerajaan mengharamkan konsert2 sebegini. Wallahua'lam
-malaysiaberih






ULASAN GB

Ulasan-ulasan dari sozcyili dan malaysiaberih di atas, GB rasa memadai dan menyamai apa yang hendak GB luahkan. Kredit untuk mereka berdua di atas tulisan-tulisan mereka.



IKLAN BERBAYAR


JANA PENDAPATAN TAMBAHAN DENGAN MUDAH

Jom kawan-kawan...Jana income dengan hanya bermodalkan RM100 Tuan/Puan, drpd kita berfb @ berwechat @ whtsapp tak dapat hasil.. apa kata sambil-sambil tu kita buat income? Saya nak kongsi 1 program tempatan yang boleh buat income sampingan.

Tiada tipu muslihat, Tak perlu cari org.. tak perlu beli atau jual barang. Syarat kelayakan: Anda ada fb @ whtsapp @ wechat dan tau guna komputer sikit2. Apa saja termasuk twitter dan laman sosial lain. Anda hanya perlu open link dibawah dan register sebagai member. Lepas tu anda akan dapat link anda sendiri. Apa lagi, anda copy link anda sendiri dan copy ayat-ayat saya ni dan paste kat fb, twitter dan sebagainya. Modal anda dapat semula pada hari pertama lagi bila ada org yg buka link anda dan daftar. Mudahkan? Duit anda akan dimasukkan terus ke bank anda. Hari pertama saja saya sudah peroleh RM350. Memang berbaloi. Klik link di bawah ini.


KLIK SINI


15 ulasan:

Awanama berkata...

moses kata: kita ramaix boikot rangkaian sy maidin

Awanama berkata...

Aku nak beri pandangan peribadiku yg kerdil ni, berdasarkan laporan2/gambar2:

1) Klu anak taukeh Mydin, simpati kat bapanya, sbb setahu aku rangkaian Mydin (betulkan aku klu salah)tak de jual arak/minuman keras berbanding supermaket2 lain spt Giant, family store dll.

2) Pernah kedai Mydin (klu x silap aku_ anjurkan majlis buka puasa besar2an di Kelantan.

Jadi ,pada pendapat aku, tokeh Mydin ok, anaknya yg anjur konsert tu tak ok. Benarlah Allah sebut, harta benda, anak2, keluarga akan jadi fitnah.

3) Kerajaan pun disalahkan juga kerana x de garis panduan. Teringat dulu arwah Dato Mohd rahmat masa jadi men Penerangan dia buat garis panduan kalau nak keluar tv.

4) Aku tengok kat fb kempen di kajang, ape hal ada konsert Rok melayu beb.. takkan nak tarik pengundi, halalkan cara .
Begitu le bila dah terlampau ramai, memang susah nak control, bawa fitnah.

Sama le dgn PAS. Buat lah nasyid2 , zikir2 dgn penasyid2 /penyanyi2 sopan ok le..

Awanama berkata...

this we call MALAYSIA BOLEH......
DOA boleh....
HOREY-HOREY pon boleh....

pagi Islam....
malam munafik....

hari nie Islam....
besok munafik...

...........1 Malaysia lol

mr. raja bomoh vvip

Awanama berkata...

Laksanakan hukum hudud. Hukum Allah! Mgkin kt sini Allah nk bg peringatan dgn pelbgai mslh yg menimpa bhw hukum Allah yg terbaik. Mlysia skrg dtimpa pelbgai ujian mgkin balasn krn fitnah yg berleluasa, maksiat. Allahu. Allah lbih mgetahui cara yg terbaik utk menangani. Inikah bukti hukum manusia yg terbaik? Dpt menangani mslh sosial? Allah. Jeles dgn negara brunei.

Awanama berkata...

setuju !!
laksanakan hukum HUDUD di Selangor dulu ... kalo kat Kelantan tu payah la sikit(kerajaan pusat tak bagi .. kata Nik Ajis)
Khalid Brahim dah tentu setuju sebab dia MB yang berwibawa ... Khalid Samad pun setuju .. sekurangnya boleh tunjukkan PAS Selangor berfungsi ... tapi Anwar Brahim ni payah sikit la .. sebab kes liwat ... kalo lepas pun kes Nalla pulak menyusul ... ni lagi banyak bab tala menala
apa2 pun saya dengan sukacitanya menyokong HUDUD dilaksanakan di Selangor

Awanama berkata...

http://www.livescape.asia/2013/11/livescape-on-the-news/


Awanama berkata...

Bala Allah sudah turun.

Awanama berkata...

Anon 12:11 AM,
Jgn jadi munafik la..

pelangsing wsc biolo berkata...

keamanan belum siap sepertinya

Awanama berkata...

Pihak berwajib sdh d butakan oleh kuasa duit darjat pangkat...jika tdk kenapa timbul segala mcm isu akhir2 ini??? :'(

Awanama berkata...

SubhanaAllah. Feelin' so sad.

TUA berkata...

bila kaya dan beruang dlm usia muda, maka biasanya nafsulah yg bermaharajalela.

dgn duit dianggap semua boleh belaka. dipenuhilah nafsu mengikut hobi masing2.

sedangkan ajal itu hanya setebal kulit bawang dgn kehidupan kita sehari2. tk kira tua ke muda, janda tau anak dara, bomoh atau menteri.

Awanama berkata...

Not only rothschild... this livescape or whoever the name of that iqbal... indeed an agent of dajjal laknatullah.

You bring those satanic event to malaysia.
You think you'vea big name & some kind of vip here.... but ALLAH S.W.T the most greatest & powerful of all...

Pity indeed mydin has a decendant/heir just like this... maybe somebody to the people in this temporary world, but it's nothing to ALLAH & hereafter. Nauzubillahi minzalik...

Awanama berkata...

Yg elok aku sokong n yg xelok aku tentang xkira lah kau pas ke pakatan ke umno ke BN ke jd aku nk tanya bila dlm umh korang ada maksiat korang nk diam kn ke tau nk halang? Diam dpt dosa kn.pastu bila konsert camni terjadi sape yg dapat saham rakyat yg mengundi kah alim ulamak kah pakatan rakyat kah BN kah tau siapa cuba bg tahu?

Awanama berkata...

Hudud hukum ALLAH. Xperlu disokong atau dicadang. Ianya WAJIB DILAKSANAKAN.