Presiden PAS Datuk Seri Abdul Hadi Awang diarahkan membayar saman RM2,000,000 oleh Mahkamah Tinggi Kuala Terengganu dalam penghakiman ingkar yang diperolehi oleh Mohd Shamsul bin Mat Amin, calon PKR DUN Bukit Besi, Terengganu.
Selain itu, Abdul Hadi juga diarahkan membayar 5% faedah dari writ difailkan sehingga penyelesaian penuh dan kos tindakan sebanyak RM1,500.
Ini berikutan kegagalan Abdul Hadi memfailkan pembelaan terhadap saman yang dikemukakan oleh Shamsul sebelum ini.
Bagaimanapun, Peguam PAS, Asmuni Awi ketika dihubungi The Malaysian Insider berkata, pihaknya akan memfailkan permohonan untuk mengenepikan perintah itu di Mahkamah Tinggi Kuala Terengganu esok.
"Kita menerima perintah itu hari ini dan kita akan failkan permohonan untuk mengenepikan perintah itu esok juga.
"Saya yakin perintah ini boleh diketepikan berdasarkan etika pengurusan kes ini," kata Asmuni kepada The Malaysian Insider.
Abdul Hadi disaman oleh Shamsul ekoran dakwaan Abdul Hadi bahawa ada calon PKR yang menjual pil kuda menjelang pilihan raya umum ke 13 lalu.
Ekoran dakwaan itu, PAS telah meletakkan calonnya di tiga kerudi DUN di Terengganu yang sepatutnya ditandingi oleh PKR.
Ia menghasilkan pertandingan tiga penjuru antara calon BN, PAS dan PKR ditiga DUN Di Terengganu termasuk Bukit Besi yang ditandingi Shamsul.
Sebelum ini, menjelang pilihan raya kecil Kuala Besut, Shamsul meminta Abdul Hadi menarik balik dan memohon maaf berikutan kenyataannya menjelang pilihan raya umum itu kerana orang ramai menganggap beliau yang didakwa Abdul Hadi itu.
“Saya minta (Datuk Seri) Abdul Hadi Awang, dedahkan siapa yang dia fitnah sebagai pengedar pil kuda dan sokong komunis ketika berceramah di Tebakang, Alor Limbat, ketika kempen Pilihan Raya Umum (PRU) lalu,” kata Shamsul dalam sidang media itu.
Ekoran kegagalan Abdul Hadi berbuat demikian, beliau telah memfailkan saman itu.
Permohonan saman Shamsul diuruskan oleh Tetuan Vasudevan & Co yang berpangkalan di Kajang, Selangor. -TMI
ULASAN GB
Gempar sekejap malam tadi apabila berita di atas tersiar.
GB terima beberapa email & SMS yang meminta GB mengulas hal tersebut dan kita terpaksa memohon kepada Allah swt untuk menjelaskan yang benar itu benar, yang batil itu batil... sepertimana yang kita selalu doakan:
اللهم ارنا الحق حقا وارزقنا اتباعه وارنا الباطل باطلا وارزقنا اجتنابه
Allahumma arinal haqqa haqqan, warzuqnattiba’ah, wa arinal bathila bathilan, warzuqnajtinabah
Ya Allah, tunjukkanlah yang kebenaran itu sebagai kebenaran, dan kurniakanlah kami kekuatan untuk mengikutinya (memperjuangkannya), dan tunjukkanlah yang batil itu sebagai batil dan kurniakanlah kami kekuatan untuk menjauhinya (menghapuskannya).
Baik. Ulasan GB ini terbahagi kepada dua bahagian. Pertama soal penghakiman ingkar.
Presiden PAS dikatakan telah gagal memfailkan pembelaan terhadap saman yang dikemukakan oleh bEKAS calon PKR Bukit Besi dalam PRU 13 lalu, Mohd Shamsul Mat Amin, 27 tahun ke atas Presiden Pas kerana menuduh calon PKR, termasuklah dirinya sebagai pengedar pil kuda.
Bagi GB, bekas calon PKR tersebut berhak berbuat demikian (sekalipun lebih mulia untuk Shamsul merujuk terlebih dahulu kepada kepemimpinan tertinggi PKR sebelum mengambil tindakan tersebut) dan Presiden PAS juga berhak membuat pembelaan.
Tetapi malangnya sekalipun saman malu itu telah dikemukakan, Presiden PAS mengabaikannya dan tidak melakukan pembelaan. Jadi di sini salah siapa? Di manakah peguam-peguam PAS? Mengapa tidak melakukan sebarang pembelaan? Tidak mendapat arahan atau apa?
Ia menyangkut soal "professionalisme". Acapkali GB sudah suarakan hal ini. Dulu semasa pemilihan PAS di Muktamar bagaimana bekas Ketua Pengarang Harakahdaily, Zulkifli Sulong memperolehi maklumat mengenai jumlah pencalonan yang diterima oleh setiap calon sedangkan ia adalah maklumat sulit.
Petikan:
Tiada tindakan selepas GB dedahkannya. Tetapi Allah tidak buta dan tidsak lupa. Hukum kebenaran dan keadilan berjalan apabila berlaku kesilapan teknikal pada kertas undi bagi Ahli Jawatankuasa iaitu terdapat nama calon yang tiada dalam kertas undi sehingga memaksa Asmuni Awi mengumumkan perletakan jawatannya sebagai Pengerusi Jawatankuasa Pemilihan! Demikian aturan Ilahi. Yang tidak professionalisme di dalam kerjanya akan terhukum.
Kini soal Presiden PAS disaman. Sungguh menghairankan apabila Lajnah Undang-undang tidak mengambil tindakan untuk melakukan pembelaan sehinggalah diarahkan membayar saman RM2,000,000! Nak kena hukum lagi nampaknya. Tak mahu belajar dari pengalaman lalu.
Kedua mengenai isu pil kuda. (Bukan saja pil kuda tetapi konon ada calon tankap muat, ada calon julang gambar Lenin, gambar Stalin, letak gambar Karl Marx dalam markas). Tetapi TIADA BUKTI dikemukakan.
Sehingga menyebabkan keluarnya "watikah" yang diterima oleh beberapa orang ahli PAS untuk bertanding yang akibatnya berlaku pertembungan 3 penjuru.
Setiausaha Agong telah membuat kenyataan tidak tahu menahu wujudnya "watikah" berkenaan dan ternyata Presiden PAS telah dipujuk (diperdaya?) untuk mengeluarkan watikah tambahan selain dari yang dikeluarkan secara rasmi oleh parti.
Siapa yang melakukan keraja-kerja tidak beretika ini? GB dimaklumkan bahawa individu berkenaan adalah kaum keluarga Presiden sendiri - iaitu menantunya - yang bernama Zaharuddin Muhammad.
GB juga dimaklumkan bahawa menantunya itu adalah salah seorang ahli Majlis Syura PAS Pusat.
Kita juga jadi hairan tiba-tiba namanya tersenarai sebagai Ahli Majlis Syura - satu jawatan tertinggi di dalam hirarki jemaah. Siapa yang menentukan keahlian ahli Majlis Syura PAS Pusat? Bagaimana perlantikannya dilakukan? Bila jadi menantu Presiden, boleh pegang jawatan apa sajakah dalam parti? Tiada ulamak yang lebih senior yang layakkah? Begitu rendahkan mertabat Majlis Syura PAS Pusat yang sepatutnya menjadi kata pemutus di dalam setiap hal bersangkutan soal hukum di dalam parti?
Sungguh aneh. Namun Allah menetapkan berjalannya hukum kebenaran dan keadilan. Disaman RM2 juta. Salah siapa?
Telah lama GB peringatkan bahawa PAS kini sedang melalui proses perkembangan dan kematangan sebagai sebuah organisasi dakwah dan politik sehingga timbul fenomena yang dilihat seperti ianya digoncang sekuat-kuatnya bagi melihat keutuhannya untuk mengharungi cabaran di era baru.
Zaman transisi dari sebuah organisasi dakwah yang sifatnya begitu tradisional kepada sebuah organisasi yang progresif untuk berdepan dengan cabaran-cabaran baru seperti globalisasi, ledakan teknologi maklumat, diikuti dengan kehadiran golongan masyarakat yang berdasarkan pengetahuan (k-community) dan seumpamanya memerlukan perubahan kepimpinan dan struktural.
Ia sekaligus menyaksikan sudah berlalunya zaman "zon selesa" untuk pemimpin dan organisasi parti untuk sekadar mempertahankan status quo.
GB sudah mengulas sebelum ini iaitu sejak tahun 2009 lagi dan menjadi kenyataan sekaran ini. Petikan:
Kesimpulannya, PAS perlu bangun dari lamunan. Professionalisme perlu dipertingkatkan. Lanjah Undang-undnag dan Majlis Syura PAS perlu diperkasakan. hanya yang layak perlu dilantik. PAS yang dulu bukan PAS yang sekarang. PAS dulu, kamu boleh main-main, sekarang tidak lagi...
Selain itu kerja-kerja tidak beretika perlu disekat dan orang-orang yang menjadi duri dalam daging perlu diambil tindakan.
Presiden perlu akur dan perlu kembali kepada ajaran Rasulullah: "Demi ALLAH, sekiranya anakku Fatimah binti Muhammad mencuri, nescaya aku potong tangannya."
Sang menantu itu perlu dihukum. Jika tidak dihukum maka hukum kebenaran dan keadilan akan tetap berjalan juga!
Wallahu 'alam.

Di dalam TMI, Zulkifli Sulong melaporkan:
Semasa pencalonan diterima, Tuan Ibrahim dilaporkan mendapat pencalonan terbanyak iaitu lebih 50% daripada 103 pencalonan yang sah daripada kawasan di seluruh negara.
Husam pula dikatakan mendapat pencalonan kedua terbanyak. Namun sehingga kini ia tidak didedahkan kepada umum. Pihak jawatankuasa pemilihan PAS yang diketuai Asmuni Awi hanya memaklumkan jumlah pencalonan yang diterima kepada calon berkenaan sahaja.
Bagaimana Zulkifli boleh mengetahui jumlah pencalonan yang diterima oleh setiap calon SEDANGKAN dah diberitahu:
"Namun sehingga kini ia tidak didedahkan kepada umum."
ika ia tidak didedahkan kepada umum bagaimana beliau boleh mengakses maklumat tersebut? Apakah Asmuni Awi yang membocorkan kepadanya?
Tiada tindakan selepas GB dedahkannya. Tetapi Allah tidak buta dan tidsak lupa. Hukum kebenaran dan keadilan berjalan apabila berlaku kesilapan teknikal pada kertas undi bagi Ahli Jawatankuasa iaitu terdapat nama calon yang tiada dalam kertas undi sehingga memaksa Asmuni Awi mengumumkan perletakan jawatannya sebagai Pengerusi Jawatankuasa Pemilihan! Demikian aturan Ilahi. Yang tidak professionalisme di dalam kerjanya akan terhukum.
Kini soal Presiden PAS disaman. Sungguh menghairankan apabila Lajnah Undang-undang tidak mengambil tindakan untuk melakukan pembelaan sehinggalah diarahkan membayar saman RM2,000,000! Nak kena hukum lagi nampaknya. Tak mahu belajar dari pengalaman lalu.
Kedua mengenai isu pil kuda. (Bukan saja pil kuda tetapi konon ada calon tankap muat, ada calon julang gambar Lenin, gambar Stalin, letak gambar Karl Marx dalam markas). Tetapi TIADA BUKTI dikemukakan.
Sehingga menyebabkan keluarnya "watikah" yang diterima oleh beberapa orang ahli PAS untuk bertanding yang akibatnya berlaku pertembungan 3 penjuru.
Setiausaha Agong telah membuat kenyataan tidak tahu menahu wujudnya "watikah" berkenaan dan ternyata Presiden PAS telah dipujuk (diperdaya?) untuk mengeluarkan watikah tambahan selain dari yang dikeluarkan secara rasmi oleh parti.
Siapa yang melakukan keraja-kerja tidak beretika ini? GB dimaklumkan bahawa individu berkenaan adalah kaum keluarga Presiden sendiri - iaitu menantunya - yang bernama Zaharuddin Muhammad.
GB juga dimaklumkan bahawa menantunya itu adalah salah seorang ahli Majlis Syura PAS Pusat.
Kita juga jadi hairan tiba-tiba namanya tersenarai sebagai Ahli Majlis Syura - satu jawatan tertinggi di dalam hirarki jemaah. Siapa yang menentukan keahlian ahli Majlis Syura PAS Pusat? Bagaimana perlantikannya dilakukan? Bila jadi menantu Presiden, boleh pegang jawatan apa sajakah dalam parti? Tiada ulamak yang lebih senior yang layakkah? Begitu rendahkan mertabat Majlis Syura PAS Pusat yang sepatutnya menjadi kata pemutus di dalam setiap hal bersangkutan soal hukum di dalam parti?
Sungguh aneh. Namun Allah menetapkan berjalannya hukum kebenaran dan keadilan. Disaman RM2 juta. Salah siapa?
Telah lama GB peringatkan bahawa PAS kini sedang melalui proses perkembangan dan kematangan sebagai sebuah organisasi dakwah dan politik sehingga timbul fenomena yang dilihat seperti ianya digoncang sekuat-kuatnya bagi melihat keutuhannya untuk mengharungi cabaran di era baru.
Zaman transisi dari sebuah organisasi dakwah yang sifatnya begitu tradisional kepada sebuah organisasi yang progresif untuk berdepan dengan cabaran-cabaran baru seperti globalisasi, ledakan teknologi maklumat, diikuti dengan kehadiran golongan masyarakat yang berdasarkan pengetahuan (k-community) dan seumpamanya memerlukan perubahan kepimpinan dan struktural.
Ia sekaligus menyaksikan sudah berlalunya zaman "zon selesa" untuk pemimpin dan organisasi parti untuk sekadar mempertahankan status quo.
GB sudah mengulas sebelum ini iaitu sejak tahun 2009 lagi dan menjadi kenyataan sekaran ini. Petikan:
Sebagai entiti politik pula PAS perlu bersedia untuk berdepan dengan mehnah baru. Perlu memperlengkapkan diri untuk diheret ke mahkamah bila-bila masa. Perlu bersedia menghadapi tantangan daripada ahlinya sendiri yang akan mencabar kepimpinan yang futur (lembab). Perlu menerima hakikat bahawa struktur yang ada boleh dirombak bila-bila masa pabila ia dilihat sudah tidak mampu menatangi zamannya. Kitar hayatnya (Life cycle) akan menetapkan bahawa proses kematangan parti tidak lagi menunggu pasang-surut sokongan terhadapnya.
Kesimpulannya, PAS perlu bangun dari lamunan. Professionalisme perlu dipertingkatkan. Lanjah Undang-undnag dan Majlis Syura PAS perlu diperkasakan. hanya yang layak perlu dilantik. PAS yang dulu bukan PAS yang sekarang. PAS dulu, kamu boleh main-main, sekarang tidak lagi...
Selain itu kerja-kerja tidak beretika perlu disekat dan orang-orang yang menjadi duri dalam daging perlu diambil tindakan.
Presiden perlu akur dan perlu kembali kepada ajaran Rasulullah: "Demi ALLAH, sekiranya anakku Fatimah binti Muhammad mencuri, nescaya aku potong tangannya."
Sang menantu itu perlu dihukum. Jika tidak dihukum maka hukum kebenaran dan keadilan akan tetap berjalan juga!
Wallahu 'alam.
30 ulasan:
Terlajak perahu boleh undur... terlajak cakap mulut binasa... ini akibat terlalu terikut dengan cakap menantu dan juak2 punasihat yang bongok tapi cakap tanpa usul periksa dan juga tak reti nak berpolitik. Inilah menantu yang kononnya ulamak pakar ilmuan ugama tapi adakah Islam membenarkan seseorang dituduh dan ditohmah tanpa bukti2 saheh?
Yang penting belajarlah terima hakikat. Kalau salah mengaku salah sahaja. Mahkamah telah menunaikan tanggungjawabnya.
Presiden sebagai ketua untuk mana mana pertubuhan atau tugasan wajib WARAS semasa menjalankan tugas.
Dengan kes Pil Kuda saja cukup menobatkan Haji Hadi tidak sesuai menjadi Ketua , amat berat lagi Menantu sendiri lebih periok dari kuali.
Ini membuat rakyat tertanya tanya , APALAH PAS TANPA TOK GURU NIK AZIZ ?
Saudara Kelab Greenbox,
Tahniah. Ulasan yang baik. Semoga dapat menjadi renungan pemimpin Pas Pusat. Dan ulasan tuan adalah analisis yang berfakta.
Dan nasihat saya kepada pemimpin Pas Pusat, jangan ambil mudah tentang sesuatu isu dan sesedap mulut membuat kenyataan. Pas adalah parti Islam, kena ada adab yang bertunjangkan ajaran Islam. Manusia , walaupun sefaqih mana pun perlu tahu perlu menjaga lidah dan jangan terburu-buru mengeluarkan kenyataan kerana dipengaruhi oleh sesiapa, terutama golongan dari kalangan keluarga sendiri. Ingat, rakyat dibawah sentiasa memerhati, terutama keadaan sekarang 'langit terbuka'. Kemahiran komunikasi yang paling sukar untuk diamalkan ialah 'be a good listener', bukan sekadar pidato hebat .
Dan saya dapati golongan yang dianggap golongan faqih tidak selalu bersama satu pentas dengan rakan-rakan dalam Pakatan Rakyat. Dalam kes Pilihan Raya Kecil Kajang umpamanya , sehingga hari ini belum muncul ulama yang dikatakan faqih yang bersama Anwar Ibrahim di satu pentas. Muka yang ada balik-balik yang bukan ulama' seperti Dr Zul , Khalid Samad dan kawan-kawan yang dicap sebagai berfikiran liberal. Kotor sangatkah Anwar Ibrahim? Saya tak kata Anwar Ibrahim suci bak salju. Tapi harus diingat, tidak ada manusia yang maksum melainkan Rasulullah S.A.W.
Dalam suasana saudara kita dihentam, dicaci oleh media arus perdana siang dan malam, ulama Faqih dalam Pas haruslah tunjuk sikap setia kawan. Tidak cukup hanya bercakap menyokong DSAI untuk kerusi Kajang, tetapi dalam masa yang sama buat program sesama sendiri.
Sekali lagi saya peringatkan penyokong PR sedang memerhari.
Hanya Allah sahaja yang Maha Mengetahui.
Cucu cicit bani ADAM.
Macam mana nak perintah Msia, kalau tidak teliti tutur kata? Jadi makanan utk UMNO lebih2 lagi nak prk kajang! Adakah presiden PAS pun macam presiden parti2 lain? Bagaimana nak sandarkan harapan pada ulamak.....habis berkecai image PAS...
berapa lama din ayam dah duduk dalam pas alih-alih jadi ahli majlis syura?
kononnya arwah Dr Harun Taib yg lantik beliau dan x tahu beliau menantu Haji Hadi...
alangkah bengongnya alasan demikian?
sayang sanagt kat menantu tuh, suh dia bayarlah rm2 juta tu... apa susah sgt....
sayang sanagt kat menantu tuh, suh dia bayarlah rm2 juta tu... apa susah sgt....
Persoalan saya, adakah TG Presiden disaman sebagai individu atau atau atas kapasiti sebagai Presiden? Sekiranya individu adakah wajar jentera parti digunakan? Tidakkah ini dianggap salah guna kuasa?
Semasa isu ini meletup, saya lebih beranggapan mungkin ianya hanya salah faham kecil. Tapi lebih memedihkan bila ada pertandingan 3 penjuru yang sepatutnya tidak berlaku atas alasan remeh dan tanpa bukti. Adakah semasa memilih calon, tiada perbincangan sesama PR Terengganu. Adakah Pas terasa hebat sangat sehingga mnyebabkan Umno menang dengan kelebihan tipis?
Saya setuju dengan GB, Pas sebagai entiti perlu berubah. Jangan biarkan ahli keluarga naik kepala.
Ini akibat mulut celupar dan dapat nasihat dari menantu.Ramai penasihat-penasihat yg bergelar Dr. pun tak boleh pakai semua taraf kangkong.Satu pengajaran kepada Hj.Hadi. Orang lain dlm PAS dapat banyak pampasan bila masuk mahkamah malangnya Presiden PAS kena rembat RM2 juta sebab salah buka mulut.Ada baiknya turun aje dari kerusi Presiden tu suoaya anak dan menantu tau nasib mereka.
Yg aku nampak BUKAN isu menantu
Menantu tu mcm BUDAK2 jer
Isu yg sebenar2nya soal INTIM?
Arwah Azizan Razak INTIM dgn sapa?
Mahathir adalah keINTIMANnya..!?
Lihat lah Hadi dan Haron Din juga INTIM dgn Mahathir dihari pngkebumian Azizan?
Lupakah sudah dgn pmbunuhan Memali?
Lupakah sape yg hina janggut nabi? Sapekah yg KHIANATI prjanjian royalti??
HUKUM KEBENARAN??????
intim dgn pngKHIANAT alamatnya wajar mnjd pngKHIANAT ummat!!
Bukankah TERANG isu pil kuda itu adalah isu KHIANAT yg sgt2 jahat??
Sayang sekali PAS yg didukung puak yg mengaku ulamak yg seharusnya menjaga keluhuran Islam, tapi hati busuk penuh hasad kepada rakan seperjuangan. Puak ini harap serban saja tinggi, tapi tidak ada keluhuran hati budi... tidak seperti TGNA yg penuh kewibawaan dan tahu sepak terajang musuh. Kalau mcm ini sikap puak yg kononnya ulamak ini... terutama simenantu (sebenarnya kacang hantu), jangan harap org akan menyokong PAS dalam PRU14. Meluat dengan perangai UG kaki ampu ni.
Tuan Ibrahim Tuan Man sebagai Mursyidul AM PAS,
Mohamad Sabu sebagai Presiden PAS.
Husam Musa for MB Kelantan
Hadi awang, anak dan menantu-menantunya elok bersara..
Mau bagi hudud ja, rejam mulut.... Baru terhapus dosa
Kat swak dia kata org swak masih pakai cawat..wallahualam..
Pengajarannya:
Jika dulu kita mengkhianati rakan kita, kini rakan kita akan mengkhianati kita pula... Bukankah hukum Allah itu maha adil...
Bagus presiden pas kena macam tu , selama ini meluat betul tengok mereka yang berlagak dengan title ustaz tetapi pengarai tak macam orang alim dan asyik fikir kealiman mereka sahaja sahinggakan mereka sahaja yang ada surga diwajahnya sedangkan yang lain tidak , biar pas gagal dalam perjuangan asalkan pas dipimpin oleh kumpulan ini . Mat Sabu dah rasa peritnya , elok pulak lah geng ustaz ini rasakannya , he,he..
FaktaNya..
yg selalu kena saman ialah utusan
yg kalah saman adalah pmfitnah2
yg takut disaman, blogger2 porno
kini giliran Hadi pulok disaman krn khianat dan memfitnah?
Sebaliknya..
Mat Sabu Nizar Husam Guan Eng Anwar MENANG,,,MENANG,,,MENANG saman! Mrk MENANG krn didustai dikhianati dan difitnah!
Hukum kebenaran,
Adakah lagi sesape yg masih was2 dgn tahap jitu soleh fakeh sucinya akidah keimanan puak2 UG yg dikepalai Hadi Awang ini?
Ujian kecil dari Tuhan yang mana jika dari awal tidak diurus dengan baik bencana bertimpa akan terus terjadi,tiada hijab bagi yang di zalimi.
Ulasan yang kemah keming rapat jik..
Salam....Saya juga ahli PAS. bolih saya katakan...PAS dulu dgn PAS sekarang jauh berbedza. Pas dulu berhati2 bila berckp...mencari ahli dgn cara tersusun. Tapi skrg.. PAS lebih sibuk kantung diri, asyik politik 24 jam, sibuk cari kesalahan org. sibuk menuding jari...dan mulut celupar...seperti Hadi. terima lah hakikat ini...Hadi. cermin diri dulu..Kamu lah org yg menghancurkan Trg masa kamu jadi MB....ingat ini balasan TUHAN kpd org berckp BESAR.
apakah dosa dan hukuman paling wajib kpd pesalah yg buat fitnah serta khianat terhadap amanah/harapan ummat?
-bukankah fitnah itu lebih besar dosanya drp mmbunuh?
-adakah 2juta itu setimpal kpd seseorg yg didewa2kan sbg ulamak yg sgt fakeh??
-lupakah kita kpd pesan Abu Bakar Assiddik.."seandainya aku kamu dpti bengkok, maka luruskan lah aku dgn mata pedang"???
bagi gua, sbg pengajaran kpd sesapa shj yg khianat dan buat fitnah terutamanya pemimpin2,,,wajib disaman sekurang2nya 500juta!
ni jenis ulamak yg tak tau ambil pengajaran dari sirah islam jangan jadikan PAS wadah anak beranak, sukusakat, sepupupsepapat, cari pengaruh,kuasa dan tahi
21 komen dari pembaca munkin ramai diantaranya ahli PAS.Jelas Hj.Hadi bukanlah seorang Presiden yg populer kerana anak dan menantu.Nampak sekali orang ramai bosan dan getik (kata orang Perak) dengan isu anak dan menantu ni.Ada baiknya Hj.Hadi nasihatkan anak dan menantunya tak usah pegang apa-apa jawatan dlm PAS tapi jadi ahli biasa aje.Dan sebaik-baiknya Hj.Hadi letak jawatan Presiden supaya anak dan menantu tak dapat "payong" lagi.Berfikirlah demi kebaikan dan kesejahteraan PAS.Lebih 30 tahun jadi wakil rakyat dah cukup dan mampu bayar RM 2 juta.
salam.
Gua sebagai org muda mmg rase sangat jauh dgn PAS bila timbul isu2 mcm ni. gua personally rase imej dan pendekatan Hj.Hadi dan segelintir juak2 PAS ni menyebabkan hilangnya mood golongan muda nak mendekati PAS.
begitu jugak dgn stail pemikiran dan imej pemuda PAS yang maaf cakap terkebelakang. barangkali pemuda perlu belajar dgn saudara Rafizi bagaimana mendepani anak muda.
akhirul kalam. selagi persoalan begini berlegar didalam PAS, berkemungkinan masa yang lebih panjang perlu di ambik utk menakluk bumi Malaysia nih.
Allah lebih mengetahui..
Tahniah bro.. tak ada kona-kona. Straight to the point.
1)kadang kala apabila kita yang jahil dedahkan kebenaran, kita dianggap pengkhianat parti... siapa yang tarbiah kita pasal perjuangan dan kebenaran dalam PAS?
2)Sedihnya rakan2 yang lebih lebai gagal memaham permasalahan ini.
Sudah tahun kurang pengetahuan dalam bidang profesional maka itu anda dengar sikit dengan orang profesional. Ilmu dunia dan Ilmu Agama adalah penting. Ilmu Agama sahaja yang penting sahaja yang penting maka tiada ada ilmuan Islam bernama Ibnu Sina dan lain - lain terhasil. Fikirkanlah.
Aku dah syak,bila pemuda pas syorkn supaya mengekalkn kepimpinan ulama pd pemilihan tim.presidn aritu,mungkin dtang dri anakmenantu presiden pas sendiri.dn depa ni mungkin ahli UG.
Gua join pas pd 1998 masa tu ramai org marah madey.10 thn dlm pas gua ambik kptsn join pkr krn gua sudah nmpk pkr adalah dinamik dn parti masa depan rkyt malaysia.Gua sgt bangga dgn parti gua walaupun kekadang ada isu2 yg x enak dlm pkr.Pas parti yg popular tp sayangnya dikawal oleh pemimpin2 yg pasif dan tidak boleh ditunjukkan sbgai pemimpin pengkat nasional
Catat Ulasan