24 Feb 2014

Ambil Gambar Kemalangan Sebelum Menolong Mangsa


Zaman sekarang, menolong orang juga perlu hati-hati. Contohnya dalam kemalangan lalu lintas. Ramai orang enggan menolong kerana seringkali dianggap penyebab kemalangan tersebut. Sedangkan maksud hati hanya ingin menolong saja.

Namun, ada seorang lelaki di China yang mempunyai muslihat unik untuk mengatasi perkara ini. Dipetik dari Rocketnews24, seorang lelaki di Jiangsu kelihatan mengambil gambar seorang wanita yang terduduk disebabkan kemalangan. Tak lama selepas mengambil gambar mangsa kemalangan itu, lelaki yang dikenali bernama Guohua Zhao tersebut membantu wanita mangsa kemalangan untuk berdiri.

Wanita yang ditolongnya jatuh akibat himpit kenderaan lain yang memandu dengan kelajuan tinggi dan meninggalkan wanita itu sendirian. Rupanya ini adalah helah lelaki tersebut agar kebaikannya tak disalah ertikan dan dimanfaatkan oleh orang yang kurang bertanggung jawab. Dengan mengambil gambar kejadian itu, Zhao ada bukti bahawa bukan dirinya yang melanggar wanita tersebut.

Zhao mengakui bahawa tindakannya adalah untuk melindungi dirinya sendiri sebelum ia menolong orang lain. Walaupun sedikit terasa janggal, namun ramai rakyat China yang memuji kewaspadaannya. kebelakangan ini menolong orang di jalanan malah boleh membahayakan diri sendiri. -nmp

6 ulasan:

Tanpa Nama berkata...

Bagus juga jika diikut cara ini, maklumlah mangsa kemalangan tentu dlm keadaan ketidaktahuan seketika. Tak fasal2 orang yg menolong pula dikaitkan, tak ke naye tu.

mselim3 berkata...

Assalammualaikum..KG,

satu amalan mulia yang boleh dicontohi dalam membantu mangsa kemalangan.. berhati2 perlu agar tidak disalah anggap.

mselim3

Tanpa Nama berkata...

Satu langkah bagus untuk elak burok sangka Pil Kuda jika bantu rakan ataupun awam dalamkeperluan.

Tepat , cekap dan ber bukti dapat elak mabuk percakapan.

Mat berkata...

Ambik gambar lepas tu update kat facebook, whatsapp, wechat dll pastu baru bantu. He he

cun90 berkata...

Berhati2 jika membantu mangsa kemalangan yang berdarah. Bukan pe, bimbang kalau2 ada virus HIV dalam darah tu... bisa berpindah
pak !

Tanpa Nama berkata...

Melayu tolong UMNO perintah Malaysia, kemudian UMNO tolong laksana GST, penaik bil letrik, harga barang, minyak dan lain-lain, HIDUP MELAYU