26 Feb 2014

[PANAS] Kadir Jasin Hentam Ridhuan Tee Isu Anwar Masuk Gereja - Ulasan GB


Melayu jijik babi, tapi tidak ambil berat halal haram, kata Kadir Jasin

Masyarakat Melayu amat jijik dengan babi, namun tidak mengambil berat berkenaan halal atau haram sumber makanan mereka, kata Datuk A Kadir Jasin.

Bekas ketua pengarang Kumpulan The New Straits Times Press itu dipetik berkata, masyarakat Melayu tidak begitu peduli jika sumber makanan mereka diperolehi sama ada dengan cara haram atau rasuah.

"Tapi ramai tidak peduli sangat kalau makanan halal diperoleh secara haram atau dibeli dengan pendapatan haram macam rasuah," katanya, mengulas berkenaan rencana Dr Ridhuan Tee Abdullah di akhbar Sinar Harian berkenaan babi dan tindakan Ketua Pembangkang Datuk Seri Anwar berceramah di gereja baru-baru ini.

Kadir berkata, sekiranya interpretasi Ridhuan mengenai Anwar yang berceramah di gereja begitu teruk, beliau lebih teruk daripada Anwar kerana pernah belajar selama lapan tahun di Sekolah Rendah dan Menengah Saint Michael di Alor Setar.

"Mengenai masuk gereja pula, kalau itulah interpretasi Ridhuan, saya lagi teruk daripada bakal calon yang Ridhuan kritik itu," katanya merujuk kepada Anwar.

"Saya masuk gereja ketika bersekolah selama lapan tahun di Sekolah Rendah dan Menengah Saint Michael di Alor Setar. Bukan masuk gereja untuk sembahyang Kristian, tetapi berlindung daripada bahang panas musim kemarau. Saya juga masuk gereja untuk ziarah kenalan Kristian yang mati.

"Ketika belajar kewartawanan di New Zealand, saya tinggal seminggu di rumah seorang paderi Gereja Anglican. Di rumah beliaulah saya belajar mengenai “grace” atau doa sebelum makan,"
katanya.

Ridhuan dalam rencananya menyifatkan tindakan Anwar itu sebagai “liberal dan keterlaluan”.

"Luar biasa! Dahulu orang Melayu usahkan nak masuk gereja atau kuil, lalu sahaja di luar pun kalau boleh, cuba elakkan. Sama seperti jika mereka ke pasar, kalau boleh elak melalui atau memandang daging atau penjual khinzir.

"Lebih dahsyat lagi, ketika di pasar, ada yang takut ‘lalat khinzir’ terbang kawasan ‘halal’ Islam. Begitulah berhati-hatinya orang Melayu terhadap cara hidup mereka," memetik rencana Ridhuan.

Kadir berkata, tiada salahnya Anwar berucap di gereja, sedangkan Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak turut masuk ke kuil untuk sambutan perayaan Thaipusam.

"Jadi apalah salahnya bakal calon masuk berucap dalam gereja atau melawat kuil.

"Perdana Menteri kita, Najib Razak pun buat masa perayaan agama-agama bukan Islam siap dengan pakaian sekali. Inilah 1Malaysia,"
katanya.

Anwar bakal bertanding dalam Pilihan Raya Kecil Dewan Undangan Negeri Kajang dan akan melawan Naib Presiden MCA, Datin Paduka Chew Mei Fun dan bekas menteri Kabinet, Datuk Zaid Ibrahim. -TMI

Usah berpolitik di rumah ibadat bukan Islam

LUAR biasa! Dahulu orang Melayu usahkan nak masuk gereja atau kuil, lalu sahaja di luar pun kalau boleh, cuba elakkan. Sama seperti jika mereka ke pasar, kalau boleh elak melalui atau memandang daging atau penjual khinzir. Lebih dahsyat lagi, ketika di pasar, ada yang takut ‘lalat khinzir’ terbang kawasan ‘halal’ Islam.

Begitulah berhati-hatinya orang Melayu terhadap cara hidup mereka. Kini, tidak lagi. Melayu tanpa segan silu masuk ke rumah ibadat orang bukan Islam demi kepentingan politik. Tidak mustahil satu hari nanti, mereka akan bersama-sama menimbang khinzir. Melayu bolehlah katakan!

Saya tidak melarang orang Melayu untuk masuk ke dalam rumah ibadat bukan Islam jika ada tujuan dakwah, seperti pernah saya lakukan membantu membawa ibu ke tokong untuk dia sembahyang, ziarah kubur ibu bapa dan lain-lain, ihsan anak kepada orang tua.

Tetapi jika masuk sekadar suka-suka atau mendapat mileage politik, pada saya, ia perlu difikirkan. Kenapa sebelum ini tidak pernah lakukan? Adakah pemahaman kita dahulu terhadap Islam tidak seliberal hari ini?

Ingat! Jangan terlalu bersangka baik, sedangkan orang lain sebaliknya. Minggu lalu, rakan Kristian saya beritahu keadaan sebuah gereja di Jalan Kelang Lama. Seorang pastor India dari Singapura dijemput menyampaikan syarahan, bermula jam 7.30 – 11.30 pagi, yang dihadiri lebih 1,000 orang Cina Kristian.

Syarahan itu penuh dengan emosi dan memutar-belitkan sejarah Tanah Melayu. Beliau menceritakan bagaimana orang Cina disembelih di Singapura ketika kependudukan Jepun.

Pastor tersebut menambah, perkara sebegini tidak mustahil berlaku kepada orang Cina di Malaysia tidak lama lagi. Pastor itu merujuk kepada penyembelihan yang akan dilakukan oleh orang Melayu terhadap orang Cina.

Peliknya bagaimana pastor tersebut boleh memberi syarahan sedemikian rupa di sini, sedangkan beliau adalah warga Singapura? Sejarah kependudukan Jepun di Tanah Melayu, termasuk Singapura, perlu difahami secara mendalam, bukan dengan emosi dan kecetekan ilmu.

Negara Jepun–China mempunyai sejarah permusuhan yang panjang sehingga ke hari ini. Kedua negara ini pernah berperang dan saling berdendam. Kesempatan menduduki Tanah Melayu (1941-1945) telah dipergunakan oleh Jepun sepenuhnya untuk membalas dendam terhadap orang Cina. Kebetulan mangsanya adalah Cina yang berada di Tanah Melayu.

Bagi menyelamatkan diri, orang Cina lari ke hutan dan menyertai parti komunis (MPAJA atau Bintang 3). Jepun terus memburu Cina. Orang Cina bertindak balas dan Jepun semakin marah.

Sebab itu, dari dahulu saya katakan, sejarah membuktikan, perjuangan komunis MPAJA bukan untuk memerdekakan Tanah Melayu. Tetapi membalas dendam terhadap Jepun.

Sejarah ini cuba diputar-belitkan dengan segelintir Cina yang mengatakan, MPAJA adalah pejuang kemerdekaan Tanah Melayu dan tugu peringatan MPAJA telah didirikan di Taman Peringatan Nilai. Malangnya, pihak berkuasa tidak berbuat apa-apa walaupun ramai pakar sejarah telah bersuara.

Kenyataan paderi tersebut sekali lagi bercanggah dengan fakta sejarah. Pihak Imigresen mesti bertindak terhadap orang sebegini, kerana mengancam keselamatan negara.

Berdasarkan pengalaman berceramah di Singapura, kita tidak dibenarkan sama sekali menyentuh isu-isu sensitif, sekalipun fakta itu benar. Misalnya, kekejaman Amerika-Israel, Yahudi, sejarah Singapura-Tanah Melayu dan kedudukan orang Melayu di sana. Persoalannya, kenapa kita boleh biarkan orang luar berceramah tanpa garis panduan?

Saya yakin bukan Melayu di sini mendapat pembelaan walau tidak sepenuhnya, berbanding Singapura. Kira berapa banyak bilangan rumah ibadat berbanding dengan penganutnya, sehingga menenggelamkan penganut agama majoriti. Kadangkala dalam lingkungan satu kilometer, terdapat hampir 10 rumah ibadat. Bagaimana dengan Singapura?

Justeru, saya memohon kepada sesiapapun yang ingin bertanding di Kajang, jangan kerana terlalu obses untuk menang, kita menggadaikan segala-galanya. Jangan gadaikan maruah agama, bangsa dan negara, untuk mendapat undi dan nafsu serakah politik.

Ingatlah, sekali maruah dan hak tergadai, sukar untuk dicari ganti.
-SH


ULASAN GB

Ulasan GB ringkas sahaja, nampaknya untuk membela UMNO dan menghentam Anwar, Ridhuan Tee mengambil sikap lebih Melayu dari orang Melayu sendiri.

Kita tak hairan dengan sikap Ridhuan Tee ini kerana seperti kata Kadir Jasin dia pun tak kisah sumber rezekinya halal atau haram. Satu tembakan tepat mengena kepada Ridhuan Tee yang menciplak thesis orang tapi naik pangkat dengan sumber yang haram!


19 ulasan:

Tanpa Nama berkata...

riduan tee nak sangat masuk melayu tapi tak berapa nak masuk islam..

Tanpa Nama berkata...

Dia ni melayu ke,
Atau cina yang lebih melayu dari melayu.....
Apek kalau lu cakap sebagi Islam wa sokong tapi lu cakap pasal Melayu, lu sedarlah sikit lu pakai songkok ke , pakai baju Melayu ke dan lu sunat ke LU TETAP CINA jadi kalau cakap biar baik sikit....JANGANHINA MELAYU GUA UPAH PERKASA TAMPAR LU BARU TAU, SEKARANG UPAH TAMPAR ORANG TAK SALAH.... ITU KATA MENTERI MELAYU DI KDN.

JANGAN JADI BODOH LU NI MASUK MELAYU KE MASUK ( MEMELUK ) Islam??????


Tanpa Nama berkata...

Kat kajang anwar bertanding dengan siapa?islam mca ke?pening kepala mikir kan smt dia ni....

air gunung berkata...

Tuan GB.
Perkara sebegini biasanya kerap terjadi kpd mereka yg mudah ekses kpd program mana agensi pemerintah.samada jabatan atau media elektronik or cetak..menyebabkan sengatan seseorg itu krg berbisa atau berputar sebaliknya.

Sila rujuk dgn apa yg terjadi kpd tokoh2 yg lain.disini akn ternampak apakah yg dikatakan keikhlasan.Biasanya ia bersyarat.bg yg menjaga kedudukan pasti sukar.hanya keberanian sebenar yg dpt melaluinya.lihatlah tokoh sperti almarhum ibrahim libya yg sggp kehilangan sgalanya walaupun beliau seorg yg sgt komited semasa di jabatan kerajaan(pusat Islam)pernah memenangi anugerah dsbnya.tp semua itu tidak membutakan mata hatinya..contah yg lain tuan haji subky latif.walau tiada apa jawatan tetap istiqomah.padahal pedang (pen)boleh shj diubah kemana2 utk mencari sesuatu..tetapi kepayahan juga dicarinya.

Tanpa Nama berkata...

Mengambil kata dasar @ definasi ISLAM itu sbg ..serah menyerah PASRAH atau ddlm bahasa Ingeris sbg SURRENDER SURRENDER SURRENDER!

Ramai bahkan majoriti 99% org melayu menyerah PASRAH @ SURRENDER bukan kpd setulus sekudus semutlak dan semurni2 nilai2-TUHAN yg berpaksikan semulia2 erti hakikat KEBENARAN & KEADILAN!

Apakah yg mrk ISLAM kan?
-mrk ISLAM @ mrk menyerahPASRAH @ mrk SURRENDER semata2 kpd 'nama' 'sebutan2' kalimah2 'bin' 'binti' simbol2 gelaran2 ijazah-PhD haji dan hajah!?

-Majoriti org2 melayu mrk ISLAM @ mrk menyerahPASRAH @ mrk SURRENDER kpd nilai2 maki carut serakah-nafsu-dendam-EMOSI-lucah!

-mrk ISLAM @ mrk PASRAH @ mrk SURRENDER kpd hasutan nilai2 kaum tradisi dan BANGSA!

-mrk ISLAM @ mrk menyerah PASRAH @ mrk SURRENDER kpd muslihat2 jahat rasuah KORUP-plagiat FITNAH(sprt pil kuda) dan KHIANAT!

-mrk ISLAM @ mrk menyerah PASRAH @ mrk SURRENDER kpd kesamaran KELIRU sandiwara-AUTA yg sgt2 mudah TERTIPU dan menipu!

Sedangkan nabi saw dan shbt2nya.. mrk ISLAM @ mrk menyerahPASRAH @ mrk SURRENDER hanya dan hanya kpd sekudus2 semutlak2 nilai2 KBNARAN & KEADILAN hakiki yg murni hanya dan hanya drp TUHAN shj!

semoga Redhuan Tee dpt mmbaca dan merenung tulisan ini..

Tanpa Nama berkata...

dia belajar tentang Islam dari siapa ek?

Tanpa Nama berkata...

aduh malu sungguh la.

rupanya ada jenayah yg selalu dikaitkan dgn cina iaitu menipu(tesis).

lain kali semak diri sendiri dulu sebelum nk bodek umno perkasa. bila cepat sgt celupar maka makan diri la.

sepatutnya riduan masuk islam seluruhnya, bukan masuk melayu.

riduan dh beri contoh tak baik kpd org bukan melayu. dia seolah2 membuktikan benarlah persepsi org cina takut masuk islam sebb jadi melayu.

syg nya riduan masuk melayu ikut perangai huduh umno/perkasa. riduan ni termakan trauma perkasa konon bukan islam nk rampas negara ni, maka umno perlu dikekalkan walaupun umno la sebenarnya yg meruntuh negara ni.

riduan sentuh bab babi utk hentam anwar, tp umno perkasa pun terkena sama sebb mereka melayu. lain kali hati2.

ok kalau nk sgt masuk melayu, ambil nilai2 mulianya, antaranya kata2 hikmat ini:

"kerana pulut santan binasa, kerana mulut badan merasa(belum binasa lagi)".

dgn bersongkok riduan tidak akan jadi melayu umno perkasa. tp dgn islam, sempadan warna kulit tiada lagi walaupun riduan terus kekal pakai kupiah cina(yg ada puting atasnya tu).

riduan, jom bersama PR !

Tanpa Nama berkata...

Pengajarannya kita mesti lah hati2 bila bercakap, menulis, berceramah, esp yg berkaitan orang lain, apalagi le sekarang ni zaman it.

Sebab kadang2 kita lupa seolah2 masa muda2 dulu kita ni sangat bersih.


Orang akan korek, korek, korek, bongkar, bongkar, bongkar, selongkar, selongkar, selongkar ... mana nak letak muka. Bolelah saman kot kalau yang dikorek, bongkar & selongkar tu tak betul.

Tanpa Nama berkata...

Kali ini Bro A Kadir punya komen dalam isu ini i tak nak komen banyak sebab Zaman Sahabat Rasullah pernah juga masuk gereja dalam memberi penerangan iaitu saidina umar al khattab suatu ketika dahulu. Mr. Ridhuan Tee i tahu lu seorang pengkaji so lu pergilah cari cerita Saidana Umar masuk gereja masih dia jadi khalifah and lu akan faham nanti.

Sebab masuk gereja tak jadi isu sebenarnya beb. Tapi Lu sengaja cari isu so lu ikut apa i suggest lu diatas cuba amatinya. That it.

Amuraria berkata...

di mesia hanya PENYANGAK,PEROMPOK TERHORMAT,PENYAMUN KHAZANAH RAKYAT & NEGARA ,PERASUAH,KAKI KELENTONG,KAKI SELEWENG & pengampu/pembodek tegar/totok SAHAJA BOLEH DILANTIK NAK PANGKAT ATAU JADI PEMERINTAH ! ABU !

Tanpa Nama berkata...

A kadir Jasin ni pada pendapat aku, macam Dr Asri, semua dia bantai, UMNO, PAS, PKR, cuma msing2 berbeza kelulusan.

Kadang2 org2 macam ni bagus juga, cuma mengenai sapa dia undi tu, dia & Allah aje yang tau.



Tanpa Nama berkata...

Samer je ngan mamak perkasa... ko ingat perkasa akan tampar dier? Sedangkan banyak ahli perkasa yg mamak. Ops.. rupanyer mamak bole dikira melayu tp cina konvert sampai akhir pun cina wakakaka...itulah pemikiran melayu yg diotak-umno kan... cuba ko tanya cina quay di mesia ni... yg dah islam sebelum maner2 'melayu' pernah dengar perkataan islam tu.. dorang diklasifai sbg islam kls2 di mesia atas alasan cina...

Andre Irwan berkata...

Dari kecil aku selalu dengar orang cina masuk melayu tapi waktu aku tidak faham sebab belum ada konsep keagamaan dalm jiwa saya yang kecil. Aku juga hairan melihat orang melayu bersembahyang mengadap dinding sehingga kami kata orang melayu sembah dinding. Konsep tuhan waktu itu bagi aku ialah tuhan mesti dalam bentuk objek.
Aku mula mengenali konsep ketuhanan ni bukan melalui persahabatan aku dengan orang melayu tapi melalui seorang pesyarah yang beragama kristian. Dia yang menimbulkan konsep ketuhanan dan berbincang dengan kami. Alhamdulillah selepas tu, aku mula mengikuti kuliah agama Islam walaupun aku belum Islam pada waktu itu. Berkat rahmah Allah swt, aku memeluk Islam tanpa pengaruh orang melayu.
Kasihan aku melihat sahabat aku, Ridhuan ini. Aku tak kisah kalau dia nak mengutuk orang cina sekalipun dan biarlah munasabah. Bukan pakai hentam saja. Sebagai seorang Islam, kita kena adil kepada semua keturunan sebab kita semua bersaudara. Asal usul kita semua dari Nabi Adam dan Hawa. Allah swt menjadi kita ni berpuak-puak supaya kita berbaik-baik antara satu sama lain. Mencegah kemungkaran dan menegak kebenaran bukankah tugas orang Islam kita? Bagaimana kita nak melaksanakan amanah Allah swt kalau kita sendiri yang menyeleweng? Kita kan umat contoh di dunia ini. Umat CONTOH? Adakah setakat ni kita ni nak boleh dikatakan umat contoh terutama di bumi Tanah Melayu? Bolehkan melayu jadi umat contoh di Malaysia kita ni? Maafkan aku jika tulisan aku mengguris hati saudara aku.

Tanpa Nama berkata...

Subahanallah...
Assalamualaikum saudara Andre Irwan. Teruskan jihad dan amal ibadatmu. Kita memilih Islam sebagai agama bukan bangsa.
Muga Allah bersama-sama kita.
Wassalam.

Tanpa Nama berkata...

Rudhuan Tee adalah insan makhluk Allah mcm kita juga. Kadang2 tersilap juga bukan setakat sesama manusia bahkan dgn Allah. Berilah kemaafan moga2 beliau perbetulkan kesilapan.

Tanpa Nama berkata...

Bagaimana pula dengan pegangan sesetengah Melayu Islam dengan pandangan bahawa arak haram, perempuan (bukan isteri)haram, babi haram tetapi bab rasuah rembat semacam bila ada ruang dan peluang.

tausuo berkata...

kalau citer tegur bro. Anwar ini benar, tengok dulu sirrah Umar r.a. semasa pembukaan Palestine, dan kalau citer plagiat tu benar, mungkin dia ni calon prof. kankong. Ttpi pd pengamatan gue, kecendrongan untk mnjadi lebih melayu dri melayu juga trserlah dikalangan mamak2. Akhir qalam, masuklah Islam dgn sepenuh setulustulusnya.

Tanpa Nama berkata...

Nak wat ceramah kat masjid dan surau pun susah... Apa cer?

Tanpa Nama berkata...

Sokong 100%