Menteri Besar Selangor, Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim hari ini menandatangani Perjanjian Persefahaman (MoU) dengan Kerajaan Pusat bagi membolehkan Selangor mengambil alih empat syarikat konsesi air di negeri itu dengan suntikan dana RM2 bilion bagi pengambil alihan saham-saham syarikat konsesi.
MOU berhubung penstrukturan semula industri bekalan air Selangor itu ditandatangani di Kompleks Perdana Putra,Putrajaya.
Memorandum tersebut ditandatangani Menteri Tenaga, Teknologi Hijau dan Air, Datuk Seri Dr Maximus Ongkili yang mewakili Kerajaan Persekutuan, manakala kerajaan negeri Selangor diwakili Menteri Besarnya, Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim.
Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak menyaksikan detik bersejarah tersebut.
Antara isi kandungan perjanjian tersebut termasuklah kerajaan negeri yang dipimpin Pakatan Rakyat (PR) akan membenarkan Putrajaya meneruskan pembinaan projek Loji Rawatan Air Langat 2.
“Alhamdullillah, penstrukturan air Selangor akhirnya tercapai. Ucapan terima kasih kepada Menteri KETTHA atas kerjasama yang diberikan,” kata Abdul Khalid.
Selain itu, Kerajaan Negeri juga akan memberikan pampasan bernilai RM9.65 bilion kepada empat syarikat konsesi air di Selangor.
Ekoran daripada pengambil alihan tersebut, satu konsortium air untuk menguruskan industri air di Selangor akan dibentuk di bawah seliaan Kumpulan Darul Ehsan Berhad (KDEB).
Kerajaan negeri Selangor menjangkakan pengambil alihan syarikat konsesi tersebut akan selesai dalam tempoh tiga bulan. -selangkorku
ULASAN GB
Tahniah kerjaaan PR Selangor. Akhirnya berjaya juga untuk mengambil-alih syarikat konsesi air di Selangor demi kepentingan seluruh rakyat Selangor!
Syabas juga diucapkan kerana kejaaan kerajaan Selangor menawan SYABAS yang selama ini berdolak-dalik dan memperkotak-katikkan rakyat Selangor.
Terkedu lagi macai UMNO yang beberapa hari ini menjadi isu air Selangor sebagai bahan politik mereka untuk menghentam kerajaan PR Selangor.
KEBENARAN & KEADILAN akan tetap menang melawan KEBATILAN & KEZALIMAN. Yakinlah!!
19 ulasan:
Tahniah..terbaik YB Khalid..walaupun den bukan org slangor tp da dduk slangor hmpir 10 taun den bleh ghaso lain n kobaikan eh..tq too all PR supporter..next we our aim Putrajaya insyaAllah
Jalan keputrajaya, insyaallah terbentang luas
Tahu kah tuan-tuan bahasa kera jaan persekutuan telah membuat pinjaman khas dari Jepun bagi membiayai projek Semenyih ni berjumlah berbilion-bilion ringgit. 70 tahun baru habis bayar woiitt!!! Dah lenguh kroni-kroni umnoh beratur untuk merembat kontrek-kontrek lumayan dari projek ini. Sebab itu beruk-beruk media kera jaan diarah memburuk-burukkan kerajaan negeri Selangor saban hari selagi projek Semenyih ni tak diteruskan. Sebabnya ada puak-puak tertentu yang dah rembat pun.... Sekarang semua pihak happy....Selagi lagi diucapkan selamat merembat wahai kroni-kroni....
perjuangan PR antaranya ialah MENGEMBALIKAN PERKHIDMATAN ASAS RAKYAT KEPADA KERAJAAN.
air letrik petrol tol sekarang ini sedang dilapah umno bn perkasa sepuas2nya.
kalau anwar menang jd PM hari tu, turun sikit harga petrol.
malangnya selepas puas menabur BR1M dan berkuasa semula pada PRU13, bn naikkan petrol dll.
tk sampai beberapa bulan lepas menang, kenaikan semua tu dijadikan agenda utama bn rupanya.
percayalah, selepas PRU14 harga kangkung pun akan naik dan harga getah akan terus jatuh.
apa lagi bukti yg penyokong kangkung umno bn nak?
Bila BN nak lulus pendaftaran Pakatan Rakyat pula?
PRU14 RAKYAT PATUT BUAT MOU SERAH MALAYSIA KEPADA PAKATAN RAKYAT DENGAN UNDI TOLAK BN
CEO Syabas boleh kerja dengan Indah Water angkut.......
Alhamdullilah aku lahir dan dibesarkan kerja rumah semuanya diselangor . Orang selangor memang bijak me ilih kerajaan sebab tu semuanya cerdik belaka , tak macam rakyat diperak dan kedah tu faham faham ajelah suka kpd puak yg rembat duit hasilnya wal asal pada bn haram jadah kah kah kah padan muko lu.
UMNO jual Syabas sebab tiada wang nak beri BRIM dan Pilihanraya kajang?
BN makin terdesak nak dapatkan wang dari projek langat 2, ada projek ada masyuk RM RM RM
berakhirnya pengusaan syarikat kroni umno keatas bekalan air di Selangor, semuga rakyat selangor lebih selesa apabila terlepas dari cengkaman golongan zolim.
MAKA terbentang luaslah peluang keemasan bagi umnoo untuk mensensasikan lagi isu air.Sebelum ini PR Selangor sakit kepala untuk mendepani isu AIR.Setelah pelbagai mehnah memburukkan Kerajaan Selangor dan sekarang adalah masanya Pentadbir Selangor menguruskan Syarikat Air Selangor(SAS)sebaik2nya.Jangan cuba menyalahkan pihak lain jika masalah air ini berlarutan TETAPI umnoo masih ada peluang untuk kontrol isu air melalui MOU yg dimeterai. Sama samalah kita berdoa semuga krisis air dapat diselesaikan dgn segera.
Walau bagaimana pun kena hati.
Since sudah lu ambil alih, this mean lu ada kuasa kasih free air kepada rkayat Selangor. Do it for Selangor people good. Insyallah Somebody will follow you example.
Alhamdulillah. Walau saya rakyat pahang dn dok pahang tp saya tahu dn byk dgr cerita kebaikan mb selangor terhadap rakyat selangor. Tahniah rakyat selangor.
Ning dia kencingan Khalid yang amat mujarab buat pencacai-pencacainya
KUALA LUMPUR, 30 OKT : Kerajaan Selangor tetap akan membangunkan teknologi membran bagi meningkatkan penghasilan air terawat meskipun kerajaan pusat mahu meneruskan projek mega Loji Rawatan Air Langat 2.
Perkara ini ditegaskan sekali lagi oleh Menteri Besar Selangor, Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim pada satu sidang media di lobi Parlimen hari ini.
Tegasnya, Selangor sebenarnya tidak berhadapan dengan krisis air dan pembinaan loji Langat 2 bukanlah satu keperluan yang perlu disegerakan.
Apa yang penting katanya, proses penstrukturan semula industri air perlu dilakukan segera bagi memastikan penduduk di Lembah Klang mendapat bekalan air terawat pada harga yang berpatutan.
“Kita tidak ada masalah kekurangan air mentah. Logiknya adalah air mentah cukup.
“Dari keluaran 4.8 juta liter sehari, kita dapati 33 peratus atau lebih 1.5 juta sehari air terawat tidak digunakan.
“Kalau kita selesaikan masalah air terawat, kita tidak memerlukan Loji Langat 2.
“Kerajaan persekutuan masih tidak menerima hakikat penyelesaian semula industri air adalah penstrukturan semula industri air di Selangor.
“Antara faktor adalah peratus air tidak berhasil (NRW) mesti dikurangkan sehingga 10-15 peratus kerana ianya termaktub dalam perjanjian dgn konsesi air pada tahun 2008,” katanya lagi.
Sebelum itu, pada sesi sidang Dewan Rakyat Timbalan Menteri Tenaga, Teknologi Hijau dan Air, Noriah Kasnon, berkata kerajaan pusat berharap kerajaan Selangor akan memberikan peluang untuk Langat 2 dilaksanakan.
Kenyataan Noriah adalah jawapan kepada MP Rembau, Khairy Jamaluddin yang mengemukana soalan mengenai kuasa kerakaan pusat bagi membolehkan Langat 2 dilaksanakan di Selangor.
Selain itu, Abdul Khalid menyatakan, kos pembinaan Langat 2 lebih tinggi berbanding teknologi membran yang hanya memerlukan kos sebanyak RM 800 juta.
Ujarnya lagi, beliau akan bertemu dengan Timbalan Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yasin bagi membincangkan perkara ini sebelum sidang Dewan Undangan Negeri (DUN) berlangsung pada 19 November ini.
“Oleh kerana jawapan Timbalan Menteri macam tidak percaya, saya bercadang untuk bertemu dengan TPM dan seluruh jawatankuasa untuk menerangkan teknologi dan cadangan kami.
“Kalau cadangan saya diterima pakar, saya akan buat penyusunan semula industri air.
“Saya boleh cuba masukkan program Langat 2 sebagai langkah jangka panjang dan bukannya jangka pendek,” jelasnya lagi.
Khabarnya Syabas syarikat milik UMNO? Beli dari kerajaan UMNO murah, jual kapada kerajaan Pakatan mahal
UMNO KAYA DULU KINI DAN SELAMANYA, MIC PAPA KEDANA
korang dh tahu blom yg kerajaan selangor taknak bagi subsidi air dh, lepas dh ambil alih syabas??????????? jgn happy sngt..ini yg korang nak kan...
Catat Ulasan