Bekas menteri besar Perak, Datuk Seri Mohammad Nizar Jamaluddin (gambar) hari ini menang saman fitnah yang dikemukakannya terhadap stesen televisyen TV3 berhubung posting Twitter beliau yang mengatakan Sultan Johor menggunakan wang rakyat bagi membida nombor pendaftaran kereta WWW1.
Tiga hakim Mahkamah Rayuan yang diketuai Datuk Mohamad Arif Yusof, membenarkan rayuan Nizar, berkata plaintif berjaya membuktikan kes kebarangkalian yang seimbang.
"Perintah Mahkamah Tinggi adalah dengan ini mengenepikan dan kes ini akan dirujuk ke Mahkamah Tinggi bagi penaksiran ganti rugi,"katanya.
Arif berkata Mahkamah Tinggi yang menolak saman Nizar tidak boleh dikekalkan dan TV3 bertanggungjawab.
Beliau berkata pembelaan justifikasi gagal dan TV3 tidak berjaya membuktikan kebenaran atau sebahagian kebenaran dalam laporan mereka.
"Malah, ada niat jahat oleh defendan dalam laporan mereka," katanya.
Mahkamah juga memerintahkan bayaran RM30,000 sebagai kos.
Pada 12 April, Hakim Mahkamah Tinggi, Datin Yeoh Wee Siam menolak dakwaan Nizar bahawa TV3 memfitnah beliau.
Dalam penghakiman bertulis beliau, hakim memutuskan TV3 memperlihatkan justifikasi pembelaan terhadap semua fakta dan hujah yang dibangkitkan kedua-dua belah pihak.
"Saya berpendapat defendan berjaya dalam pembelaan mereka berdasarkan justifikasi. Pembelaan justifikasi adalah pembelaan yang lengkap. Oleh itu, berdasarkan faktor ini, tuntutan plaintif patut dibuang," katanya dalam kenyataan penghakiman bertulis sebanyak 30 muka surat.
Bagaimanapun, Yeoh turut meneliti hak keistimewaan pembelaan dan pembelaan Reynolds yang digunakan oleh stesen penyiaran itu.
Menggunakan ujian kemunasabahan yang digariskan dalam kes di United Kingdom, Reynolds melawan Times Akhbar Ltd, Yeoh berkata, TV3 tidak mengamalkan amalan kewartawanan yang dipertanggungjawabkan kerana ia tidak mengesahkan tweet berkenaan dengan Nizar atau meminta sebarang komen daripadanya.
Beliau sebelum itu berkata, adalah jelas bahawa laporan berita TV3 itu mempunyai kepentingan awam dan bertanggungjawab untuk menyiarkannya.
Pada Julai 2012, Nizar memfailkan saman fitnah RM50 juta terhadap Sistem Televisyen Malaysia Berhad (TV3) dan penerbit TV3 Rohani Ngah di atas berita laporan 30 Mei 2012 yang didakwa boleh ditafsirkan dalam beberapa maksud, termasuk beliau melakukan hasutan, pengkhianat kepada Sultan Johor dan mengbangkitkan kebencian orang ramai kepada pemerintah Johor.
Nizar juga memfailkan saman fitnah RM50 juta terhadap penerbit Utusan Melayu (M) Berhad ke atas laporan mengenai tweet, di mana saksi daripada kedua-dua pihak telah memberi keterangan minggu ini, penghujahan lisan akan didengar di mahkamah pada 7 Jun. – TMI
ULASAN GB
Pada 30 Ogos 2012, Mahkamah Tinggi Sivil Kuala Lumpur telah memerintahkan Utusan Melayu (M) Bhd membayar gantirugi kepada bekas menteri besar Perak Datuk Seri Mohammad Nizar Jamaluddin atas saman yang difailkan ke atas penerbit akhbar tersebut.
Kini menang lagi, ke atas TV3 pula.
Allah memperkenankan doa GB dan kita semua. Sebelum ini GB pernah menulis:

Kini episod WWW1 melibatkan Datuk Seri Mohd Nizar Jamaluddin.
Kumpulan akhbar yang sama memainkan peranan untuk memburukkan pimpinan PAS.
Digendangkan secukup-cukupnya untuk menghasut rakyat Johor supaya membuat laporan polis dan hasilnya terdapat 49 laporan polis dibuat. Diberitakan 30,000 berhimpun (itu angka BERNAMA, GB kata dulu jika perhimpunan itu melibatkan UMNO, ia perlu dibahagikan 10, iaitu 3,000) di istana Johor untuk menunjukkan kesetiaaan kepada Sultan Johor.
Demikian jeleknya kewartawanan longkang amalan kumpulan akhbar Utusan. Mencari makan dengan menulis berita berunsur fitnah, bergambar lucah dan seumpamanya sudah menjadi resam mereka.
Dari pemerhatian GB, hukum kebenaran dan keadilan akan menghantar Utusan & TV3 ke tong najis akhirnya.
Kita akan sentiasa berdoa agar Allah memberikan pengajaran kepada kumpulan akhbar & media ini.
Ya Allah ya Tuhan kami, Kau tunjukkanlah yang kebenaran itu sebagai kebenaran, dan kurniakanlah kami kekuatan untuk mengikutinya (memperjuangkannya), dan tunjukkanlah yangg batil itu sebagai batil dan kurniakanlah kami kekuatan untuk menjauhinya (menghapuskannya).
Amin Ya Allah Amin Ya Rabbail 'alamin.
9 ulasan:
amin. kita juga berharap puak2 yang jadi penerbit, penulis berita dan pembaca berita serta pengarah2 mendapat balasan Allah yang Maha Adil.
pen buruk online ™: Kes saman fitnah RM2 juta Hadi Awang bakal selesai dengan cara ini?
Alhamdulillah, Allah sentiasa bersama-sama orang yang benar. Kepada pihak Utusan dan TV3 jadikanlah ini sebagai pengajaran dan belajarlah untuk tidak Sewenang-wenangnya menyiarkan sebarang kenyataan yang diragui sumbernya. Walaubagaimanapun, terima kasih kepada pihak utusan dan pihak TV3 yang sangat bermurah hati untuk memberikan wang yang banyak untuk kegunaan Dato' Seri Nizar dalam membantu PAKATAN RAKYAT dalam PRU 14 akan datang. Kepada pihak atasan dan para penyokong UMNO dan BN janganlah minta SPRM siasat Pula dari mana datangnya dana yang digunakan oleh PR kelak ya. Anda patut menyalahkan UTUSAN dan TV3 diatas kesilapan mereka sendiri.
Alhamdulillah, Allah sentiasa bersama-sama dengan Orang yang benar. Kepada pihak UTUSAN dan TV3, jadikanlah apa yang berlaku ini sebagai satu pengajaran supaya janganlah sewenang- wenangnya mengeluarkan sebarang kenyataan yang belum pasti kebenarannya. Walaubagaimanapun, terima kasih kepada pihak UTUSAN dan TV3 yang telah bermurah hati membayar wang saman fitnah yang sebegitu banyak kepada Dato'Seri Nizar yang mana akan dibelanjakan untuk kepentingan rakyat dan pada PRU ke-14 yang akan datang. Jadi kepada pihak atasan dan para penyokong UMNO dan BN janganlah mempersoalkan dari mana datangnya dana yang bakal digunakan oleh PR kelak ya. Juga, janganlah minta SPRM siasat pula dari mana datangnya dana yang digunakan oleh PR kelak. Kalau tanya juga, tanya lah kepada UTUSAN dan TV3 ya. Kepada pihak UTUSAN dan TV3, jangan lah tersalah jawab lagi ye.. Nanti bertambah lagi dana PAKATAN RAKYAT. KOME juge yang rugi nanti..:-)
pakat lah kita mendoakan semoga puak2 pemfitnah dan pengampu ini di beri hidayah, dan mengharapkan mereka mengambil iktibar diatas segala kenyataan dan fakta. cukup lah meng AUTA kan berita. kebenaran teserlah lagi dan kebathilan akhir nya akan berada di telapak kaki.
Woi setan-setan, buat banyak2 lagi fitnah, lagi banyak aku KAYA.....
Setan-setan tak henti fitnah sehingga hari kiamat.
wahai wartawan rezeki itu janji allah swt kepada semua makhlok ciptaanya.dengan keyakinan ini wahai wartawan berkaryalah dengan penulisan atas kebenaran walaupun diancam dengan senjata ugutan sekali pun.janji allah swt itu benar,atas kebenaran inilah wahai wartawan bebaskanlah minda kamu ,hati kamu untok menyampaikan yang benar serta adil.
puak2 gerombolan setan2 yg dikenali dah bnyk kali kena saman dan bayar saman..
tup tup dipehak pakatan/PR pulak si fakeh UG yg kena saman,,sapekah yg cenderung kpd khianat dan FITNAH klu bukan setan kan kan kan?
sape2 yg tak BUTA dan diBUTA kan oleh Tuhan sewajarnya mndpt pengertian yg sgt2 mendlm!
Taniah Dato Seri Nizar.Nampaknya hampir semua pemimpin-pemimpin PAS murah rezeki akibat fitnah dan hasutan media-media UMNO.Buatlah banyak lagi hasutan dan fitnah supaya ramai lagi yg dapat durian runtuh.Kecuala Hj.Hadi, Presiden yg terpaksa pulak bayar RM 2 juta, kerana mulut celupar akibat nasihat dan perbuatan menantu.Orang dapatkan khidmat peguam dia dok dengar cakap menantu.
HANYA ALLAH PEMBERI REZEKI, BUKAN UMNO, NAJIB, MAHATHIR ATAU BN, ALLAHHUAKBAR
Catat Ulasan