25 Feb 2014

[MEMALUKAN] UMNO-BN Guna ‘Bots’ Puji Diri Sendiri Dalam Isu BR1M


Atas semangat ‘wasatiyyah’, kerajaan UMNO-BN yang baru saja mengagihkan Bantuan Rakyat 1Malaysia (BR1M) 3.0 baru-baru ini mengambil pendekatan memalukan dengan memuji diri sendiri menggunakan ‘bots Twitter’.

Puluhan ribu ‘Bots Twitter’ daripada pelbagai akaun laman sosial itu mengeluarkan tweet dengan tulisan sama yang berbunyi ‘duit #BR1M dapat cover duit tol untuk setahun, xpercaya, trylah, terbaik! bukti kebijaksanaan PM @NajibRazak’.

Manakala satu lagi tweet pula menyatakan ‘lega beb, duit #br1m tu lah aku guna utk top up belanja aku bulan ni’.


Tindakan kurang cerdik kerajaan itu mendapat cemuhan daripada pelbagai pengguna laman sosial.

Blogger terkenal, ObeFiend, yang mengendalikan blogserius.blogspot.com dengan lebih daripada 139 juta ‘page views’ turut melontarkan kritikannya terhadap perilaku kerajaan itu.

“Puji kerajaan pun ada BOT yang tolong pujikan. Tak perlu manusia. Siapalah hamba Allah yang dapat kontrak tweet dan buat bots ni, murah betul rezeki.

“Satu lagi, gila macam ‘twilight zone’ semua cakap benda sama. Berapa KPI bang? 100 tweet RM1? Macam tu ke?,” sindirnya.

Pada sambutan Hari Kemerdekaan dua tahun lalu, kerajaan turut menggunakan taktik yang sama dengan menggunakan ‘hashtag’ #Merdeka55 untuk menipu rakyat dan memuji diri sendiri. -Roketkini

1 ulasan:

Tanpa Nama berkata...

kalau PRU lu guna pengundi hantu, maka internet Bot adalah pengundi hantu dalam internet. Hanya hantu sahaja yang menggundi BN sebab kalau manusia diaorang tahu beza yang baik dan mana yang buruk.