25 Feb 2014

Sah MCA Parti Tak Bermaruah, Hanya Kemaruk Jawatan Menteri


MCA hanya kemaruk jawatan menteri - Shahbudin Husin

Tanpa menunggu keputusan Pilihan Raya Kecil (PRK) Dewan Undangan Negeri (DUN) Kajang yang merupakan ukuran sama ada MCA sudah mendapat kepercayaan pengundi Cina atau sebaliknya, parti itu membuat keputusan mempercepatkan mesyuarat agung luar biasa atau EGM untuk menentukan sama ada mereka wajar kembali menduduki kabinet atau kekal berada di luar kabinet sepertimana sekarang.

Dalam EGM yang diadakan semalam itu, walaupun ada yang keluar dewan perhimpunan sebagai tanda bantahan tetapi akhirnya MCA memperolehi semula mandat untuk kembali ke kabinet dengan undi menyokong sebanyak 1,913 daripada 1,922 jumlah perwakilan.

Dengan resolusi ini serta bersamaan dengan janji perdana menteri untuk memberi jawatan kabinet kepada pemimpin MCA sekiranya usul menolak jawatan dalam kerajaan yang dibuat semasa kepimpinan Chua Soi Lek dahulu dibatalkan, kini semuanya terpulang kepada Najib untuk menentukan bila dan berapa jawatan yang harus diberikan kepada parti itu.

Apa yang menarik dalam EGM kali ialah bukan saja kelulusan kembali ke kabinet itu diperolehi melalui undi angkat tangan tetapi juga tarikh EGM diadakan juga terpaksa menggunakan kuasa presiden MCA yang hanya menggunakan notis selama 7 hari berbanding peraturan sebenar yang memperuntukkan notis selama 30 hari.

Ini tidak lain memperlihatkan keinginan yang tinggi atau rasa kemaruk di kalangan pemimpin MCA untuk kembali semula memegang jawatan kabinet tanpa memperdulikan sokongan pengundi Cina sudah kembali kepada Barisan Nasional (BN) atau sebaliknya.

Dan PRK DUN Kajang telah digunakan sebagai senjata ke arah matlamat itu.

Jika MCA bermaruah, mereka sepatutnya menunggu sehingga keputusan PRK DUN Kajang yang mempertaruhkan Naib Presidennya, Chew Mei Fun sebagai calon BN untuk memutuskan sama ada perlu meluluskan usul untuk kembali menganggotai kerajaan atau tidak.


Dengan pemimpin kanannya sendiri dipilih sebagai calon, di situlah ukuran sama ada MCA diterima atau tidak oleh kaumnya sendiri.

Tetapi dengan mempercepatkan tarikh EGM dan seolah-olah tidak boleh menunggu sehingga PRK Kajang berakhir, sementara undian pula diadakan secara angkat tangan, bukan saja rasa kemaruk yang dapat dipamerkan, bahkan MCA kini seperti sedang mendesak Najib untuk memberikan mereka jawatan dalam kabinet sebelum hari pengundian pada 23 Mac diadakan.

Dengan ini, MCA jelas tidak peduli sama ada keputusan di Kajang memihak kepada BN atau sebaliknya. Tekanan secara halus nampaknya sedang diberikan kepada Najib untuk segera membuat keputusan kerana jika jawatan menteri diberikan sekarang ia kononnya lebih memudahkan untuk menarik dan meyakinkan pengundi Cina terhadap kerajaan.

Bertandingnya MCA di Kajang hanya menambahkan kuasa tawar-menawar mereka kepada Najib dan BN. Jika diberikan jawatan, Presidennya, Liow Tiong Lai dan Timbalan Presiden, Dr Wee Ka Siong pastilah sudah mendapat habuan sebelum keputusan Kajang diketahui.

Soal sama ada pengundi Cina menyokong atau tidak bukanlah lagi faktor penting kerana yang dihajati sebenarnya adalah kedudukan dalam kabinet dan bukannya kemenangan di Kajang.

Jika tidak diberi jawatan dan BN tewas pula, MCA akan menyalahkan Najib kerana menangguhkan pemberian jawatan akan dilihat sebagai tanda ketidakpercayaan BN sendiri terhadap parti itu.

Hujah mereka tentunya ialah jika Najib sendiri tidak meyakini MCA, bagaimana pengundi Cina mahu kembali memberikan sokongan.

Dengan itu ia mungkin memaksa Najib memberi lebih jawatan dalam kerajaan kepada MCA kerana bimbang berterusan tanpa jawatan akan memberikan keputusan kesan penolakan yang lebih besar di kalangan pengundi Cina dalam Pilihan Raya Umum (PRU) 14 nanti.

Terlihat di sini, sama ada Najib akan memberikan jawatan kabinet kepada MCA sebelum mahupun selepas keputusan Kajang, Najib dan Umno lebih terbeban manakala MCA hanya menunggu untuk mengaut keuntungan semata-mata.

Jika MCA ikhlas dan mempunyai sedikit perasaan malu, penentuan sama ada EGM yang bertujuan meluluskan usul mewajarkan pemimpinnya kembali memegang jawatan kerajaan atau sebaliknya sepatutnya hanya dibuat selepas melihat keputusan di Kajang.
Walaupun Chua Soi Lek dianggap kurang bermoral berikutan video seksnya yang tersebar luas beberapa tahun lalu, namun moral politik pimpinan baru MCA ini juga boleh dipertikaikan kerana nampaknya mereka tidak sabar-sabar kembali memegang jawatan kerajaan tanpa menunggu sokongan pengundi Cina sudah kembali atau tidak. Sebaik saja usul diluluskan, Liow bukan saja mengucapkan terima kasih kepada perwakilan atas keputusan tersebut, malah menganggapnya sebagai perangsang kepada kepimpinan baru untuk melakukan pelbagai lagi transformasi.

Seolah-olah menjadi menteri dan duduk dalam kerajaan merupakan nawaitu utama MCA dan jika tanpanya, sebarang transformasi tidak dapat dilakukan. – shahbudindotcom.

MCA hanya mahu kuasa & kedudukan – MP Gopeng

MCA tidak konsisten dalam membuat keputusan berikutan tindakan parti itu mengubah sebelum ini yang melarang ahlinya dilantik ke jawatan kerajaan.

Ahli Parlimen Gopeng, Dr Lee Boon Chye berkata, keputusan terbaru itu cukup memalukan kerana MCA sendiri harus sedar mereka telah gagal dan ditolak masyarakat Cina pada pilihan raya lalu.

“Ini sangat memalukan. Mereka beri alasan keputusan itu dibuat supaya mereka boleh mewakili suara masyarakat Cina.

“Tapi bagaimana mahu mewakili masyarakat Cina apabila mereka telah ditolak sama sekali?

“Saya anggap ini seperti gila kuasa dan kedudukan dalam kerajaan.

“Jika mereka mahu bawa suara masyarakat Cina, ia boleh dibuat di luar kabinet,” kata Lee kepada Keadilandaily.

Menurutnya jika mahu menyuarakan suara masyarakat Cina, pemimpin MCA seharusnya bertegas dengan kerajaan dalam soal rasuah, salahguna kuasa dan ketirisan.

Kegagalan MCA bertegas dalam hal tersebut kata Lee punca MCA ditolak.

MCA melalui perhimpunan agung parti itu pada 2012 dan EGM yang diadakan pada 20 Oktober 2013 bersetuju resolusi yang menyatakan untuk tidak menerima sebarang jawatan kerajaan jika gagal dalam pilihan raya umum ke-13. MCA melalui pilihan raya lalu menampilkan prestasi terburuknya selepas hanya memenangi tujuh kerusi Parlimen dan 11 kerusi negeri daripada 37 kerusi Parlimen dan 90 kerusi negeri yang ditandinginya.
-KD


3 ulasan:

Awanama berkata...

bagini sifat pemimpin BN, jawatan di utamakan,tugas di belakangkan. UNUMNO kah , MCA kah MIC kah, dan 11 ahli yng lain semua mmempunyai kepentingan diri sendiri, raayat dah xpilih tapi pemimpin mahu jadi menteri, malu lah sikit, mana perkasa, jati tiga jalur dan DR Raiduan TEE.

al 'awab berkata...

KAJANG : MENUNTUK HAK DIGADAI, KINI LANGSAI.
OLEH: IBN ABDULLAH ALAWAB
25 FEBRUARI 2014 (SELASA)

Sungguh susah nelayan di Rejang
Bebani kos sara hudup beban hutang
umNO baru demo tuntut N25 Kajang
Penamatnya MCA juga ditatang julang.

Membajak sawah dengan kebota
Kebota membajak disini disana
umNO baru putih tulang berputih mata
Menjadi kaldai MCA Melayunya dimana?

Rambutnya kembang didandan disalun
Dinding pintu diledak pecah berkecai
Bukan sekadar umNO baru tak dicalun
Pengerusi umNO Selangor dijadi pecacai?

Menawan cincin dua puluh empat juta
Dipakai bersekali tanjak keris bersampin
Puak MCA tak perlu bersengkang mata
Kerana kaldai umNO baru, turun kempin.

Dayung sampan ke Kuala Semantan
Berdayung jauh menjadinya lelah
Sedapnya mulut dok pelaga Pakatan
Sekangkang Kajang umNO mengalah.

Peledak C4 Atantuya, cerita kapal selam
Kapal selam timbul berdagang kelapa
Najib kata, beri BR1M ikut syariah Islam
Menari menyanyi dipagi raya syariah apa?

Berputar gasing bersungguh-sungguh
Permainan warisan yang dipinggirkan
Dinasti Taib Mahmud kuasai Sarawak
Mohiyaddin Yassin kata PBS ditangguh
Idris Jusoh kata Putrajaya nak teruskan
Antara 2, siapa bohong, siapa biawak?

Juadah seri muka hidangan pudin
Sayang masakkan terlebihnya santan
MCA dah diwarning DS Hishamuddin
Nasihat MCA jangan pelehap jawatan.

Kaptain yang hebat, dihurmati kelasi
Dalam pelayaran memancing tenggiri
TS Muhamad Ali, BR1M tak selesai inflasi
Kerana Barang Naik, kos sara hidup tinggi.

Masuk kehutan mencari cendana gaharu
Gaharu dikering menggunakan karan
TS Muhyiddin Yasin nafi arah tukar guru
Kalau begitu, lupa saja surat pertukaran.

Selera Pak Uda ikan tawar keli
Keli didagang sampai kebali
Sikap bN MCA setaraf Ibrahim Ali
Muntah berak dimakan kembali.

OLEH: IBN ABDULLAH ALAWAB
2 5 FEBRUARI 2014 (SELASA)

Awanama berkata...

MCA tu party towkeh ini orang Cina sudah faham.Towkeh bersubhat dan sama main taik dengan penyamun-penyamun UMNO itu sebab pemimpin-pemimpin MCA semua ada gelaran Dato dan Tan Seri hingga keTun.Kalau BN tipu rakyat "Dari Rakyat, Untuk Rakyat" sudah jadi Dari Rakyat Untuk Kita, MCA pun sama dari keluarga penipu jugak.Tak payah nak masuk university belajar politik.