Umno balas “flash mob kangkung” dengan bertindak ganas, kata Adun PKR
Ahli Dewan Undangan Negeri (Adun) Machang Bubuk dari PKR Lee Khai Loon yang dikecam Umno gara-gara tarian parodi “flash mob” kangkung minggu lalu mendakwa pengikut parti itu bukan sahaja bertindak ganas malah turut memainkan isu perkauman dan agama sebagai serangan balas kepada Pakatan Rakyat (PR).
Beliau berkata, biarpun menghormati hak berhimpun bagi Umno dan pengikutnya, tindakan ganas memukul dua orang awam dalam kejadian pagi tadi merupakan perkara yang amat dikesali.
Selain menjulang sepanduk yang berunsurkan provakatif, Lee berkata pengikut Umno juga memainkan isu rusuhan 13 Mei sambil melaungkan kenyataan rasis dan keagamaan.
"Saya menghormati hak berhimpun dan berdemo untuk Umno dan penyokongnya akan tetapi, tindakan mereka yang seringkali mengambil langkah yang ganas serta kasar dalam demonstrasi mereka amat dikesali.
"Salah satu contoh risalah memanggil orang ramai menghadiri demonstrasi di mana menunjukkan seorang lelaki yang membawa senjata parang malah bahasa tertera dalam risalah berkenaan juga berbau ugutan dan provokasi," katanya dalam satu kenyataan hari ini.
Kenyataan Lee itu mengulas mengenai dua siri bantahan yang diadakan pengikut Umno pada semalam di Bandar Sunway Seberang Jaya dan pagi ini di Alma, Pulau Pinang, di hadapan pusat khidmat masyarakatnya.
Beliau turut kesal apabila “flash mob kangkung” yang dianjurkannya itu biarpun diadakan secara aman dan kreatif diputarbelit oleh Umno.
Tambahnya tindakan Umno itu yang mencemarkan bantahan itu dengan kegananasan dan kekerasan menyebabkan politik negara ini telah mundur ke belakang.
"Demonstrasi Umno yang berlangsung di Bandar Sunway Seberang Jaya malam tadi serta Pusat Khidmat Masyarakat saya pada pagi ini telah menunjukkan bahawa ugutan tentang rusuhan 13 Mei selalu diungkitkan kembali oleh pihak mereka.
"Matlamat gerakan kami adalah bertujuan untuk berbincang secara membina tentang isu-isu berkaitan dengan kehidupan harian rakyat, tetapi Umno dan penyokong mereka telah berulang-kali menjadikan sesuatu demonstrasi tersebut kepada keganasan dan kekerasan dan hal ini tidak boleh dibiarkan begitu sahaja," katanya.
Lee pada masa sama mempertahankan tindakannya yang menganjurkan “flash mob” tersebut dengan menyatakan ia sebahagian daripada usaha membantah sikap tidak bertanggungjawab kerajaan persekutuan yang tidak ke atas siri kenaikan harga barangan.
"Saya menyeru seluruh rakyat Malaysia tanpa mengira kaum dan bangsa bersatu hati membantah kenaikan harga barang serta cukai GST supaya fokus perjuangan rakyat tidak dialihkan oleh segelintir ahli politik perkauman sempit," katanya.
Pada Rabu lalu, Lee menganjurkan parodi “flash mob kangkung” disertai hampir 15 orang di Alma Bukit Mertajam sebagai bantahan kepada kenaikan harga barang.
Kumpulan tersebut berhimpun di tengah laluan trafik sesak sambil melakukan adegan menyumbat kangkung ke dalam mulut ternganga replika Najib sambil diiringi lagu kanak-kanak yang diubahsuai iaitu “Lenggang-Lenggang Kangkung”.
Semalam Ketua Pembangkang Datuk Seri Anwar Ibrahim mempertahankan tindakan ahli partinya dengan berkata terdapat perbuatan teruk dilakukan Umno berbanding dengan “flash mob” tersebut. -TMI
SAMSENG PRO KANGKUNG BELASAH WARGA YANG TIDAK BERSALAH DEPAN PUSAT KHIDMAT ADUN
Sekumpulan penyokong Pro Kangkung kelmarin diberitakan telah membelasah seorang warga yang tidak bersalah ketika membuat demo haram tanpa permit didepan Pusat Khidmat ADUN PKR Machang Bubuk.
Apalah kita nak hairan rakyat yang bertaraf kangkung bertindak ...
Anggota Umno Pulau Pinang dan sekutu mereka hari ini menganjurkan sebuah lagi perhimpunan membantah flash mob wakil rakyat PKR yang menyindir kenyataan 'kangkung' perdana menteri di Bukit Mertajam.
Kali ini, peserta himpunan itu membakar patung dengan gambar Anggota Dewan Undangan Negeri (ADUN) Lee Khai Loon.
Tidak cukup dengan itu, mereka juga meludah dan memijaknya.
Bila himpunan dianjurkan oleh Umno, maka ia secara automatik menjadi himpunan aman. Akta Perhimpunan Aman menetapkan notis sepuluh hari sebelum sebuah perhimpunan boleh dianjurkan.
Tapi Himpunan Pertahankan Najib ini tercetus selepas ADUN Machang Bubuk, Lee Khai Loon menyumbat kangkung ke dalam mulut replika PM tiga hari lalu. Ini bermakna belum sampai seminggu pun himpunan ini dirancang.
Tapi biasalah, faham-faham sahajalah, Umno buat apa pun halal. Dulu kata himpunan jalanan bukan budaya kita kononnya, tapi bila Umno berhimpun terus himpunan jalanan diangkat jadi adat Melayu kah kah kah...
ULASAN GB
Ada beberapa isu yang timbul ekoran insiden di atas.
Pertama, polis perlu menjawab mengenai "perhimpunan" yang selama ini mmenurut polis perlu memerlukan notis 10 hari sebelum sebarang perhimpunan diadakan. Sekarang apakah mereka yang menganjurkan perhimpunan Pro-Kangkung itu sudah membuat notis tersebut sedangkan flashmob yang dibantah berlaku hanya 3 hari sebelum mereka melakukan perhimpunan?
Kedua, kepada Mufti yang sebelum ini menyatakan perhimpunan aman TURUN sebagai "bughah" (pemberontak) sedangkan perhimpunan TURUN dahulu lansung tidak ada pemberontakan dan lansung tidak ada unsur menggugat keselamatan awam. Tetapi perhimpunan UMNO pro-kankung kelmarin jelas memrupakan satu "pemeberontakan" yang mengancam keselamatan orang awam. Bukankah itu lebih jeloas "bughah"nya?
Hukum kebenaran dan keadilan akan tetap berjalan. Si bughah yang sebenar akan tetap terhukum sekalipun pihak berkuasa melindungi mereka.
7 ulasan:
kita tunggu apa tindakan polis, kdn dan mufti negeri mana yang akan berfatwa nanti.Kalau anti kangkung laju diambil tindakan....takan pro kangkung suka-suka menghasut isu perkauman ini kebal undang2
kalau negara ni huru hara, umno la puncanya sebb mereka berkuasa boleh salah guna polis tentera dn lain2.
pemimpin mereka semakin tidak wibawa, pengikut semakin low class jalanan. rakyat semakin lapar.
inilah agenda asing yg menjadikan umno puppet utk menyusahkan rakyat. kalau benar umno tidak tunduk pada asing, dah lama jadi saddam husin kt iraq.
sudahlah umno wa kenal sapa lu
Putar belit, Mr Lee? Tak kan Mr Lee tak kenal puak UMNO ni. Kan putar belit ialah kerja depa. Kalau tak putar belit, bukan UMNO le namanya. Lihat saja pada hal kalimah Allah, Hukum Hudud, Murtad, ..., di sebalik peristiwa, siapa berada di belakang?
13 Mei? Lagenda UMNO. Umun dah tahu bahawa ianya ialah salah satu agenda UMNO yang memang pakar dalam permainan perkauman.
La ni kita nak tengok dan lihat, apa tindakan POLIS DI RAJA UMNO MALAYSIA seterusnya? Apa pulak fatwa Mufti Harussani?
Hanya ahli UMNO yang paling bodoh. Tak sedar diri depa dah diperbodohkan oleh pemimpin depa. Lihat saja pada kes kalimah Allah, siapa yang membenarkan percetakan bible yang di dalamnya ada kalimah tersebut?
Bila lagi UMNO nak mendirikan TANAH PERKUBURAN UMNO atau MAMAK atau MELAYU?
Lawak tahun baru ni? PKR buat onar, DAP yang dipersalahkan. Bukankah itu salah satu lagi putar belit UMNO? Nampak tak tahap mentaliti UMNO, Mr. Lee?
Itu Kangkong, bukan arak bukan Babi. Apa nak Marah sangat? Kaum mana yang sokong kuat parti ini? Kenapa nak salahkan cina?
Kucar-kacir ni berlaku sebab mentri yg dipertanggung-jawabkan atas keselamatan negara lemah dan tak tau buat kerja.Kalau ahli UMNO fikir depa boleh buat sesuka hati dengan izin polis, ini satu anggapan yg salah.Akan sampai waktunya rakyat akan bangun dan tuntut keadilan.Bukah semua Melayu akan sokong UMNO, fikir baik-baik.
hanya agama melayu yang diasas oleh DR. M sahaja cakap halal untuk belasah orang awam asalkan melayu memerintah beb.
Come on tuhan mu bukan UMNO beb tuhanmu ialah Allah S.W.T dan Rasulmu bukan DR. M tapi Rasul mu ialah nabi Muhammad S.A.W. Takkan ini pun nak i cakap beb?
Tapi apakan daya dah umat melayu anggap diri diaorang sangat perfect sampai mengaku diri diaorang terbaik di dunia beb. Tapi lu jangan menyesal kerana sikap perfect mu tulah akan menyebabkan lu ditumbangkan mengikut HUKUM ALAM. (Sorry terpaksa copyright ayat keramat GB)
"Kumpulan Bughah UMNO.?"
"Bershit".tak bughah?.
Catat Ulasan