13 Jan 2014

Najib, PM Kangkung Kena Tibai Lumat Dalam Laman Sosial! -updated


Angkara Kangkung - Najib Kena Tibai Kaw-kaw Di Laman Sosial

#kangkung: Ialah kata kunci = perkataan yang mahu ditrendingkan di laman twitter. Adakah kemarahan rakyat Malaysia yang tercetus dari kenyataan Najib menerusi berita baru2 ini akan merealisasikan perkara tersebut?

Rujuk petikan berita Najib berkaitan kangkung. Disini dan disini.

Satu berita pendek. Satu berita yang sama diselitkan dengan unsur2 troll. Yang versi troll dikongsikan sebanyak 5,018 oleh pengguna facebook ketika ini.

Kalau baca di wall facebook pun, rata2 update isu kangkung aje. Maka terkenalnya Najib dengan kangkung2 kesayangan nya selepas neh.

HAHAHA..

Gambar2 trolling kangkung juga mula diilhamkan oleh pengguna2 facebook.

Rujuk ;




Kredit to MG dan Milo Suam.

Aku dah mula memikirkan yang Najib neh gamaknya dah kena sumpah rakyat. Hari2 kena maki Najib bodoh, Najib bodoh lama2 dia betul2 menjadi lebih bodoh daripada bodoh yang sedia ada selama neh.

Haha..

Fikir. Catatan neh memang khusus untuk Najib.

Kangkung turun harga adakah membawa kesan langsung terhadap ;

- Harga rumah?
- Harga kereta?
- Harga barang keperluan asas seperti gula + beras + tepung + telur dan sebagainya?
- Cukai GST?

Harga kangkung turun hanya effect kepada penjualan kangkung saja. Tak babitkan harga2 lain pun.

Bukan rakyat makan kangkung hari2. Kalau kangkung mahal rakyat boleh beli sayur jenis lain. Tapi kalau telur ayam mahal macam mana? Telur itik pun mahal juga. Alternatif takde. Orang2 miskin kalau nak makan telur pun dah rasa mahal, nak makan apa lagi? Ayam dan ikan sah2 lagi mahal. BTW, aku dulu pernah hidup melarat. Telur memang makan hari2 woo. Sapa yang pernah hidup melarat tahu harga telur lebih penting dari harga kangkung.

Harga kangkung juga tidak akan mempengaruhi keputusan kerajaan mengenai kadar tol, kenaikan pelbagai tambang pengangkutan awam, tarif elektrik, tarif air, harga petrol dan beberapa perkara lagi, seperti ura2 kenaikan minyak dan gas memasak. Betul?

Jadi kenapa la PM sibuk pongpang2 pasal harga kangkung yang hampir saja harganya tidak memberikan kesan mendalam kepada kehidupan rakyat?

Lainla kalau PM umum harga kangkung turun akan menyebabkan harga petrol turun, harga barangan keperluan asas turun, harga rumah turun, harga kereta turun, kadar tol turun, dan sebagainya.

Malunya lahai. Ada PM berfikiran cetek seperti ini. Najib memang jenis makan kangkung hari2 ke apa yang sampai happy sangat dengan penurunan harga kangkung? Siap suruh rakyat berterima bagai kat kerajaan la pula. Apa bendanya tu? BTW, aku tatau pula lepas neh kalau kita nak isi minyak boleh bayar guna kangkung. Kat station minyak 1Malaysia ke?

WAKAKAKA. -sozCyili


Kenyataan 'kangkung' PM jadi bahan jenaka


Kenyataan Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak berhubung penurunan harga kangkung di Kemaman semalam kini disebar meluas dan menjadi bahan sindiran dan gelak ketawa di Internet.

Selain komen di laman sosial, terdapat pengguna Internet yang secara nakal menujukan lagu rakyat “Lenggang Kangkung” nyanyian penyanyi terkenal Saloma kepada beliau.

Malah, terdapat juga pengguna yang membariskan beberapa gambar yang disunting dengan memasukkan dialog menyindir perdana menteri sebagai memahami kesusahan rakyat ekoran kenaikan kos sara hidup.

Ketua Pembangkang Datuk Seri Anwar sendiri dalam Twitter beliau tampil menyindir Najib berhubung kenyataannya itu dengan menulis:

“Zaman konfrontasi (dengan Indonesia) kerajaan sindir Soekarno makan jagung; sekarang rakyat Malaysia digalak makan kangkung! LOL (ketawa besar)!”

Najib semalam dilaporkan berkata:

"Kalau harga sayuran naik, sawi naik, kangkung naik, ada masa dia naik, ada masa dia turun. Hari ini dalam surat khabar, saya baca, ada yang dah turun.

“Kangkung dulu naik, sekarang ini dah turun. Bila turun apa pasal tak puji kerajaan? Bila naik salahkan kerajaan. Ini tidak adil sebab ini adalah (ekoran) keadaan, cuaca..."

Sementara itu, menteri belia dan sukan yang juga ketua Pemuda Umno Khairy Jamaluddin tampil menyelar tindakan warga maya itu yang menurutnya tidak rasional.

"Tak payah kecoh pasal kangkung. @NajibRazak (Najib) bagi contoh bukan semua benda naik harga. "Ada yg naik sebab faktor cuaca dan lain-lain. Rasional sikitlah," tulisnya di Twitter.
-mk



Trending FB: Apa cerita kangkung?


SUSULAN tersebarnya video penuh ucapan Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak pada majlis penyampaian bantuan kepada mangsa banjir di media sosial yang turut menyebut mengenai harga sayur kangkung, hari ini trending Facebook adalah berkaitan sayur tersebut.

Sinar Harian Online mendapati pengguna laman Facebook telah mengemaskini status dengan nama sayur kangkung beserta gambar sayur itu yang dijadikan pelbagai jenis hidangan.

Isu sayur kangkung itu juga turut mendapat perhatian Ketua Penerangan Pas, Datuk Mahfuz Omar yang turut berkongsi menu makan tengahari "pilihan", pada hari ini.

"Apa menu makan tengahari anda hari ini?...saya makan kangkung masak kurma!," tulisnya.

Semalam Najib dipetik sebagai berkata:

"...ada yang dah turun, kangkung yang dulunya naik sekarang sudah turun.

"Bila turun kenapa tak puji kerajaan, masa naik dipersalahkan kerajaan," katanya.
-SH



23 ulasan:

Tanpa Nama berkata...

Mana professor2 kangkung yang nak bekap?? cepat cepat sebelum kangkung naik harga balik.... Hisham Rais mesti gelak guling2

Tanpa Nama berkata...

Dengar cerita
Kumpulan Jambu yang top kat maharaja lawak mega 2013 Akan tukar nama ke KANGKUNG...
Sebab merdeka menjangka Akan mendapat lebih banyak undi

Tanpa Nama berkata...

Silap le...Kangkung dah buat permohonan nak tukar nama sebab terlalu malu beb. Naper le ada PM yang camni.

Tanpa Nama berkata...

memang sesuai benar dan tepat pada masanya dengan gelaran
"BAPA KANGKUNG MALAYSIA"

Tanpa Nama berkata...

Memang lah Najib ni BODOH BIN BENGAP.PM UMNO NI OTAK DIA LETAK KAT KEPALA ZAK...

Tanpa Nama berkata...

kau masih tak faham2, harga tol naik, minyak naik dan cukai gst dikenakan kerana keadaan cuaca tak menentu jugak, pm bukan saja2 nak naikkan

BaDiN berkata...

ada kangkung menjalar,ada kangkung meliar,ada kangkung disemai,ada kangkung pendek,ada kangkung panjang,ada kangkung layu,ada kangkung segar DAN ada kangkung nak mampus.Dlm banyak2 kangkung yg mana satu pilihan najib PM 1 malaya.Untuk tagline ,mana pilihan anda?utk umnoo keparat punya boss.
Tak lama lagi akan ditubuhkan Universiti Kangkung se Malaysia.

Tanpa Nama berkata...

kalau nampak menteri cap ayam diam-diam, kita dengar cerita kang kung pula...

Amuraria berkata...

kah kah kah ! kangkung 1malaysia ;) ABU !

Tanpa Nama berkata...

Kalau bukan sebab najib yg kasi tau mati-mati aku ingat kangkung ni murah ...rupa-rupanya ada rega jugak ye...Kalau gitu cubalah pegi ke sini untung-untung dapat duit beli KANGKUNG....
http://stayreward.com/index.php?share=14575

Tanpa Nama berkata...

X baik la maki mnghamun sesama kita...Memang betul sana sini naik...Tapi memaki hamun sana sini x kena caranya. ..Bkn susah pun Allah tu maha adil kan. ..

Melayu Jati berkata...

Kasihan Malaysia. PMnya tak lulus universiti pun. Tahap SPM saja. Perhabiskan duit mak bapa (KERAjaan) saja.
La ni baru aku tahu pasal Kak Mah begitu dominan. Kak Mah ada degree tapi isterinya Tok Jib TARAK. Tak hairanlah semua tindakan Tok Jib nampak tak cerdik dan tidak berwawasan. Cara macam main dengan budak-budak. Bagi gula-gula, ok dah.
La ni bagi tahu aku, tak ada lagikah Melayu yang hebat????? Pi ambil Melayu tahap SPM saja jadi PM. Yang dok kat universiti dengan degree berjela pun nampak KANGKONG. Ini pulak PM tahap PRA pejabat saja. Sebiji macam Presiden CUEPEC. Asyik dok mempertahankan pegawai kerajaan yang tak ada degree saja. Hanya Di Malaysia saja, pegawai yang tiada degree, gajinya lebih tinggi daripada pegawai yang ada degree.
Hidup Malaysia. Hidup Melayu. 1 Malaysia bawa REBAH.
Tu le. Jangan sombong. Dok maki orang HARAMJADAH. Nah, la ni Allah swt sudah londehkan seluar hang satu demi satu. Rupa-rupa Tok Jib tak suka pakai seluar kecil lelaki tapi suka pakai seluar kecil perempuan. Kan Tok Jib pakai rantai leher emas pulak.
TAHNIAH. TAHNIAH. TAHNIAH. Bila lagi TANAH PERKUBURAN MELAYU nak dirasmikan?

Kopi+Kangkung=Kongkung berkata...

lenggang-lenggang kangkung...
kangkung ditepi sawah...
lalalalala...:V

Tanpa Nama berkata...

melayu jati, pokcik jib tu ada degree dr u of notthingham dlm economics. tak silap. tu yg pakcik tu dok bangga dgn transformasi ekonomi dia kut. notthingham uk, bkn semenyih ye. tp tgk je la mcm mana dia apply ilmu dia

Tanpa Nama berkata...

kangkong Gred A

Tanpa Nama berkata...

Dia x habiskan degree dia sbb balik mengejut masa ayah dia meninggal. Ingat kalu dia oi balik sambung pun kantoi sbb benaq x reti pasai ekonomi. Dia pandai kot "EKONOMONEY"... haahaaa..

Niagaonline2u berkata...

Tak boleh salahkan PM najib jugak, dia dah berapa lama daa tak pegi pasar beli kangkong . Hehe

Lepas ni dia phobia tengok kangkung mahu 10 tahun tak makan kangkung..

muizPekan berkata...

vaavaavaa..dh jd fenomena dh skng ni mlysia berPM kn kangkung..sjnis syurn yg disukai lintah di paya ntuk btelur..dgr cite suma PM dan presiden dr slruh dunia dh tau tntg kejadian ni..dh masuk guiness book of world record dimana PM pertma yg beragama islam tlh berjaya menurunkn rega sayurn lebih tepat lg KANGKUNG

Tanpa Nama berkata...

Ganti minyak kereta dengan kangkong,ganti gula dengan kangkung, bayar tol dengan kangkung,ganti electrik dengan kangkung, itu le idea PM BN

Tanpa Nama berkata...

Pm kongkag

Tanpa Nama berkata...

Aku penyokong BN,tp itu dulu..aku menyesal..najib najis,kalau tak pandai nak memerintah..letak jawatan je..jangan jadi muka tembok..kami rakyat satu malaysia tak memerlukan najib..najib sampah masyarakat yang sebenar.

Tanpa Nama berkata...

Dengar dulu ucapan penuh najib barulah beri komen.....sini video sekerat je xble percaya.....saya pun tak suka sangat najib ni....tapi saya nasihatkan diri saya sendiri supaya bertindak adil sebelum beri komen.....kalau tak ia akan jadi fitnah....manalah tahu di akhirat nanti apabila ditimbang pahala dan dosa, bahagian dosa itu pula lebih berat sedikit dek kerana fitnah ini....nahuzubillahminzalik...

Tanpa Nama berkata...

Saya cadangkan agar slogan "Baldatun Thoyyibatun Wa Rabbun Gaffur" di blog ini ditukar kepada yang lebih sesuai, memandangkan tulisan-tulisan dan komen-komen yang dibuat dalam blog ini sangat tidak berpadanan dengan slogan blog ini....saya cadangkan slogan yang lebih sesuai untuk blog ini ialah..... "Baldatun La'natun wa Robbun Ghaffur".