19 Jan 2014

Jika UMNO Pulau Pinang Jujur, Buat Demo Suruh Najib Berundur


Umno marah bila ada orang bagi makan kangkung kepada perdana menteri

Umno Pulau Pinang dilaporkan marah dan meradang dengan acara memberi makan kangkung kepada patung perdana menteri Najib Razak dua tiga hari lepas. Kemarahan itu disuarakan beberapa orang pemimpin Umno negeri itu yang mengecam perbuatan memberi makan kangkung itu sebagai biadab.

Satu laporan polis oleh Umno Bahagian Bukit Mertajam juga dibuat agar polis menyiasat acara itu yang melibatkan Adun Machang Bubuk, Lee Khai Loon.

Timbalan Pengerusi Badan Perhubungan Umno negeri, Reezal Merican Naina Merican berkata tindakan Adun daripada PKR itu sangat keterlaluan. Beliau bertanya apakah dosa perdana menteri sehingga diperlakukan demikian rupa, sedangkan cara itu tidak dapat membantu menyelesaikan kos sara hidup.

Seorang lagi pemimpin Umno Pulau Pinang, Musa Shaikh Fadzir berkata banyak lagi cara lain boleh dilakukan, bukan dengan menyumbatkan kangkung ke dalam mulut patung Najib Razak.

Dua tiga hari kepas sekumpulan anak-anak muda telah mengadakan tunjuk perasaan sambil membawa patung berupa Najib Razak dan menyumbatkan dengan seberkas kangkung hijau ke mulutnya. Acara itu dibuat sebagai menempelak Najib Razak yang mengambil contoh bukan semua harga barangan naik, sebaliknya harga kangkung sudah turun.

Perbandingan Najib itu menyebabkan beliau diejak dipersenda begitu teruk sekali sampai mendapat perhatian BBC. Gambar acara memberi Najib makan kankung itu dimasukkan ke dalam Facebook secara meluas yang bagi pandangan sesetengah pihak ia menghina perdana menteri.

Sebenarnya perbuatan kumpulan berkenaan tidak perlu pun dilayan. Mereka hanya menyumbat kangkung kepada patung Najib saja dan tidak lebih dari itu. Kalau kejadian itu tidak diungkit ia dilupakan begitu saja tanpa mendapat perhatian umum. Kejadian seperti itu bukan pelik kerana sebelum ini bermacam-macam replika berupa pemimpin dilakukan dengan cara lebih 'beruk' lagi dari itu.

Tidak terkecuali pemimpin Umno, pemimpin DAP, Pas dan PKR juga diperlakukan demikian rupa. Gambar Anwar Ibrahim pernah dibakar. Gambar Karpal Singh juga dibakar begitu juga degan gambar Lim Kiat Siang. Gambar Tokguru Nik Aziz diadunkan dengan tubuh babi, dan ada gambar Nik Aziz dengan Haji Hadi di banner dipancut kencing. Tetapi mereka tidak memberi apa-apa reaksi. Mereka meneriam itu sebagai vandalisme politik.

Nampaknya bila kena giliran Umno mereka melenting macam buah guli jatuh ke simen. Tenanglah duhai Umno, kalau gambar pemimpin pembangkang boleh diperlakukan dengan cara lebih huduh dari itu kenap tidak dengan gamabr Najib Razak. Belajarlah bersabar dan tenang daripada pembangkang.

Kita tahu tindakan membela Najib itu adalah untuk membodek Najib. Mereka sendiri sebenarnya tidak ikhlas untuk membantu perdana menteri. Kalau mereka jujur untuk membela perdana menteri, menjaga maruah Najib, mereka boleh nasihat Najib berundur dan serahkan kerusi kepada Muhyiddin Yassin. Cara itu lebih praktikal dan dapat menyelesaikan masalah. Hanya dengan memaki hamu acara itu dan menganggap ianya tidak memberi bekas, sama dengan tindakan Umno membela Najib itu juga tidak memberi bekas.

Sikap pemimpin Umno Pulau Pinang itu memperjelaskan mereka sangat terdesak dan sudah habis ikhtiar untuk bermain politik secara baik. Tindakan memarah kumpulan yang memberi makan kangkung kepada Najib ia memberi publisiti percuma dan provokasi terhadap Perdana Menteri itu berjaya kerana ia diberi reaksi sedemikian rupa. Tentu kumpulan itu dan Adun Machang Bubuk sangat gembira kerana ocahan mereka diberi reaksi.

Elok juga polis jalankan siasatan dan mereka terlibat didakwa kerana kita mahu dengar di mahkamah nanti apakah sebab mereka memberi patung Najib 'mentankedarah' kangkung. Dan pastinya pendakwaan gara-gara memberi patung PM makan kangkung akan mendapat perhatian dunia, dan Malaysia dalam keadaan ekonomi robek dan merudum ini dapat mencipta rekod baru, kerana berjaya mengadakan perbicaraan ke atas orang memberi makan kangkung kepada replika perdana menteri, manakala orang yang membunuh Altantuya terlepas begitu saja. -msomelayu

8 ulasan:

Tanpa Nama berkata...

Budak budak umno bodoh, rata rata poket takde duit kerja malas dan merokok giler macam lori angkot sampah asapnya. Datang pulak umno elit bagi upah 50 ringgit mana ketidak budak budak malas tu belari tak pakai otak naik giler pasal KANGKUNG.

Mak Bapak bagi minum susu tin anak pun lagi mahal dari harga KANGKUNG tapi sedih anak anak benggap tahap KANGKUNG.

Apa nak jadi dengan budak budak bodoh sebegitu ramai di negara kita ini.....? Budak Bangla Vietnam Myanmar pun cerdik !!!

Tanpa Nama berkata...

ini dia cap kangkong taliban dari umno

Andre Irwan berkata...

Kan kebanyakan UMNO Penang berketurunan eeeeeeeeeeeeeeeeeeeeeeeeeeeeeeeeeee........
Kalau nak orang minta maaf, hangpa patut minta maaf dengan Ketua Menteri hangpa dulu. Dasar munafikun. Najib tu cara dan bau beraknya sama sahaja dengan Ketua Menteri hangpa. Keluar kot dubur. Awat ingat Najib tu berak ikut mulutkah?
Suruh Najib minta maaf dengan warga Felda dulu, baru ...
Awat Najib makan kangkong tu menjatuhkan martabat Najibkah? Kelaku hangpa la ni yang menjatuhkan martabat dia sebab nampak bodoh.

Tanpa Nama berkata...

budak2 bodoh ni pun bukannye dpt tempat dlm umno. org kaya umno pun x mungkin akan berkongsi kekayaan dgn diorg ni. sedarlah, jgnlah lg kamu diperbodohkan.

Tanpa Nama berkata...

saya tak nampak melayu tapi nampak mamak sedang menghasut orang melayu.Bagus hadiahkan mereka ini kek tahi seperti mereka buat dulu kepada km.

Tanpa Nama berkata...

Tanya pak mufti' huru hara sana sini 'yang ni darah halal tak? Kihkihkih

Tanpa Nama berkata...

Apa salahnya bagi mulut dia makan kangkong? Dia yang cakap semua rakyat msia makan kangkong. Kenapa nak salahkan kaum lain?

Tanpa Nama berkata...

Dia orang dah tak dak isu, macam2 isu hal Anwar tak jalan, buka hal mat sabu tak jalan, bukak lagi hj. hadi tak jalan. macam2 isu lagi di create nya isu Allah, PM kata di sabah dan serawak bolih, tapi di semenanjung tak bolih..tak jalan jugak ni pasal kangkong..buat isu perkauman..tak jalan jugak..apa lagi nak create..kesian UMPORNO.