19 Jan 2014

YB Fuziah Mahu Heret Blogger Pro-UMNO Kerana Memfitnahnya


Shah Alam – Ahli Parlimen Kuantan, Fuziah Salleh akan mengambil tindakan undang-undang terhadap blogger MyMassa yang didakwa memfitnahnya melalui penerbitan satu artikel, baru-baru ini.

Beliau berkata, laporan polis yang dibuat pada 14 Januari lalu di Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Kuantan akan diserahkan kepada peguam dalam masa terdekat untuk tindakan lanjut.

“Laporan polis yang dibuat sebelum ini akan diserahkan kepada peguam dalam rangka untuk menyaman blogger MyMassa yang sudah memfitnah saya,” katanya melalui laman Facebook.

Fuziah berkata, tindakan itu diambil susulan blog pro-Umno berkenaan yang secara jelas sengaja menghasilkan artikel untuk menjejaskan karier politiknya.

Penulis blog itu mendakwa Fuziah menyalahgunakan duit banjir yang diperuntukkan Menteri Besar Selangor, Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim dan Ketua Umum Parti Keadilan Rakyat (PKR), Datuk Seri Anwar Ibrahim untuk berjoli di Ghuangzhou, China.

Tuduhan itu dinafikan Fuziah kerana tegasnya tidak ada pindahan wang dilakukan ke dalam akaun beliau, sebaliknya bantuan disalurkan dalam bentuk barangan, menurut sumber Selangorkini.

5 ulasan:

Tanpa Nama berkata...

saman rm2juta,biar dia tau langit tinggi ke rendah.

Unknown berkata...

Bapak WIPE S..tak takut ke dgn azab mfitnah. Macai umno bn ni kenapa ya? Derang ni tak ada agama ke? Agama melayu ke? Tolong lah kalau nak wipe s parti ko pun ingatlah Allah swt. U all kenal tak dengan binatang babi yg sifatnya rakus? Aku teringat binatang tu saat ini..

retrofungus berkata...

baru nak baca atikel kat blog tu dah kena delete,sah sah pemfitnah,tau takut

Tanpa Nama berkata...

Lawan tetap lawan;
Saman tetap saman..

Tanpa Nama berkata...

Ada bukti kuat teruskan saman.