19 Jan 2014

[ISU KANGKUNG] Salah Najib Sendiri, UMNO Tidak Wajar Melenting..


Kemarahan Umno terhadap isu kangkung serlah pemisahan daripada realiti

Ketidakmampuan Umno untuk melihat sisi lawak parodi kangkung mempersendakan Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak adalah tanda bahawa mereka hilang sentuhan dengan perasaan rakyat dan enggan mengiktiraf kuasa media sosial, kata penganalisis.

Penganalisis berkata, keadaan itu menunjukkan parti ahli Melayu dan penyokongnya masih berpegang kepada mentaliti bahawa pemimpin mereka tidak boleh dikritik.

Pengarah Merdeka Center, Ibrahim Suffian, berkata cara pemikiran ini kebanyakannya didorong oleh struktur dan sejarah parti Melayu itu, penetapan tradisional yang ada kaitan kuat dengan budaya feudal.

“Mereka datang daripada pelbagai rangka fikiran, mereka mempunyai cara berbeza memandang pemimpin. Ia dipengaruhi kuat oleh feudalism dalam budaya Melayu, maka budaya mencium tangan sering dilihat antara ahli dengan pemimpin,” katanya kepada The Malaysian Insider.

Ahad lalu, Najib berkata kerajaan persekutuan Barisan Nasional (BN) tidak pernah dipuji apabila harga barangan turun. Menggunakan kangkung sebagai contoh, beliau berkata harga sayuran sudah turun tetapi Putrajaya tidak menerima sebarang pujian.

Kenyataannya disiarkan oleh siaran televisyen tempatan TV3 dan dimuat naik ke You Tube, mencetuskan kritikan daripada pengguna laman sosial, dengan kebanyakannya menyatakan kebodohan perdana menteri menggunakan kos sayuran yang tumbuh liar di tepi jalan sebagai contoh kerajaan memahami.

Sejak itu, kenyataan kangkung tersebar luas di media sosial hingga ada yang memuat naik video, gambar, parodi, jenaka dan flash mob yang mempersendakan Najib.

Ini menyebabkan ahli Umno mengkritik mereka yang tidak menunjukkan rasa syukur kerana harga sayur yang lebih murah dan mengejek kerajaan.

Bagaimanapun, keadaan bertukar menjadi ada unsur perkauman apabila blogger Umno, Dr Novandri Hassan Basri membelasah ahli pembangkang berbangsa Cina.

“Pakatan (Rakyat) Cina menjadi lebih ekstrem dan biadap. Mereka secara terbuka menghina perdana menteri dengan memasukkan kangkung ke dalam mulut replica Najib,” katanya selepas Ahli Dewan Undangan Negeri Machang Bubuk dari PKR, Lee Khai Loon menganjurkan bantahan di Pulau Pinang yang memaparkan patung Najib disumbat dengan kangkung.

Ibrahim berkata, reaksi daripada Umno menunjukkan bahawa BN mempunyai masalah berdepan dengan golongan lebih muda yang tidak berkaitan terhadap pemimpin.

Katanya, mereka tidak selesa mereka mereka tidak biasa dengan maklum balasan seumpama itu.

Beliau berkata, masalahnya menjadi lebih teruk kerana pemimpin selalu dilihat lebih hebat daripada hakikat dan dengan mengejek pemimpin, ia menjadikan lebih sukar untuk mereka meyakinkan rakyat Malaysia mengenai polisi pada masa depan dan ia bahaya.

“Internet adalah landasan untuk rakyat menyuarakan kesedihan dan Umno tidak bersedia untuk melihat penentangan sudah sampai ke peringkat itu,” katanya.

Penganalisis politik dari Universiti Monash Malaysia, Profesor James Chin, berkata sokongan di sekeliling Najib oleh ahli parti dan penyokong berhubung isu itu adalah konsisten dengan kemampuan Umno untuk berdepan degan media baru.

Beliau berkata, BN tewas dalam perang sosial media sejak pilihan raya umum 2008.

“Umno tidak faham bahawa parodi kangkung adalah jenaka. Mereka jadi defensif. Mereka sepatutnya perlu diam sahaja atau menghasilkan idea jenaka lain untuk mengalihkan perhatian,” katanya.

Beliau berpendapat, dilema Umno disebabkan fakta bahawa mereka melayan media sosial sebagai satu lagi bentuk media tradisional, dan kejahilan seumpama itu boleh menjejaskan parti.

“Mereka tidak sepatutnya mewujudkan kontroversi, ia akan menguatkan jenama buruk yang Umno ada,” katanya.

Ketua Pegawai Operasi Institut Hal Ehwal Demokrasi dan Ekonomi (Ideas), Tricia Yeoh, berkata ia ironi kerana Umno dan penyokongnya marah meluap-luap terhadap warga internet mengenakan Najib apabila mereka melakukan perkara serupa terhadap pemimpin Pakatan Rakyat.

“Mengapa mereka senyap apabila penyokong atau mereka daripada kumpulan lain melakukan helah yang sama terhadap pemimpin pembangkang?

“Mereka boleh meluahkan rasa marah yang serupa, tetapi mereka tidak melakukannya,” katanya dan menambah mereka sepatutnya konsisten dengan pendirian.

Berdepan dengan kenaikan kos sara hidup berikutan pemotongan subsidi dan kenaikan harga, Yeoh berkata, rakyat Malaysia menggunakan jenaka untuk membantu mereka menangani masalah.

“Tidak banyak yang boleh dilakukan, sama ada anda ketawa atau menangis, jadi adalah lebih baik ketawa,” katanya. -TMI


SAMM: Ejekan kangkung pada PM sentimen seluruh negara


Solidariti Anak Muda Malaysia (SAMM) membidas kenyataan seorang blogger pro-Umno yang cuba mengaitkan sebuah flashmob parodi kangkung dengan sentimen perkauman.

SAMM menyifatkan tindakan blogger tersebut hanya mengambil kesempatan dari satu aksi semata-mata, namun tidak melihat dari pelbagai sudut yang lebih menyeluruh.

Apa yang berlaku dalam negara hari ini ialah, 1Malaysia telah ditindas pemerintah dengan kenaikan kos sara hidup yang tidak terkawal – tidak ada kaum yang terkecuali. Respon dari kebanyakkan menteri pula dilihat kurang bijak dan mendapat kritikan umum.

Kemuncaknya, lahir parodi yang disensasikan secara meluas berpunca daripada respon Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak dalam satu majlis di Kemaman.

Semua kaum di atas nama rakyat Malaysia telah terlibat dalam menjayakan ‘parodi kangkung’ yang bermula di laman sosial, dan SAMM tidak menolak kemungkinan ianya akan diperluas dalam bentuk flashmob. Trend ‘kangkung’ ini akhirnya mendapat perhatian dunia.

Jika blogger Umno menuduh flashmob berunsur kangkung hanya melibatkan kaum cina, apakah blogger tersebut mahu melihat 1Malaysia melakukan ‘flashmob kangkung’ selepas ini? SAMM percaya ia mampu dilaksanakan dan banyak pihak akan mengambil bahagian.

Justeru, SAMM amat bersetuju dengan saranan pelbagai pihak agar kempen #Kangkung1Malaysia dilancarkan bagi mengisi keharmonian kepelbagaian kaum yang bersatu meluahkan perasaan.

Rakyat bersatu tidak dapat dikalahkan

EDY NOOR REDUAN
Blogger pro-Rakyat
Pengarah Propaganda
Solidariti Anak Muda Malaysia (SAMM)


ULASAN GB

Sapa yang mulakan isu kangkng ni kalau bukan Najib sendiri?

Mengapa pula bila sudah menjadi satu "fenomena" sampai ke peringkat antarabangsa tiba-tiba UMNO melenting? Seiap buat demo di Pulau Pinang dengan MP-MP UMNO yang kangkung berucap memperingatkan tentang 13 Mei?

Bukankah itu lebih bersifat hasutan perkauman?

Diprovokasikan? Tetapi ingat, hukum kebenaran dan keadilan berjalan. Tidak ingatkah peristiwa penyokong UMNO mebakar patung pengarang akhbar mingguan Katolik, Paderi Lawrence Andrew dibakar di Kuala Langat bulan lepas? Bukankah itu lebih teruk dan lebih dasyat daripada menyuapkan mulut Najib dengan kngkung? Islam ajar begitukah?


“Don't do unto others what you don't want others to do unto you.” - Confucius

10 ulasan:

jiwa hamba berkata...

umno mmg bahlul. yg disuap ke replika mulut najib tu kangkung dan bukannya babi. jadi buat apa yg melenting. umno ni kadang2 terlampau taksud dgn najib hinga dimuliakan setaraf tuhan.

Awanama berkata...

ini 'tsunami kangkung' umno...macam mana pula gambar tgna dipadankan dengan babi dan anjing, pijak gambar pemimpin pr, kencing gambar pemimpin pr , hadiah kek tahi dan banyak lagi...mereka tidak pernah sedar kerana mereka dari puak umno yang kebal undang2,

Awanama berkata...

Semua sedia maklum, akan tampil KAKI AMPU terdiri mereka yg bijak pandai yg rela dianggap bodoh asalkan tercapai agenda tersembunyi utk kepentingan pribadi. Ini juga tergolong dlm cendiakawan kangkong.

Awanama berkata...

Inilah hakikat yg harus diterima oleh umno dan ahli2nya. Mereka dan pemimpin mereka mempermainkan sebahagian rakyatnya sendiri di Kemaman. Utk mendpt bantuan banjir kena pergi sana pergi sini, isi borang itu isi borang ini, hantar sana hantar sini. At last tak sampai separuh yg dapat. Yg lain kena tuggu bulan April ni pulok... APA NI..???? Mcm mana dgn mereka yg cuti kerja dan mendengar ceramah merapu umno sehari suntuk tp tak dapat bantuan yg sudah tersusun depan mata mereka...??
Begitulah... akhirnya ALLAH menghukum satu Malaysia mempermainkan umno dan tok ketuanya... bahkan merebak ke luar negara.
Semoga ahli umno mengambil iktibar dari apa yg berlaku

Awanama berkata...

mamak umno tu perangai macam binatang ....malukan Malaysia

Awanama berkata...

Artis-artis yg dibayar utk buat parodi 'bangkang dari longkang' sewaktu musim PRU13 dulu takde pulak nak kecoh.

Buat photoshop gambar-gambar ulamak dengan aksi-aksi hina tak pulak nak keluar berita.

Menyeleweng harta negara dan menggemukkan poket kroni-kroni, takde pulak keluar fatwa-fatwa dari Mufti.

Dengan sengaja tidak mengeluarkan bukti dalam perbicaraan Pulau Batu Putih sampai memberi kemenangan kepada Singapura, sampai sekarang diam.

Skandal lembu kondominium sampai sekarang kes tak berbunyi dah.

Isu sewa jet persendirian, cincin berlian, sambutan hari lahir, sambutan majlis perkahwinan, shopping dengan duit PERMATA, akaun PERMATA yang tak pernah di audit, perbelanjaan majli pertunangan, kereta Bentley anak Jejeb... perghhh....

Rakyat kena faham... kalau tak mampu, jangan HIDUP.

Dan kepada pemimpin, kalau tak mampu, jangan calonkan diri dan menggatal nak jadi pemimpin.

Andre Irwan berkata...

Mentaliti Melayu UMNO ... dah dijangka. Orang tak cerdik mana mungkin berfikir pada tahap tinggi. Dah diajar dengan tahap pemikiran rendah selalu, jadi mudah diperkotak-katikkan oleh pemimpin depa.
Bila dah tak mampu berhujah, maka timbullah isu perkauman. Siapa yang mempermainkan isu perkauman kalau bukan BN sendiri? Asyik dok salahkan PR tapi depa yang melakukan segalanya.
Beza yang jelas antara pemimpin BN dan PR ialah pemimpin PR boleh dikritik, boleh dibidas, boleh disanggah, ... samada oleh lawan atau kawan, depa masih mampu bersenyum manakala pemimpin BN terutamanya UMNO, tak boleh dibuat sedemikian. Mungkin pemimpin depa berak wangi kot.
Kan kira orang Islam dah dinasihat dari dulu lagi. Jangan kita mencaci orang lain sebab mungkin pada hari nanti, kita dicaci orang. Ingat lagi waktu PM mencaci warga Felda dengan ucapan "HARAMJADAH. HARAMJADAH, HARAMJADAH". La ni PM diharamjadahkan oleh rakyat Malaysia sendiri.
Satu soalan dari aku ni. Melayu tu siapa? Adakah Mahathir, Aziz, Noh and the geng tu Melayukah? Malahan Mahathir dinobat sebagai JAGUH MELAYU. Dah tak ada Melayu lain yang hebatkah sehingga sanggup mengaku bangsa lain sebagai Melayu dan jadi jaguh Melayu pulak? Siapa pun boleh mengaku Melayu di Malaysia tapi ada yang tak mahu dan tak sanggup berbuat sedemikian sebab depa amat menyayangi Allah swt yang menjadikan diri depau ni. Perlukah kita menjadi munafik dengan mengaku Melayu sedangkan kita ni tidak? Kalau keturunan sendiri pun depa dah berbohong, yang lain entahlah. Munafikun ni amata bahaya bukan sahaja pada Melayu tapi juga manusia lain yang bukan Melayu. Fikirlah dengan otak di atas kepala anda yang dianugerah oleh Allah swt dan bukan pada kepala lutut.

Awanama berkata...

Dah keturunan bahalol , tak boleh diubah lagi... ABU!

Awanama berkata...

Setuju masa nak pru 13 siap panggil tok guru ' Pork nik' 'nik najis' dan gambar mereka mengencing poster poster tok guru tu aper citer ,lagi menyirap darah aku ..bangsat punya baka..baka haram jadah...

Awanama berkata...

Angry Bird sudah bertukar jadi Angry UMNO Beb. Apa lu all tak suka pemimpin lu (UMNO)kritik yang kerja mengalahkan badut mcdonald dan peserta maharajalawak dan diberi nickname PM kangkung?

Come onlah sudah i cakap sebelum ini sudah orang kritik sebegini rupa muhasabah dirilah beb takkan ini pun lu tak tahu nak buat.

Sedangkan pemimpin PAS kalau menghadapi masalah atau dikiritik akan buat Postmortem, takkan akan lu tak boleh buat beb? Ataupun lu UMNO terlampau perfect sangat sampai tak payah buat postmortem?

Perfect adalah sifat Allah S.W.T. beb. Jangan kerana kita terlalu angkuh mengganggap diri kita perfect beb, takut nanti kita tidak sengaja syirik kepada Allah S.W.T. Wallahualam.