Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) menetapkan 20 April sebagai hari penamaan calon manakala pengundian akan diadakan pada 5 Mei.
Dalam pada itu pengundian awal akan diadakan pada 30 April.
Ketiga- tiga tarikh itu ditetapkan pada mesyuarat khas yang diadakan di sini sebentar tadi.
Berdasarkan keputusan hari ini, tempoh berkempen selama 15 hari diperuntukkan. Tempoh berkempen pada pilihan raya umum 2008 ialah selama 13 hari.
Ketika mengumumkan tarikh-tarikh itu, Pengerusi SPR, Tan Sri Abdul Aziz Mohd Yusof berkata, seramai 13,268,002 rakyat Malaysia layak mengundi kali ini, berdasarkan daftar pemilih yang digazetkan esok.
Pilihan raya umum kali ini membabitkan 222 kerusi Parlimen dan 505 kerusi Dun.
3 ulasan:
Akhirnya UMNO memungkiri janji (Janji bukan semestinya yang UMNO katakan yang rakyat mahukan itu pun kau mesti tunaikan juga) dia dengan tidak menetepkan tempoh kempen 30 hari seperti yang dikehendaki oleh BERSIH.
Saya rasa ada banyak lagi. Biarkan tukang komen seterusnya beri komen.
BN cuma ada lebihan mandat PRU12 sampai 27hb April sahaja. Selepas dari tarikh tersebut, Najib tiada mandat langsung untuk memegang jawatan PM sementara, melainkan dia dilantik secara formal oleh Agong pada atau sebelum 27hb April untuk tempoh 28hb April - 5hb Mei.
Selepas 27hb April, Najib tiada hak langsung untuk menjadi PM. Orang kampong pun boleh ke depan dan declare dia PM sementara.
Sesiapa yg menjadi PM, dia yg berkuasa ke atas PDRM, dan SPR, dan badan-badan inilah yg memain peranan penting untuk menghalang atau membiarkan hantu-hantu masuk mengundi pada PRU13.
Oh !!!!
Ketua Hantu itu pun berkata....
Sesungguhnya kejadian hantu hantu dan syaitan syaitan itu benar , dan ketahuilah Vampire tidak akan keluar pada siang hari untuk Mengundi , melainkan hantu hantu kaki dua (2) yang menyerupai umat umat di kalangan kamu.
Hantu Hantu.....chabut chabut !!!!
Catat Ulasan