10 Apr 2013

[VIDEO] PAS Calonkan Nizar Di Changkat Jering, Idris Ahmad Di Parlimen Bkt Gantang


PAS Perak mengesahkan malam tadi bahawa parti itu akan bertanding di 22 kerusi Dewan Undangan Negeri (DUN) dan tujuh kerusi Parlimen di negeri itu pada Pilihan Raya Umum ke-13 (PRU13).

Pesuruhjaya PAS negeri Abu Bakar Hussain berkata perkara itu diputuskan dalam perbincangan di peringkat pusat di Kuala Lumpur semalam.

Dalam majlis pra-pengumuman calon di markas parti itu di Kampung Permatang, Pasir Panjang, beliau turut mengumumkan beberapa calon yang akan bertanding pada PRU13.

Mereka termasuk Timbalan Pesuruhjaya PAS Perak Datuk Seri Mohammad Nizar Jamaluddin yang akan bertanding di kerusi Dewan Undangan Negeri (DUN) Changkat Jering yang sebelum ini ditandingi PKR.

Manakala, calon wanita Rohawati Abidin yang merupakan Ketua Dewan Muslimat PAS Lumut diumumkan akan menggantikan Nizar di Dun Pasir Panjang dan Ahli Jawatankuasa PAS Pusat Idris Ahmad (kanan) dinamakan sebagai calon di Parlimen Bukit Gantang, menggantikan Nizar.

"DUN Kubu Gajah pula akan ditandingi kembali oleh Ketua Dewan Pemuda PAS Larut, Nazri Din.

"Kesemua mereka dipilih atas faktor integriti, amanah, setia dan telus," katanya. - Bernama


4 ulasan:

Pak Mat berkata...

Lama dah ustad Dekhih teringin nak jadi YB.. Bleh kut kali ni.....

Tanpa Nama berkata...

Tahniah !!!!

Perak telah pun mendapat Mentri Besar yang Baru , DS Nizar yang bersih cekap lagi amanah....

Ketahui lah bahawasa nya, Kutty Kutty itu adalah makanan asas di Nasi Kandar Kerala Chennai dan Lumut ?

Yahoo!

Tanpa Nama berkata...

InsyaAllah Pak Mat, ameenn.
Dan smg lepaih jadi YB nanti ust derih masih sudi utk sampaikn kuliah haraki bulanan di tempat saya mcm sblm2 ni...

Tanpa Nama berkata...

InShaAllah, kami di Markaz Wak Libon mendoakan sama kejayaan Ust Idris.....