25 Dis 2013

[VIDEO & GAMBAR] Ribuan Ikan Di Pantai Lahad Datu.. Penduduk Bimbang...


Beribu-ribu ikan yang kebiasaannya hanya berenang di tengah lautan, hari ini dilihat berpusu-pusu berenang ke pesisiran pantai dan melompat naik ke daratan.

Fenomena aneh yang mengejutkan penduduk setempat ini berlaku di Pulau Tambisan, Lahad Datu, kira-kira jam 9 pagi tadi.

Menurut pembaca Sinar Harian Online, Luludaprincess Oja yang berkongsi maklumat itu, kejadian itu disedari oleh penduduk sekitar yang melalui kawasan itu secara tiba-tiba melihat ikan meloncat naik ke daratan.

"..situasi ini disedari oleh orang kampung yang kebetulan berada di tepi pantai, melihat kelainan dalam air tersebut di mana ikan-ikan meloncat naik ke darat.

"Sesetengah penduduk mengambil kesempatan untuk memungut ikan tersebut.

"Ini merupakan fenomena pertama berlaku di kampung tersebut," katanya.

Dalam pada itu, Sinar Harian Online mendapati video mengenai peristiwa itu yang berdurasi dua minit tiga puluh lima saat telah dimuatnaikkan di laman Youtube.

Sebelum ini, kejadian tsunami yang berlaku di Acheh pada 26 Disember 2004 turut mencatatkan tanda-tanda pelik sebelum berlaku bencana alam tersebut. -SH








ULASAN GB

Beberapa hari sebelum tsunami 26 disember 2004.. beribu-ribu ikan terdampar di pantai.

PDan pernah juga peristiwa ikan mati secara banyak pernah dilaporkan di blog ini pada 10/3/2011 iaitu berjuta ikan mati di Los Angeles, yang kemudiannya pada hari berikutnya iaitu pada 11/3/2011 benar-benar berlaku bencana tak terperi dasyatnya iaitu Tsunami di Jepun. Ia ada kaitan kerana kedudukan pantai Los Angeles berada di sebelah timur Jepun.

Begitu juga di New Zealand, pada 21 Feb 2011, GB memuatkan entri satu berita mengenai Misteri: 100 Paus Ditemui Mati Di Pantai New Zealand, dan kemudian pada 23 Feb 2011 pula, tiba-tiba berlakulah apa yang dikatakan [Bergambar] Lebih 60 Terbunuh Akibat Gempa Di New Zealand.

Peristiwa ikan yang tmbul, hidup atau mati, nampaknya semacam tidak signifikan semasa kejadiannya, tetapi ia adalah impak dari satu malapetaka yang telah berlaku lebih awal di dasar laut sebelum ia benar-benar muncul sebagai satu bencana di permukaannya.

Sekarang berlaku pula di Lahad Datu, Sabah, satu tempat yang pernah menggemparkan negara dengan kes tentera Sulu sebelum PRU13 dulu, petunjuk apakah itu ....?

4 ulasan:

Tanpa Nama berkata...

PENGAJARAN DAN PETUNJUK DARI AL QURAN BANYAK YANG MESTI KITA AMBIL, KEBENARAN DARI KEJADIAN INI MEMUNGKIN KAN SEGALA2 NYA. BERHATI HATI LAH DAN MUNGKIN INI AKAN MENJADI SATU MALAPETAKA KERANA MANUSIA HARI IN TELAH TERLALU BANYAK MELAWAN DAN TIDAK MENGIKUT SURUHAN NYA. RAKYAT SABAH KHAS NYA MESTI BERUBAH, JGN LAGI AKUR DENGAN PEMIMPIN YG TIDAK AKUR DENGAN HUKUM DAN UNDANG2 ALLAH, IKUT LAH BRUNEI YG AKAN MEMBUAT PERUBAHAN DEMI AGAMA.

BaDiN berkata...

mungkin berlaku perkara yg akan menggembirakan ramai yg dinanti nantikan iaitu Tumbangnya Umno dari tampok pemerintahan.
ALLAH menunjukkan KuasaNya sebagai Iktibar kepada manusia angkuh lagi bongkak agar KekuasanNya tidak dicabar.Wallahualam.

Tanpa Nama berkata...

Petandanya ialah ikan-ikan kecil akan bergelipangan mati, jerung bermaharaja akan melicinkan segala yang ada di tanah dan air.

Blkgtabir berkata...

mungkin kos sara hidup dilaut telah meningkat naik secara mendadak mcm kat darat sini. maka ikan2 tersebut telah mengkritik kerajaan mereka. menteri ikan kata kalau tak suka sila pindah. sbb tu ikan2 tsb naik ke darat. nak cuba hidup didarat sbb kos sara hidup dilaut terlalu membebankan.