25 Dis 2013

Mahkamah Kekalkan Keputusan Perintah Blogger UMNO, Padijantan Bayar RM130,0000

Alor Setar - Mahkamah Tinggi Alor Setar semalam mengekalkan keputusan memerintahkan pengendali blog Padi Jantan, Sobri Sudin membayar RM130,000 kepada bekas Setiausaha Politik Menteri Besar, Muhammad Sanusi Md Nor kerana memfitnahnya dengan menyiarkan laporan palsu di laman blog berkenaan.

Pesuruhjaya Kehakiman, Abu Bakar Katar, membuat keputusan berkenaan dalam kamarnya. Gambar: Sanuri (kiri) lega dengan keputusan mahkamah.

Abu Bakar menolak permohonan lampiran 22 dan 23 defendan untuk mengetepikan perintah mahkamah berhubung lampiran 16 berkenaan fitnah yang dibuatnya pada 22 Julai tahun lalu terhadap Sanusi mengaitkan plaintif dengan jenayah rasuah RM1.3 juta. Bagaimanapun keputusan memihak kepada plaintif yang dibuktikan dalam perbicaraan penuh.

Menurutnya, lampiran 23 dan 23 berkenaan ditolak dengan kos RM2,000 kerana defendan gagal membuktikan isi kandungan afidavit sokongannya antara lain beliau tidak pernah menerima writ saman berhubung tuntutan kes berkenaan.

Berdasarkan fakta, pada 30 April lalu penyampaian ganti sudah beberapa kali pergi ke alamat yang diketahui milik defendan namun beliau tiada di rumah. Akhirnya pada 9 Jun, penghantar notis mahkamah memfailkan afidavit penyampaian ganti di mahkamah dan menampalkan notis terbabit di alamat terakhir beliau di Flat Taman Seri, Gemilang, Mergong serta papan kenyataan mahkamah. Mahkamah memutuskan defendan gagal untuk membuktikan beliau tidak menetap di alamat itu dan kes berkenaan tamat serta tiada sebarang rayuan di peringkat mahkamah rayuan berikutan defendan gagal memasukkan sebarang notis rayuan yang berakhir pada 30 November lalu.

Keputusan pada 30 Oktober kekal dengan defendan diarahkan membayar ganti rugi am RM100,000 dan kos RM30,000 serta tambahan RM2,00


Muhammad Sanusi diwakili peguam Amirul Fairuzzeen Jamaluddin manakala defendan diwakili Shariman Osman.

Sementara itu, Shariman akan tetap membuat rayuan terhadap keputusan kehakiman dalam tempoh 14 hari.

Pada 27 Februari lalu, Muhammad Sanusi yang ketika itu Setiausaha Politik bekas Menteri Besar, Tan Sri Azizan Abdul Razak memfailkan saman fitnah berhubung laporan blog pada 22 Julai 2012, kerana mengaitkan dirinya dengan rasuah RM1.3 juta, selain didakwa berada dalam lokap Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) Kedah.

Menurutnya, dakwaan itu bersifat fitnah kerana ketika itu, beliau hadir pada program menteri besar menyampaikan sumbangan Ramadan di Masjid Alor Semela, Jalan Datuk Kumbar.

Dalam tuntutannya, Muhammad Sanusi mendakwa laporan itu berniat jahat memfitnahnya menyebabkan beliau dan keluarga menanggung malu.

“Saya bersyukur kerana keputusan ini kekal sekali gus dapat membersihkan semula maruah saya yang tercalar. Duit berkenaan kelak akan digunakan untuk tujuan kebajikan,” katanya.

Dalam pada itu, Amirul Fairuzzeen berkata, pihaknya akan memfailkan pelaksanaan terhadap defendan untuk melangsaikan bayaran dengan segera.
-SH


Laporan sebelum ini
klik untuk baca

7 ulasan:

Amuraria berkata...

alhamdulillah padan muka barua-barua pengampu & pemfitnah tegar tanpa bukti yang amat suka memfitnah para pejuang islam ! ABU !

remba@pjs berkata...

Fitnah orang senang, tapi kena bayar yang diarahkan oleh mahkamah baru dia rasa susahnya. Maka jangan buat fitnah kerana undang2 fitnah negara ini sangat tegas. Maka jangan sesekali kita jadikan budaya fitnah dalam negara ini kerana timbal baliknya sangat besar dan orang yang membuat fitnah akan alami kerugian yang besar. Jika tidak bayar, mereka akan dapatkan perintah perlaksanaan seperti Writ Penyitaan dan Penjualan dan akhirnya perintah bankrupt.

Tanpa Nama berkata...

padan muka! itu baru balasan didunia bukan diakhirat lagi. biar papa kedana hingga mati.

Tanpa Nama berkata...

Padijantan lepas ni jadi padipon tak ada telor kah...kah...kah

Tanpa Nama berkata...

Tapi barua2 penjilat celaka ni bukanya serik sebab fitnah dah sebati dng jiwa....dah mengalir dalam darah mangkuk2 ni. Ni bayar denda ni entah2 sapu duit rakyat...umno haramjadah tolong curi duit.

Tanpa Nama berkata...

Hidup kita ni jgn cari masalah. Jgn jadi barua org tertentu. Dapat upah pun hasil tak berkat. Bila bala menimpa, awak pikul sorang2. Bertaubatlah jika masih ada sisa2 iman sbgai org islam.

Tanpa Nama berkata...

Padi Jantan.... Yang betul,padi punya mana berguna padi tak keluar buah......
Alamat anak tak makan susulah......
Buat lagi......
Teruskan.....
Maka jahanam kamu semua...
Saya ada duit satu sen satu tin milo 2,4 PADIJANTAN NAK KE...... MAI AMIK ADA KAT TEMPAYAN BASUH KAKI TEPI Tangga..... Jalan Alma nak pi kulim...