7 Dis 2013

Untuk Jadi Menteri Di JPM Kena Jadi Pengampu Dan Penipu?


Malaysia terbaik urus banjir

KUALA LUMPUR 25 Nov. - Pengurusan banjir di negara ini merupakan antara yang terbaik jika dibandingkan dengan negara-negara lain termasuk negara maju seperti Amerika Syarikat (AS).

Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Datuk Seri Shahidan Kassim berkata, terdapat negara maju yang pihak berkuasanya hanya tiba di kawasan banjir seminggu selepas berlakunya bencana itu, berbeza di negara ini yang mana semua pihak sentiasa bersiap sedia menghadapinya.

Menurut beliau, selain jabatan kerajaan, terdapat sukarelawan yang turut membantu kerja-kerja memindahkan mangsa dan menyediakan makanan di pusat-pusat pemindahan ketika bencana itu.

"Di negara kita juga, ketika berlakunya banjir, mangsa belum dipindahkan tetapi bekalan makanan telah siap disediakan di pusat pemindahan. Selain itu, bantuan RM500 yang diberikan kepada mangsa banjir bukanlah ganti rugi tetapi merupakan token (sumbangan)," katanya dalam sidang Dewan Rakyat hari ini.

Beliau menjawab soalan tambahan Datuk Hasbullah Osman (BN-Gerik) mengenai kesiapsiagaan kerajaan terutama dari sudut menyediakan bekalan makanan ketika menghadapi bencana banjir.

Sebelum itu, menjawab soalan Siti Zailah Mohd. Yusoff (Pas-Rantau Panjang) mengenai cadangan pembinaan pusat pemindahan banjir, Shahidan memberitahu, penggunaan sekolah sebagai pusat pemindahan banjir adalah amalan biasa di negara ini.

Katanya, daripada sebanyak 4,969 pusat pemindahan banjir yang didaftarkan, sebanyak 46 peratus atau 2,331 pusat adalah sekolah manakala selebihnya merupakan kompleks penghulu, pusat komuniti dan sebagainya.

"Pembinaan pusat pemindahan banjir baharu yang khusus untuk digunakan semasa bencana tidak wajar kerana langkah ini melibatkan implikasi kewangan yang besar sedangkan fungsinya hanya ketika banjir. Ini boleh menyebabkan fasiliti itu terbiar semasa tidak berlakunya bencana," katanya.

Mengulas lanjut, Shahidan berkata, Jabatan Kerja Raya (JKR) juga telah menetapkan standard pembinaan setiap sekolah baharu dilengkapkan dengan bilik mandi dan tandas untuk menampung keperluan sebagai pusat pemindahan bencana seperti dalam Rancangan Malaysia Ke-10 (RMK-10).

Standard pembinaan itu, tambahnya, sudah dilaksana di sekolah-sekolah di Johor, Melaka, Perak serta Kedah dan akan diteruskan di negeri-negeri lain. -um


Malaysia wajar contohi negara lain dalam pengurusan banjir



KUALA LUMPUR 6 DIS: Malaysia harus mencontohi Thailand dan Jepun dalam pengurusan banjir dan penempatan mangsa, kata Ketua Angkatan Muda KEADILAN (AMK), Shamsul Iskandar Mohd Akin.

Kerajaan pusat dan juga Majlis Keselamatan Negeri seharusnya bersedia dengan sepenuhnya menghadapi bencana ini kerana ia melanda saban tahun.

“Peruntukkan berbilion ringgit yang dibelanjakan untuk rakyat bagi menghadapi masalah ini tidak berguna jika tiada koordinasi dan pengurusan yang efektif,” kata Shamsul kepada Keadilandaily.

Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Datuk Seri Shahidan Kassim sebelum ini mengatakan bahawa sistem pengurusan banjir di negara kita antara yang terbaik di dunia, termasuk berbanding Amerika Syarikat.

“Tapi sebaliknya yang berlaku ketika banjir besar melanda negara kita baru-baru ini. Bukan sahaja bantuan lambat, tetapi mangsa banjir juga ditempatkan di pusat yang turut dinaiki air.


“Adakah disebabkan kawasan Kuantan dan Indera Mahkota di bawah Pakatan Rakyat, maka bantuan lambat dihulurkan? soal Shamsul.

Terdahulu, Shamsul melancarkan skuad khas AMK yang terdiri dari 50 anggota dalam misi bantuan kepada mangsa banjir di Kuantan dan negeri-negeri pantai timur.

Skuad khas AMK turut menyediakan empat buah bot disamping bantuan lori 10 tan yang terdiri dari makanan dan barangan keperluan asas.
-KD




ULASAN GB

Munkin sudah menjadi satu syarat tidak rasmi untuk menjawat jawatan Menteri Di JPM untuk sepejabat dengan Najib... kena banyak ampu dan menjadi penipu.

Dahulu begitulah cara dan tindakan Nazri Abd Aziz, kini giliran Shahidan Kassim.

Betul atau tidak kenyataan usah banyak soal, yang penting ampu Najib, ampu Rosmah, tipu rakyat.

7 ulasan:

Tanpa Nama berkata...

Pisahkan MKN dari ideologi politik.. Keselamatan adalh hak wajib setiap warganegara malaysia! Kami pembyar cukai!

Tanpa Nama berkata...

Kalau rasuah tu dah tak boleh tinggalkan, teruskanlah. Tapi boleh tak kalau tak menipu. Sekurang2nya orang ramai tahu cerita sebenar

Tanpa Nama berkata...

BIAR SENANG FAHAM LE DAN LAIN TAK PAYAH NAK RUGI MASA LAGI TENTANG MENTERI NI.1.MEREKA INI BAPAK SEGALA DAJAL.2.PENGKHINAT KEPADA NEGARA DAN RAKYAT NEGARA.3.ADA KUASA DAN MENGUNA KUASA HINGGA BOLEH BOLEH MEMBUNUH.4 MENCURI SEGALA HARTA NEGARA.5.MEREKA TAHU RAKYAT MALAYSIA PENAKUT.6.RAKYAT MALAYSIA DITAKUT TAKUTKAN.7.GUNA KUASA DAN MENGAJAK KETUA KETUA JABATAN TERMASUKLAH KETUA KETUA YANG KONONYA BERILMUKAN UGAMA BAGI MENUTUP KES MEREKA.8.PUAK PUAK NI BERSAMA YANG BERSENGTOMGKOL AKAN MAMPU MENEGAKAN BENDA BENDA YANG SALAH.9.DAJAL INI JUGA AKAN MENINDAS RAKYAT DENGAN CARA MEDIA,TV UNTUK DIWAWARKAN KONONNYA SATU BENDA YANG BAIK UNTUK RAKYAT TAPI KENYATAAN NYA IA LAH MENINDAS RAKYAT.10.IBARAT AL TANTUYA KENA BOM RAKYAT MALAYSIA PUN AKAN DILAYAN SAPERTI BEGITU.APA MERKA NAK PEDULI YANG PENTING MEREKA INI TERMASUK ANAK BINI,SERTA ORANG SURUHAN YANG BERSENGTONGKOL BOLEH SAPU SEMUA KHAZANAH YANG DA DIBUMI MALAYSIA NI.IA AKAN MEMPERBODOHKAN LAGI SAPERTI BRITISH LKHANATULLAH YANG MENGATAKAN MERKA KE NEGARA INI UNTUK MENDAPATKAN REMPAH SEHINGGA BOLEH DIBUKU KAN SERTA MENYURUH ANAK ANAK KITA BELAJAR

Tanpa Nama berkata...

Terdahulu, Shamsul melancarkan skuad khas AMK yang terdiri dari 50 anggota dalam misi bantuan kepada mangsa banjir di Kuantan dan negeri-negeri pantai timur.
@vimax malaysia

XUMNO berkata...

Bagi kedua2 pengampu ni, kalau Najib kata tahi kucing itu kerupuk, pak2 angguk ni akan berebut2 memakan dan mengangguk kata sedap.Jenis manusia tak ada rasa malu langsung.

Tanpa Nama berkata...

Dah tak bule harap UMNO utk urus apa2 kebaikan, kalau urus hidupkan hiburan2 yg melalaikan tu bole le, PAS jangan le tiru pulak

WarFitnah berkata...

AKU ADA DENGAR2 YG PUAK2 UMporNO NIE NAK ADAKAN 1 KONSERT K-POP KAT MANGSA2 BANJIR KAT KUANTAN TUU, UTK HIBURKAN HATI DAN UTK LUPAKAN KESUSAHAN MEREKA. PASTU AKU ADA DENGAR JUGAK YG DATO' SERI IJAD NAK SEDEKAHKAN 1000 EKOR LEMBU UTK KEGUNAAN MAGSA. PASTU ROSMAH PULAK NAK GADAIKAN CINCIN JUTAAN RINGGIT DIA TUU UTK BANTU MAGSA BANJIR....BIAR BETUL????