24 Dis 2013

TERKINI: Mahkamah Tolak Permohonan Untuk Reman Azan Safar -updated

Mahkamah Majistret hari ini telah mkenolak permohonan polis untuk mereman Pengerusi Gerakan Turun Kos Sara Hidup (Turun), Azan Safar.

Pihak polis dilaporkan telah memohon mahkamah untuk menahan reman Sdra Azan selama tujuh hari namun telah dibantah oleh peguan yang mewakili Azan yang yang mendakwa alasan reman yang tidak munasabah iaitu tuduhan untuk mengguling kerajaan.

Peguam Ahmad Zamri Asa'ad Khuzaimi berkata beliau juga menjangkakan Azan akan dibebaskan selewat-lewatnya jam 11 malam ini, apabila tempoh penahanan 24 jam itu berakhir.

"(Permohonan polis) ditolak memandangkan tiada keperluan dia ditahan begitu lama.

“Namun,terpulang pada polis kalau ada bukti cukup untuk mendakwa di mahkamah. Kita akan bela Azan,” katanya ketika ditemui di Ibu Pejabat Polis Daerah Dang Wangi selepas keputusan majistret tersebut.

Katanya lagi, polis menyiasat siswa Universiti Kebangsaan Malaysia itu mengikut Seksyen 124(C) Kanun Keseksaan dan Seksyen 9(5) Akta Perhimpunan Aman.

Azan telah ditahan di Kuala Lumpur malam tadi berhubung satu rancangan perhimpunan pada malam ambang tahun baru 2014 yang dikatakan berniat menggulingkan kerajaan.

Azan ditahan kira-kira jam 12 tengah malam tadi ketika sedang makan bersama kawan-kawannya di sebuah restoran di Kampung Baru.

Azan yang sebelum ini melancarkan Turun di hadapan Kompleks Membeli-belah Sogo merancang untuk mengadakan himpunan ketika sambutan ambang tahun baru 2014 di Dataran Merdeka sebagai protes kenaikan harga barang dan perkhidmatan.

Kerajaan baru-baru ini mengumumkan tarif elektrik akan naik sebanyak 15 peratus bermula Januari 2014. Selain itu, kadar tol di 15 lebuh raya juga dijangkakan naik.

Pada September, Putrajaya memotong subsidi petrol RON 95 dan diesel yang menyaksikan kenaikan harga bahan bakar itu dan harga barang keperluan asas lain.

Pada Oktober semasa membentangkan Bajet 2014, Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak yang juga menteri kewangan mengumumkan subsidi gula dihapuskan secara serta-merta.

Kumpulan aktivis Solidariti Anak Muda Malaysia (SAMM) mengutuk polis kerana menahan Azan malam tadi.

“Kini masih dalam rumah pasung. SAMM mempersoalkan apa keperluan tangkapan seperti ini? Boleh sahaja panggil elok - elok datang ke balai polis untuk ambil maklumat,” kata kumpulan aktivis itu dalam satu kenyataan hari ini. “SAMM mendesak pembebasan segera Azan Safar,” kata kenyataan itu

5 ulasan:

Tanpa Nama berkata...

Betapa mudahnya cara pdrm nak tahan / tangkap orang. Melebelkan sesuatu ikut suka dia saja. Terang2 org dah nyatakan perhimpunan Bantah Kenaikan Harga Barang. Awak cop perhimpunan Nak Guling Kerajaan. Sedarlah kuasa yg dipinjamkan sedikit cuma tu, dimanfaatkan dgn cara yg betul kerana Allah.

Tanpa Nama berkata...

DAH JEMU LE PERANGAI POLIS YANG MACAM NI.CUBA JADI MACAM POLIS THAILAND TU.ADA PEMBAHARUAN INI STYLE LAMA JUGA TANGKAP,PUKUL,PANCUT AIR DAN GAS PEMEDIH MATA.CARI LE JALAN LAIN.HIMPUNAN INI UNTUK KITA DAPAT HARGA YANG BAIK UNTUK SEMUA WARGA NEGARA TERMASUK POLIS JUGA.

Mat Pahit berkata...

ya tak ya jugak.pdrm memang provokasi je lebih2.. arahan orang atasan...katakan.!

Tanpa Nama berkata...


SEBENARNYA POLIS MALAYSIA TIDAK TERLIBAT DENGAN KENAIKAN HARGA BARANG, BETULKAN?

TOL MEREKA TIDAK PERLU BAYAR, LALU TERUS BEGITU SAHAJA DENGAN BERITAHU, AKU POLIS MALAYSIA. BETULKAN?

MINYAK MEREKA DAPAT DENGAN HARGA MURAH RM1.80 HARGA LAMA. BETULKAN?

Tanpa Nama berkata...

Kaki tangan PDRM tak kisah tentang sebarang kenaikan harga, tambang, cukai, tarik letrik atau tol.Depa senang dapat duit dan mudah cari duit.Tak payah nak cerita panjang tentang perkara ini, semua rakyat dah faham dan tau.