7 Dis 2013

Hukum Penjara Kerana Curi 2 Tandan Pisang

Sabak Bernam – Gara-gara mencuri dua tandan pisang, seorang pekerja kampung dipenjara enam bulan dari tarikh tangkap selepas mengaku bersalah di Mahkamah Majistret Sungai Besar, semalam.

Tertuduh, Fahrul Mustain Alimi, 25, dalam rayuannya memohon supaya mahkamah mengurangkan hukuman memandangkan dia masih muda dan bertanggungjawab menyara ibu bapanya yang uzur di kampung.

“Kalau saya dikenakan hukuman berat, bagaimana dengan nasib ibu bapa saya di kampung?

"Sedangkan selama ini saya yang menjaga mereka dan berharap ada pertimbangan daripada mahkamah sebelum membuat keputusan,” katanya.

Bagaimanapun, Timbalan Pendakwa Raya, Izza Munira Mansor meminta mahkamah agar mengenakan hukuman yang sewajarnya sebagai pengajaran kepada tertuduh supaya tidak mengulangi perbuatan tersebut.

Majistret Shah Wira Abdul Halim yang mendengar rayuan tertuduh dan pihak pendakwaan kemudiannya sempat menasihati tertuduh supaya tidak melakukan kesalahan mencuri kerana ia bukan saja berdosa besar, malah menyusahkan orang lain.

“Sudah tahu mencuri itu dosa, kenapa kamu masih lakukan? Saya harap hukuman ini dapat beri pengajaran kepada kamu dan masyarakat di luar sana," katanya.

Berdasarkan kertas pertuduhan, dia didakwa melakukan kesalahan itu di dalam kebun Jalan Hamim, Kampung Tebuk Jawa, Sungai Air Tawar pada kira-kira 12.35 tengah hari, 30 November lalu.

Tertuduh didakwa mencuri dengan niat dua tandan pisang milik Judi Mat Sari sebelum perkara itu dilaporkan kepada polis untuk tindakan lanjut.

Dia didakwa mengikut Seksyen 379 Kanun Keseksaan dan boleh dihukum di bawah peruntukan sama yang memperuntukkan hukuman penjara selama tempoh boleh sampai tujuh tahun atau denda atau kedua-duanya.

Sekiranya tertuduh didapati melakukan kesalahan kali kedua, dia kemudiannya boleh dikenakan hukuman penjara dan denda atau sebat. -SH

ULASAN GB

Perompak wang rakyat seperti kes lembu NFC dengan nilai RM250 juta boleh terlepas begitu saja tetapi curi dua tandan pisang kena penjara sampai 6 bulan....

Ada sesuatu yang pincang nampaknya di dalam siste kehakiman negara.

9 ulasan:

Tanpa Nama berkata...

Ini seperti mahkamah kangaroo dan jakun....curi berjuta rgt hukuman hanya setahun,curi berbiliion rgt trlepas hukuman...curi susu bayi satu tin hukuman penjara bertahun...itu sebab imam sanggup lempar selipar kerana layaknya begitu....

Tanpa Nama berkata...

selagi manusia berhukum dengan hukum ciptaan manusia selagi itu Allah tetap tidak redo.hari demi hari dibanjiri maksiat tapi tiada yang peduli kalau kena banjir ayer rioh minta tolong

shidine didine rahman berkata...

Ketidakadilan
Penindasan
Kebutaan

Tanpa Nama berkata...

kat makamah Melaka kes curi bernilai rm900 kena penjara 1 hari dan denda rm1000. Kenapa budak ni kena penjara 6bulan. Apa perbezaan ni?

Tanpa Nama berkata...

Oo hakim dan undang undang dimalaysia hanya memenjarakan rakyat yg curi pisang ubikayu telor ayam tapi menteri penyagak yg songlap duit rakyat berjuta juta bebas walaupun ada bukti penyelewengan tak apa mati beso lusa dia jawap dlm netaka sapu duit rakyat yg miskin dan anak yatim yg ada hak mereka. Berlagak sombong lah kamu diatas bumi yg kau pijak wahai penyagak umno bn.

Tanpa Nama berkata...

SEKIRANYA BENAR LAPORAN INI, MAKA IA SANGAT DAHSYAT. PERKATAAN 'SESUATU' DLM ULASAN GB JUGA TIDAK SESUAI.

Tanpa Nama berkata...

Memang patut pun kena 6 bulan penjara. Menyusahkan org Kampung. Itulah kerja mereka tak serik2 kerja mencuri ni. Tak pernah nak pikir penat lelah org yg menanam Dan menjaga kebun. Dua tandan tu yg tertangkap.. Yg dah lepas2 tak tau Berape banyak!

Tanpa Nama berkata...

Kita tak kenal dia & keluarga dia. Org kampung & ketua kampung tentu kenal dia, cuba GB tanya latar belakang dia adakah dia ni selalu mencuri atau terpaksa.

Klu selalu buat kerja ni ada bagosnya dia masuk penjara, semuga dlam penjara tu dia berubah jadi baik di sisi Allah -> Allah sayang dia sbnarnya.

Ttg ibu bapanya tu bole le ketua kg bawa ke pihak2 tertentu bantu mana yg patut, paling tidak beri kerja bentang2 sejadah kat surau.

Tanpa Nama berkata...

Memang benarlah ramai hakim ahli neraka.
Ini contoh yang terbaik kepada hadith ini.