Sebahagian bumbung dan siling Dewan Canselor Kolej Universiti Tati (TATIuC) di Teluk Kalung, Kemaman runtuh pagi tadi.
Bangunan Dewan Canselor TATIuC bernilai RM17 juta dirasmikan Oktober lepas mampu memuatkan 2,000 pelajar dan digunakan secara rasmi pada 30 Jun lalu sempena pendaftaran baru sesi kemasukan 2013/2014 dan Majlis Konvokesyen TATIuC kali ke-7 pada 28 September lalu.
Ini bukan laporan pertama mengenai kejadian bumbung runtuh berlaku di Terengganu. Pada 20 Mei lepas, 12 jemaah masjid yang baru sahaja solat Isyak nyaris maut setelah bumbung hadapan Masjid Kampung Binjai Kertas, Hulu Terengganu runtuh.
Pada 3 Okt 2009, bumbung bahagian hadapan Masjid Kampung Batu Putih, Kerteh, Kemaman juga runtuh menyebabkan tiga mangsa cedera.
Selain itu, pada 2 Jun 2009, bumbung Stadium Sultan Mizan Zainal Abidin yang menelan belanja RM292.9 juta telah siap dibina pada Mei 2008 dan digunakan dalam penganjuran Sukan Malaysia turut roboh.
Sebahagian struktur bumbung stadium berkenaan sekali lagi roboh pada 20 Feb lepas menyebabkan tiga pekerja parah manakala dua lagi cedera ringan.
Bumbung runtuh lagi di Terengganu, kali ketiga tahun ini, kata Ahli Parlimen
Ahli Parlimen Kuala Terengganu dari PAS Datuk Raja Kamarul Bahrin berkata sebuah lagi insiden bumbung runtuh telah berlaku di Terengganu, kali ini di Bangunan Dewan Canselor Kolej Universiti Tati (Tatluc) di Teluk Kalung, Kemamam, semalam.
Katanya, bumbung dewan kolej tersebut runtuh dalam tempoh kurang dari 14 bulan selepas siap dibina.
Kecewa dengan insiden yang sama, beliau berkata ia terjadi ekoran pelaksanaan dan urus tadbir yang lemah.
Katanya, bangunan berharga RM17 juta itu dibuka pada Oktober lalu dan boleh memuatkan sekurang-kurangnya 2,000 orang pada satu masa.
Paling mengecewakan, katanya, kejadian seumpama itu adalah yang ketiga berlaku tahun ini di negeri itu. -TMI
8 ulasan:
Runtuhlah apa pun...macai2 umno haramjadah akan terus pertahankan barang sembahan mereka ..umno haramjadah ni! Dia otang akan kata "tak pa asalkan orang melayu memerintah"! Susah nak tukar sebab hati dah keras dan hitam...banyak sgt ikut umno haramjadah ni!!!
Kalau tanya sheikh fathul bari, dia akan jawab "runtuh itu adalah takdir Allah"
I LIKE
Jangan jangan Terengganu nanti diberi gelaran Negeri Runtuh
Tak apa asal org melayu memerintah?????? Sebab tak apalah hari - hari bangunan runtuh. Come onlah apa hebatnya org melayu yg berselindung, yg mempunyai nama org islam? Lebih teruk lagi langsung tidak ikuf apa ajaran islam tetapkan, bodoh susah diajar, pandai pula berlagak sombong. Ini dinamakan sebagai umat melayu.
We all tak mahu umat melayu yg memerintah. We all mahu umat islam yg memerintah tidak semestinya dia adalah orang melayu. So konsep asalkan org melayu tak boleh pakai langsung.
Mungkin terengganu berada pd lingkaran api pasifik yg mencetuskan gempa bumi dan gunung berapi...mungkin menteri boleh komwn sikit...
Trengganu Darul Runtuh
bg yg berakal, insaflah...dah byk kerosakkan yg kamu buat...masjid2 mu runtuhkan...skrg allah tunjuk sikit..
Catat Ulasan