Ulama terkemuka kelahiran Mesir Sheikh Yusuf al -Qaradawi telah meletakkan jawatan di dalam Majlis Ulama Kanan Al-Azhar, badan yang paling berwibawa dari institusi agama berprestij yang berpusat di Kaherah.
Dalam satu kenyataan hari ini, al- Qaradawi berkata peletakan jawatannya bertujuan untuk "mengesahkan pendirian yang diambil oleh ulama bebas."
"Saya mengemukakan perletakan jawatan saya ... kepada rakyat Mesir yang hebat, bukan kepada Imam Besar yang memiliki Azhar, " kata al -Qaradawi, yang juga merupakan Presiden Kesatuan Antarabangsa Ulama Islam.
Ulama terkemuka itu terus menegaskan bahawa jawatan Imam Besar Al-Azhar - sepertimana presiden - "telah dirampas oleh kuasa tentera".
Imam Besar Al -Azhar Ahmed Tayeb telah secara terbuka menyokong kudeta 3 Julai yang mengguling presiden yang dipilih rakyat, Mohamed Morsi.
Beberapa bulan sejak itu, al- Qaradawi telah menjadi pengkritik lantang terhadap penyingkiran Morsi dan berulang kali mengecam pemerintah baru yang disokong tentera Mesir.
Ulama yang berpangkalan di Qatar juga telah membidas kegagalan al-Tayeb untuk menjemput Anggota Majlis Ulama Kanan bermesyuarat membincangkan kejadian "pembunuhan beramai-ramai dan insiden kematian yang telah mengganasi rakyat Mesir, terutamanya penyuraian demonstrasi bantah dan duduk di Rabaa dan Nahda."
Pada 14 Ogos lalu, beratus-ratus penunjuk perasaan pro- Morsi terbunuh apabila pasukan keselamatan secara ganas membersihkan dua kemah demonstran di di Rabaa al- Adawiya dan dan dataran Nahda.

3 ulasan:
Saya sokong ulama!
Nak sokong ulama kena ulama yg mana satu. Kalau ulama yg gila kuasa buat apa i sokong. Kes skg di mesir ada seorg ulama dpt jawatan imam besar secara kudeta. Of cause ulama mcm ni we reject 100%.
Perkara seumpama ni sejak dulu2 dah ade. Misalnya ketika Imam Ahmad b Hanbal diseksa kerana tak mau sokong khalfiah masa tu mengenai sifat alQuran yg dianggap makhluk.
Maka ramailah ulama2 yg bersekongkol dgn pemerintah. Isu cerita dah berubah, tapi moral of the stori sama aje.
Pemimpin yg zalim, memaksa ulama2 sokong mereka, ada ulama menentang & ada sebaliknya.
Kita dihidangkan dgn cerita2 ni, adakah rasa macam tak de apa2? Renung2 lah.
Catat Ulasan