26 Nov 2013

MP UMNO Ambil Kesempatan Serang Mahfuz Kalah Naib Presiden PAS

Kekalahan Mahfuz Kecohkan Dewan Rakyat

KUALA LUMPUR: Kegagalan Datuk Mahfuz Omar (PAS-Pokok Sena) mempertahankan jawatan naib presiden dalam pemilihan parti yang diumum semalam, menjadi bahan usikan beberapa penyokong kerajaan di Dewan Rakyat hari ini sekali gus mencetuskan kekecohan.

Mereka menyifatkan Mahfuz yang membahaskan Rang Undang-undang Perbekalan 2014 peringkat jawatankuasa bagi Kementerian Pertahanan, berucap seolah-olah "melepas geram".

Mahfuz yang dalam perbahasannya menganggap kerajaan tidak serius menjaga kebajikan tentera kedengaran berkata: "Walaupun tak ada jawatan, saya datang sini pagi-pagi untuk lawan Umno".

Kenyataannya mendorong Datuk Shamsul Anuar Nasarah (BN-Lenggong) bangun mencelah dengan mengatakan walaupun kalah, Mahfuz masih bersemangat dan ternyata anggota PAS silap kerana tidak mengekalkannya sebagai naib presiden parti itu.

Datuk Seri Noh Omar (BN-Tanjong Karang) yang turut bangun mencelah berkata PAS sendiri gagal menguruskan pemilihan parti dengan baik sehingga Mahfuz gagal mempertahankan jawatan itu.

"Saya dengar ucapan Pokok Sena ada bernasnya, tetapi peliknya orang PAS tidak pilih. Dok (Sibuk) cakap pengurusan negara, kewangan dan tanah, yang PAS urus pilihan raya parti pun tak betul pasal apa?

"Jadi, sebab pengurusan parti tidak betullah Yang Berhormat (YB) kalah, mungkin kalau kira kali keempat YB boleh menang," katanya.

Sindiran Noh itu menyebabkan Mahfuz membalas dengan menyasarkan Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) sebagai "pekak badak" kerana tidak mendengar aduan berhubung proses pilihan raya umum baru-baru ini.

"SPR orang dah beritahu berpuluh kali, tunjuk perasaan pun tak reti, pekak badak...mereka (penunjuk perasaan) kena tangkap, sembur dengan gas pemedih mata pun buat tak reti juga," katanya.

Keputusan pemilihan PAS yang diumum semalam menyaksikan Mahfuz kalah dengan perbezaan 16 undi kepada Datuk Husam Musa yang meraih tempat ketiga selepas menerima 520 undi.

Dua lagi jawatan naib presiden dimenangi oleh Salahuddin Ayub (917 undi) dan Datuk Tuan Ibrahim Tuan Man (849 undi).

Persidangan Dewan bersambung esok.- BERNAMA

ULASAN GB

Pertama, melucukan kerana yang menghentam Mahfuz kononnya Mahfuz kalah bertanding kerusi Naib Presiden PAS adalah Shamsul Anuar Nasarah dan Noh Omar, kedua-duanya kalah tertonggeng di dalam pemilihan UMNO 2013 yang lalu untuk jawatan MT UMNO.

Kedua yang dihentam juga ialah pemilihan PAS yang tidak lancar kerana pengundian semula tetapi tidak mahu menyebut bahawa Pengerusi J/K Pemilihan PAS telah meletakkan jawatan ekoran insiden tersebut. Sedangkan SPR yang telah dibuktikan tidak menjalankan pilihanraya dengan besih dan telus serta kes lampu padam (ada laporan polis terhadap kes ini) lansung tidak mahu meletak jawatan malah cuba mempertahankan jawatan mereka masing-masing. Najib buat selamba enggan menukarkan mereka kerana bersekongkol dengan mereka.

Memang dah betul kata Mahfuz, PEKAK BADAK!

8 ulasan:

PemerhatiAnakMuda berkata...

Pekak Badak..Lembu Gila..Monyet Hidung Belanda...sama je!!!!

cucu mamak kutty berkata...

tewasnya mahfuz,menangnya U.G.

gengster melayu alaf baru. berkata...

Bukan lagi pekak badak tapi pekak bodoh..!!!

Tanpa Nama berkata...

3.28....teruk betol ko ni. Janganlah kata dia orang pekak bodoh.... pekak haram jadah aje sudah la... :)

Tanpa Nama berkata...

Adat berjuang ada kalah ada menang. walau pun mahfuz kalah tapi kalah yang bergaya, menerima dgn hati terbuka dan teserlah keimanan yang kental dan kukuh, tidak menabur wang juga tidak berjanji yg muluk2, tetapi kebanyakan pemimpin UMNO bila bertanding datang ke Negeri dan kawasan dengan jamuan dan perjumpaan serta hadiah yg berbagai, tetapi mereka bertempik bagai nak rak..mereka lah yg terbaik, perwakilan mengenali siapa mereka..jerung2 yang membaham apa saja harta negara. Syabas MAHFUZ lawan dan tenggelamkan suara mereka.

Tanpa Nama berkata...

Mahfux bkn la kskah cuma x terpilih... Kagum dgn semangat mahfuz dan meteka yg terpilih naib presiden PAS.. Sifat ukhuwah Yg x kan ada di pemilihan umno..Kecuali
rasuah.. Fitnah....sultan sulu.. Huhuhu...

Tanpa Nama berkata...

Ada juga manusia yg busybody hal peribadi org. Mr. UMNO kalau lu ada masa busybody why don u guna kekebihan mu itu utk busybody hal rakyat kan bagus.

Rakyat malaysia tidak mahu busybody hal u UMNO. Tapi u yang nak rakyat busybody hal u. Selagi u tak buat kerja dengan betul selagi itu rakyat akn busybody dengan u.

Tanpa Nama berkata...

Aku x lht mahfuz kalah.. Sbb sinar mahfuz sntiasa brkilau dr dlu hgga skrg. Mahfuz cuma beralih posisi utk lbh fokus pd prlimen Pokok Sena. Mahfuz ni wira sejati dr dlu lg, klu ada isu cpt2 dia matikan prgkap umno. Takde la dia nk main2 knyit mata dgn umno ni.