24 Nov 2013

Mat Sabu Menang. Utusan Tiba-tiba Meroyan Seperti Orang Tidak Siuman...


Utusan Malaysia: Kemenangan Mat Sabu kemenangan PKR dan DAP

Kejayaan Mohamad Sabu (gambar) mempertahankan jawatan Timbalan Presiden PAS digambarkan akhbar milik Umno, Utusan Malaysia sebagai kemenangan kepada PKR dan DAP, dalam usaha akhbar berbahasa Melayu itu untuk melemahkan sokongan orang-orang Melayu terhadap parti Islam itu.

Kolumnis Awang Selamat dalam tulisannya di edisi Ahad akhbar itu Mingguan Malaysia, secara sinisnya mengucapkan tahniah kepada Mohamad yang lebih dikenali sebagai Mat Sabu.

“Pihak yang paling bersorak dengan kejayaan Mat Sabu sudah tentu DAP dan PKR.

“Ketika keputusan belum diumumkan, seorang pemimpin kanan DAP dengan teruja menerusi laman sosial, mengucapkan syabas kepada beliau,” tulis Awang Selamat yang merupakan nama samaran kepada pasukan pengarang Utusan Malaysia hari ini dalam artikel bertajuk, “Tanda aras PAS” tanpa menamakan pemimpin DAP itu.

Menurut Awang Selamat lagi, ramai pemimpin PAS yang pro DAP seperti Mohamad berjaya menang atau mempertahankan jawatan mereka dalam Muktamar ke-59 itu.

“Selagi Mat Sabu membayangi kepimpinan PAS, selagi itu harapan DAP mekar,” tulisnya lagi.

“Semoga ahli-ahli PAS juga tanpa ragu boleh berbangga dengan keputusan itu.”

Menurut Awang Selamat, walaupun sebahagian perwakilan terkilan kerana imej Mohamad yang dilihat tidak sesuai sebagai pemimpin nombor dua dan pernah terbabit dalam isu moral, harapan mereka untuk melakukan pembetulan tidak menjadi kenyataan.

“Suatu hari kelak beliau bakal menerajui parti itu sebagai presiden pula. Sekali lagi, usah ragu kerana itulah tanda aras dalam PAS,” tulis Awang Selamat membuat spekulasi Mohamad mungkin akan menggantikan Presiden PAS Datuk Seri Abdul Hadi Awang satu hari nanti.

“Dengan Presiden PAS, Hadi Awang yang dilihat suka mengambil jalan selamat menjaga kedudukannya dan Mat Sabu yang dibajai oleh DAP dan PKR, Awang tidak nampak kepimpinan PAS dapat dibersihkan daripada pengaruh sekutu pakatan.”

Menjelang Muktamar PAS ke-59, Umno, badan bukan kerajaan (NGO) pro kerajaan dan akhbar-akhbar arus perdana berbahasa Melayu seperti Utusan Malaysia dan Berita Harian terus “berkempen” bagi memastikan golongan ulama memenangi jawatan yang mereka tandingi pada pemilihan kali ini.

Akan tetapi ini mengecewakan mereka apabila Mohamad dan 18 orang lagi golongan profesional berjaya mengekalkan jawatan Ahli Jawatankuasa Kerja (AJK) PAS Pusat yang mereka sandang.


Dalam keputusan pemilihan PAS yang diumumkan oleh Asmuni Awi semalam, Mohamad mendapat 588 undi manakala Timbalan Menteri Besar Kelantan Datuk Mohd Amar Nik Abdullah hanya mendapat 490 undi.

Ini menjadikan Mohamad menang dengan majoriti 98 undi. -TMI

ULASAN GB

Kesiannnn. UMNO bersama si Luncainya, Utusan mengharapkan Mohd Sabu tewas di dalam pemilihan PAS. Kerana apa? Kerana ia merupakan jalan mati kepada "Kerjaaan Perpaduan" yang mereka harapkan.

UMNO & BN amat sedar tentang masa depannya yang gelap - gelap jika PAS terus bersama Pakatan Rakyat. UMNO kini menjadi seperti kera sumbang (sumbing?) di dalam BN. MCA & Gerakan sudah tidak mewakili kaum Cina sementara MIC & PPP sudah tidak lagi menjadi parti pilihan kaum India. Kebanyakan mereka memilih DAP, PKR malah sudah ramai tidak segan silu untuk menyokong PAS.

Hampir keseluruhan kawasan bandar dikuasai oleh Pakatan Rakyat. UMNO semakin terpinggir ke ceruk kampung yang didominasikan masyarakat Melayu yang masih boleh mereka perboodohkan.

Mereka cuba hidupkan isu Kerajaan Perpaduan dengan pelbagai justifikasi - konon betapa pentingnya umat Islam dan orang Melayu bersatu - dan dlihat kumpulan pro-Ulama sebagai kumpulan yang masih boleh diajak "berunding" untuk tujuan itu. Justeru itu mereka telah keluar habis-habisan menyokong kumpulan yang dinamakan pro-Ulama. Mujurlah sudah ramai ahli-ahli PAS sudah lama tidak membaca Utusan, yang menyebabkan mesej itu tdiiak kesampaian dan cita-cita mereka untuk mengharu-birukan PAS dengan label-label Erdogan, *Anwarinas", pro-Ulama hancur berkecai.

Utusan sebenarnya sudah bankrap, bankrap segala segi. Ia adalah hasil dari perbuatan mereka sendiri yang giat menabur fitnah selama ini. Benarlah firman Allah swt:

Sambil bersikap sombong di bumi dan berusaha merancangkan rencana jahat, dan tidak ditimpakan dengan rancangan yang jahat itu melainkan orang yang merancangkannya sendiri. Maka tiada yang mereka tunggu melainkan seperti berlakunya kebinasaan ke atas orang yang telah lalu. Kerana engkau tidak akan mendapati perubahan bagi Sunnatullah, dan engkau tidak akan mendapati Sunnatullah itu menyimpang. [Fatir: 43]

Sunnatullah - itulah hukum kebenaran dan keadilan yang berjalan sepanjang zaman.

7 ulasan:

Tanpa Nama berkata...

Tahniah Tn. Hj. Mat Sabu dan jk yg telah terpilih. teruskan perjuangan anda semua, kalau kita jaga agama Allah In Sha Allah, wadah dan perjuangan kita tetap dalam peliharaan Nya, walaupun cubaan dan dugaan bertimpa timpa sileh berganti dengan kaki fitnah dan hasad dengki Yakin dan percayalah itu hanya kecil sahaja..betul lah apa yg sering di lafazkan olih GB bahawa kebenaran tetap terserlah dan menghumbankan kebathilan..dan fasa ini telah bermula kembali kita satukan barisan juang kita pastikan PR dan kekuatan PAS mampu merobek umporno dan sekutu2 nya..mereka sedang kelemasan mereka akan hanyut ...In Shaa Allah. TAKBIR !!!!!!

Tanpa Nama berkata...

Ahli-ahli PAS sekarang sudah semestinya kenal, faham dan tahu mengapa kempen-kempen kotor berlaku.Geng UG dlm PAS sudah diperkudakan oleh UMNO untuk memecah-belahkan PAS.Tidak selayaknya mana-mana pihak yg mengelarkan diri mereka "ulamak" mengkafirkan sesama Islam dan menggantikan gambar orang dengan gambar anjing.

Tanpa Nama berkata...

Kita persetankan saja talibarut dan balaci2 golongan setan dikenali.

Tanpa Nama berkata...

x kiralah siapa, mat sabu atau mohd amar. yg menang pasti akan diberikn ucapan tahniah drpd sekutunya DAP dan PKR. aparaa.. itupun ndak dijadikan isu. mmg bankrupt idea org2 umno nih. kesian umno.. kesian.

gengster melayu alaf baru. berkata...

Persetan dgn umno.
Jgn dngar atau ambil kesah dgn apa yg mreka perkatakan tentng PR...Pas Dap atau Pkr sbb mreka adalah org yg sakit tua mnunggu masa untuk mati.
Kita teruskan perjuangan mmbina ngara yg berkonsepkan bahawa hukum Allah itu d dpankan dlm mntadbir ngara ini nanti.
Dap dan Pkr adalah rakyat ngara ini juga.
Tiada warga yg mahu mlihat ngaranya hncur d atas perbuatan mreka sndiri.
Kkuatan umno sbb mreka mnjadikan fitnah sbgai paduan untuk mneruskan cita2 mreka..

Tanpa Nama berkata...

Tahniah PAS. Semua kepimpinan dan ahli telah membuat keputusan tepat. Berdiri teguhlah bersama PR. BN dah pening kerana jerat tak mengena. Mereka dah mula cemas kerana PRU13 undi popular brpihak kpd PR. Bayangan maut di PRU14 menjadi mimpi ngeri buat BN.

Tanpa Nama berkata...

Itu lah hati busuk media pro be end.Mat Sabi bukan macam orang be end, kena dengan bapak MCA diam seribu bahasa. Makan gaji cara spin cerita dan fitnah itu lah boleh lama di utusan. Bertahun tahun tak untung, lagi makan gaji duit umno tanggung.Duit umno haram dari sumber judi dan arak, bagi anak bini, mana hati tak gelap.