24 Nov 2013

Naib Presiden PAS: Keputusannya Ialah.....


Naib presiden PAS: Pengiraan semula, keputusan esok

dikemaskini Seperti yang dijangkakan, persaingan bagi tiga jawatan naib presiden PAS adalah sangat sengit danmembawa kepada pengiraan semula undi.

Persaingan kali ini menyaksikan penyandangnya, Salahuddin Ayub, Datuk Mahfuz Omar dan Datuk Husam Musa mempertahankan jawatan masing-masing.

Ketiga-tiga penyandang itu dicabar oleh Datuk Tuan Ibrahim Tuan Man dan Datuk Abu Bakar Chik.

Pengerusi jawatankuasa pemilihan, Asmuni Awi, mengumumkan proses pengiraan semula itu, selepas mengumumkan keputusan bagi jawatan timbalan presiden yang dimenangi oleh Mohamad Sabu.

Manakala Timbalan Pengerusi Tetap, Hussein Ibrahim pula berkata keputusan pemilihan jawatan naib presiden diumumkan esok.

Dalam sidang media kemudiannya, Asmuni berkata pengiraan semula undi dijalankan kerana terdapat perbezaan undi "sangat rapat" antara kelima-lima calon yang bertanding.

"Kami bertanyakan kepada wakil-wakil calon dan mereka setuju untuk pengiraan semula jumlah undi bagi naib presiden," katanya.

Asmuni yang juga seorang peguam berkata beliau memberi jaminan keputusan jawatan nombor tiga dalam itu akan diumumkan jam 9.30 pagi esok.

"Kita akan habiskan pengiraan malam ini. Tidak ada kiraan semula selepas ini," katanya.

Sebanyak 1,057 perwakilan yang mengundi dan sebanyak lima undi rosak dicatatkan, tambahnya.

Sidang media itu turut dihadiri Timbalan Presiden Mohamad Sabu, Setiausaha Agung Datuk Mustafa Ali dan Pengarah Muktamar Datuk Takiyuddin Hassan. -mk


Tak rasmi: Tuan Ibrahim, Salahuddin dan Husam menang Naib Presiden PAS


Datuk Tuan Ibrahim Tuan Man, Salahuddin Ayub dan Datuk Husam Musa sudah memenangi jawatan Naib-naib Presiden PAS setelah selesai kiraan semula, kata sumber parti.

Bagaimanapun, keputusan rasmi mengenainya hanya akan diumumkan esok di Muktamar PAS.

Menurut sumber, wakil bagi pihak-pihak yang bertanding sudah menandatangani borang pengesahan keputusan itu setelah kiraan kali terakhir dibuat.
-TMI



Kalaulah Tuan Ibrahim menang...


Teka-teki siapa yang bakal menggalas jawatan ketiga tertinggi dalam Pas bakal terjawab esok. Ekoran masalah teknikal, keputusannya tidak dapat diumumkan hari ini dan kiraan semula terpaksa dijalankan.

Ada yang menebak, Ketua Penerangan Pas, Datuk Tuan Ibrahim Tuan Man bakal menang esok bersama dua penyandangnya, Datuk Mahfuz Omar dan Salahuddin Ayub.

Manakala dua calon lain ialah Datuk Husam Musa (penyandang) dan Datuk Abu Bakar Chik mungkin gagal menempa tempat di kerusi tersebut.

Penganalisis politik, Prof Madya Dr Mohd Azizuddin Mohd Sani berpendapat, andai kemenangan berpihak kepada Tuan Ibrahim, keseimbangan bakal berlaku.

“Kalau keputusan Naib Presiden itu berlaku perubahan...apabila Tuan Ibrahim menang, ada wakil daripada golongan ulama. Seimbanglah di situ.

“Golongan profesional dominan berada dalam Pas dan boleh dikatakan, penyandang yang menang tapi kali ini mungkin ada perubahan sedikit,” katanya kepada Sinar Harian Online, hari ini.

Mengulas lanjut mengenai keseimbangan itu, beliau menyentuh soal kemenangan Mohamad Sabu atau Mat Sabu yang mengekalkan kedudukannya dalam jawatan Timbalan Presiden Pas.

“Kemenangan Mat Sabu menunjukkan yang golongan profesional masih dominan dan mereka memilih beliau berbanding golongan ulama, Datuk Mohd Amar Nik Abdullah,” katanya.

Hari ini, Mat Sabu diumumkan kekal sebagai Timbalan Presiden Pas menewaskan pencabarnya, Timbalan Menteri Besar Kelantan, Nik Amar dengan majoriti 98 undi.

Mat Sabu meraih 588 undi manakala Nik Amar mendapat 490 undi.
-SH


ULASAN GB

SMS yang di forwardkan dari seorang rakan kepada GB ... yang menang ialah Salehuddin Ayub, Tuan Ibrahim Tuan Man dan Datuk Husam Musa. Penyandang, Mahfuz Omar tewas tipis sebanyak 16 undi.

Satu gandingan yang mantap sekalipun GB pada sessi kali ini tidak berkempen untuk sesiapa pun untuk jawatan Naib Presiden kerana GB merasakan semua mereka yang bertanding Naib Presiden layak untuk memegang jawatan tersebut termasuklah Ust Abu Bakar Chik yang GB kenal sewaktu bertamrin di Terengganu zaman GB muda-muda dulu.

Apatah lagi GB rasa, calon-calon yang bertanding untuk kerusi Naib Presiden bukan terdiri dari mereka yang gila kuasa atau jawatan yang perlu berkempen dan melobi.

Kepada pemenang, GB ucapkan tahniah dan takziah terutama kepada Salehuddin Ayub. Beliau merupakan sahabat terbaik GB yang sering menyebut nama GB di dalam mana-mana program jika beliau ternampak GB ada turut serta. Selain beliau, dari kalangan AJK PAS Pusat yang menang, yang sering juga menyebut nama GB ialah Ust Idris Ahmad, Datuk Mohd Nizar Jamaluddin dan Khalid Samad.

Walaupun muktamar kali ini, seperti muktamar-muktamar yang lepas-lepas, peranan blogger-blogger PAS lansung tidak diberikan perhatian (tak seperti UNIC, IKIM dll), namun kemenangan mereka yang mesra-blogger sudah cukup untuk mengubat hati GB .....

Ayuh, sekarang masa untuk kita bekerja dengan lebih gigih untuk mencapai kemenangan di dalam PRU14 nanti...

TAKBIR!!!

5 ulasan:

peminat_gb berkata...

entahlah gb.. memang pelik jg rasanya apabila PAS tak nampak untuk menghargai jasa2 blogger PAS spt gb...

anyway Allah tetap tidak lupa pengorbanan blogger2 PAS selama ini terutama yg berjuang untuk kemenangan PAS setiap kali pru dan prk melalui alam siber..

jika x ada blogger2 spt gb, saya rasa dah lama PAS & PR bungkus jika masyarakat hanya termakan propaganda murahan media massa arus perdana....

dan amat tak patut jika pimpinan PAS tak kenal blogger spt GB...

namun spt yg GB selalu tulis di dalam blog inim kebenaran dan keadilan akan terus berjalan, mana tau satu hari nanti Allah mengangkat darjat GB pula..

bersabarlah wahai semua pejuang kebenaran dan keadilan..

Tanpa Nama berkata...

Saya sntiasa mengikuti blog tuan GB, sbb tuan GB bukan jenis pengampu atau kaki bodek. Yang salah tetap perlu ditegur tak kira kawan atau lawan. Yang baik kita sebarkan.

Harapan saya agar tuan GB tidak berhenti menulis/beri pandangan. Ramai teman2 di luar ni yang sntiasa mengikuti blog tuan GB.

Saya mengikuti blog tuan GB bermula di universiti hinggalah sekarang (bekerja).

Secara peribadi saya suka blog tuan GB sebab tidak berat sebelah, sebagaimana berat sebelahnya blog2 lain yang angkat 'geng-geng' dia je.

Kepada tuan GB, saya doakan kesihatan dan kesejahteraan buat tuan.

Terima kasih.

badin berkata...

Alhamdulillah Tamat sudah Perkampungan Agung PAS ke 59.Banyak kenangan dan kertas kerja yang dilontarkan oleh sahabat sahabat akan dijadikan sebagai poin poin semangat demi Kegemilangan Islam.Bukan Individu yg diperjuangkan tetapi Islam yg dianuti mesti diDaulatkan dan Diperkasakan.

omaq berkata...

Bagi pandangan saya kekalahan golongan ulama adalah lebih kepada kesan kempen yang berlebihan Utusan Malaysia dan blogger yang mesra UMNO. Kempen yang berlebihan ini menyebabkan perwakilan merasai ada 'ada sesuatu yang tidak kena' akan berlaku terhadap perjuangan dan hala tuju PAS sekiranya PAS didominasi oleh ulamak.Saya yakin sekiranya Utusan Malaysia dan blogger-blogger pro UMNO ini tidak campur tangan atau berkempen secara berlebihan, akan banyak lagi kerusi yang akan dimenangi oleh golongan ulamak.

Jelas terlihat di sini golongan ulamak mendapat 'sokongan yang membawa rebah' yang saya pasti golongan ulamak juga tidak mahu dan tidak perlukan 'sokongan' yang sebegini.Saya sendiri merasa skeptikal dengan sokongan dari 'lidah-lidah syaitan' ini. Adakah mereka ikhlas untuk memenangkan golongan ulamak dalam PAS atau ianya merupakan satu gerakan musuh Islam untuk memecah belahkan PAS dan seterusnya menjauhkan PAS dari perjuangan Islam.

Tetapi saya penuh yakin setiap pemimpin PAS tidak kira ulama atau proffesional adalah mereka yang takutkan Allah dan akan memimpin mengikut landasan atau dasar yang diredhoi oleh Allah SWT, tidak seperti pemimpin-pemimpin UMNO. Wallahua'lam....

mrnyrano berkata...

Saya pun tak pernah ketinggalan dari ikut membaca blog GB.