25 Okt 2013

Rakaman CCTV Pegawai Bank Ditembak Oleh Pengawal Keselamatan Tersebar


Rakaman video kamera litar tertutup (CCTV) yang memaparkan babak sebelum Norazita Abu Talib, pegawai operasi Ambank, ditembak mati oleh seorang pengawal keselamatan telah dimuat naik di laman YouTube.

Rakaman berdurasi 33 saat itu memaparkan keadaan ruang pejabat dengan pintu bilik kebal terbuka, di mana mangsa yang memakai baju kurung berwarna merah dilihat berdiri bersebelahan dengan seorang lagi rakan sekerjanya yang memakai baju berwarna putih.

Kedua-dua mereka dilihat membelakangi kamera dan berhadapan dengan pintu bilik kebal.

Pada rakaman durasi 0:03 saat, kelibat Norazita tiba-tiba jatuh ke lantai, dan rakan sekerjanya dilihat menutup muka dan telinga mereka daripada bunyi tembakan.

Difahamkan mangsa ditembak muka dengan jarak kurang daripada 5 meter.

Suspek kemudiannya dilihat berlari ke arah yang selamat dan mengheret seorang rakan sekerja mangsa daripada bilik berkenaan.

Dia kemudiannya berjalan ke arah mayat Norazita dan terus mengambil wang yang diambil daripada bilik kebal bank berkenaan dan memasukkannya ke dalam sebuah beg.

Rakaman CCTV bertukar gelap selama beberapa saat dan kembali berfungsi dengan memaparkan aksi seorang lelaki memasukkan wang ke dalam sebuah beg sebelum melarikan diri.

Daripada rakaman video tersebut, lelaki berkenaan di lihat sangat fokus dan tenang dalam insiden rompakan tersebut. -mstar

Laporan sebelum ini
klik untuk baca

[BERGAMBAR PENUH & VIDEO] Pegawai Bank Ditembak Kejam Oleh Pengawal Keselamatan

3 ulasan:

Tanpa Nama berkata...

Pastikan syaitan ini diburu sampai ke lubung cacing dan dihukum gantung sampai mati.

Tanpa Nama berkata...

Apakah bank mengikut SOP yang betul, sebab apa keperluan seorang pengawal keselamatan mengiringi sehingga bilik kebal sedangkan tugas pengawal hanya untuk mengawal bank dari dimasuki perompak. Tetapi sekiranya perompak telah sampai kekaunterpun pengawal tidak boleh berbuat apa apa, apatah lagi kalau sudah sampai ke bilik kebal. Jadi disini tidak perlu pengawal tadi mengikut pegawai bank hingga kebilik kebal kerana ianya telah berada dalam keadaan selamat.Tugas itu hanya perlu dilaksanakan oleh pegawai yang amanah sahaja kerana keselamatannya telah terjamin. Apa perlu didedahkan sejumlah wang yang begitu banyak kepada orang yang pihak bank sendiri tidak begitu pasti latar belakang dan tahu tentang rekod seseorang itu.

Tanpa Nama berkata...

Pembunuh dan perompak tersebut wajar dibunuh berdasarkan ayat 33 - 34 surah ke5 Al-Maidah setelah memenuhi syarat hukuman.

Tetapi ada hal yg perlu diselesaikan sbb
bila disemak no.kp melalui sistem pendaftaran Kp...TIADA DALAM REKOD. Kalau org ini mengundi memang sah pengundi HANTU.

Ikut perundangan Islam hukuman bunuh ialah diPANCUNG kerana diriwayatkan sakit mati dipancung 1 per 1,000 daripada sakit mati cara lain.

Seperkara lagi, awasi perairan kita sbb dikhuatiri perompak tersebut PATI sbb icnya tiada dalam rekod pendaftaran negara. Siapa bagi ic kena tanya dia sendiri bila dapat ditangkap nanti.