31 Okt 2013

Jika Zahid Kata Manifesto PR Sampah, Kenapa BN Menciplaknya?


Menteri Dalam Negeri, Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi membidas manifesto Pakatan Rakyat, meskipun Barisan Nasional sendiri menciplak idea yang terkandung dalam manifesto berkenaan, kata Ketua Penerangan KEADILAN, Dr Muhammad Nur Manuty.

Beliau mengulas kenyataan Ahmad Zahid yang menyifatkan manifesto PR sebagai “sampah” dan “tidak berpijak di bumi yang nyata” dengan mendakwa hanya 15 peratus janji ditunaikan pada 2008.

“Ini sikap yang cukup memalukan apatah lagi ungkapan tersebut dibuat dalam dewan yang mulia dan ditonton secara ‘live’ oleh rakyat melalui internet dan televisyen di rumah.

“Peliknya, jika beliau menganggap manifesto itu sebagai sampah, kenapa Umno BN tetap menciplak beberapa isi kandungannya seperti janji menurunkan harga kereta?” soal Pengerusi KEADILAN Perak itu ketika dihubungi.

Pakatan Rakyat semasa kempen Pilihan Raya Umum lalu menunjukkan bukti sekurang-kurangnya sembilan perkara diciplak oleh BN daripada manifesto Pakatan Rakyat.

Antaranya memberikan royalti 20 peratus kepada negeri pengeluar minyak dan menurunkan harga kereta secara berperingkat.

Malah baru-baru ini, Ketua Pembangkang, Datuk Seri Anwar Ibrahim enggan membentangkan Belanjawan Pakatan Rakyat lebih awal kerana bimbang ia diciplak BN.

Mengulas lanjut, Muhammad Nur berkata, sebagai pemimpin kanan negara, Zahid sewajarnya menjadikan dirinya contoh kepada rakyat dan bukan menunjukkan sikap emosional.

“Tetapi apa yang berlaku ialah Zahid lebih gemar melepaskan kemarahan dengan memberikan label-label negatif terhadap pihak lawan dan ini sekaligus menjatuhkan maruahnya sendiri di hadapan rakyat,” ujarnya. -KD

ULASAN GB

Hukum kebenaran dan keadilan akan menyaksikan kepada kita, oleh kerana isi kandungan manifesto PR yang banyak diciplak oleh BN, maka PRlah layak memerintah negara. Malah keputusan PRU13 telah membuktikan majoriti rakyat memihak kepada PR melalui undi popular. Kerajaan UMNO BN yang memerintah hari ini tidak mendapat sokongan majoriti rakyat, mereka hanya memenangi lebih banyak kerusi dengan bantuan penipuan SPR.

Namun satu hari, kerajaan UMNO BN telah jatuh dan musnah dan ketika itu Zahidlah yang menjadi sampah akhirnya!

4 ulasan:

Tanpa Nama berkata...

Mr. Zahid baik kau filter sikit bila kau cakap dan tolong cermin diri sikit bila bercakap sebab apa lu cakap tu adalah merujuk dirimu sendiri. Tak perasaankah?

Bermuhasabah diri adalah lebih baik dari mencari kesalahan orang. Ini apa yang telah diajar oleh rasullulah s.a.w.

Tanpa Nama berkata...

Manusia yang kurang ilmunya, bila berbicara, akan mempamirkan kejahilan dirinya sendiri. Yang berpenyakit penyakit riak, tidak akan mengiktiraf sumbangan ilmu orang lain. Setakat ini, dibawah pemerintahan Najib, adalah sikit-sikit, tuntutan PR dalam manifestonya, dilaksanakan kerajaan, tapi berubah bentuk aje. Ideanya dari pemikiran orang PR, sebab dalam PRlah banyak ahli fikir. PR fikirkan, BN laksanakan, secara tidak langsung. Semua tau.
'Gula-gula' BR1M 250, 500 sebenarnya, tak bagus untuk rakyat.
Sebabnya ialah hasil pendapatan kerajaan, seperti yang umum ketahui, termasuk yang haram, iaitu hasil judi dari casino, hasil riba dari bank, hasil jualan arak, hasil dari rumah urut yang kebanyakannya menjurus kepada maksiat. Duit tu dibahagi-bahagi kepada rakyat. Umpama, bawak balik duit haram, kasik anak-bini makan. Hancuhlah keluarga. Kalau negara, hancurlah negara, lambat-laun.Kaedah yang baik ialah turunkan harga barang keperluan rakyat jelata. Kurangkan cukai yang membebankan rakyat. Tak banyak economist berfikir cara Islam dalam kerajaan. Masaalahnya kebanyakan orang, lebih memikirkan perut sendiri, kurang memikirkan masaalah umat.
Saya anjurkan agar kerajaan ikut aje cadangan-cadangan PR dalam manifestonya, dan buang aje perasaan ego tu. Tak mengaku menciplak, tak apa la. Tukar namapun tak apa. Janji buatlah, kalau ianya baik. Kurangkan yang haram kalau tak boleh buang sepenuhnya. Betulkan niat kerana, itulah yang dapat menolong kita dunia akhirat. Kena taulah matlamat hidup sebenar. Dunia ni sekejap aje, kalau paham...

Tanpa Nama berkata...

Tengok Penang,Selangor dan Kelantan tak susah kan Federal walau mereka di anaktirikan.Itu baru gentleman.Negara kaya , hasil bumi dan tanaman banyak Allah bagi tapi rasuah nak kayakan kroni , rakyat menanggung kesusahan.Duit setan dari rasuah itu tak perlu kita risau, kerana saya pasti mereka mereka itu tak dapat megecapi takwa cuma senang di dunia tapi gundah gulana.

Tanpa Nama berkata...

Hang Kebun nak jadi Hang Tuah.