Keputusan pemilihan Umno tamparan buat Ali Rustam
Lima daripada enam bahagian di Melaka didapati menolak bekas ketua menteri Melaka Datuk Seri Mohd Ali Rustam sebagai naib presiden pada pemilihan Umno di negeri itu Sabtu lalu.
Selain Masjid Tanah, Alor Gajah, Kota Melaka dan Jasin, bahagian Tangga Batu diketuai Ketua Menteri Datuk Seri Idris Haron sendiri turut tidak memilih Mohd Ali, lapor Berita Harian hari ini.
Laporan itu menyebut, Mohd Ali – bekas pengerusi Badan Perhubungan Umno Melaka selama 13 tahun – mendapat tamparan hebat apabila bahagian Bukit Katil yang diketuainya, tidak memberikan sokongan mutlak.
Mohd Ali menjadi pilihan kedua dalam senarai calon naib presiden yang diputuskan oleh bahagian tersebut.
Laporan juga menyatakan perwakilan semua enam bahagian secara keseluruhannya sepakat meletakkan Datuk Seri Zahid Hamidi sebagai pilihan pertama dan Datuk Muhkriz Mahathir pula pilihan ketiga.
Manakala lima bahagian lagi mengundi Datuk Shafie Apdal sebagai pilihan kedua.
Laporan itu juga menyebut, bagi jawatan Majlis Tertinggi, semua bahagian – Masjid Tanah, Alor Gajah, Tangga Batu, Kota Melaka, Jasin dan Bukit Katil sepakat memberi undi tertinggi kepada Idris.
Ali dapat 7 undi
Dalam pemilihan untuk jawatan naib presiden tersebut, Mohd Ali hanya mendapat undi dari tujuh bahagian (15,294 undi perwakilan), sama banyak dengan bahagian yang menyokong Tan Sri Mohd Isa Samad (12,783 undi perwakilan).
Ahmad Zahid mendahului dengan sokongan 188 bahagian (94,562 undi perwakilan), diikuti Mohd Shafie Apdal dengan sokongan 177 bahagian (82,252 undi perwakilan).
Datuk Seri Hishammuddin Hussein pula mendapat 101 undi (56,604 undi perwakilan) untuk mengatasi Datuk Mukhriz Mahathir yang menerima 93 undi (57,189 undi perwakilan).
Sementara itu, Utusan Malaysia hari ini melaporkan Ali berasa terkilan apabila hanya satu daripada enam bahagian Umno di negeri itu mengundinya untuk jawatan tersebut.
"Inilah dunia politik sebenarnya yang dapat saya rasakan. Apa salahnya saya diberi peluang mengisi satu daripada tiga tempat bagi jawatan naib presiden.
"Kalau nak pilih satu sahaja mungkin keadaan sebaliknya, namun di Melaka saya lebih berasa terkilan kerana tidak mendapat sokongan langsung.
"Inilah hakikat yang harus saya akui. Apabila saya tidak memegang sebarang jawatan di negeri atau Pusat, tiada siapa nak lihat saya, tetapi dulu ketika 13 tahun jadi ketua menteri, semua sokong saya," katanya seperti dilapor akhbar itu. -mk
ULASAN GB
Komain hebat Ali Rustam menyalahkan orang Cina kerana kekalahannya di dalam PRU13 yang lalu. Kini beliau kalah di dalam pemilihan UMNO untuk salah satu kerusi Naib Presiden. UMNO Melaka sendiri selain bahagiannya iaitu Bukit Katil, tidak memberikan undi kepadanya. Beliau nak salahkan siapa kali ini?
GB sudah ulas sebelum ini. Petikan:

Kaum Cina langsung tak hargai jasa kerajaan – Ali Rustam
Ketua Menteri Melaka Datuk Seri Mohd Ali Rustam menyifatkan kekalahannya di kerusi parlimen Bukit Katil kerana jasanya selama 13 tahun berbakti di Melaka tidak dihargai rakyat.
Mohd Ali yang juga pengerusi BN Melaka berkata pengundi khususnya kaum Cina seolah-olah tidak menghargai segala jasa dan usaha yang telah dilaksanakan kerajaan BN dalam membangunkan negeri dan menjaga kebajikan rakyat.
“Saya berasa amat kecewa dengan keputusan pilihan raya kali ini yang tidak berpihak kepada saya dan BN, seolah-olah BN tidak melakukan apa-apa untuk rakyat.
“Keputusan kali ini membuktikan kaum Cina langsung tidak menghargai kerajaan, mereka hanya hendak ubah sahaja tanpa fikirkan kesannya, tidak fikir apa yang telah kita buat selama ini,” katanya kepada pemberita pada sidang akhbar yang diadakan pukul 1.30 pagi di kediamannya di Seri Bendahara di sini.
Mohd Ali yang mendapat 40,720 undi tewas dengan majoriti 5,447 kepada Pengerusi PKR Melaka Shamsul Iskandar Mohd Akin yang menerima 46,167 undi.
Bagaimanapun beliau bersyukur BN masih mampu mempertahan Melaka dengan kemenangan majoriti dua pertiga.
BN Melaka berjaya memenangi 21 kerusi dewan undangan negeri (DUN), kurang dua kerusi berbanding 23 kerusi yang dimenanginya pada PRU12.
Mohd Ali berkata beliau akan menemui Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak bagi membincangkan calon ketua menteri yang baharu menggantikan beliau dalam masa terdekat.
Ditanya mengenai masa depan politiknya, beliau berkata “biar masa menentukannya”. – Bernama
ULASAN GB
Komain hebat Ali Rustam menyalahkan orang Cina kerana kekalahannya di dalam PRU13 yang lalu. Kini beliau kalah di dalam pemilihan UMNO untuk salah satu kerusi Naib Presiden. UMNO Melaka sendiri selain bahagiannya iaitu Bukit Katil, tidak memberikan undi kepadanya. Beliau nak salahkan siapa kali ini?
GB sudah ulas sebelum ini. Petikan:
Jangan lupa bagaimana nasib yang menimpa seorang Ketua Menteri yang begitu boros dan zalim terhadap rakyat di negerinya... iaitu Mohd Ali Rustam. Tanpa ribut, tanpa taufan... beliau yang merasakan dirinya "paling agong" di negeri Melaka, terlibat pula di dalam usaha menghuru-harakan ceramah-ceramah PR di Melaka, akhirnya tersungkur lebur di tangan seorang yang tidak sehebat mana pun, hanya seorang Ketua Pemuda (AMK) PKR. Namun, itulah hukum kebenaran dan keadilan. Yang bersalah akan tetap menerima balasannya.
13 ulasan:
Ketam ini tetap salahkan cina. Ketam ini mesti cakap pasal cina guna duit kotor 4d membeli undi.
Nanti kita akan bayar dua tax, income tax dan GST. Ketam and jenis orang dia mesti SALAHKAN CINA lagi.
Mingkin beliau akan salahkan ANWAR IBRAHIM...hehe
hahaha.. ramai kroni2 dia pun dh mula angkat kaki, cari payung lain. itulah hakikatnya mengutamakan kroni dr kepentingan rakyat.
Ali Rustam boleh diberikan satu jawatan baru di Melaka iaitu membilang ketam mati kat Tanjung Kling.
Cina juga yang salah sebab tak tolong dia menang dalam pemilihan Naib Presiden UMNO.
Lama sangat diulek kemegahan & kemewahan,hingga lupa kekuasaan Allah. Itu baru sikit utk pedoman hidup,utk kenali apa itu UMNO dan juak2nya. Esok jgn terkencing dlm seluar sudahlah bang Ali.
Cina dan Melayu dah tak nak Ali Rustam, sekarang ni apa lagi pak Ali mahu, angkat kaki belah le sebab dah tak de orang yang suka kat awak tu takkan tak perasan kut atau pun memang kau perasan lagi.
ahh Tuah yang ada dkt hang dah hilang Tuahnya.Hang Kebun belum ada penyandangnya.Sesuai sangat dgn hang kalah ,dua x kalah dlm sejarah dipegang oleh yang diceritakan dalam Bangau Oh Bangau.
Nasib ko lah labuuu..
Pemimpin dah expired.masih tak sedar diri.org melaka pun dah mual tgk jgn hrp ahli negri lain nak sokong.malu lah baik jgn jd senator mcm mca.duduk diam2 dan jgn ingat awk tu bagus sgt.be like pak lah n ghani othman wei!you re hopeless now!
Kalo dia ni bagus sgt org ttp akan pilih, bila rakyat dh x pilih jgn slhkan rakyat plak, sebab pe rakyat x pilih? kami rakyat bkn bodoh lg...kami dh celik mata, kami dh tau kbenaran, sedarlah insaf la...Ya Allah Ya Tuhan Ku berikan balasan yg setimpal dengan pemimpin yg tidak amanah dlm tugas, bkn doa x elok tp utk mnyedarkan...

Dulu salahkan Melayu, sekarang salahkan Cina pulak kot, atau mungkin India, Siam dan Jawa. Dia sendiri tak salah langsung. Padan mukamu. Apa-apa pun dia tetap kaya raya dari kita... hasil rampokan bertahun-tahun tak habis makan 7 keturunan.
Lama sunggoh tak jumpa hang Bedol, idop lagi? aku ingat mampoeh dah.
Eh.. Meon!!.. lama sunggoh kita tak jumpa. Hang apahabag?
Hang mai mana Bedol?
Meon mai singgah warong kopi dulu buleh serita panjang.
Mai mai
..........................
Pak Mat kopi o dua, ada kue bawak mai sekali...
Aku mai melawat sepupu aku Alimat dia MATI BERAGAN pagi tadi
Inna lillah ............
Apa penyakitnya?
Entahlah ...... pihak hospital kata dia sehat tapi kebelakangan nampak kurus terok pucat je, Sebelom tu dia kalah terok dalam pemiliham ..... ntah jawatan apa kat tempat keje dia.
Ooooo gitu, aku ingat tadi MATI BERAGAN tu jeneh virus ka apa.
................................
Mana ada dok mengata kat Mat Ali
Bedol dok habag kat kawan dia si Meon, dia mai melawat kubog supu dia Alimat MATI BERAGAN tak lama kalah ....
Catat Ulasan