13 Sep 2013

Wan Azri Dikenalpasti Sebagai Papagomo, Diperintah Bayar 1/2 Juta Kerana Fitnah


Mahkamah Tinggi hari ini memerintahkan blogger pro-Umno, Papa Gomo perlu membayar RM500,000 kepada seorang ahli perniagaan bagi bayaran ganti rugi terhadap satu tuntutan saman fitnah.

Perintah itu dibuat selepas mahkamah mengenal pasti Papa Gomo sebagai Wan Muhammad Azri Wan Deris.

Ahli perniagaan, Abdul Razak Mohd Noor memfailkan saman RM10 juta terhadap Papagomo, mendakwa blogger itu secara tersirat menyatakan beliau penipu yang memperolehi jutaan ringgit dalam Sukan Komanwel.

Dalam keputusannya hari ini, Suruhanjaya Kehakiman Vazeer Alam Mydin Meera memerintahkan Papa Gomo membayar RM200,000 bagi ganti rugi am dan RM300,000 ganti rugi teladan.

Beliau juga membenarkan injunksi untuk menghentikan Papagomo daripada terus memfitnah Abdul Razak.

Vazeer juga memerintahkan Papa Gomo membayar kos RM50,000 kepada ahli perniagaan itu.

Dalam keputusannya, Vazeer berkata, Papa Gomo tidak insaf dengan tindakannya dan ia kelihatan dalam kelakuannya ketika memberi keterangan dalam perbicaraan tuntuntan saman fitnah itu.

Beliau berkata, keputusan itu akan memberi pengajaran kepada blogger yang memuat naik artikel berbentuk fitnah dalam ketanpanamaan (anonymity). -TMI

ULASAN GB

GB sudah tulis sebelum ini bahawa: "papagomo pasti binasa". Hukum Kebenaran dan Keadilan sendiri akan menghukum orang yang memfitnah.

Sekarang beliau ntidak boleh lari lagi. Fakta sudah jelas. Mahkamah sudah putuskan papagomo itu ialah Wan Muhammad Azri.

"Precedent" ini akan memudahkan saman-saman yang lain terhadap papagomo terutama saman-saman daripada Husam Musa dan Anwar Ibrahim.

11 ulasan:

Amuraria berkata...

alhamdulillah ;)

Tanpa Nama berkata...

boleh muflis mamat ni.. kesian.

Unknown berkata...

Aik mana pencacai umno? Senyap aje! Sepandai2 papa gomo mfitnah akhirnya disuruh bayar sama juga..sepandai2 tupai melompat akhirnya....at least tupai jatuh ke tanah je tak payah bayar saman hahaha...

Tanpa Nama berkata...

Dlm situasi mcm ni patutnya UMNO/BN kena ambil cakna krn jasanya kpd parti. Kesian Papagomo. Masa senang org sanjung, tapi kito keleh lepah ni apa bantuan UMNO. Selalunya dia tolong.

Tanpa Nama berkata...

sekor lagi macai umno terkencing dlm seluar.

Tanpa Nama berkata...

Inilah baru kata DATANG DARI ALLAH kerana perangai dia menfitnah, menganiaya isteri yang menuka agama anak-anak dll. Doa orang yang kena zalim dan fitnah tidak ada hijab.
Bukan macam FB ula(r)mak yang kata naik harga dari Allah mudah nak salahkan Allah.
Semoga PG insaf dan sedar masa ini mana taiko umno yang dia puja mampu kah dia orang bayar

Tanpa Nama berkata...

ellooo macai karat biru, tak mahu tolong member.ke? hangpa kan semua kaya kaya belaka, minyak naik harga ok, orang nak hapus tol hangpa lawan, orang nak bagi pendidikan percuma hanga lawan, orang nak undang undang islam hangpa bantah. duit brim tu dan upah pacak bendera tu share share la sikit dgn.member hangpa yng dah tersungkoq tu. ini la.masa nak buat amal jariah...besaq tau pahala yg hangpa dapat nanti....kalau hangpa tak mahu tolong.memanglah sah yang hanpa tu macai selama lamanya

Tanpa Nama berkata...

Jangan putus asa wahai papagomo teruskan buat fitnah mudahmudahan lain kali kena lagi,demi kerana umno berkurban apa saja harta atau pun nyawa. ambikau

Waris berkata...

Mari kita tunggu kesudahannya. Apa yang aku nampak ini cuma wayang macam tasdas putera jugak.

Tanpa Nama berkata...

Adakah tindakan sama boleh diambil terhadap akhbar saitan dikenali iaitu UTU$AN?

badin berkata...

Ini langkah pusingan pertama PGomo kalah,mesti diingat Kes Mb Perak,Yg Menang jadi kalah,Pgomo bawa ke lain mahkamah,apakah keputusan diterbalikkan.Silap silap ahli perniagaan itu yg kena byr.Tak Mustahil selagi umno kontrol hakim.