Sanaa - Yaman. Seorang kanak-kanak perempuan lapan tahun di bandar Meedi, wilayah Hajjah, barat laut Yaman meninggal dunia pada malam pertama perkahwinannya dengan lelaki berumur 40 tahun, pada minggu lalu.
Ketua Dewan Rakyat Yaman dan aktivis hak asasi manusia, Arwa Othman berkata, mangsa yang dikenali sebagai Rawan mengalami pendarahan dalaman yang teruk dan rahimnya turut pecah selepas melakukan persetubuhan pertama dengan suaminya. "Mereka membawanya ke klinik tetapi doktor gagal menyelamatkannya. "Pihak berkuasa juga belum mengambil sebarang tindakan terhadap keluarga pengantin cilik itu mahupun suaminya. Pemimpin puak juga dikatakan cuba untuk menutup kes tersebut selepas ia tersebar secara meluas," jelasnya lagi. Menurut Al-Arabiya, difahamkan kebanyakan keluarga miskin di negara itu mengahwinkan anak perempuan mereka pada usia yang muda kerana ingin menjimatkan kos selain mahu mendapatkan wang hantaran bagi menyara hidup pada masa depan.
Ketua Dewan Rakyat Yaman dan aktivis hak asasi manusia, Arwa Othman berkata, mangsa yang dikenali sebagai Rawan mengalami pendarahan dalaman yang teruk dan rahimnya turut pecah selepas melakukan persetubuhan pertama dengan suaminya. "Mereka membawanya ke klinik tetapi doktor gagal menyelamatkannya. "Pihak berkuasa juga belum mengambil sebarang tindakan terhadap keluarga pengantin cilik itu mahupun suaminya. Pemimpin puak juga dikatakan cuba untuk menutup kes tersebut selepas ia tersebar secara meluas," jelasnya lagi. Menurut Al-Arabiya, difahamkan kebanyakan keluarga miskin di negara itu mengahwinkan anak perempuan mereka pada usia yang muda kerana ingin menjimatkan kos selain mahu mendapatkan wang hantaran bagi menyara hidup pada masa depan.
Kanak-kanak perempuan 8 tahun mati di malam pertama perkahwinannya
KUWAIT CITY - Warga Yaman meminta kerajaan menjatuhkan hukuman berat untuk sebuah keluarga selepas seorang anak perempuan yang baru berusia lapan tahun meninggal dunia di malam pertama perkahwinannya.
Gadis kecil itu ternyata dinikahkan dengan seorang lelaki dengan usia lima kali lebih tua darinya. Demikian berita dari harian terbitan Kuwait, Al Watan, Ahad (8/9/2013).
Gadis kecil bernama Rawan itu meninggal dunia diyakini akibat menderita luka di alat kelaminnya dan pelbagai pendarahan dalam.
Para aktivis hak asasi manusia di Yaman mendesak polis tempatan untuk menangkap pengantin lelaki, keluarga Rawan, dan membawa mereka ke mahkamah untuk mempertanggungjawabkan perbuatannya.
Para aktivis berharap jika kerajaan menangani kes-kes yang berlaku di bandar Hardh, Wilayah Hajjah ini, maka boleh menjadi alasan kuat untuk menghentikan amalan perkahwinan awal di negeri itu.
Setelah harian Kuwait Al Watan menyiarkan kisah itu, para bloger di negeri kaya minyak itu mengecam keluarga Rawan dan pengantin lelaki.
Seorang bloger dengan identiti Angry Man berkata, si pengantin lelaki sangat layak dihukum seberat-beratnya kerana kejahatan yang dilakukannya.
"Semua yang menyokong jenayah ini harus dihukum," ujar Angry Man.
Bloger lain mengatakan, seharusnya keluarganya menyedari bahawa Rawan masih terlalu muda untuk berkahwin.
"Keluarganya dan pengantin lelaki seharusnya menunggu beberapa tahun sebelum menikahinya," kata bloger bernama Sad.
"Keadaan ini sangat tidak adil dan semua perkahwinan seperti ini harus dihapuskan meski mereka meyakini hal ini sebagai sebahagian budaya mereka," tambah Sad.
Sementara itu, bloger dengan nama Bu Omar mengaku sangat terganggu mengetahui kisah tragis Rawan ini.
"Keluarga Rawan bukan manusia. Mereka tak pantas mempunyai anak," kata dia. -kompas
ULASAN GB
Inilah akibat tidak menyalahgunakan "sunaah" Rasulullah untuk nafsu.
Sekalipun dikatakan baginda menikahi Aisyah sewaktu Aisyah masih muda, namun, Rasulullah tidak pernah meniduri Saidatina Aisyah sehinggalah Siti Aisyah haid atau datang bulan.
Dan Rasulullah mengahwini isteri-isterinya jelas sekali bukan kerana nafsu.Dan Rasulullah mengahwini isteri-isterinya jelas sekali bukan kerana nafsu.
8 ulasan:
http://www.budakbenteng.com/2013/09/akhirnya-wira-perkasa-tunduk-di.html
Kenapa orang tua tu belasah kanak-kanak baru 8 tahun...? tak boleh sabar dulu ke?
Umur saidatina aisyah sewaktu berkahwin dgn rasulullah tlh di recalculate..umur saidatina aisyah adalah pada sekitar 16 thn ketika berkahwin dgn nabi..
Antara yg menyokong perkiraan umur tersebut ialah
Sewaktu hijrah Asma' kakak kpd saidatina aisyah berumur 27 thn (kisah beliau sewaktu hijrah- dlm keadaan mengandung turun dan naik bukit menghantar makanan kpd bapanya saidina abu bakar dan rasulullah di tmpt persembunyian)
Jarak umur Asma' dan aisyah ialah 10 thn..dan nabi berkahwin dgn aisyah setahun sblm hijrah..
Jadi 27 thn tolak 10 thn (jarak umur) = 17thn umur aisyah sewaktu hijrah..tolak lagi setahun (berkahwin setahun sblm hijrah) = 16 thn
Wallahu'alam..
Rujukan ustaz anzarudin ahmad..sila do some google
http://www.darulkautsar.net/562-Umur_Aisyah_r.a._Semasa_Berkahwin_Dengan_Rasulullah.html
Ganas betul Pak Arab ni ......
Binatang pun tidak bersifat demikian.
Binatang pun tidak kerja yang masih kecil
Apabila manusia membiarkan nafsu menjadi pedoman hidup...apakah si syaitan ini tidak ada anak sebaya dengan gadis sunti yang dikahwininya dan bagaimana perasaan si syaitan ini apabila orang lain memperkosa anak gadis suntinya? Keluarga gadis sunti ini dan syaitan yang berkahwin dengan gadis ini perlu dihukum bunuh dengan kejam dan si syaitan itu perlu di cabut kemaluanya dan kemudian didera sehingga mati. Biar lah mereka ini merasa keseksaan yang gadis sunti itu alami. Saya berharap pihak berkuasa negara tersebut akan tegas dalam hal ini.
Catat Ulasan