Berdiri sendirian mengingatkan hakim sumpah mereka
Sudah sekian lama sejak hakim kanan mengingatkan secara terbuka kepada rakan hakim berkenaan sumpah yang dilakukan mereka, mempertahankan Perlembagaan - dan mereka tidak seharusnya dibuli kerajaan dan Parlimen.
Inilah yang berlaku apabila hakim menulis pendapatnya berkenaan rayuan bertaraf tinggi terhadap pendakwaan beberapa aktivis mahasiswa kerana berhimpun secara haram pada 6 Jun 2001.
Ini kali pertama dalam sejarah kehakiman Malaysia - Datuk Dr Hamid Sultan Abu Backer - mengatakan keperluan untuk permit mengadakan perhimpunan aman di bawah Akta Polis 1967 bercanggah dengan Perlembagaan.
Hamid berkata, dalam kes ini terdapat keperluan di bawah Seksyen 27 Akta Polis untuk mendapatkan permit namun dalam proses itu polis enggan memberikan permit.
Lima bekas pelajar universiti ditahan atas kesalahan melakukan perhimpunan haram dan didenda RM3,900 setiap seorang, empat tahun kemudian.
Keputusan itu dicabar enam tahun kemudian di Mahkamah Tinggi tetapi gagal.
Mereka kemudiannya membawa ke Mahkamah Rayuan. Minggu lalu, dua daripada tiga hakim mengekalkan keputusan berkenaan.
Hakim Mahkamah Rayuan, Datuk Seri Mohamad Apandi Ali dan Datuk Linton Albert menjadi majoriti. Apandi dalam keputusan 50 muka suratnya berkata tiada merit kepada rayuan kerana Akta Polis tidak membenarkan hak perhimpunan aman dan polis bertanggungjawab mengekalkan keamanan.
Namun Hamid menolak, membuatkan peguam Edmund Bon melihat keputusan hakim sebagai "sagu hati" dengan kenyataan keputusan yang tegas.
"Diharapkan peguam perundangan akan meneruskan perkara ini kepada Mahkamah Persekutuan," kata Bon di mahkamah selepas keputusan itu.
Hamid berkata, adalah salah mempercayai hakim hilang kuasa mereka, ekoran kepada pindaan Perlembagaan Persekutuan pada 1988.
Beliau berkata, mana-mana kuasa mutlak terletak pada pihak eksekutif, yang mana boleh berkompromi dengan jaminan asas Perlembagaan, mesti ditewaskan oleh mahkamah.
"Bukan kuasa hakim mengatakan kuasa pejabatnya ditarik Parlimen kecuali mahkamah tidak mempunyai kuasa kehakiman," katanya.
Beliau berkata, kehakiman yang menurut perintah tidak seharusnya kekal sebagai penahan kebebasan dan mengakibatkan tiada kuasa undang-undang.
Kuasa kehakiman diterima sejak pembentukan Perlembagaan dan tidak boleh dibuang. Hamid menjelaskan menjadi tanggungjawab orang ramai memulakan langkah menghalang kehakiman menurut arahan untuk memastikan kehakiman bebas mempertahankan Perlembagaan.
"Kehakiman yang menurut arahan akan secara tidak langsung membentuk ketidakstabilan dan mengancam keharmonian serta keselamatan," katanya dalam keputusan 77 muka surat.
Hamid turut menyuarakan alasan pandangan yang mengatakan kuasa kehakiman dibuang oleh Parlimen "berdasarkan emosi dan salah tafsir Perlembagaan." Beliau berkata, perkara itu tidak seharusnya berlaku, terutama apabila sumpah hakim adalah menjaga, memelihara dan mempertahankan Perlembagaan.
Hamid menambah sebarang usaha menyingkirkan kuasa kehakiman adalah bercanggah dengan asas Perlembagaan.
"Asas struktur perundangan turut tidak membenarkan Parlimen menolak doktrin pemisahan kuasa antara kehakiman, eksekutif, dan pembuat dasar.
Selain itu, Parlimen katanya, tidak boleh memaksa mahkamah menjadi hamba kepada eksekutif. -TMI
ULASAN GB
GB sudah mengulas sebelum ini. Petikan:
Ini satu jenayah serius. Bagaimana boleh seorang hakim bertindak memplagiat keputusan hakim lain dari negara lain di dalam mengadili kes yang dia sepatutnya melakukan pengadilan secara serius di dalam menegakkan kebenaran dan keadilan?
Lebih memalukan ialah beliau adalah seorang hakim di Mahkamah Rayuan.
Apakah ini standard dan darjat hakim-hakim yang ada di Istana Keadilan negara?
Seorang pelajar pun jika ditangkap memplagiat hasil kerja orang lain, belaiu akan diberikan markah kosong, malah tindakan disiplin diambil menghlangnya menduduki peperiksaan / menyerah tugasan untuk beberapa tahun. Inikan pula seorang "hakim". Binatang punya manusia!
Dahulu pernah Suruhanjaya Diraja Siasatan Kes Lingam, seorang hakim bernama Mokhtar Sidin yang bersikap durjana menggunakan sepenuhnya apa yang ditulis oleh peguam VK Lingam dalam penghakiman rasmi hakim berkenaan.
Hakim-hakim ini terlupa bahawa merekasudah sumpah untuk menegakkan kebenaran dan keadilan.
Sabda Rasulullah s.a.w.
Hakim terdiri dari tiga golongan. Dua golongan hakim masuk neraka dan segolongan hakim lagi masuk surga. Yang masuk surga ialah yg mengetahui kebenaran hukum dan mengadili dengan hukum tersebut. Bila seorang hakim mengetahui yang haq tapi tidak mengadili dengan hukum tersebut bahkan bertindak zalim dalam memutuskan perkara maka dia masuk neraka. Yang segolongan lagi hakim yang bodoh yang tidak mengetahui yang haq dan memutuskan perkara berdasarkan kebodohannya maka dia juga masuk neraka. {HR. Abu Dawud dan Ath-Thahawi}
2 ulasan:
MAKIN HARI MAKIN RAMAI ORANG MENTERTAWAKAN INSTITUSI HAKIM NEGARA INI.MANA TIDAK NYA YANG MERAMPAS KUASA 'BEBAS' YANG MENENTANG PERAMPAS DIPENJARA SAMA SAPERTI ZAMAN PENJAJAH-BRITISH BAIK-MAT INDERA JAHAT-DAN ADA ORANG MELAYU BOLEH BAWAK MAT INDERA SAMPAI DIHUKUM GANTUNG PUNYA BANSAT NYA ORANG MELAYU INI IKUT ARAHAN PENJAJAH UNTUK CARI MAKAN.BINATANG PUN TAK RUPA MELAYU BANGSAT IN.HAKIM HAKIM KINI JADI BAHAN LAWAK UNTUK NEGARA DAN RAKYAT.DAN NESCAYA DUNIA PANDANG RENDAH TENTANG PERUNDANGAN INI.TERUTAMANYA DALAM KES RCI DI SABAH.ANAK HINDU TU KATA TAK PERNAH DENGAR PUN ADA KES SAPERTI INI BERLAKU DALAM MASA ANAK HINDU PARIA INI MEMERINTAH.KALAU HAKIM INI PERCAYA MEMANG HAKIM JENIS APA TAK TAHU LE.AKAN NEGAR INI SEKIRA ORANG SEBIGINI RUPA MENTADBIR NEGARA
INGAT !!!!!!!!!!!!! Para hakim yang muslim , " sesungguhnya mati itu benar , soal munkar nakir itu benar , siksa dalam kubur juga benar , timbang dosa pahala juga benar , syurga neraka juga benar ....... dan kakitangan kerajaan pencen juga adalah benar " oleh itu PARA-PARA HAKIM " janganlah kamu cenderong melakukan kezaliman dan tidak bersikap adil nanti disambar api neraka ". Rebutlah lima perkara sebelum datang lima perkara ... fikir2 kan lah.
Catat Ulasan