[VIDEO] Ini Dia Isteri Mat Yo, Syarikat Keselamatan Tetap Saman


Isteri Mat Yo mohon maaf

Ekoran tersebarnya video kontroversi membabitkan dirinya, suami dan seorang pengawal keselamatan yang menimbulkan kemarahan awam, isteri Mat Yo akhirnya tampil memohon maaf.

"Dengan rasa rendah diri, saya minta maaf kepada seluruh rakyat Malaysia atas tindakan saya sehingga menimbulkan kemarahan semua pihak.

“Saya percaya, kebenaran kes ini akan terbongkar. Tolong jangan hukum saya tanpa mengetahui apa yang berlaku,” kata Siti Aisya Adam, 24, isteri kepada pemain bola sepak negara, Norshahrul Idlan Talaha atau lebih dikenali dengan panggilan Mat Yo, ketika mengulas mengenai video dia bergaduh dengan pengawal keselamatan kini tersebar luas.

Ibu kepada seorang cahaya mata itu berkata, dia tidak tahu apa motif sebenar individu yang menyiarkan video berkenaan, sedangkan kejadian perselisihan faham berlaku pada 12 September lalu, namun video berkenaan baru tersebar sejak Selasa lalu.

“Saya tidak mengetahui mengenai penyebaran video ini sehingga dimaklumkan keluarga yang turut terkejut melihat insiden berkenaan. Apa motif individu itu menyiarkan video berkenaan. Adakah disebabkan suami saya pemain bola sepak negara?

Dua individu miliki video

“Ramai menyangka saya yang menyebarkan video berkenaan, namun di sini saya tegaskan, penyebaran video itu tiada kaitan langsung dengan saya. Apa yang saya boleh cakap, hanya dua orang yang memiliki video berkenaan, namun saya enggan dedahkan sebaliknya menyerahkan kepada pihak polis,” katanya dipetik Berita Harian, hari ini.

Siti Aisya yang tertekan susulan kejadian itu berkata, selepas tersebarnya video berkenaan, ramai yang marah dan mengeluarkan kata-kata kesat kepadanya, namun mereka tidak mengetahui apa sebenarnya berlaku.

“Malah, masyarakat menuduh tindakan saya memalukan suami. Saya bukan seorang biadap, kejadian ini berlaku apabila individu lain mencabar saya sehingga menimbulkan kemarahan.

“Jujur saya katakan, saya hormat orang tua kerana kehilangan bapa sejak berusia 12 tahun. Tatkala masyarakat mencemuh saya selepas melihat video berkenaan, saya tidak mampu mempertahankan diri sebaliknya hanya mampu berdoa supaya kebenaran sebenar akan timbul,” katanya sambil menangis.

Insiden kekecohan membabitkan isteri kepada pemain bola sepak negara dengan pengawal keselamatan di Subang Skypark, Lapangan Terbang Sultan Abdul Aziz Shah (LTSAAS) mula tersebar secara meluas sejak Selasa lalu.

Rakaman selama 54 saat itu turut menampakkan wajah Nor Shahrul atau lebih dikenali sebagai Mat Yo, yang menyaksikan perang mulut antara isterinya dengan pengawal keselamatan terbabit, Azman Md Nayan, 49.

Tak terlintas saman

Siti Aisya turut meminta masyarakat tidak mencemuh suaminya disebabkan insiden membabitkan dirinya, sebaliknya Nor Shahrul tiada kena mengena dalam kes terbabit.

Ditanya sama ada beliau bertindak menyaman pengawal keselamatan itu, Siti Aisya menjelaskan tidak pernah terlintas untuk bertindak sejauh itu, sebaliknya peguam dilantik selepas video berkenaan mula tersebar. -SH


Isteri Mat Yo Gaduh Dengan Security Guard (Full Video)


Isteri Mat Yo Gaduh Dengan Security Guard (Full Video)

Ramai yang sudah mengetahui akan video isteri Norshahrul Idlan Talaha ataupun popular dengan gelaran Mat Yo bergaduh dengan pegawai keselamatan.

Menurut sumber, isteri Mat Yo gaduh dengan pak guard atas sebab kesalahan parking dimana, isteri Mat Yo, iaitu (gambar) Shahrul Aisya cuba untuk menang dan menyalahkan pegawai keselamatan tersebut.

Di dalam video tersebut juga, terlihat Mat Yo diluar kereta hanya mampu berdiri dan tidak melakukan apa-apa tindakan semasa pergaduhan antara isterinya dan pegawai keselamatan tersebut.

Dibawah adalah video gaduh isteri Mat Yo dan pegawai keselamatan yang diambil dari laman Youtube.






Kenyataan Saksi Isu Isteri Mat Yo Gaduh Dengan Pak Guard





Syarikat keselamatan tetap saman isteri Mat Yo




15 comments:

View Comments/Post a Comment

15 comments:

Anonymous said...

woi bini matyo! bapak ko x pernah ajar hormat org tua ka masa dia hidup dulu. ko nk ubah tajuk pulak pd sapa yg trgamak edarkn video tu. yg aku tau video tu sahih. sombong.. aku tgk yg sbnrnye dayus tula matyo. bini kurang ajar wat x reti je..tuihh..

azmi said...

saman jangan tak saman....ajar sikit betina nih...

Anonymous said...

Berbuktikan rakaman utube, mulut perempuan ini memang celupar. Ini baru jadi isteri pemain bola, kalau isteri orang atasan camna ia lagaknya. Satu perkataan mengambarkan keseluruhan tingkah lakunys - sombong.

Anonymous said...

Ahernya jawapan standard bagi pesalah...biarla mahkamah yang buat keputusan...siapa yg kena byr siapa

Anonymous said...

alah, bru jadi bini MAT YO (yg x bpe d kenal tu) dah blagak !!! bukan nye bini Messi ke, bini Ronaldo ke, bini Gareth Bale ke..... stakat jd bini Mat YO je, wat kene ktawa dek beruk MAT YEH jer nti.... stakat Alphard Recond (dgn kata lain, 2nd hand je! ) apa le nak d bangga sgt.... gaji puluh2 ribu stakat Alphard je MAT Yo (MAT YEH) mampu???? khhharrrkkkkk ppptttuuuiiiiii.....

Anonymous said...

Majikan Azman diharapkan teruskan dgn saman balas kepada bini mat yo....permohonan maaf bini mat yo tak ikhlas sebab dia mintak maaf pada rakyat(wth?) sepatutnya mintak maaf pada Azman personally....kalau mat yo gentleman n suami sejati suruh bini tu jumpa Azman face to face dan minta maaf...rekodlah dlm video, upload la.....mesti org awam pun sokong...kalau takat buat statement dlm paper, tak payah la .........buang masa jer.....
Lagi satu, majikan Azman spt saya kata tadi, jangan undur....jadikan ini satu teladan pada org2 yg perasan famous atau vip supaya melayang org2 spt Azman sebagai insan dan bukan sebagai haiwan....
*padan muka bini mat yo*

Anonymous said...

Dah maki hamun,tendang,tolak lepas tu senang2 nak minta maaf. Cuba org buat mcm tu kat bapak hang lepas tu cakap I'm sorry. Dlm Islam ada hukum Qisas,takzir,hudud..tendang balas tendang,bunuh balas bunuh..tunggu aje le hukuman yg bakal menyusul

Anonymous said...

Tak baik cakap kat org *bodoh*,Orang tak cerdik aje boleh cakap mcm tu. Apa kelulusan awak dgn jawatan awak sbelum ni. Cermin diri dulu. Perempuan...perempuan...

Anonymous said...

Di Malaysia prestasi ahli sukan akan menurun dan dilupakan bila menjangkau usia 30an. Zaman glamour tak panjang cik adik oii. Hidup bukan boleh menongkat langit.

Anonymous said...

Setiap peristiwa ada hikmahnya, samada peristiwa suka, duka, memalukan & sbgainya.

Mcm kes pakcik ni, sapa pun (malah dirinya sendiri) tak sangka dia bole jadi terkenal, begitu juga bini mat Yo .

Pengajaran kpd kita atas peristiwa tu: belajarlah hormat org lain, jgn berlagak.

Bini Mat Yo bole memulihkan imejnya dgn dia insaf sebenar2nya, memohon maaf secara terbuka pada pak cik tu, kemudian dia berubah imej kepada Islamik kerana keinsafan yg semata2 kerana Allah.

Allah tegur dia indirectly sebenarnya tu, sbb Allah sayang padanya.

Anonymous said...

pak cik tu buat kerja dia.yang isteri mat yo tu kurang ajar sangat kenapa.tak ada adab punya betina.

Anonymous said...

Bahasa melambangkan peribadi diri..berpikir dahulu sblum bercakap lg baik dr bercakap yg bukan2

Anonymous said...

Saman jangan tak saman. Rakyat Malaysia tak puas hati selagi tak saman perempuan giler tu

Anonymous said...

kesian kat dia ye... dah la kawan dia yg 2 orang tu pun belot kat dia pastu rakyat malaysia pun marah kat dia. aku pun marah gak ni... tapi tulis panjang2 pun bukan dia yg baca... buang karen je.

Anonymous said...

alahai apalah nak bising2 kes mat yo ni. beribu kes macam dia berlaku kat luar ni tak ada nak di heboh2 satu dunia. Ambil cara islam bermaaf-maaflah sesame manusia buanglah rasa sombong jauh2 manusia sama di sisi Allah S.W.T . Allah nak tengok iman manusia bukannya pangkat. Jadi janganlah diperpanjangkan kes ni. Ingat kes guard dengan bini mat yo boleh settle kes manusia di luar sini ke. Banyak kes seperti itu sejak di zaman nabi lagi tak juga manusia mahu bertaubat. Ada orang mengambil kesempatan terhadap kes mat yo ni untuk kepentingan sendiri. Cara terbaik maaf memaafi kedua pihak settle masalah. Bicara kat mahkamah hanya nak cari untung je. Untung kat akhirat lebih besar daripada kat dunia. Orang yang sanggup maaf kesalahan orang lain adalah orang yang terpuji.

Kembali ke Laman Utama




Tajuk-tajuk Terbaru di Kelab GB: