28 Sep 2013

[BERGAMBAR] Bekas Imam Masjid Al-Aqsa Turut Beri Penghormatan Kepada Allahyarham Azizan


Sheikh Mohd Mahmood Siyam adalah Bekas Rektor Universiti Islam Gaza Palestine, Bekas Imam dan Khatib Masjid Al-Aqsa, Palestine tidak ketinggalan memberi penghormatan terakhir kepada rakan seperjuangan menegakkan islam di bumi Allah.

Beliau sekarang hidup dalam buangan dan menetap di Yaman, merupakan salah seorang Ahli Majlis Syura' Al-Quds (Yayasan Pembebasan Al-Quds) yang diketuai oleh Ulama' besar Sheikh Yusof Qhardawi.Beliau juga adalah ketua dewan ulamak palestine

Kucupan sahabat seperjuangan Tuan Hj Salleh Musa

Sementara itu musrsyidul am PAS Tuan Guru Haji Nik Aziz pula mengucapkan takziah kepada keluarga almarhum.

“Beliau seorang pemimpin yang banyak berjasa kepada rakyat dan negara,” ujarnya dalam satu kenyataan.

“Saya berhajat benar untuk menziarahi beliau sebelum ini, tetapi disebabkan masalah kesihatan, niat itu tertangguh. Termasuklah ketika Multaqa Ulamak baru-baru ini saya berhasrat hadir dan berniat untuk menziarahinya.

Dia saudaraku - Dr Harun Din turut mengusung keranda jenazah almarhum Tan Sri Azizan

“Namun, Allah mentakdirkan ia tidak berlaku disebabkan kesihatan saya. Saya mendoakan semoga rohnya dirahmati Allah SWT dan ditempatkan bersama orang yang beriman dan para solihin,” ujarnya. -waksukalu


Pusara Ustaz Azizan Terus Di Ziarahi


Selepas dikebumikan petang kelmarin, pusara Allahyarham bekas Menteri Besar Kedah, Tan Sri Azizan Abdul Razak, terus diziarahi orang ramai termasuk ahli keluarga terdekat.

Tinjauan Sinar Harian petang semalam, mendapati beberapa ahli keluarga yang datang dari luar Kedah menziarahi kubur Allahyarham di Tanah Perkuburan Muasassah Darul Ulum, dekat sini.

Antara ahli keluarga Ustaz Azizan yang hadir adiknya, Azizah Abdul Razak, 67; adik bongsu, Che Aini Abdul Razak, 62; bapa saudara, Ahmad Shamsuddin, 87; sepupu, Pishal Ahmad, 61, dan adik ipar Allahyarham yang juga bekas Ketua Polis Daerah Kuala Terengganu, Abdul Manan Alwi, 61.

Ahmad berkata, dia dan keluarga sempat menziarahi Ustaz Azizan sebanyak dua kali semasa Allahyarham dirawat di Hospital Pulau Pinang.“Kami sekeluarga selalu berhubung, bertanya khabar walaupun masing-masing tinggal berjauhan.

“Saya sangat terasa dengan pemergiannya, sememangnya kami rapat dan banyak kenangan bersama sejak arwah kecil lagi,” katanya yang tiba dari Johor Bharu, pagi semalam.Bagi Che Aini, arwah abangnya seorang yang penyayang terhadap adik-adiknya.

“Dia memang seorang yang tegas, sebab dia sayang. Allahyarham memang sangat prihatin kepada kami adik-beradik,” katanya.

Sementara itu, Abdul Manan berkata, Allahyarham Azizan bukan sahaja abang iparnya, malah turut ditakdirkan sebagai gurunya semasa menuntut di Universiti Islam Antarabangsa Malaysia (UIAM).

“Saya sangat bertuah menjadi adik ipar arwah sekali gus pernah menjadi anak didiknya di UIAM pada tahun 1988 hingga 1992.“Sebagai seorang pensyarah, beliau mengajar saya dalam bidang Perundangan Islam (syariah).

Beliau seorang pendidik yang tegas dan baik. Setiap tunjuk ajarnya pasti disusuli dengan penjelasan yang baik, ia memudahkan kami untuk memahaminya” katanya.
-SH

Tiada ulasan: